Anda di halaman 1dari 3

KEKUATAN ARTIKEL

Berdasarkan jurnal yang dikritik yang berjudul “ pendekatan Heutagogi iaitu Persepsi
Murid terhadap Pentaksiran Rakan Sebaya” yang ditulis oleh Noor Muslieah,
Zaharah Hussin dan juga Abdul Muhsien dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Antara kekuatan yang terdapat dalam artikel ini adalah penulis telah mendedahkan
kepada pembaca tentang persepsi murid terhadap pentaksiran rakan sebaya secara
jelas dan kaedah serta laras bahasa yang digunakan oleh penulis juga adalah tepat dan
mudah difahami oleh pembaca. Selain itu, penulis juga memahami kaedah pengajaran
yang digunakan dalam pendidikan abad ke-21 dimana guru haruslah berfikiran secara
kritis dan kreatif untuk membangunkan kemahiran dan kompetensi murid iaitu dengan
melalui pendekatan heutagogi. Di samping itu, melalui artikel ini, pembaca dapat
memahami bahawa pendekatan ini adalah bertujuan menggalakkan tindakan dan
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pendekatan ini
juga, pembaca dapat mengetahui bahawa aspek pentaksiran yang digunakan adalah
dengan cara memberi peluang kepada murid untuk menentukan dan mengurus sendiri
pentaksiran pembelajaran.

Seterusnya, daripada ulasan penulis, beliau mempunyai banyak pengetahuan yang


mendalam tentang corak pendidikan yang kian mencabar saban hari dimana guru
haruslah lebih berinovasi dan berfikiran secara kreatif untuk menarik minat murid.
Sebagai contohnya, dalam penulisan artikel ini, penulis menyatakan tentang aktiviti
yang dilakukan oleh guru untuk melibatkan murid dengan pentaksiran rakan sebaya
ialah dengan menilai hasil kerja individu dan berkumpulan, memberi markah
berkumpulan, memberi markah pembentangan,menilai bacaan Al- Quran, membuat
penilaian akhlak dan sebagainya. Selain itu, pembaca dapat mengetahui bahawa
pentaksiran rakan sebaya merupakan salah satu cara pentaksiaran alternatif yang
boleh dilakukan di sekolah dimana ianya merupakan salah satu kaedah yang boleh
dilakukan bertujuan untuk menilai kualiti dan pencapaian murid sebagai amalan
dalam pendidikan. Artikel ini juga berinformasi dan sesuai dengan pencarian
maklumat yang diperlukan oleh pembaca dimana pembaca ingin mengetahui
kepentingan pendekatan heutagogi yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia
pendidikan masa kini dan sejauh mana keberkesanan pendekatan sebegini yang boleh
dilakukan oleh guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih tersusun dan bersistematik.

Selain itu, kekuatan yang terdapat dalam artikel ini adalah penulis telah mendalami
isu dan cabaran pendidikan abad ke -21 dan mengupasnya dengan baik. Hal ini
demikian kerana penulis dapat menjelaskan secara terperinci yang berkaitan dengan
kepentingan pelaksanaan bilik darjah yang merupakan salah satu elemen yang perlu
dilakukan secara teliti kerana peranan guru merupakan aspek yang terpenting untuk
menentukan sama ada objektif pembelajaran adalah mengikut standard pembelajaran
yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seterusnya, pembaca
dapat mengetahui bahawa antara perkara yang diperlukan untuk proses penilaian
murid sepanjang pentaksiran bilik darjah dilakukan melalui penulisan artikel tersebut.

Bukan itu sahaja, bahkan melalui artikel ini, pembaca didedahkan dengan kandungan
sistem pendidikan abad ke-21 dengan melalui pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat
diketahui bersesuaian dengan kajian yang ingin dibuat oleh pembaca .Hal ini
dikatakan demikian kerana penulis ada menyatakan secara dengan lebih jelas
berkaitan pentaksiran rakan sebaya dimana ianya menepati ciri- ciri dan komponen
yang diperlukan oleh pembaca untuk mengetahui sejauh mana sistem pendidikan abad
ke -21 berkait rapat dengan pentaksiran rakan sebaya. Secara tuntasnya, pembaca
dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dimana rakan sebaya merupakan
salah satu komponen yang mempunyai hubungan dengan penglibatan murid. Hal ini
demikian kerana sistem ini merupakan antara pentaksiran yang diamalkan dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Disamping itu, pembaca berpendapat bahawa
kekuatan artikel ini adalah kerana penulis mempunyai banyak pengetahuan yang
berkaitan dengan sistem pendidikan yang diamalkan oleh negara kita. Hal ini dapat
dilihat apabila penulis mengupasnya dengan begitu baik dan sebagai pembaca ianya
merupakan artikel yang padat dengan isi dan elemen yang ingin diketahui oleh
pembaca.
Kekuatan yang seterusnya ialah melalui sumber rujukan untuk menghasilkan artikel
ini. Tamsilnya, penulis telah meneliti dan mengambil rujukan yang mempunyai
banyak fakta dan dapatan kajian. Penulis ada menyatakan bahawa dapatan kajian yang
dibuat adalah berdasarkan persepsi murid dimana ianya merupakan kajian yang lebih
spesifik kepada pengalaman mereka terhadap pentaksiran rakan sebaya yang
didilaksanakan oleh guru. Kekuatan artikel ini juga adalah berupaya untuk memberi
gambaran secara lebih jelas berkaitan dengan proses yang dilakukan sewaktu
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh hal yang demikian melalui kajian
lepas yang ditulis oleh penulis, ianya secara tidak langsung dapat membantu pembaca
membuar rujukan berkaitan sistem pendidikan abad ke-21 dan pendekatan yang boleh
dillakukan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.

Selain itu kekuatan artikel ini kerana penulis juga menyusun maklumat beliau
secara bersistematik dimana tajuk utama dan sub tajuk dipisahkan yang dapat
mengekalkan fokus pembaca. Secara konklusinya, kekuatan artikel ini adalah kerana
cara susunan fakta serta maklumat yang dikemukakan oleh penulis amat bernas
dimana kosa kata serta ayat yang terdapat dalam artikel ini sangat mudah untuk
difahami dan sub topik yang unik mengandungi fakta dan ulasan yang berguna kepada
pembaca.

Anda mungkin juga menyukai