Anda di halaman 1dari 4

KERTAS

KERJA
PROJEK
KECEMERLANGA
N BILIK OPERASI
SPBT
Unit Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pondok Tanjung

PENDAHULUAN

Bilik SPBT telah diwujudkan sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks dan hanya
merupakan tempat menyimpan buku teks. Bilik Operasi SPBT Sekolah Kebangsaan Bari telah
beroperasi pada tahun 90an dengan kemudahan asas yang terhad. Walaubagaimanapun,
sistem pengurusan dan pendokumentasian telah dikemaskini dan diberi penambahbaikan
mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan
Malaysia. BOSS SJK(T) Pondok Tanjung akan menyertai pertandingan BOSS Cemerlang
Peringkat Kebangsaan pada tahun yang akan datang. Oleh yang demikian projek ini amat
bersesuaian dan bertepatan dijalankan.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan peranan Unit SPBT sebagai sebuah unit yang membantu


kecemerlangan pelajar melalui aspek keutamaan buku teks sebagai sumber ilmu utama
dengan menyediakan pelbagai kemudahan tempat membaca seperti Taman SPBT dan
Anjung SPBT
2. Menyediakan sebuah tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus, berinisiatif,
kreatif, berfungsi, kondusif dan selamat.
3. Memperkasakan unit SPBT dalam pengurusan sistem fail dan buku stok dengan kualiti
yang lebih cemerlang dan sistematik.
4. Memupuk budaya kerja berpasukan dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan
pengurusan SPBT di sekolah.

MATLAMAT

1. Menjadi sebuah unit yang cekap, kreatif dan berinovasi dalam pengurusan SPBT serta
mesra pelajar.
2. Kemudahan yang disediakan menjadi tarikan pelajar untuk terus membaca dan
menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan utama dalam pelajaran.
3. Menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah yang lain dalam mencapai
kecemerlangan yang sama.
SASARAN

1. Bilik Operasi SPBT Sekolah


2. Taman SPBT
3. Anjung Ilmu SPBT

TARIKH PELAKSANAAN

12 October 2022 hingga 31 March 2022

PENGLIBATAN

Pengurusan – Jawatankuasa Unit SPBT


Semua Guru

PERANCANGAN PROJEK DAN KOS

SASARAN KERJA-KERJA ANGGARAN KOS

 Alatulis
1. Bilik Operasi SPBT  Mural
Sekolah  Bakul RM 200.00
 Skirting Meja
 Langsir

 Cat minyak
 Papan dan kayu
 Alatan pertukangan
 Besi
2. Taman SPBT  Cat Mural RM 600.00
 Batu
 Batu lada
 Meja batu

 Cat simen
 Cat mural
3. Anjung Ilmu SPBT  Pasu dan bunga RM 200.00
 Alatan pertukangan
 Skirting meja
RM1000.00
Jumlah

PENUTUP
Projek Kecemerlangan BOSS ini diharap dapat mencapai objektif dan matlamatnya. Selain
itu, diharapkan semua kemudahan dan keceriaan yang disediakan dapat menarik minat serta
mengubah persepsi positif pelajar terhadap buku teks SPBT seterusnya memartabatkan buku
teks sebagai sumber ilmu utama.

Disediakan oleh,

.............................................
NANTHINI A/P NADARAJA
Penyeleras SPBT

Disemak oleh,

..............................................
THIAGALA ARASI A/P MUNIANDY
Guru Kanan Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh,

..............................................
KANNADASAN A/L KRISHNAN
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai