Anda di halaman 1dari 9

SENARAI SEMAK KANDUNGAN TESIS

PENDEKATAN PENYELIDIKAN KUANTITATIF / KUALITATIF (TANDA YG BERKENAAN)

Bab 1 Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Bil Perkara Status Muka Catatan


(Y/T) surat
Menyatakan senario semasa yang berkaitan dengan masalah ya Explain
1 kajian secara keseluruhan

Membincangkan beberapa sub-idea masalah kajian di atas yang


2 disokong oleh rujukan

Membincangkan secara ringkas konsep masalah kajian


3
Menjuruskan kepada satu sub-idea dari beberapa sub-idea
masalah kajian di atas yang disokong oleh 2-3 rujukan yang
4
menjadi “landmark” kepada topic kajian.

**Bergantung pada bidang, fakulti dan preference penyelia, ada yang menggunakan ‘Pendahuluan’ diikuti dengan ‘Pengenalan’ dan
‘Latar Belakang kajian’.

1.2 Pernyataan masalah

Status Muka
Bil Perkara Catatan
(Y/T) surat
Mengenalkan latar belakang topic secara umum dan
1
mengenalkan topik kajian dengan huraian ringkas
Jurang Praktikal
Membuktikan kewujudan masalah kajian (dengan data/jadual jika
2
ada) berdasarkan rujukan-rujukan yang sah samada buku, jurnal,
artikel, prosiding, laporan-laporan dan sumber-sumber lain
Mengulas masalah kajian dalam konteks usaha-usaha
3 penyelesaian yang telah diambil dari aspek program / aktiviti /
dasar / cadangan / resolusi dll yang telah dijalankan
Jurang Teoretikal
Mengulas masalah kajian dalam konteks kajian-kajian lepas
(tajuk-tajuk) yang berkaitan/hampir sama dalam bidang kajian
yang dikaji dengan
● mengemukakan secara ringkas sampel dan dapatan
4 kajian
● meneliti aspek-aspek yang dikaji dan belum dikaji
dalam kajian-kajian tersebut (membanding beza
aspek-aspek seperti konsep, elemen-elemen,
pembolehubah, dan metodologi kajian seperti sampel,
instrumen dan prosedur)
Berdasarkan maklumat dalam 3 dan 4, mensintesis dan
merumuskan ‘jurang’ (gap) yang wujud antara penyelesaian
yang telah dibuat dan penyelesaian yang belum diambil tindakan
5 (dari aspek praktikal dan aspek teoretikal).
Perbincangan perlu merujuk kepada aspek-aspek kajian yang
berkaitan dengan masalah kajian yang telah dijalankan dan
belum dijalankan
Berdasarkan ‘jurang’ (gap) di atas, jadikan rasional/keperluan
6
menjalankan kajian ke atas tajuk yang dipilih
Menyatakan ‘framework’ atau arah tuju kajian dalam bentuk
hasilan/dapatan yang hendak dicapai dan manafaatnya kepada
7
pihak-pihak tertentu (ringkas sahaja dalam 1-2 ayat)

*rujuk Creswell (2005) dan Schumacher (2000)

1.3 Tujuan kajian

Bil Perkara Status Muka


Catatan
(Y/T) surat
1 Menghuraikan secara am arah tujuan kajian dalam bentuk
matlamat kajian dengan menggunakan tajuk kajian sebagai asas
di mana setiap konstruk dan konsep-konsep yang mendokonginya
(pembolehubah-pembolehubah dalam objektif kajian) dihuraikan
secara ringkas maksudnya.

1.4 Objektif kajian

Status Muka
Bil Perkara Catatan
(Y/T) surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk survei, pastikan
setiap ayat objektif kajian mempunyai unsur jenis dan nilai
‘hubungan’ yang hendak dikenalpasti,
pembolehubah--pembolehubah (bersandar dan tidak bersandar)
yang hendak diukur dan sampel yang akan digunakan.

Formula: “Hubungan” +V1….V2….V3….+ Sampel”


“Hubungan”= tahap, korelasi, perbezaan, pengaruh, factor-faktor,
kesan interaksi
Contoh:
● hubungkaitan/korelasi antara pembolehubah yang
hendak dikaji
(Correlation r)
● pengaruh dan kesan/akibat antara pemboleh ubah (Chi
square, multiple regression)
● perbezaan antara pembolehubah (t-test, Anova,
Ancova, Mancova, Factorial Design)
● tahap/status sesuatu fenomena (data deskriptif-mean,
peratus, kekerapan etc)

Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk experimental,


pastikan ada pengukuran pencapaian bagi kumpulan kawalan dan
experimental, kemudian baru mengenalpasti pencapaian tersebut
dengan faktor-faktor lain (pembolehubah).

Bagi penyelidikan kuantitatif reka bentuk penilaian dan


kajian keperluan (Gap Study), pastikan objektifnya ditulis
mengikut langkah dalam model penilaian tersebut, barulah
digabungkan dengan cara menulis objektif kajian untuk reka
bentuk survei.

Bagi penyelidikan kuantitatif rekabentuk pembangunan


modul/program/software dll, pastikan objektifnya mengikut
langkah dalam model pembangunan rekabentuk instruksi (ID),
dan model pembelajaran tertentu, model permainan dll. Kemudian
digabungjalinkan dengan objektif kajian rekabentuk survei atau
experimental yang dipilih untuk menilai produk pembangunan.

Bagi penyelidikan kaedah gabungan, pastikan objektif kajiannya


bermula dengan samada kaedah kuantitatif atau kualitatif dulu
yang dipilih penyelidik. Biasanya, jika hendak membina instrumen
tertentu, kaedah kualitatif dipilih dahulu untuk membina
dimensi-dimensi dalam konstruk yang kemudiannya dibangunkan
instrumen untuk menjalankan kajian kuantitatif.

Bagi penyelidikan Tindakan, pastikan objektif kajian ditulis


mengikut langkah-langkah dalam model kajian tindakan dan
digabungkan dengan objektif kajian rekabentuk survei/reka
bentuk kualitatif/ujian pencapaian tertentu.

2 Bagi penyelidikan kualitatif semua reka bentuk (kajian


ethnografi, kajian grounded theory dan naratif), pastikan
ayat objektif kajian menggambarkan ‘penerokaan’ ke arah
memahami

a. bagaimana sesuatu konstruk itu


dikonsepsikan/diterjemahkan, atau
b. bagaimana proses/pendekatan sesuatu konstruk itu
dilakukan, atau
c. Bagaimana
(konsep-konsep/langkah-langkah/teknik-teknik/strategi-
strategi) yang terkandung dalam sesuatu konstruk itu
berinteraksi/berkait.
d. apakah cadangan (cth: model, pendekatan, strategi dll)
yang akan diketengahkan hasilan daripada
dapatan-dapatan di atas.

3 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua


konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk
kajian.
4 Memastikan senarai objektif kajian mewakili semua
konsep/pembolehubah yang mendokongi konstruk dalam tajuk
kajian juga selari dengan komponen-komponen yang
digambarkan dalam model/teori (kerangka konseptual
kajian/kerangka teoritikal kajian) dan pernyataan masalah

Sila lihat lampiran contoh bentuk menulis objektif kajian bagi setiap reka bentuk kajian.

1.5 Persoalan kajian

Bil Perkara Status Muka


Catatan
(Y/T) surat
1 Menyatakan setiap objektif kajian di atas dalam bentuk ayat tanya
dan jika perlu dipecahkan lagi kepada beberapa persoalan kajian
yang lebih terperinci/kecil mengikut jumlah pembolehubah dan
hubungan antara pembolehubah yang hendak dicari.

1.5.1 Hipotesis kajian

Hypothesis adalah apa yang dijangkakan akan berlaku

Bil Perkara Status Muka


Catatan
(Y/T) surat
1 Menunjukkan pernyataannya berdasarkan objektif kajian dan
persoalan kajian yang telah disenaraikan sebelum itu.
2 Memastikan pernyataannya ádalah ayat hipotesis nol.
3 Ada objektif kajian yang tidak perlukan hypothesis, hanya
persoalan kajian. Contohnya, objektif kajian kualitatif dan objektif
kajian kuantitatif yang tidak melibatkan statistik
parametrik/inference

1.6 Kerangka konseptual kajian/Kerangka Teoritikal Kajian


Bil Perkara Status Muka Catatan
Y/N surat
1 Memastikan gambar rajah yang menunjukkan hubungkaitan
antara komponen-komponen dalam satu model/kerangka teori
adalah betul.

2 Menghuraikan/menjelaskan setiap komponen dalam


model/kerangka teori yang digambarkan dan hubungannya
antara satu sama lain dengan berdasarkan bagaimana
pembina/penyaran kerangka teori/model membangunkannya.

