Anda di halaman 1dari 65

BAHAGIAN I:

TELUR AYAM
47
PENENTUAN SPESIFIKASI
BAHAGIAN I: TELUR AYAM

Spesifikasi Teknikal

Telur Ayam Gred B

Gambar 1.1: Telur Ayam Gred B (60g – 65g sebiji)

1. Definisi: Telur ayam adalah telur ayam segar yang belum dikenakan apa-apa proses masakan atau
pengawetan. Kulit telur ayam tersebut MESTILAH bersih, licin, bebas daripada najis dan
kekotoran serta tidak retak atau pecah.

2. Telur ayam yang dibekalkan MESTILAHdi dalam kumpulan gred B yang mempunyai anggaran
berat di antara 60g hingga 65g sebiji.

3. Bahagian luar telur ayam MESTILAH:-


a. bersih, tidak pecah atau retak.
b. tidak berubah bentuk serta bebas daripada bendasing seperti najis dan darah.

4. Kulit telur ayam MESTILAH berwarna perang bermaksud perang atau dark creambrown atau mana-
mana variasi warna perang.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
48
Spesifikasi Umum

1. Tempoh Kontrak

1.1. Tempoh sah laku kontrak adalah selama 5 bulan.

2. Pendaftaran Syarikat

2.1. Pembekal MESTILAH berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).

2.2. Syarikat pembekal MESTILAH berdaftar di bawah kod bidang yang berkaitan sepanjang
tempoh kontrak.

2.3. Pembekal MESTILAH e-Perolehan enabled.

3. Pembungkusan dan Pelabelan

3.1. Pembungkusan telur ayam MESTILAH menggunakan sama ada tray plastik atau papers match
yang berpenutup jenis self-clip atau clamp-pack [tidak dibenarkan menggunakan dawai kokot dan
bahan pelekat (adhesive)].

3.2. Contoh pembungkusan telur ayam menggunakan tray plastik berpenutup jenis self-clip atau
clamp-pack:-

Gambar 1.2: Contoh tray plastik berpenutup jenis self-clip atau clamp-pack

3.3. Setiap tray MESTILAH mengandungi 30 biji telur ayam.

3.4. Telur ayam MESTILAH disusun dengan bahagian runcing ke bawah.

3.5. Tray MESTILAH bersih, kering dan tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh
merubah warna, rasa dan bau telur ayam.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
49
3.6. Tray telur ayam yang dibekalkan adalah menjadi hak Kerajaan dan tidak akan dikembalikan
kepada pembekal.

3.7. Setiap tray MESTILAH dilabel dengan pelekat (sticker) yang mengandungi maklumat
berikut:-
i. Gred telur ayam
ii. Jumlah telur ayam
iii. Berat bersih telur ayam (dalam kilogram)
iv. Tarikh luput
v. Nama dan alamat pembekal

3.8. Kehadiran bendasing yang boleh mencemarkan makanan dan membahayakan pengguna
sebagai contoh najis, bulu ayam, logam, ulat dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

4. Pesanan

4.1. Pihak Kerajaan akan membuat pesanan secara bertulis dengan menggunakan Borang Pesanan
Rasmi kepada pembekal selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum masa penyerahan bekalan.
Borang Pesanan Rasmi akan diserahkan kepada pembekal sebelum jam 2.00 petang sehari
sebelum penghantaran.

5. Penyerahan, Penolakan dan Penggantian

5.1. Pembekal MESTILAH menyerahkan bekalan telur ayam mengikut kuantiti dan kualiti
pesanan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan sebelum jam 8.30 pagi.

5.2. Pembekal MESTILAH mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan sebagai bukti pematuhan kepada masa penghantaran.

5.3. Pembekal MESTILAH hadir dengan membawa borang pesanan dan nota hantaran semasa
penyerahan bekalan.

5.4. Pengesahan penerimaan bekalan telur ayam boleh dilaksanakan kemudian sekiranya
pemeriksaan fizikal tidak dapat dijalankan serta-merta ke atas bekalan dengan syarat
penerimaan tersebut MESTILAH dicop “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara
diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”.

5.5. Penolakan akan dibuat ke atas bekalan yang tidak menepati pesanan atau penentuan spesifikasi
kontrak seperti yang telah ditetapkan.

5.6. Bekalan telur ayam yang ditolak sewaktu penerimaanMESTILAH diganti sebelum jam 11.00
pagi pada hari yang sama penerimaan dibuat dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak
pembekal.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
50
5.7. Bekalan telur ayam yang diperiksa dan ditolak kemudian MESTILAH diganti mengikut
keperluan pihak Kerajaan dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak pembekal.

6. Pembayaran

6.1. Pembayaran oleh pihak Kerajaan boleh dilakukan sama ada secara bulanan atau dua (2) kali
sebulan.

6.2. Pihak pembekal MESTILAH mengemukakan dokumen pembayaran yang lengkap dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas pesanan rasmi Kerajaan diserahkan dan bekalan telah
disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan pihak Kerajaan
membuat pembayaran.

