Anda di halaman 1dari 10

Soalan 1

Nyatakan tiga (3) Langkah proses penulisan yang berkesan.

Jawapan

Bagi menghasilkan penulisan yang baik, terdapat tiga langkah proses penulisan
yang perlu dititikberatkan oleh penulis bagi mengasilkan penulisan yang berkesan
dan bermutu. Tiga langkah proses berkenaan adalah pertama perancangan, kedua
adalah penulisan dan ketiga adalah pengakhiran. Tiga langkah proses penulisan ini
akan dihuraikan dengan terperinci seperti berikut:-

Langkah proses penulisan yang pertama adalah perancangan. Perancangan dibuat


lebih dahulu sebelum sebarang penulisan dimulakan. Perancangan adalah
bagaimana kita memahami corak dan paten sesebuah penulisan yang akan
dihasilkan, tanpa perancangan yang sempurna, kemungkinan besar penulisan yang
dihasilkan tidak akan menepati sesuatu matlamat dan objektif yang ingin dihasilkan
oleh penulis mahupun mahupun mereka yang mengkehendaki penulisan tersebut. Di
dalam proses perancangan terdapat tiga subpoint yang terkandung iaitu pertama
adalah analisis, kedua adalah siasat dan ketiga adalah penyesuaian. Subpoint
pertama iaitu analisis. Analisis bermaksud penghuraian sesuatu akan keadaan,
masalah dan persoalan dan seterusnya penulis akan menganilis semua analisis
yang telah dilakukan. Di dalam sesuatu penulisan, penulis perlulah mengkaji tujuan
penulisan itu dibuat. Sebagai contoh penulisan berbentuk permohonan, penulisan
berbentuk penerangan, penulisan berbentuk artikel, penulisan berbentuk pemujukan
dan beberapa lagi bentuk tujuan penulisan. Perbezaan tujuan penulisan ini akan
menentukan frasa kata yang akan digunakan oleh penulis semasa membuat
penulisan. Ini penting kerana proses mengenalpasti tujuan akan memandu corak
penulisan agar tidak terpesong dari matlamat asal sesebuah penulisan tersebut.
Seterusnya adalah seseorang penulis hendaklah menyediakan jadual penulisan
ataupun yang dikenali sebagai rangka penulisan. Rangka penulisan adalah panduan
bagi seseorang penulis atau dikenali sebagai ibu kepada sesuatu penulisan penuh.
Rangka yang lengkap mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Di dalam
perancangan juga, seseorang penulis haruslah mengenal pasti bentuk profil
audiens. Sebagai contoh jenis audiens adalah pelajar, golongan pekerja eksekutif,
golongan pekerja sokongan, golongan orang kebiasaan, golongan bangsawan.

