Anda di halaman 1dari 2

Kritikan Artikel

1) Pengenalan

Jurnal yang dikritik adalah tajuk “Kompetensi Guru Pendidikan Khas terhadap murid
bermasalah pembelajaran” penulis seramai lima orang daripada fakulti Pengajian Kontemporari
Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Penulis ini amat menitikberatkan tentang perubahan dan
peredaran zaman dalam dunia pendidikan dan sentiasa berkembang dari masa ke semasa.

Sistem Pendidikan Malaysia yang sedang membangunkan negara melalui pelbagai


transformasi kurikulum yang setanding dengan pendidikan global amatlah baik dan mantap.
Justeru itu, usaha yang berterusan bagi meningkatkan tahap pendidikan adalah penting kerana
perubahan terhadap cara atau sesuatu teknik pengajaran yang betul memerlukan masa dan
komitmen yang tinggi.

2) Kekuatan

Apabila membaca artikel ini, para pembaca mendapat pelbagai info tentang objektif
sebenar sistem Pendidikan di Malaysia ini. Antara kekuatan yang didalam artikel adalah pembaca
didapati kaedah sistem pendidikan di Malaysia dilaksanakan secara sistematik dan terperinci serta
bertarafkan dunia. Artikel ini juga menjelaskan tentang kepentingan kompetensi guru terutama
guru pendidikan khas perlu ada beberapa aspek proses pembelajaran yaitu kepakaran dalam
subjek, kepakaran dalam teori, mengurus proses pembelajaran serta adaptasi dalam komuniti dan
personaliti. Hal ini kerana melihat kemampuan dan kecekapan seseorang ketika melakukan sesuatu
tugasan.

Selain itu kekuatan yang ada pada artikel ini adalah penulis telah mendalami isu dan
masalah Pendidikan khas dalam proses pembelajaran dan mengupasnya dengan baik. Penulis
mempunyai pengetahuan dan fikiran yang tersendiri untuk mengemukakan pendapat beliau. Dari
situ penulis dapat mengolah guru pendidikan khas perlu mempunyai tahap pengetahuan yang
tinggi dan bijaksana bagi mengurus tingkah laku pelajar secara professional. Maka, pembaca
amatlah peka terhadap masalah ini supaya proses pembelajaran dapat diuruskan secara baik dan
positif.
3) Kelemahan

Kelemahan artikel dapat dilihat dari segi sasaran pelajar yang bermasalah dengan
pembelajaran. Perkara ini tidak boleh dibiarkan ia berlaku dan akan dibaiki secara berperingkat.
Dalam artikel ini, penulis menyatakan pelajar bermasalah pembelajaran ini sukar mempelajari
kemahiran, sukar mengikut arahan dan lemah dalam memberi tumpuan. Hal ini disebabkan
perhatian mereka mudah teralih dari satu rangsangan ke rangsangan lain. Guru-guru sentiasa ambil
cakna kepada murid tersebut dalam proses pembelajaran.

Antara kelemahan lain dalam artikel ini adalah penulis tidak memberi cadangan yang
bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Menurut para pembaca, selepas mengenal pasti isu
dan masalah dalam Pendidikan khas dan seharusnya diikuti dengan cadangan kritikal yang boleh
digunakan dalam mengatasi masalah tersebut. Di samping itu, kelemahan artikel lain adalah
penulis tidak menyediakan kenyataan utuk menyokong hujah mereka. Pembaca mungkin keliru
dengan ulasan kerana tiada sokongan daripada bahan bacaan atau kajian lain.

4) Cadangan dan penambaikan

Dalam artikel, penulis menyatakan tentang isu dan masalah pembelajaran murid yang
kurang melonjak dalam subjek yang perlu dikuasai. Jadi di sini, pembaca mengeluarkan idea yang
perlu di ketengahkan dalam kritikan atikel ini. Yang pertama adalah guru perlu menggunakan
aplikasi model pengajaran yang sesuai di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Yang kedua
dengan mempelbagaikan bahan pengajaran untuk menarik perhatian supaya pelajar dapat Kembali
fokus dan tidak mengantuk. Seterusnya adalah mengurus masa pengajaran dengan sistematik dan
menggunakan intensif sebagai motivasi dalaman.

Selain itu, penulis boleh memasukkan data sokongan dalam artikel untuk mengukuhkan
hujahan tersebut. Dengan data-data yang dinyatakan, secara tidak langsung pembaca boleh
membaca dengan jelas tanpa ada kesangsian. Selepas pembaca mengetahui isu dan masalah,
penulis boleh mengutarakan cara untuk mengatasi masalah dalam perbincangan. Cadangan-
cadangan yang diberikan dapat menjadikan artikel penulis lebih menarik lagi.

Anda mungkin juga menyukai