6.3. Denda yang dikenakan akan ditolak daripada bil tuntutan pembayaran bulanan pembekal.

7. Pematuhan Kepada Akta dan Peraturan

7.1. Pembekal MESTILAH mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

7.2. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk memastikan bekalan telur ayam yang dibekalkan
adalah bersih dan selamat untuk dimakan.

7.3. Pembekal DIWAJIBKAN untuk membekalkan produk yang mempunyai program jaminan
keselamatan makanan contohnya mempunyai salah satu pensijilan seperti MeSTI, GMP,
HACCP, ISO22000 dan lain-lain program jaminan keselamatan makanan yang bersesuaian.

7.4. Pembekal DIWAJIBKAN untuk mengemukakan Surat Jaminan Kualiti dan Keselamatan
Makanan (Letter of Guarantee) kepada pihak Kerajaan.

7.5. Pembekal MESTILAH mematuhi keperluan program jaminan keselamatan makanan yang
dilaksanakan di premis Kerajaan.

8. Pensampelan Makanan

8.1. Pihak Kerajaan berhak membuat pensampelan ke atas bekalan bahan makanan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh kontrak. Jika berlaku pelanggaran ke atas keputusan
pensampelan, pihak Kerajaan berhak mengambil tindakan undang-undang berdasarkan Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pihak pembekal DIWAJIBKAN untuk
mengganti bekalan berkenaan yang masih berbaki dan segala kos perbelanjaan adalah di bawah
tanggungan pihak pembekal.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
51
9. Pemeriksaan Kenderaan Pembekal

9.1. Kenderaan yang digunakan MESTILAH bersih, bertutup dan sesuai dengan jenis bekalan
makanan yang dihantar.

9.2. Kenderaan yang digunakan adalah khusus untuk penghantaran bahan makanan sahaja dan
tidak mengandungi bahan lain yang boleh mencemar makanan.

10. Pemeriksaan Kakitangan Penghantaran

10.1. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH mempunyai suntikan
Thyphim yang masih sah di sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Salinan kad suntikan
Typhim MESTILAH dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
kontrak berkuatkuasa. Pembekal dikehendaki mengemukakan semula salinan kad suntikan
Typhim sekiranya tempoh sah telah tamat atau berlaku pertukaran pekerja.

10.2. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH berpakaian sopan dan sesuai
serta DIWAJIBKAN untuk memakai alat perlindungan diri (PPE) iaitu penutup kepala (hair
cover/ net), apron dan kasut keselamatan semasa pembekalan bahan makanan. Pihak Kerajaan
tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan alat perlindungan diri tersebut.

11. Pejabat Pembekal

11.1. Pembekal digalakkan mempunyai pejabat operasi berdekatan dengan premis Kerajaan dan
boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk menerima pesanan atau aduan daripada pihak
Kerajaan.

11.2. Kerajaan berhak membuat lawatan ke premis pembekal bagi tujuan pemeriksaan pematuhan
kualiti dan keselamatan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kontrak.

12. Hak Kerajaan Apabila Pembekal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

12.1. Pihak Kerajaan berhak dimaklumkan oleh pembekal sekiranya terdapat sebarang tindakan
undang-undang berkaitan keselamatan makanan dikenakan ke atas pembekal.Pihak pembekal
bertanggungjawab untuk memastikan pembekalan tidak terjejas dengan membeli daripada
sumber lain yang telah dipersetujui oleh pihak Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
52
13. Hak Kerajaan Terhadap Ketidakpatuhan Pembekal

13.1. Ketidakpatuhan boleh berlaku melebihi daripada satu (1) jenis denda dalam satu (1) tempoh
penyerahan. Kaedah pengiraan denda adalah berdasarkan jenis ketidakpatuhan yang berlaku.

13.2. Denda sebanyak lima peratus (5%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan yang
dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 8.30 pagi pada hari penyerahan.

13.3. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan
yang dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 11.00 pagi pada hari penyerahan.

13.4. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak menepati spesifikasi iaitu rosak atau rendah mutu atau tidak berkualiti atau cacat
atau bermasalah.

13.5. Denda sebanyak dua puluhlimaperatus (25%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan
yang tidak diserahkan atau gagal dibekalkan pada hari penyerahan.

13.6. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran pertama sebelum jam 8.30 pagi akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun lima peratus (5%) akan dikenakan daripada
keseluruhan nilai bekalan yang dipesan.

13.7. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran kedua sebelum jam 11.00 pagi akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada
nilai bekalan yang dipesan.

14. Pembelian Di Luar Kontrak

14.1. Kerajaan berhak membuat pembelian di luar kontrak sekiranya berlaku kelewatan atau
kegagalan bekalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika kos memperolehi bekalan
daripada punca lain itu melebihi harga dalam perjanjian ini, pembekal adalah dikehendaki
membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
53
BAHAGIAN II:
IKAN DAN MAKANAN LAUT

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
54
PENENTUAN SPESIFIKASI
BAHAGIAN II: IKAN DAN MAKANAN LAUT

Spesifikasi Teknikal

5. Pengenalan

5.1 Definisi:-

Ikan termasuk apa-apa ikan laut, ikan air masin atau ikan air tawar, krustasean, moluska dan lain-
lain hidupan air yang boleh dimakan oleh manusia. Ia juga termasuk telur ikan.

5.2 Bekalan ikan dan makanan laut terbahagi kepada dua (2) kumpulan iaitu:-
a. Kumpulan A: Ikan Kepingan/ Potong
b. Kumpulan B: Ikan Seekor

6. Kumpulan A: Ikan Kepingan/ Potong

Gambar 2.1: Ikan Merah yang telah diproses. Gambar 2.2: Ikan Bawal yang telah diproses.

Gambar 2.3: Ikan Tenggiri yang telah diproses.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
55
6.1 Deskripsi:-

Ikan kepingan/ potong adalah ikan seekor yang terdiri daripada apa-apa ikan laut, ikan air masin
atau ikan air tawar yang siap dipotong menjadi kepingan.

6.2 Kepingan ikan MESTILAH terdiri daripada bahagian badan sahaja iaitu tanpa kepala, sirip, ridip,
sisik dan ekor.

6.3 Ikan MESTILAH segar iaitu mempunyai isi yang masih pejal, kulit di bahagian perut tidak pecah
dan tiada bau yang menunjukkan ikan itu mulai busuk.

6.4 Contoh jenis ikan kepingan/ potong adalah ikan bawal hitam, ikan jenahar, ikan kerapu dan lain-
lain.

6.5 Berat bagi ikan kepingan/ potong adalah seperti berikut:-


a. 100g – 120g (porsi dewasa)
b. 50g – 60g [porsi kanak-kanak (1 hingga 6 tahun)]

6.6 Pindaan skala porsi makanan tertakluk kepada arahan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa
serta penilaian klinikal.

7. Kumpulan B: Ikan Seekor

Gambar 2.4: Ikan seekor yang telah diproses. Gambar 2.5: Ikan seekor yang telah dipotong
Menjadi kepingan

7.1 Deskripsi:-

Ikan seekor terdiri daripada apa-apa ikan laut, ikan air masin atau ikan air tawar yang dibekalkan
tanpa kepala, sirip, ridip, isi di bawah perut, sisik, kulit keras dan ekor.

7.2 Ikan MESTILAH segar iaitu isinya masih pejal, kulit di bahagian perut tidak pecah dan tidak
mempunyai bau yang menunjukkan ikan itu mulai busuk.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
56
7.3 Contoh jenis ikan seekor adalah termasuk ikan cencaru, ikan kembong, ikan mabong, ikan lolong,
ikan pelata, ikan selayang, ikan selar, ikan tilapia merah/ hitam dan lain-lain.

7.4 Berat bagi ikan seekor adalah di antara 100g hingga 120g.

7.5 Jika ikan seekor melebihi berat maksima di para 3.4, ikan tersebut boleh dipotong oleh pihak
pembekal mengikut berat yang telah ditetapkan bagi ikan potong/ kepingan.

7.6 Pindaan skala porsi makanan tertakluk kepada arahan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa
serta penilaian klinikal.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
Spesifikasi Umum

57
15. Tempoh Kontrak

15.1. Tempoh sah laku kontrak adalah selama 5 bulan.

16. Pendaftaran Syarikat

16.1. Pembekal MESTILAH berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).

16.2. Syarikat pembekal MESTILAH berdaftar di bawah kod bidang yang berkaitan sepanjang
tempoh kontrak.

16.3. Pembekal MESTILAH e-Perolehan enabled.

17. Pembungkusan dan Pelabelan

17.1. Bekalan ikan dan makanan laut MESTILAH dibekalkan di dalam bekas bertutup yang sesuai,
bersih dan selamat (bekas tidak rosak atau pecah yang boleh mencemar makanan) dan khusus
digunakan untuk pembekalan bahan makanan tersebut.

17.2. Bekalan ikan tanpa tulang (fillet) MESTILAH dibekalkan di dalam plastik yang disealed, sesuai,
bersih dan dalam keadaan baik serta dilabel dengan tarikh luput.

17.3. Kehadiran bendasing yang boleh mencemarkan makanan dan membahayakan pengguna
sebagai contoh batu, logam, ulat, gabus dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

18. Pesanan

18.1. Pihak Kerajaan akan membuat pesanan secara bertulis dengan menggunakan Borang Pesanan
Rasmi kepada pembekal selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum masa penyerahan bekalan.
Borang Pesanan Rasmi akan diserahkan kepada pembekal sebelum jam 2.00 petang sehari
sebelum penghantaran.

19. Penyerahan, Penolakan dan Penggantian

19.1. Pembekal MESTILAH menyerahkan bekalan ikan dan makanan laut mengikut kuantiti dan
kualiti pesanan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan [sebelum jam 8.30 pagi].

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
58
19.2. Pembekal MESTILAH mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan sebagai bukti pematuhan kepada masa penghantaran.

19.3. Pembekal MESTILAH hadir dengan membawa borang pesanan dan nota hantaran semasa
penyerahan bekalan.

19.4. Bekalan ikan dan makanan laut boleh dibekalkan sama ada di dalam suhu sejuk beku (frozen)
atau sejuk dingin (chill) bergantung kepada keperluan Kerajaan dan pembekal MESTILAH
mematuhi suhu penghantaran bekalan makanan yang telah ditetapkan.