0
Perbezaan jenis audiens ini akan membuatkan penulis tahu apa bentuk corak
bahasa yang akan digunakan seperti penggunaan Bahasa berbentuk protokol
mahupun corak penulisan yang lebih santai. Subpoint kedua adalah siasat. Siasat di
sini adalah kajian atau mengkaji keperluan yang diperlukan oleh audiens dalam
membentuk keperluan informasi yang diperlukan. Terdapat lima kategori audiens
atau pembaca iaitu dari kalangan seorang yang pakar, bukan pakar, eksekutif,
pengguna dan kompoleks. Apabila pembaca adalah dari golongan yang pakar,
penulis hendaklah menyertakan gaya penulisan dan maklumat yang teknikal seperti
penerangan prosedur atau proses. Ini kerana golongan pembaca ini mempunyai
pengetahuan dan lebih-lebih lagi jika bahan penulisan itu adalah perkara yang
mereka minat. Seterusnya adalah di kalangan pembaca bukan pakar. Di sini
penulis hendaklah membuat penulisan yang ada unsur kreatif dan bermotivasi. Ini
bertujuan untuk menarik pemerhatian pembaca untuk mengekalkan mereka
membaca sehingga akhir bacaan. Penggunaan terma-terma yang begitu teknikal
hendaklah dikurangkan dalam penulisan kerana golongan ini tidak mahu
membebankan pemikiran mereka untuk mengkaji maksud patah perkataan yang
sukar difahami yang memerlukan mereka untuk membuat rujukan di kemudian hari.
Contoh dan penerangan yang diberikan di dalam penulisan hendaklah dibuat
dengan mudah dan senang difahami. Bagi golongan pembaca kategori eksekutif
pula, penulis digalakkan untuk membuat penerangan yang bersifat terus dan bersifat
dasar. Selain itu penulis juga digalakan menggutamakan maklumat yang penting
dan praktikal kerana pembaca jenis ini adalah mereka yang juga berpengatahuan
dan minat yang tinggi untuk membaca sebarang penulisan. Bagi penyediaan bahan
untuk penulisan kepada golongan pengguna, penulis hendaklah merangka penulisan
yang bersifat praktikal dan terperinci seperti menggunakan istilah teknikal dan cara-
cara penggunaan yang lengkap. Penulis juga dilarang menggunakan ayat
penerangan yang ringkas kerana pembaca kategori pengguna semestinya mahu
penerangan tersebut padat dan berinformatif. Akhir sekali kategori pembaca adalah
kategori pembaca yang kompleks. Di sini penulis hendaklah mengkaji unsur budaya
pembaca berkenaan, taraf sosioekonomi, agama mahupun ideologi. Pengisian
penggunaan Bahasa bersifat maklumat prejudis dan sensitif hendaklah dielakan
termasuk juga istilah teknikal yang kopmpleks dan mengelirukan. Ini disebabkan
berlaku halangan pemikiran atas faktor unsur budaya dan juga sosio pembaca
kategori ini. Kesemua proses dalam siasat ini memerlukan penulis membuat sedikit
1
kajian melalui kajian formal atau formal. Kajian formal adalah seperti melalui
penyelidikan dan mengedarkan borang maklumbalas manakala kajian tidak formal
adalah melalui pemerhatian, perhubungan yang terjalin, komunikasi yang pernah
dilakukan bersama audiens dan juga pengalaman yang dimiliki oleh penulis itu
sendiri. Akhir sekali subpoint dalam perancangan adalah penyesuaian. Penyesuaian
adalah bagaimana seseorang penulis itu memilih saluran yang tepat agar penulisan
yang telah dibuat akan sampai kepada pembaca dan seterusnya difahami tujuan
penulisan dibuat. Seperti contohnya saluran seperti surat, memo, emel, kenyataan
media, transkrip, bacaan informasi, majalah dan sebagainya. Jika pengguna atau
pembaca banyak menggunakan saluran tersebut, ini menjadi bonus kepada penulis
apabila dapat mempengaruhi pembaca untuk mengikuti penulisan yang telah dibuat.
Saluran yang tepat akan membentuk perhubungan yang baik antara pembaca dan
penulis.

Langkah proses penulisan yang kedua adalah penulisan. Penulisan ini adalah fasa
membuat karangan atau susunan ayat yang disusun untuk dijadikan maksud kepada
tujuan penulisan. Di dalam perancangan, seseorang penulis telah menyediakan
rangka penulisan dan bahan sokongan penulisan dan seterusnya perkara tersebut
akan digunakan semasa penulis membuat penulisan yang penuh. Dua perkara
penting semasa penulisan penuh dibuat adalah susunan dan juga bentuk
penulisan. Di dalam susunan penulisan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
pendahuluan, isi atau badan karangan dan terakhir adalah penutup. Pengenalan
haruslah penulis menengahkan isu atau persoalan yang jadi idea utama tujuan.
Seterusnya memperkenalkan pengenalan gaya yang menarik, bertenaga dan
memberasangkan minat pembaca, di dalam pengenalan juga penulis harus
membuat pertalian erat kepada pembaca supaya mereka cekap apa yang
terkandung dalam isi. Pendahuluan yang baik seharusnya tidak terlalu panjang
kerana focus pembaca akan menjadi lemah dan membosankan untuk mereka
meneruskan bahan bacaan. Seterusnya di dalam fasa susunan isi. Isi yang lengkap
adalah kesinambungan kepada tujuan penulisan pada pembukaan. Penggunaan
ayat adalah membentuk focus penulisan secara terperinci, mengutarakan fakta,
pandangan, ulasan, pendapat contoh dan hujah berhubung dengan judul penulisan.
Kebolehan penulis dalam mengekalkan hujah dengan mantap, logik dan berkesan
adalah amat diperlukan. Penulis harus memecahkan isi penulisan kepada beberapa

