Anda di halaman 1dari 32

KURSUS KESEDARAN HALAL

2021
Kepentingan Makanan Yang Halal
• Keyakinan Pengguna Islam
- Pengguna akan lebih yakin apabila mendapat tahu
bahawa produk yang dibeli adalah halal.

• Persaingan di Peringkat Global


- Pengeluar dan pengilang makanan boleh menggunakan
halal sebagai strategi pemasaran di peringkat global dan
menembusi pasaran yang lebih luas kerana produk halal
adalah sesuai untuk orang Islam dan bukan Islam.

• Menjamin Kualiti & Keselamatan


- Berkualiti, diproses dalam keadaan yang bersih dan
selamat
Definisi Makanan Halal –
MS1500:2019
Tidak mengandungi apa-apa bahagian atau produk
dari haiwan yang tidak halal mengikut undang-
undan Syariah atau mana-mana bahagian badan
haiwan yang tidak disembelih mengikut undang-
undang Syariah;

Tidak mengandungi najis mengikut undang-


undang Syariah;

Tidak memabukkan atau menghilangkan


kewarasan mengikut undang- undang Syariah;
Definisi Makanan Halal –
MS1500:2019
Selamat untuk dimakan, tidak beracun, tidak
memabukkan atau tidak membahayakan kesihatan;

Tidak disediakan, diproses atau dikilangkan


menggunakan peralatan yang telah dicemari najis
mengikut undang-undang Syariah;

Tidak mengandungi bahagian badan manusia atau


terbitannya yang tidak dibenarkan oleh undang-undang
Syariah
Najis (Takrifan MS1500:2019)

Haiwan atau benda yang terlarang


seperti khinzir, anjing dan terbitannya,
darah dan bangkai;
Makanan halal yang telah tercemar
dengan makanan tidak halal;
Makanan halal yang telah bersentuhan
dengan makanan tidak halal;
Sambungan...
Sebarang cecair atau objek yang dikeluarkan
dari rongga manusia atau haiwan seperti air
kencing, najis, darah, muntah, nanah,
sperma dan ovum anjing dan khinzir (kecuali
sperma dan ovum dari haiwan lain);
Bangkai atau binatang halal yang tidak
disembelih mengikut hukum Syarak;
Arak atau minuman atau makanan yang
dicampurkan dengan arak.
3 KATEGORI NAJIS MENGIKUT
HUKUM SYARIAH
a) Najis Mughallazah (najis berat)
 contohnya, anjing dan khinzir termasuk benda cecair yang keluar
daripada rongga mereka, keturunan dan terbitannya

b) Najis Mukhaffafah (najis ringan)


 air kencing bayi laki-laki pada usia 2 tahun dan ke bawah yang tidak
mengambil makanan lain kecuali diberi minum susu ibunya

c) Najis Mutawasitah (najis sederhana)


 contohnya muntah, nanah, darah, minuman beralkohol (Khamar),
bangkai, cecair, dan benda dikeluarkan daripada rongga, dan sebagainya
Pengkelasan Makanan Halal atau
Haram dalam Islam
Semua haiwan darat adalah halal untuk dimakan KECUALI:

Haiwan yang tidak Haiwan yang


disembelih Khinzir, anjing dan mempunyai gigi Burung pemangsa
mengikut hukum Keturunannya atau taring yang
Syarak serta terbitannya tajam yang
digunakan untuk
membunuh
mangsa
Pengkelasan Makanan Halal atau Haram dalam
Islam
Semua haiwan darat adalah halal untuk dimakan KECUALI:

Makhluk perosak Haiwan yang Haiwan yang Haiwan Jallalah –


dilarang untuk menjijikkan seperti melainkan yg tidak
dibunuh dalam lalat, kutu dsbnya makan khinzir dan
Islam seperti lebah anjing dan telah
disucikan
Pengkelasan Makanan Halal atau Haram dalam
Islam
Haiwan air

Haiwan yang tidak boleh Haiwan yang berbisa, Haiwan yang hidup dua
hidup di luar air cth ikan memabukkan atau alam – TIDAK HALAL
- HALAL bahaya – TIDAK HALAL
Pengkelasan Makanan Halal
atau Haram dalam Islam
Minuman

• Semua Halal • Semua Halal

Tumbuhan
• Kecuali yang • Kecuali yang
memabukkan, memabukkan,
beracun atau beracun atau
membahayaka membahayakan
n kesihatan kesihatan
Pengkelasan Makanan Halal
atau Haram dalam Islam