19.5. Kategori suhu penerimaan bagi semua bekalan ikan dan makanan laut adalah seperti berikut:-
a. Bekalan ikan dan makanan laut sejuk beku (frozen) adalah -18⁰C dan ke bawah.
b. Bekalan ikan dan makanan laut sejuk dingin (chill) adalah di antara 0⁰C hingga 4⁰C.

19.6. Pemeriksaan bagi pesanan ikan yang dibekalkan melebihi daripada 50kg akan dilakukan secara
rawak dan jika didapati 20% daripada bekalan tidak mematuhi spesifikasi, keseluruhan bekalan
tersebut akan ditolak.

19.7. Pemeriksaan bagi pesanan ikan yang dibekalkan kurang daripada 50kg akan dilakukan secara
keseluruhan dan penolakan akan dilakukan ke atas kuantiti yang tidak mematuhi spesifikasi.

19.8. Pengesahan penerimaan bekalan ikan dan makanan laut boleh dilaksanakan kemudian
sekiranya pemeriksaan fizikal tidak dapat dijalankan serta-merta ke atas bekalan dengan syarat
penerimaan tersebut MESTILAH dicop “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara
diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”.

19.9. Penolakan akan dibuat ke atas bekalan yang tidak menepati pesanan atau penentuan spesifikasi
kontrak seperti yang telah ditetapkan.

19.10. Bekalan ikan dan makanan laut yang ditolak sewaktu penerimaan MESTILAH diganti
sebelum jam 11.00 pagi pada hari yang sama penerimaan dibuat dan segala kos adalah
ditanggung oleh pihak pembekal.

19.11. Bekalan ikan dan makanan laut yang diperiksa dan ditolak kemudian MESTILAH diganti
mengikut keperluan pihak Kerajaan dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak pembekal.

20. Pembayaran

20.1. Pembayaran oleh pihak Kerajaan boleh dilakukan sama ada secara bulanan atau dua (2) kali
sebulan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
59
20.2. Pihak pembekal MESTILAH mengemukakan dokumen pembayaran yang lengkap dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas pesanan rasmi Kerajaan diserahkan dan bekalan telah
disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan pihak Kerajaan
membuat pembayaran.

20.3. Denda yang dikenakan akan ditolak daripada bil tuntutan pembayaran bulanan pembekal.

21. Pematuhan Kepada Akta dan Peraturan

21.1. Pembekal MESTILAH mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

21.2. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk memastikan bekalan ikan dan makanan laut yang
dibekalkan adalah bersih dan selamat untuk dimakan.

21.3. Ikan dan Makanan Laut Kumpulan A, B dan D:


Pembekal digalakkan untuk membekalkan produk yang mempunyai program jaminan
keselamatan makanan contohnya mempunyai salah satu pensijilan seperti MeSTI, GMP,
HACCP, ISO22000 dan lain-lain program jaminan keselamatan makanan yang bersesuaian.

21.4. Ikan dan Makanan Laut Kumpulan C:


Pembekal DIWAJIBKAN untuk membekalkan produk yang mempunyai program jaminan
keselamatan makanan contohnya mempunyai salah satu pensijilan seperti MeSTI, GMP,
HACCP, ISO22000 dan lain-lain program jaminan keselamatan makanan yang bersesuaian.

21.5. Pembekal DIWAJIBKAN untuk mengemukakan Surat Jaminan Kualiti dan Keselamatan
Makanan (Letter of Guarantee) kepada pihak Kerajaan.

21.6. Pembekal MESTILAH mematuhi keperluan program jaminan keselamatan makanan yang
dilaksanakan di premis Kerajaan.

22. Pensampelan Makanan

22.1. Pihak Kerajaan berhak membuat pensampelan ke atas bekalan bahan makanan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh kontrak. Jika berlaku pelanggaran ke atas keputusan
pensampelan, pihak Kerajaan berhak mengambil tindakan undang-undang berdasarkan Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pihak pembekal DIWAJIBKAN untuk
mengganti bekalan berkenaan yang masih berbaki dan segala kos perbelanjaan adalah di bawah
tanggungan pihak pembekal.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
60
23. Pemeriksaan Kenderaan Pembekal

23.1. Kenderaan yang digunakan MESTILAH bersih, bertutup dan sesuai dengan jenis bekalan
makanan yang dihantar.

23.2. Kenderaan yang digunakan adalah khusus untuk penghantaran bahan makanan sahaja dan
tidak mengandungi bahan lain yang boleh mencemar makanan.

24. Pemeriksaan Kakitangan Penghantaran

24.1. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH mempunyai suntikan
Thyphim yang masih sah di sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Salinan kad suntikan
Typhim MESTILAH dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
kontrak berkuatkuasa. Pembekal dikehendaki mengemukakan semula salinan kad suntikan
Typhim sekiranya tempoh sah telah tamat atau berlaku pertukaran pekerja.