2
bahagian dan memastikan kesinambungan isi dengan mengunakan frasa kata yang
sesuai dan tidak meninggalkan penyataan isi dengan perkataan yang tergantung
dan membuatkan pembaca tidak dapat apa yang cuba disampaikan oleh penulis.
Seterusnya adalah penutup kepada penulisan. Penulis harus sedar bahawa fungsi
penutup penulisan berfungsi untuk mengukuhkan atau merumuskan apa-apa yang
telah dibincangkan dalam isi penulisan atau badan karangan. Tiga perkara yang
perlu diambil berat semasa menulis bahagian penutup adalah memastikan rumusan
isi yang telah dipersembahkan, memastikan rumusan hendaklah erat dengan judul
penulisan dan terakhir ada hubungan dengan jenis penulisan. Seterusnya dalam
penulisan yang perlu diambil perhatian oleh penulis adalah memastikan bentuk
penulisan. Bentuk penulisan yang dimaskudkan disini adalah gaya penulisan yang
berbentuk formal dan ilmiah ataupun bentuk penulisan bacaan santai dan ringan. Di
samping itu, nada perbualan yang dipilih haruslah dekat dengan diri pembaca.
Penulis juga harus membentuk ayat-ayat yang baik dengan menggunakan pecahan
perenggan yang efektif. Pecahan perenggan-perenggan yang dipilih pada
kesesuaian yang tepat akan membuatkan pembaca akan meneruskan bahan
bacaan atau penulisan tersebut.

Langkah proses penulisan yang ketiga adalah pengakhiran. Disini setelah penulisan
telah siap sepenuhnya, penulis hendaklah membuat semakan dan ulangkaji
penulisan. Struktur nilai kandungan dan kebolehbacaan penulisan tersebut adalah
melalui dari penulis itu sendiri iaitu penulis akan membaca sepenuhnya dengan
keadaan selesa. Jika didapati nahu bahasa yang kurang sesuai perlu ditukarkan
kepada nahu bahasa yang baru. Ini adalah mengangap penulis itu sendiriadalah
sebagai pembaca kepada penulisan tersebut. Seterusnya penulis haruslah memilih
saluran penerbitan dengan membentuk lakaran yang sesuai, jenis tulisan dan besar
tulisan dengan bantuan infografik yang boleh menarik pembaca. Kebiasaan
seseorang penulis akan memerlukan seseorang lagi yang tidak terlibat dalam
penulisan tersebut untuk membuat proofreading bagi membuat semakan ejaan,
susun atur dan tugas beliau tidak kurang sebagai mekanik. Pandangan mereka
proofreading juga disifatkan kepada testimoni bacaan kepada penulisan yang telah
penulis hasilkan.

3
Soalan 2

Terangkan beserta dengan contoh tiga (3) ciri khalayak/audiens.

Jawapan

Khalayak bermaksud sekumpulan manusia yang akan menonton dan mendengar


sesuatu persembahan yang berupa pengucapan, penulisan atau pementasan.
Kebiasaan seseorang perucap akan menganalisis ciri kelompok khalayak atau
audiens yang akan mendengar ucapan tersebut. Terdapat tiga (3) ciri khalayak yang
sepatutnya diketahui oleh seseorang perucap sebelum mereka membuat ucapan
dan sebagai persediaan bagi sesuatu ucapan yang akan dibuat. Tiga ciri khalayak
yang pertama adalah ciri peribadi (demografi), kedua adalah ciri budaya dan ketiga
adalah ciri psikologi. Penerangan terperinci ciri-ciri khalayak ini akan dihuraikan
seperti berikut:-

Ciri pertama khalayak adalah ciri-ciri peribadi dan bersifat demografi. Umur dan
jantina adalah bentuk ciri-ciri peribadi. Sebagai perucap haruslah mengenalpasti
tahap umur khalayak dimana umur boleh dikelaskan dengan kanak-kanak, dewasa
dan warga emas atau berumur. Jika khalayak adalah dari golongan kanak, perucap
hendaklah membuat ucapan yang tidak begitu teknikal kerana kanak-kanak lebih
gemar kepada apabila mereka dihidangkan dengan ucapan yang berbentuk humor
dan menggambarkan permainan pemikiran secara kreatif. Bagi khalayak yang
dewasa pula, perucap boleh menaik taraf bentuk ucapan dengan mengandungi fakta
yang jelas di samping mengadakan soal balas. Soal balas dibuat adalah dengan
bertujuan untuk menarik khalayak supaya bersama-sama menikmati kandungan
ucapan yang disampaikan. Bagi golongan warga emas pula, ucapan yang dibuat
adalah yang berbentuk santai tanpa meletakan ayat atau bahasa yang terlalu
teknikal. Adalah penting bagi seseorang perucap adalah memastikan masa ucapan
tidak begitu lama di atas sebab kahalayak jenis ini akan mudah merasa letih dan
sebagainya. Satu perkara penting perucap hendaklah hendaklah mengulang
perkara-perkara oenting semasa berucap dan perulangan itu hendaklah dibuat
secara ringkas sahaja. Ini membolehkan mereka ini dapat mengikuti idea-idea yang