3 Bagi kerangka konseptual kajian (satu model atau gabungan 2-3


model kemudian diadaptasi), jelaskan teori/kajian-kajian berkaitan
yang dirujuk sebagai ‘jambatan’ atau ‘bridge’ yang digunakan
sebagai asas menggabungkannya dan jelaskan bagaimana
kerangka ini sesuai sebagai dasar untuk menerangkan hubungan
antara konstruk/pembolehubah dan akan membantu menjawab
persoalan-persoalan kajian.

4 Bagi kerangka teoritikal kajian, jelaskan teori yang dirujuk


secara mendalam oleh penyaran dan bagaimana kerangka ini
sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah
disenaraikan
5 Membuat rumusan ringkas secara keseluruhan dengan
memberikan rasional kepada pemilihan kerangka
konseptual/teoritikal kajian dalam konteks ‘kesesuaiannya’
menjawab persoalan kajian

6 Pastikan ada KESELARIAN DAN KESELARASAN (setiap


komponen dalam kerangka konseptual/teoritikal kajian dan anak
panahnya) dengan (setiap konstruk/pembolehubah dan
hubungannya diantaranya) dengan (setiap faktor/isu yang
dibincangkan dalam pernyataan masalah kajian)

**Perkataan ‘kerangka kajian’ salah digunakan dalam konteks ini (bab 1) tetapi hanya sesuai digunakan dalam bab 3 kerana ia
bermaksud ‘carta aliran’ prosedur kajian.

1.7 Kepentingan kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menunjukkan bagaimana kepentingannya akan menyumbang
kepada kajian dalam bidang yang sama dari aspek:
a. Pembolehubah-pembolehubah baru yang akan dikaji atau
gabungan lama dengan baru.
b. Metodologi kajian lain digunakan.
c. Sampel kajian lain digunakan.
d. Hasilan baru yang disasarkan
e. Perspektif/sudut/fokus baru/lain yang digunakan.

1.8 Batasan kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menyatakan had kajian dari aspek metodologi kajian seperti
sampel yang dipilih, instrumen yang dilaksanakan dan prosedur
kajian yang dijalankan.
2 Menyatakan had kesahan dan kebolehpercayaan kajian dari
aspek ketekalan/replikasi dan generalisasi kajian (sampel yang
dipilih).
3 Menyatakan had kajian dari aspek skop kajian seperti sebahagian
daripada bidang yang lebih besar

1.9 Definisi Operasional/Definisi Istilah

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan
konstruk/konsep/pembolehubah yang terkandung dalam objektif
kajian diberikan definisi yang operasional (yang boleh diukur
nilainya dalam bentuk skala tertentu) serta berdasarkan
rujukan-rujukan yang sah.

2 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan konsep-konsep


utama/konstruk yang terkandung dalam objektif kajian diberikan
maknanya berdasarkan konsepsi-konsepsi yang disarankan dalam
kajian kepustakaan yang dipilih oleh penyelidik

3 Pastikan definisi yang diberi hanya yang dipakai oleh penyelidik


untuk seluruh tesis dan tidak perlu menyatakan definisi-definisi lain
yang juga ada. (Straight forward)

Bab 2 Tinjauan Kepustakaan

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Pastikan bahagian pendahuluan menggambarkan topik-topik yang
akan dibincangkan dalam bab ini secara ringkas dan keseluruhan.

2 Bagi kajian-kajian tertentu, perlu dimuatkan maklumat-maklumat


latar belakang yang difikirkan perlu pembaca tahu untuk konteks
perbincangan seterusnya. (Contohnya, tentang sesuatu institusi,
sistem dll).

3 Membincangkan topik berkaitan huraian definisi konstruk/konsep


dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.

4 Membincangkan topik berkaitan huraian komponen konstruk/konsep


dalam tajuk kajian dengan berdasarkan rujukan-rujukan yang sah.

5 Membincangkan topik berkaitan setiap konstruk/pembolehubah


dalam semua objektif kajian yang telah disenaraikan dengan
berdasarkan rujukan-rujukan yang sah. Pastikan setiap konsep dan
elemen yang membina maksud konstruk/pembolehubah telah digali
sehingga tepu dari sebanyak mungkin rujukan.

6 Membincangkan teori-teori yang mendasari model/kerangka


konseptual yang digunakan dalam bab 1.

7 Membincangkan model-model yang ada selain yang diketengahkan


dalam bab 1 dengan tujuan memberi gambaran keseluruhan dan
mengapa model yang dipilih dalam bab 1 paling sesuai.
8 Membincangkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan
objektif kajian dan pernyataan masalah dengan Kritis (Contoh,
membuat síntesis dan memberi hujah)
9 Membuat rumusan dengan mensintesis arah aliran ‘ilmu’ yang
menjadi asas kepada tesis berdasarkan maklumat-maklumat yang
dinyatakan sebelumnya

Bab 3 Metodologi kajian

3.1 Pendahuluan

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menerangkan secara ringkas komponen kandungan dalam bab ini. YA 95 *setiap sub topik
telah diterangkan

3.2 Rekabentuk kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Membincangkan rekabentuk kajian kuantitatif, kualitatif atau kajian gabungan YA 97 Kualitatif
(Mixed Method) yang dipilih iaitu:
a)maksud rekabentuk dengan merujuk pelbagai sumber rujukan.
b)bagaimana dan mengapa ia sesuai untuk menjawab objektif /
persoalan/hypothesis kajian

2 Memberikan rasional kepada pemilihan rekabentuk dalam konteks YA 97-99 *Kajian lepas
menggunakan
kaedah kuantitatif
*Mendapatkan data
yang lebih
mendalam

3.3 Responden/sampel kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Membincangkan rasional pemilihan sampel/responden yang terlibat dalam YA Rapport
memberikan data kepada penyelidik
2 Menerangkan jenis teknik persampelan yang digunakan (secara rawak,
sistematik, berstrata, purposive dll) serta prosedurnya
3 Bagi penyelidikan Kuantitatif, terangkan faktor-faktor yang diambilkira untuk
menentukan saiz sample seperti dari aspek statistical power analysis, subgroup
analysis, attrition, reliability of measures dan jenis penyelidikan
(correlational-min-30, causal/comparative and experimental-min-15,
survey-min-100 (major group) or 20-50 (subgroup) **rujuk Gall and Gall 2003,
Cohen, Cochran dan Krejcie dan Morgan.
Bagi rekabentuk experimental pula, jelaskan kaedah pemilihan kumpulan
kawalan dan experimental supaya sampel homogenous dan meminimumkan bias.
Bagi penyelidikan kualitatif pula, terangkan bagaimana setiap responden dipilih
supaya ada homogeneity disitu. Kebiasaannya, jumlah responden adalah 4-8
untuk kajian kes dan lebih dari 30 untuk kajian grounded theory.

4 Menyatakan peranan yang dimainkan oleh sampel/responden dalam konteks


memberikan input/data yang perlu.

3.4 Lokasi kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Menerangkan tentang tempat data dikutip (ada kaitan dengan teknik random
sampling dalam rekabentuk tinjauan iaitu beberapa lokasi dipilih sebagai contoh;
selain itu mengapa kawasan yang dipiih relevan dengan permasalahan kajian)
2 Menerangkan mengapa lokasi berkenaan dipilih dalam konteks menepati objektif
kajian

3.5 Instrumen kajian

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N Surat
1 Menerangkan format instrumen yang digunakan untuk mengutip data
2 Jika membangunkan instrumen sendiri:
Menerangkan tentang bagaimana item-item instrumen ini dibina bagi
konstruk-konstruk yang hendak diukur (content validity) serta senarai rujukan
bagi setiap item yang dibina.
Terangkan proses-proses kesahan dan kebolehpercayaan yang digunakan
seperti face validty, construct validity, items reliability, factor analysis atau test
retest prosedures, dsbnya. Sebelum itu, pastikan anda menyenaraikan
rujukan-rujukan yang digunakan kerana memilih item-item bagi setiap konstruk
(Kesahan dan kebolehpercayaan)

3 Setelah langkah di atas diambil, terangkan proses kajian rintis untuk


memurnikan instrumen dengan melaporkan reliability coefficientnya. (Kesahan
dan kebolehpercayaan)
4 Menerangkan pembaikan item-item instrumen yang dibuat berdasarkan
maklumbalas dari kajian rintis di atas. (Kesahan dan kebolehpercayaan)

5 Jika mengadaptasi instrumen yang sedia ada, jelaskan sumbernya, telah


mendapatkan kebenaran, nyatakan mengapa dan bagaimana adaptasi
dilakukan. Sebagai contoh, jelaskan bagaimana konstruk dan item-item yang
terkandung didalamnya sesuai dengan konstruk-konstruk dalam kajian anda
sendiri. Sebagai contoh, definisi operasionalnya betul dab bias budaya telah
dibersihkan.