24.2. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH berpakaian sopan dan sesuai
serta DIWAJIBKAN untuk memakai alat perlindungan diri (PPE) iaitu penutup kepala (hair
cover/ net), apron dan kasut keselamatan semasa pembekalan bahan makanan. Pihak Kerajaan
tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan alat perlindungan diri tersebut.

25. Pejabat Pembekal

25.1. Pembekal digalakkan mempunyai pejabat operasi berdekatan dengan premis Kerajaan dan
boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk menerima pesanan atau aduan daripada pihak
Kerajaan.

25.2. Kerajaan berhak membuat lawatan ke premis pembekal bagi tujuan pemeriksaan pematuhan
kualiti dan keselamatan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kontrak.

26. Hak Kerajaan Apabila Pembekal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

26.1. Pihak Kerajaan berhak dimaklumkan oleh pembekal sekiranya terdapat sebarang tindakan
undang-undang berkaitan keselamatan makanan dikenakan ke atas pembekal. Pihak pembekal
bertanggungjawab untuk memastikan bekalan tidak terjejas dengan membeli daripada sumber
lain yang dipersetujui oleh pihak Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
61
27. Hak Kerajaan Terhadap Ketidakpatuhan Pembekal

27.1. Ketidakpatuhan boleh berlaku melebihi daripada satu (1) jenis denda dalam satu (1) tempoh
penyerahan. Kaedah pengiraan denda adalah berdasarkan jenis ketidakpatuhan yang berlaku.

27.2. Denda sebanyak lima peratus (5%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan yang
dipesan untuk kelewatan penghantaran [selepas jam 8.30 pagi] pada hari penyerahan.

27.3. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan
yang dipesan untuk kelewatan penghantaran [selepas jam 11.00 pagi] pada hari penyerahan.

27.4. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak menepati spesifikasi iaitu rosak atau rendah mutu atau tidak berkualiti atau cacat
atau bermasalah.

27.5. Denda sebanyak dua puluh peratus (20%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak mengikut pesanan iaitu jenis atau kuantiti pesanan. Denda mestilah dikenakan
ke atas keseluruhan nilai bekalan yang dipesan atau yang diterima mengikut mana yang lebih
tinggi.

27.6. Denda sebanyak dua puluh lima peratus (25%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan
yang tidak diserahkan atau gagal dibekalkan pada hari penyerahan.

27.7. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran pertama [sebelum jam 8.30 pagi] akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun lima peratus (5%) akan dikenakan daripada
keseluruhan nilai bekalan yang dipesan.

27.8. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran kedua [sebelum jam 11.00 pagi] akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada
nilai bekalan yang dipesan.

28. Pembelian Di Luar Kontrak

28.1. Kerajaan berhak membuat pembelian di luar kontrak sekiranya berlaku kelewatan atau
kegagalan bekalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika kos memperolehi bekalan
daripada punca lain itu melebihi harga dalam perjanjian ini, pembekal adalah dikehendaki
membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
62
BAHAGIAN III:
SAYUR-SAYURAN DAN
BUAH-BUAHAN

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
63
PENENTUAN SPESIFIKASI
BAHAGIAN III: SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Spesifikasi Teknikal

8. Pengenalan

8.1 Bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan terbahagi kepada empat (4) kumpulan:-
a. Kumpulan A: Sayur-sayuran Jenis Daun
b. Kumpulan B: Sayur-sayuran Jenis Buah/ Ubi
c. Kumpulan C: Sayur-sayuran Lain
d. Kumpulan D: Buah-buahan

9. Kumpulan A: Sayur-Sayuran Jenis Daun

9.1 Definisi:-

Sayur-sayuran jenis daun adalah sayur yang tidak dehidrat, kering, berkaling, atau dingin beku
dan tidak layu, kecut atau mendewarna.

9.2 Sayur-sayuran jenis daun termasuk bayam, kangkung akar, sawi hijau, sawi putih, sawi keriting,
kailan, siew pak choy (sawi jepun), taugeh, kobis bulat, kobis panjang, kobis ungu, kobis bunga,
brokoli, daun salad dan salad bulat.

9.3 Sayur jenis daun seperti kangkung akar, sawi hijau, sawi putih, sawi keriting, kailan, siew pak
choy (sawi jepun) MESTILAH dibekalkan mengikut ketetapan di bawah iaitu:-
a. tanpa akar dan batang tua/ keras.
b. daunnya MESTILAH segar iaitu berwarna hijau, tidak rosak, tidak layu dan tidak tua.

9.4 Taugeh yang dibekalkan MESTILAH mematuhi spesifikasi seperti di bawah:-


a. MESTILAH daripada jenis kacang hijau.
b. Tidak berwarna hijau, tanpa daun yang telah kembang, tanpa kulit kacang dan akarnya
tidak panjang.
c. MESTILAH rangup, tidak lembik dan tidak berbau masam.

9.5 Kobis bulat, kobis panjang, kobis ungu, kobis bunga, brokoli dan salad bulat MESTILAH
dibekalkan mengikut ketetapan di bawah iaitu:-
a. tampuk tidak busuk dan lembik.
b. berwarna putih kehijauan tanpa bintik hitam (kobis panjang dan kobis bulat), putih (kobis
bunga), merah (kobis ungu), dan hijau (brokoli dan salad bulat).