4
disampaikan. Mengenai jantina pula, khalayak yang kebanyakan lelaki lebih mudah
dengan membuat ucapan berbentuk seloroh dan benda yang boleh minat golongan
ini boleh contoh. Bagi khalayak wanita, kebiasaan wanita amat sensitif dengan tutur
bicara perucap, lebih-lebih lagi mereka merasakan bahawa golongan mereka ini
sedang dipersendakan. Ada juga wanita-wanita yang tidak boleh menerima kata-
kata yang agak kasar berbanding lelaki. Sebagai contoh, perucap haruslah
menggunakan ayat dan bahasa yang boleh membawa khalayak wanita berasa
senang seperti menaikan semangat kewanitaan dan perjuangan seorang wanita.
Jika khalayak adalah hasil gabuingan khalayak lelaki dan wanita, seseorang perucap
haruslah seimbang dalam menarik perhatian kedua belah kelompok ini dengan tidak
secara berlebihan dalam mempersendakan sebelah pihak atau menaikan semangat
sebelah pihak sahaja. Oleh itu perucap yang bijak hendaklah memilih contoh dan
penyataan yang dapat memberi kepuasan kepada semua golongan tidak kira lelaki
mahupun wanita.

Ciri kedua khalayak adalah ciri-ciri budaya. Khalayak mempunyai latar belakang
pelbagai budaya dan ideologi. Ini termasuklah kefahaman agama dan juga
kefahaman kaum yang khalayak ikuti. Oleh itu, perucap hendaklah mengelakan
membuat ucapan yang berbntuk penghinaan, hasutan dan membangkitkan
perasaan benci atau merendahkan martabat agama mahupun kaum. Sebagai
contoh, jika adalah dari khaklayak beragama Kristian di Malaysia ini, kita tidak boleh
membuat ucapan yang mengatakan Kristian adalah agama yang sesat kerana
kehidupan di Malaysia kita bebas mengikuti agama tanpa paksaan dan hidup secara
harmoni, begitu juga jika ada khalayak adalah dari kaum pendalaman seperti kaum
orang asli, kita tidak bioleh merendahkan intektual dan pemikiran mereka yang tidak
standing dengan kaum-kaum yang berjaya di negara kita. Ini akan membuatkan
khalayak tidak akan merasa selesa dengan ucapan yang perucap sampaikan.

Ciri ketiga khalayak yang ketiga adalah ciri-ciri psikologi. Ciri psikologi termasuklah
khalayak taraf pekerjaan, tahap ekonomi dan pendidikan. Perucap harus faham dan
sedar bahawa pekerjaan adalah berkait rapat dengan pendidikan atau tahap
pelajaran. Jika tahap pelajaran atau pendidikan khalayak itu tinggi maka jawatan
pekerjaan adalah yang tertinggi seperti golongan eksekutif dan pengurusan dan
begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, perucap boleh menggunakan isu
dipersekitaran jenis khalayak itu untuk dibuat perbandingan kerana situasi itu lebih

5
dekat dengan mereka seperti petani lebih mudah dibuat contoh dengan aspek
pertanian dan sebagainhya. Mengenai tahap ekonomi pula, seseorang perucap juga
harus membicarakan kesesuaian dengan tahap ekonomi merekaiatu rendah,
sederhana dan tinggi. Mereka yang mempunyai tahap ekonomi yang tinggi pastinya
tidak gemar jika pericarp merendahkan kemampuan mereka dan begitu juga dengan
mereka yang berada di tahap ekonomi yang rendah tetapi perucap boleh
menggunakan contoh dengan menggunakan kaedah motiovasi supaya mereka yang
berada di tahap ekonomi juga boleh berjaya menambah pendapatan agar mereka
boleh jadi kaya dan mempunyai pendapatan yang tinggi. Dari segi tahap pendidikan,
ia juga sama untuk perucap membezakan. Sebagai contoh jika khalayak adalah dari
latar belakang pendidikan yang rendah, perucap tidak boleh memberi ucapan yang
begitu kompleks dari susun atur bahasa dan perkataan. Oleh itu psikologi perucap
dalam mempengaruhi khalayak jenis ini adalah amat diperlukan supaya khalayak
terus berasa selesa memngikuti uacapan yang akan disampaikan.

6
Soalan 3

Nyatakan tiga (3) cabaran-cabaran yang terdapat dalam proses mendengar.

