Anda di halaman 1dari 4

(a) Pengenalan

Covid-19 adalah sejenis ‘enveloped virus’ yang mempunyai lapisan lemak (lipid membrane) pada
permukaan luarnya.

Tanpa sarung protein (protein envelope) yang mengelilinginya, virus ini tidak boleh hidup dan
menyerang sel badan kita. Itulah sebabnya, menggunakan pensanitasi tangan yang mengandungi
alkohol dan mencuci tangan dengan sabun sangat berkesan dalam membunuh virus cov19. Ini dapat
larutkan virus dalam cecair sekaligus mematikan virus tersebut.

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kekerapan mencuci tangan di kalangan murid
dengan menggunakan alat pencuci tangan automatik, di samping dapat memastikan murid sentiasa
menjauhi virus melalui penggunaan kotak sanitasi. Inovasi Virus Free Hygine Box dihasilkan untuk
tujuan ini.

(b) Penyataan masalah

Daripada kajian yang dilakukan, didapati bahawa murid-murid tiada kebiasaan untuk mencuci
tangan di sekolah terutamanya murid menengah rendah. Dapatan kajian awal menunjukkan bahawa
lebih daripada 65% daripada jumlah murid hanya mencuci tangan sekali atau tidak mencuci tangan
langsung di sekolah. Mereka memberi alasan bahawa tempat mencuci tangan sangat jauh dari bilik
kelas dan murid tidak memahami kepentingan mencuci tangan demi menjauhi virus Covid-19.

Maka, inovasi Virus Free Hygiene Box ini dibangunkan untuk

1. memberi kemudahan untuk murid mencuci tangan di dalam bilik kelas dengan
menggunakan alat pensanitasi tangan automatik,
2. memberi kemudahan murid mensanitasi alat tulis dengan menggunakan kotak sanitasi yang
menggunakan cahaya ultraungu,
3. mendidik pelajar menjaga kebersihan tangan dan diri.

(c) Metodologi

Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif dan dilaksanakan untuk mengetahui kekerapan dan keberkesanan
penggunaan Virus Free Hygiene Box. Kaedah kuantitatif dalam bentuk soal selidik telah digunakan
untuk mengumpul data selepas kotak ini digunakan dalam bilik darjah selama 5 hari. Borang soal
selidik diedarkan pada hari ke-6 secara atas talian menggunakan aplikasi google form dan diedarkan
melalui aplikasi Telegram dan Whatsapp. Keputusan kajian akan memberi kesimpulan dan
menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan.

Responden

Pemilihan peserta adalah berbentuk persampelan bertujuan. Peratus responden yang telah
menjawab soal selidik adalah 100% iaitu seramai 50 orang peserta kajian yang terdiri daripada 10
orang pelajar dari setiap Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Instrumen

Indikator dalam borang soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama merujuk
kepada Latar Belakang responden, iaitu Jantina dan Tingkatan pelajar. Manakala bahagian kedua
merujuk kepada kekerapan penggunaan Virus Free Hygine Box dan reka bentuknya. Pada bahagian
kekerapan penggunaan, item-item yang diukur adalah berkaitan dengan kekerapan penggunaan di
kalangan pelajar dan sejauh mana Hygine Box ini dapat menerapkan kebiasaan mensanitasi tangan
di kalangan pelajar. Manakala bagi bahagian reka bentuk pula, item-item yang diukur adalah
berkaitan dengan reka bentuk Hygine Box, sama ada ianya sesuai dari segi saiz, fleksibel dan nilai
komersil. Aspek yang diukur menggunakan skala likert 5 mata iaitu skala 1 = Sangat Tidak Setuju; 2 =
Tidak Setuju; 3 = Kurang Setuju; 4 = Setuju; 5 = Sangat Setuju.

(d) Data/Analisis

(e) Perbincangan

Melalui data yang dikutip, purata kekerapan murid mensanitasi tangan bertambah daripada satu kali
kepada 5 kali sehari. Murid lebih kerap mencuci tangan dan lebih mementingkan kebersihan diri
melalui penggunaan Hygine Box. Didapati bahawa 75% pelajar adalah sangat berpuas hati dengan
kebolehfungsian dan reka bentuk Hygine Box manakala 25% berpendapat bahawa Hygine Box perlu
diubahsuai dari segi saiz dan beratnya.

(f) Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dilihat impak penggunaan Virus Free Hygine Box banyak memberi
kelebihan kepada pelajar dan membantu mereka menjaga kebersihan diri. Namun, kajian ini boleh
ditambahbaik dengan menggunakan reka bentuk yang lebih menarik dan lebih kecil serta ringan.
Sehubungan dengan ini, pengkaji berharap agar Hygine Box dapat dihasilkan dengan lebih baik dan
digunapakai di semua tempat pada masa akan datang.

(g) Rujukan
SATISFACTION OF USAGE

FUNCTIONALITY

DESIGN

WEIGHT

SAIZ

0 1 2 3 4 5 6 7 8

Strongly agree Agree Undecided Disagree Strongly disagree

RESPONDENTS
MALE FEMALE Column1
9

5 5

FORM 1 FORM 2 FORM 3 FORM 4 FORM 5


TOTAL NO OF USAGE PER DAY WITHIN 5 DAYS OF USAGE
MALE FEMALE Column1 Column2 Column3
9

0
DAY 1 DAY 2 DAY 3 DAY 4 DAY 5

Anda mungkin juga menyukai