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
c. berat minima sayur adalah seperti di bawah:-

64
Bil. Jenis sayur Berat minima
1. Kobis Bulat 1kg
2. Kobis Panjang 1kg
3. Salad Bulat 300g
Jadual 3.1: Berat minima sayur jenis daun.

Bayam Kailan Kangkung Taugeh

Kobis Bulat Salad Bulat Kobis Panjang Kobis Bunga

Gambar 3.1: Contoh Sayur-Sayuran Jenis Daun

10. Kumpulan B: Sayur-sayuran Jenis Buah/ Ubi

10.1 Definisi:-

Sayur-sayuran jenis buah/ ubi adalah sayur yang tidak dehidrat, kering, berkaling, atau dingin beku
dan tidak layu, kecut atau mendewarna.

10.2 Sayur-sayuran jenis buah/ ubi termasuk kacang bendi, kacang buncis, kacang panjang, kacang
sepat, kacang botor, putik jagung, peria, petola, labu air, labu merah, labu kundur, lobak merah,
lobak putih, sengkuang, terung panjang, terung bulat, timun, timun bulu, tomato merah, ubi
kentang, ubi keledek, ubi kayu, ubi keladi dan akar teratai.

10.3 Ciri-ciri sayur buah/ ubi adalah seperti berikut:-


GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
a. Segar, bersih, muda dan tanpa akar.

65
b. Sayuran jenis kacang MESTILAH rapuh apabila dipatahkan.
c. Sayuran jenis ubi MESTILAH tidak cacat, tidak busuk, tanpa tunas dan tidak kecut.

10.4 Berat minima bagi jenis sayur buah/ ubi adalah seperti berikut:-

Bil. Jenis sayur Berat minima/ biji


1. Akar Teratai 500 g
2. Labu Air 1 kg
3. Labu Merah 1 kg
4. Lobak Merah 200 g
5. Lobak Putih 400 g
6. Petola 300 g
7. Terung Bulat 150 g
8. Terung Panjang 200 g
9. Timun 300 g
10. Timun Bulu 200 g
11. Tomato merah 60 g
12. Ubi Keledek 150 g
13. Ubi Kentang 150 g
Jadual 3.2: Berat minima sayur jenis buah/ ubi.

Kacang Bendi Kacang Buncis Kacang Panjang

Labu Air Labu Merah Lobak Merah

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
66
Lobak Putih Petola Terung Panjang

Timun Ubi Keledek Ubi Kentang

Gambar 3.2: Contoh Sayur-Sayuran Jenis Buah/ Ubi

11. Kumpulan C: Sayur-Sayuran Lain

11.1 Definisi:-

Sayur-sayuran lain adalah sayur yang tidak dehidrat, kering, berkaling, layu, kecut atau
mendewarna.

11.2 Sayur-sayuran lain termasuk asparagus, batang celeri, cili hidup hijau, cili hidup merah, cili
padi, daun bawang, daun sup, daun kesum, daun kari, daun pudina, daun parsli, daun
ketumbar, daun kunyit, daun limau purut, daun pandan, daun kucai, daun salam, lada benggala
hijau/ merah/ kuning, limau nipis, limau kasturi, carrot (frozen), corn (frozen), mixed vegetables
(frozen), green peas (frozen), lengkuas, serai, bunga kantan, lemon, halia tua, halia muda, kunyit
hidup, daun pisang dan cendawan tiram.

11.3 Ciri-ciri sayur-sayuran yang dibekalkan adalah seperti di bawah:-


a. Semua jenis sayur-sayuran lain yang dibekalkan MESTILAH segar, bersih, tidak rosak,
tanpa akar serta bebas daripada serangga dan penyakit.
b. Cili hidup hijau, cili hidup merah, cili padi dan lada benggala (hijau/ merah/ kuning)
MESTILAH tidak kecut dan mempunyai saiz dan warna yang bersesuaian mengikut jenis
cili serta bertangkai.
c. Daun pandan, daun sup, daun bawang, daun kucai, daun kari, daun kesom, daun kunyit,
daun limau purut, daun ketumbar, daun pudina dan daun parsli MESTILAH segar, tanpa
akar dan tidak rosak.
d. Halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai MESTILAH tidak bertunas dan dibekalkan
bahagian yang boleh digunakan sahaja.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
67
e. Bunga kantan MESTILAH mempunyai kuntum bunga yang tidak kembang dan
bahagian batang yang boleh digunakan sahaja.
f. Daun pisang MESTILAH tua, sesuai dengan kegunaan, tidak koyak dan dibekalkan
tanpa batang pelepah.
g. Batang celeri MESTILAH berwarna hijau, muda, rapuh, tanpa akar dan tidak rosak.
h. Lemon, limau nipis dan limau kasturi MESTILAH cukup matang.
i. Cendawan tiram MESTILAH dibekalkan tanpa tampuk keras.
j. Carrot (frozen), corn (frozen), mixed vegetables (frozen), green peas (frozen) MESTILAH:-
i. tidak mengalami perubahan warna asal.
ii. dibungkus dengan sempurna mengikut peraturan pembungkusan bahan
makanan.
iii. diterima pada suhu -18˚C dan ke bawah.