Jawapan

Salah satu untuk menjadi komunikator yang lengkap adalah kebolehan mendengar
atau mencerap dengan baik. Ia juga menjadi perkara asas dalam komunikasi
intrapersonal. Namun terdapat cabaran yang menyebabkan proses mendengar akan
tergangu. Berikut adalah 3 cabaran-cabaran yang terdapat dalam proses mendengar
iaitu pertama halangan-halangan fizikal, kedua halangan-halangan psikologi dan
ketiga halangan-halangan interaksi. Penjelasan terperinci akan dihuraikan seperti
berikut:-

Cabaran pertama yang berlaku dalam proses mendengar adalah halangan-halangan


fizikal. Halangan-halangan fizikal adalah disebabkan dengan 3 faktor iaitu
persekitaran dan bunyi bising, faktor ciri-ciri pengucap yang boleh menggangu dan
faktor ciri-ciri pendengar yang boleh menggangu. Faktor persekitaran dan bunyi
bising akan menyebabkan seseorang yang mendengar akan tergangu dalam
menerima input maklumat yang di dengar atau yang disampaikan oleh seseorang.
Gangguan ini adalah dalam bentuk fizikal mahupun fisiologikal. Antara tindakan
yang menggangu mencerap adalah seperti menutup televisyen, radio, telefon.
Gangguan ini terjadi apabila seseorang sedang mencerap akan hilang maklumat
cerapan secara tiba-tiba. Begitu juga sebaliknya jika semasa dalam proses
mencerap terdapat bunyi yang terlalu bising sehinggakan seseorang itu tidak
mendengar maklumat yang disampaikan oleh penyampai seperti bunyi kenderaan,
bunyi perbualan orang ramai yang berada disekeliling. Faktor seterusnya adalah
faktor yang datang dari diri perucap yang boleh menganggu. Ini disebabkan dengan
keadaan perucap yang tidak berupaya menyampaikan maklumat dengan jelas
seperti menggunakan nada suara yang agak perlahan atau rendah menyebabkan
mereka yang mencerap tidak mendengar penuh butiran apa yang disampaikan.
Manakala ciri-ciri pendengar yang boleh mengangu juga menyebabkan proses

7
mendengar dan mencerap juga menjadi masalah. Ia terjadi apabila pendengar tidak
memberi tumpuan sepenuhnya seperti sibuk dan leka dengan urusan lain yang tidak
berkaitan dengan topik perbualan. Selain itu tanggapan awal telah diberikan dan
membuat penolakan terhadap apa yang didengar tidak menjadi sempurna. Ia
berlaku atas sebab ego dan rasa kurang selesa dari pendengar. Selain itu,
pendengar yang terlalu banyak bercakap dan juga kurang minat juga menyumbang
berlakunya halangan untuk mencerap dengan lebih baik.

Cabaran kedua yang berlaku dalam proses mendengar adalah halangan-halangan


psikologi. Pengucap yang bercakap dengan kelajuan yang tinggi akan menyebabkan
pendengar sukar untuk menangkap butiran maklumat yang disampaikan.
Seharusnya perucap berucap dengan kadar kelajuan yang pendengar boleh selesa.
Perucap boleh menanyakan adakah kesesuaian kelajuan perucap semasa
menyampaikan maklumat membolehkan pendengar dengar dengan baik dan
memahami apa yang disampaikan. Dengan itu, kadar kesesuaian kelajuan dalam
bercakap boleh diseimbangkan. Mesej maklumat yang terlalu kompleks dan
berlebihan juga menyebabkan halangan proses mendengar. Ini kerana pendengar
akan sukar untuk memahami dan seterusnya maklumat yang disampaikan dengan
sempurna.

Cabaran ketiga yang berlaku dalam proses mendengar adalah halangan-halangan


interaksi. Halangan interaksi disini apabila terjadinya perang mulut atau ketidak
kesafahaman antara pengucap dan pendengar. Ini menyebabkan proses mendengar
akan menjadi terhalang dan seterusnya mengagalkan matlamat penyampaian
maklumat yang ingin disampaikan. Penggunaan perkataan yang kasar juga akan
menyebabkan pendengar akan tidak merasa senang dan menggugat proses
mencerap. Sementara itu, perbezaan budaya juga menyebabkan halangan kepada
proses pendengaran. Sebagai contohnya jika budaya perucap berasal dari Melaka
yang kasar misalnya mungkin tidak sesuai penerimaan pendengar yang berasal dari
negeri lain.

Oleh itu, cababaran-cabaran dalam mendengar ini hendaklah diatasi sebaik mungkin
baik dari pengucap mahupun dari pendengar agar proses penyampaian matlamat
dan proses mencerap tidak terganggu.

8
9

Anda mungkin juga menyukai