6 Jika anda menterjemahkan dalam bahasa lain, terangkan bagaimana anda


mendapatkan pakar bahasa mengesahkan ketepatan terjemahannya.
(Kesahan dan kebolehpercayaan )
7 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan protokol kajian iaitu soalan berstruktur
temubual/thinking aloud/restrospektif/focus group discussion FGD yang dibina
berdasarkan objektif kajian, rekabentuk kajian, kajian literatur dan model kajian
yang dikemukakan.
Terangkan prosedur kajian rintis yang dijalankan menggunakan protokol yang
baru dibina dan bagaimana penambahbaikan dilakukan.
8 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan elemen yang hendak dibuat pemerhatian
selari dengan item-item dalam soalan berstruktur di atas.
9 Bagi penyelidikan kualitatif, pastikan dokumen yang akan dianalisis dijelaskan
mengapa ia sesuai untuk ditriangulasikan maklumatnya serta sebutkan
nama/jenis/penerbit dokumen yang dianalisis
10 Kesahan dan kebolehpercayaan dibincangkan dengan jelas untuk
mengelakkan kekeliruan. Sebagai contoh, 1) prosedur triangulasi, 2) prosedur
semakan peserta, 3) prosedur audit trail/jejak audit, 4) prosedur cohen cappa.

3.6 Tatacara/prosedur pemerolehan data

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N Surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, menerangkan tentang prosedur atau langkah
mengutip data (survei) atau intervensi (experimental) yang dilakukan dari
aspek:
Masa
Pelaksanaan kepada sampel
Tempat/lokasi:

**Bincangkan, kesan hawthorn, bias disebabkan kehadiran penyelidik dan


perakam video dalam tempat kajian jika relevan (bagi kajian experimental)

2 Bagi penyelidikan kualitatif , jika gunakan kaedah pemerhatian dan temubual


nyatakan dengan jelas siapa yang menjalankan pemerhatian dan temubual,
waktu dan bilangan jumlah jam pemerhatian dan temubual, lokasi dan
bagaimana menjalankannya. Jelaskan bagaimana dokumen akan didapati dari
sumber mana dan kerelevanannya

3.7 Tatacara penganalisisan data

Bil Perkara Status Muka Catatan


Y/N surat
1 Bagi penyelidikan kuantitatif, pastikan skala bagi setiap pembolehubah
yang hendak diukur betul.

2 Menerangkan tentang alat statistik apa yang akan dipakai untuk menganalisis
data bagi setiap objektif/soalan kajian dan mengapa alat statistik tersebut
sesuai.
3 Terangkan jadual kunci penentu tahap kekuatan skor berasaskan skala
pengukuran yang digunakan. (sebagai contoh, kalau ujian-rubriknya, skala
likert-jadual kuncinya)

3 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan pendekatan analisis data yang dipakai


dan bagaimana ia akan dilakukan. Cth: Constant comparative method, inductive
analysis dll
4 Bagi data kualitatif, terangkan bagaimana pengkodan dilakukan, kategori,
tema, proposition, paten dan model dihasilkan.
5 Bagi penyelidikan kualitatif, terangkan bagaimana reliability dan validity
dipastikan – 1) triangulasi, 2) semakan peserta, 3) jejak audit, 4) Cohen Kappa.
6 Untuk memudahkan analisis data kualitatif, sediakan jadual kemungkinan kod,
kategori, tema dan propositions dengan memberikan sumber rujukannya.

Rujukan dan lampiran


Bil Perkara Status Muka Catatan
Y/N surat
1 Pastikan rujukan ditulis dengan betul dan tepat mengikut gaya yang ditentukan
oleh universiti. Cth: Gaya UKM, APA dll
2 Pastikan semua rujukan yang digunakan dalam tesis disenaraikan dalam
ruangan ini.
3 Pastikan semua lampiran dilabelkan dengan betul mengikut mukasurat yang
menyatakan ‘sila rujuk lampiran A’ sebagai contoh.

Ditulis oleh:
Prof Dr Nor Aishah Buang
Fakulti Pendidikan
UKM

Anda mungkin juga menyukai