Bahan kimia dan


• Semua Halal • Semua Halal
Cendawan

a
• Kecuali yang in • Kecuali yang
memabukkan, memabukkan,

m
er
beracun atau beracun atau
membahayakan membahayakan
kesihatan kesihatan
Pengkelasan Makanan Halal atau Haram dalam
Islam
Makanan Terubahsuai Genetik (GMF)
Makanan dan minuman yang mengandungi
produk atau produk sampingan daripada
organisma terubahsuai genetik (GMO) atau
bahan yang menggunakan gen dari haiwan yang
tidak halal atau tidak disembelih mengikut
hukum Syarak.
Makanan selain Makanan Halal
• Haram
– Tidak dibenarkan, dilarang, berbahaya atau yang sama erti dengannya
yang telah ditetapkan oleh hukum Syarak

• Makruh
– Tidak digalakkan, tidak didorong atau yang sama erti dengannya
kerana dikhuatiri boleh membawa orang Islam kepada perkara-perkara
yang Haram

• Mushbooh
– Istilah Arab yang bermaksud ‘ragu' atau 'disyaki‘, iaitu sesuatu
makanan yang tidak jelas status Halal atau Haramnya. Orang Muslim
dihalang daripada memakan makanan yang mushbooh
ISU TERKINI MENGENAI
MAKANAN HALAL
FATWA MENGENAI ALKOHOL DALAM
MAKANAN DAN MINUMAN
• Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun
bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari
proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

• Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak


hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk
aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

• Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk


menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras
1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

• Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama
seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau
sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
FATWA MENGENAI ALKOHOL DALAM
MAKANAN DAN MINUMAN
• Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara
• semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta
perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara
sampingan semasa proses pembuatan makanan atau
minuman adalah tidak najis dan harus (boleh )
dimakan/diminum.
• Makanan atau minuman yang mengandungi bahan
• perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan
penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya
alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak
memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
• Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol
sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan
• diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil
melalui proses pembuatan arak.
L-CYSTEINE
Perisa dari rambut manusia?
• L-cysteine dibuat dari rambut manusia, bulu itik atau
bulu khinzir
DAGING BUATAN
BERASASKAN
TUMBUHAN (PLANT-
BASED MEAT ANALOGUE)
• Biasanya dibuat dari protein tumbuhan seperti gluten
gandum, kekacang dan juga cendawan, ditambah dengan
bahan lain bagi menyerupai daging haiwan
• Hukum memakannya adalah Halal kecuali:
1. Bahan tambahan (additives) yang lain adalah Haram
2. Daging buatan menyerupai daging tidak Halal cth.
Syarikat menamakan produknya sebagai “daging
khinzir vegan / Vegan Pork”
HAIWAN
JALLALAH
• Haiwan Jallalah: haiwan yang diberi makan makanan
tidak Halal
• Hukum memakannya adalah Haram kecuali:
1. Haiwan tersebut tidak pernah memakan makanan
berunsur khinzir dan anjing
2. Haiwan tersebut dikuarantinkan selama tempoh
tertentu dengan cara dipuasakan atau dibveri
makanan Halal sahaja cth. Ikan keli yg diberi makan
usus ayam (berisi najis) perlu dikuarantinkan selama 2
hari supaya Halal dimakan setelah itu
PEWARNA
KUKU DAN
PEWARNA
RAMBUT
• JAKIM tidak pernah memberi pengiktirafan Halal
kepada mana-mana produk pewarna kuku dan pewarna
rambut walaupun mempunyai Sijil Halal dari negara lain
(menurut Manual Prosedur Pensijilian Halal Malaysia
2020 (MPPHM 2020)).
• Penentuan Hukum menguunakan kedua-duanya adalah
mengikut pilihan dan keyakinan masing-masing.
PEWARNA
MERAH
COCHINEAL
(COCHINEAL
CARMINE) Kumbang Cochineal Pewarna Cochineal
dalam produk