Serai Cili Merah Daun Bawang

Limau Kasturi Bunga Kantan Daun Kari

Gambar 3.3: Contoh Sayur-Sayuran Lain

12. Kumpulan D: Buah-Buahan

12.1 Jenis-jenis buah-buahan boleh terdiri daripada betik, pisang berangan, tembikai merah,
tembikai kuning, tembikai susu, belimbing madu, nenas Mauritius, nenas Sarawak, nenas
madu, epal merah, epal hijau, limau mandarin, limau oren, dan limau madu.

12.2 Buah-buahan yang dibekalkan MESTILAH menepati ciri-ciri seperti di bawah:-


a. Semua jenis buah-buahan yang dibekalkan MESTILAH segar, bersih, tidak rosak serta
bebas dari serangga dan penyakit.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
b. Belimbing madu MESTILAH cukup matang, kulit berwarna hijau kekuningan, isinya

68
berair dan manis.
c. Betik MESTILAH cukup matang iaitu isinya lembut dan mempunyai rasa yang manis.
d. Epal merah dan epal hijau MESTILAH segar, tidak rosak, cukup matang, kulit
berwarna merah bagi epal merah dan hijau bagi epal hijau, bebas daripada celaan seperti
lebam dan bintik hitam, isinya rangup dan mempunyai rasa yang manis.
e. Jambu batu MESTILAH cukup matang, kulit berwarna hijau cerah, bebas daripada
celaan seperti lebam,isinya rangup dan tidak kelat.
f. Nenas Mauritius, MESTILAH cukup matang, tiada tangkai dan tunas, warna kulit
hijau kekuningan, tidak kering, isi berwarna kekuningan dan mempunyai rasa yang
manis.
g. Limau oren, limau mandarin dan limau madu MESTILAH segar, tidak rosak, tidak
lembik, cukup matang, kulit berwarna jingga, isinya berair, mempunyai rasa yang manis,
bebas daripada celaan seperti lebam dan bintik hitam.
h. Lai MESTILAH segar, tidak rosak, cukup matang, isinya rangup, mempunyai rasa yang
manis, bebas daripada celaan seperti lebam.
i. Pisang berangan, pisang canvendish MESTILAH cukup matang, bebas daripada
celaan seperti lebam dan bintik hitam, isinya lembut, tidak kelat dan mempunyai rasa
yang manis serta dibekalkan dalam bentuk sisir atau sikat.
j. Tembikai merah dan tembikai kuning MESTILAH cukup matang, isi tembikai
MESTILAH padat, berwarna merah atau kuning dan mempunyai rasa yang manis.
k. Tembikai susu dan sun melon MESTILAH cukup matang, isinya MESTILAH lembut
bagi tembikai susu dan rangup bagi sun melon, berbau wangi dan mempunyai rasa yang
manis.

12.3 Berat minima bagi buah-buahan adalah seperti berikut:-

Bil. Jenis buah Berat minima/ biji


1. Belimbing Madu 150 g
2. Betik 1.5 kg
3. Buah Naga 200 g
4. Jambu Batu 200 g
5. Mangga Manis 200 g
6. Nenas Mauritius/ Nenas Madu 1 kg
7. Rock Melon/ Sun Melon 2 kg
8. Tembikai Merah/ Tembikai Kuning 4 kg
9. Tembikai Susu 2 kg
Jadual 3.3: Berat minima buah-buahan.
12.4 Julat berat bagi buah-buahan adalah seperti berikut:-

Bil. Jenis buah Berat Berat


minima/ maksima/
biji biji
1. Epal Merah/ Hijau 100 g 120 g
2. Lai 100 g 120 g
3. Limau Mandarin/ Limau oren 130 g 160 g
4. Pisang Berangan/ Pisang Canvendish 90 g 110 g
Jadual 3.4: Julat berat buah-buahan.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
69
12.5 Pindaan skala porsi makanan tertakluk kepada arahan dan pekeliling semasa yang
berkuatkuasa serta penilaian klinikal.

Tembikai Merah Tembikai Susu

Betik

Gambar 3.4: Contoh buah-buahan yang dipantau berat minima.

Epal Merah Anggur Merah

Pir Hijau

Limau Oren Anggur Hijau

Gambar 3.5: Contoh buah-buahan yang dipantau julat berat.


GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
Spesifikasi Umum

70
29. Tempoh Kontrak

29.1. Tempoh sah laku kontrak adalah selama 5 bulan.

30. Pendaftaran Syarikat

30.1. Pembekal MESTILAH berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).

30.2. Syarikat pembekal MESTILAH berdaftar di bawah kod bidang yang berkaitan sepanjang
tempoh kontrak.

30.3. Pembekal MESTILAH e-Perolehan enabled.

31. Pembungkusan dan Pelabelan

31.1. Bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan MESTILAH dibekalkan di dalam bekas bertutup
yang sesuai, bersih dan selamat (bekas tidak rosak atau pecah yang boleh mencemar makanan)
dan khusus digunakan untuk pembekalan bahan makanan tersebut.