• Pewarna merah Cochineal carmine dibuat daripada


kumbang Cochineal yang dilumatkan.
• Pewarna merah Cochineal adalah Halal menurut JAKIM.
• Sebab Halal: Kumbang Cochineal adalah Halal dimakan
kerana bersih dan tiada darah mengalir
• Cth. Pewarna Cochineal digunakan dalam Oreo Red Velvet
• Hanya sesetengah negara seperti Brunei
mengharamkannya.
POLISI HALAL TPM
1. Menjamin status Halal dan selamat dari
bahan mentah hingga pengguna.
2. Mematuhi keperluan perundangan Halal
3. Mematuhi standard yang tinggi dan
keperluan JAKIM
PRINSIP HALAL (BAHAN MENTAH) –
MPPHM 2020
• Halal, selamat & tidak tercemar
• Bahan berasaskan haiwan – Halal, ada permit import (jika
diimport), disahkan oleh JPV dan KKM
• Nama pengeluar (manufacturer) dan Halal logo pada
pembungkusan perlu ada dan sama seperti sijil Halal
• Disahkan oleh KKM
• Sumber air bukan dari JBA – Ujian DNA Khinzir diperlukan
• Bahan tidak kritikal (sayur dan buah) – perlu spesifikasi produk
atau sumber asal bahan jika tiada sijil Halal
• Bahan dipek semula – harus ada Sijil Halal untuk proses pek
semula
• Berdaftare dalam Senarai Bahan Mentah yang diluluskan
dalam manual HAS sahaja
PRINSIP HALAL (PEMPROSESAN) –
MPPHM 2020
• Mematuhi kehendak JAKIM dan perundangan lain (PBT,
DOSH, KKM etc.)
• Kawasan bebas dari bahan tidak Halal
• Hanya produk Halal dihasilkan
• Mematuhi GHP dan Mesti (minimum)
• Bersih dan tersusun rapi
• Tiada bahan kimia atau bahan bukan makanan
berdekatan bahan makanan
• Kawasan tiada alat penyembahan
• Berus bukan dari bulu haiwan (jika bulu haiwan, perlu sijil
Halal)
PRINSIP HALAL (PENYIMPANAN) –
MPPHM 2020
• Pengasingan berlabel untuk bahan mentah, bahan R&D,
produk akhir, bahan pembungkusan, kawasan reject
• Kawasan tiada alat penyembahan
• Tiada bahan tidak Halal disimpan
• Asingkan bahan makanan dari bahan bukan makanan
• Guna pallet sesuai
• Bersih, kemas dan memudahkan pembersihan
• Simpanan mematuhi kehendak perundangan (PBT, KKM
etc.)
PRINSIP HALAL (PEMBUNGKUSAN
DAN PERLABELAN) – MPPHM 2020
• Label dan bahan pembungkusan selamat dan tidak berbahaya
pada produk
• Label - Kehendak pelabelan akta makanan 1983 dan peraturan
makanan 1985
• Label – tiada unsur tidak Halal, ‘ayat tunggang agama’.
lambang keagamaan, gambar khinzir dan anjing, gambar
tidak sopan, ayat Quran dan hadith
• Label untuk pasaran Malaysia – wajib dalam Bahasa Melayu
• Mematuhi kehendak JAKIM – Ada nama produk, nama dan
alamat pemegang sijil Halal dan logo Halal yang sah
• Kandungan nutrisi – mematuhi Akta Timbang dan Sukat 1972
• Coating, wax dan grease pada pembungkusan – harus dari
sumber Halal
PRINSIP HALAL (PENGANGKUTAN) –
MPPHM 2020

• Untuk bahan Halal dan bahan makanan sahaja


• Tiada lambang tidak halal pada badan pengangkutan
• Sesuai dengan sifat produk
• Bersih dan kemas
• Sertu jika perlu
PRINSIP HALAL (PEKERJA DAN
PREMIS) – MPPHM 2020
• Jangan makan, minum atau merokok dalam kawasan
pemprosesan
• Jangan bawa masuk makanan atau minuman tidak Halal
ke dalam kawasan kilang
• Elakkan kemasukan haiwan perosak dan haiwan lain
• Sertu jika perlu
• Surau, bilik loker, bilik persalinan, bilik rehat / kantin
yang bersih dan lengkap harus disediakan oleh syarikat
• Syarikat wajib memberikan kebenaran kepada pekerja
untuk Solat Fardhu dan Solat Jumaat
SAMAK DAN SERTU
SAMAK
• Definisi: menyucikan kulit haiwan
• Cara: membuang daging, tulang dan darah, boleh
gunakan bahan kimia atau detergent

SERTU
• Definisi: menyucikan sesuatu dari najis
mughallazah dengan dengan sekali air mutlak
bercampur tanah dan enam kali air mutlak
• Tanah: harus tanah liat yang suci, tidak poros
• Air mutlak yang tidak bercampur tanah: boleh
dicampur dengan sabun atau detergent
Logo Halal JAKIM
Panduan Proses Pensijilan Halal
Fasa 1 Fasa 2

Permohonan & Audit & Pengesahan


bayaran report & pensijilan

•Permohonan •Semakan dokumen oleh •Semakan dan pengesahan


(MyeHalal) JAIN oleh panel (JAKIM & JAIN)
•Penghantaran •Audit lapangan (audit •Pensijilan (berjaya atau tidak
dokumen kilang) berjaya)
•Byaran fi proses • Sampling & analisis •Penentuan tempoh sijil Halal
dan fi pensijilan (jika diperlukan) •Pemantauan oleh JAIN setiap
• Laporan audit dikeluarkan tahun (audit)
oleh juruaudit •Pembaharuan sijil Halal oleh
syarikat jika setelah sijil Halla
luput

Anda mungkin juga menyukai