31.2. Kehadiran bendasing yang boleh mencemarkan makanan dan membahayakan pengguna
sebagai contoh kertas, plastik, tanah, logam, ulat, gabus dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

32. Pesanan

32.1. Pihak Kerajaan akan membuat pesanan secara bertulis dengan menggunakan Borang Pesanan
Rasmi kepada pembekal selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum masa penyerahan bekalan.
Borang Pesanan Rasmi akan diserahkan kepada pembekal sebelum jam 2.00 petang sehari
sebelum penghantaran.

33. Penyerahan, Penolakan dan Penggantian

33.1. Pembekal MESTILAH menyerahkan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut


kuantiti dan kualiti pesanan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan sebelum jam 8.30 pagi.

33.2. Pembekal MESTILAH mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan sebagai bukti pematuhan kepada masa penghantaran.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
33.3. Pembekal MESTILAH hadir dengan membawa borang pesanan dan nota hantaran semasa

71
penyerahan bekalan.

33.4. Bekalan sayur-sayuran seperti corn (frozen), MESTILAH dibekalkan di dalam suhu sejuk beku
(frozen) iaitu -18⁰C dan ke bawah dan pembekal MESTILAH mematuhi suhu penghantaran
bekalan makanan yang telah ditetapkan.

33.5. Pemeriksaan bagi pesanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibekalkan melebihi daripada
50kg akan dilakukan secara rawak dan jika didapati 20% daripada bekalan tidak mematuhi
spesifikasi, keseluruhan bekalan tersebut akan ditolak.

33.6. Pemeriksaan bagi pesanan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dibekalkan kurang daripada
50kg akan dilakukan secara keseluruhan dan penolakan akan dilakukan ke atas kuantiti yang
tidak mematuhi spesifikasi.

33.7. Pengesahan penerimaan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dilaksanakan


kemudian sekiranya pemeriksaan fizikal tidak dapat dijalankan serta-merta ke atas bekalan
dengan syarat penerimaan tersebut MESTILAH dicop “Diterima dengan syarat ianya
disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”.

33.8. Penolakan akan dibuat ke atas bekalan yang tidak menepati pesanan atau penentuan spesifikasi
kontrak seperti yang telah ditetapkan.

33.9. Bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditolak sewaktu penerimaan MESTILAH
diganti sebelum jam 11.00 pagi pada hari yang sama penerimaan dibuat dan segala kos adalah
ditanggung oleh pihak pembekal.

33.10. Bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang diperiksa dan ditolak kemudian MESTILAH
diganti mengikut keperluan pihak Kerajaan dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak
pembekal.

34. Pembayaran

34.1. Pembayaran oleh pihak Kerajaan boleh dilakukan sama ada secara bulanan atau dua (2) kali
sebulan.

34.2. Pihak pembekal MESTILAH mengemukakan dokumen pembayaran yang lengkap dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas pesanan rasmi Kerajaan diserahkan dan bekalan telah
disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan pihak Kerajaan
membuat pembayaran.

34.3. Denda yang dikenakan akan ditolak daripada bil tuntutan pembayaran bulanan pembekal.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
35. Pematuhan Kepada Akta dan Peraturan

72
35.1. Pembekal MESTILAH mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

35.2. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk memastikan bekalan sayur-sayuran dan buah-
buahan yang dibekalkan adalah bersih dan selamat untuk dimakan.

35.3. Pembekal digalakkan untuk membekalkan produk yang mempunyai program jaminan
keselamatan makanan contohnya mempunyai salah satu pensijilan seperti GMP, HACCP,
ISO22000, MeSTI dan lain-lain.

35.4. Pembekal DIWAJIBKAN mengemukakan Surat Jaminan Kualiti (Letter of Guarantee) kepada
pihak Kerajaan.

35.5. Pembekal MESTILAH mematuhi program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan
di premis Kerajaan.

36. Pensampelan Makanan

36.1. Pihak Kerajaan berhak membuat pensampelan ke atas bekalan bahan makanan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh kontrak. Jika berlaku pelanggaran ke atas keputusan
pensampelan, pihak Kerajaan berhak mengambil tindakan undang-undang berdasarkan Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pihak pembekal DIWAJIBKAN untuk
mengganti bekalan berkenaan yang masih berbaki dan segala kos perbelanjaan adalah di bawah
tanggungan pihak pembekal.

37. Pemeriksaan Kenderaan Pembekal

37.1. Kenderaan yang digunakan MESTILAH bersih, bertutup dan sesuai dengan jenis bekalan
makanan yang dihantar.

37.2. Kenderaan yang digunakan adalah khusus untuk penghantaran bahan makanan sahaja dan
tidak mengandungi bahan lain yang boleh mencemar makanan.

38. Pemeriksaan Kakitangan Penghantaran

38.1. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH mempunyai suntikan
Thyphim yang masih sah di sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Salinan kad suntikan
Typhim MESTILAH dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
kontrak berkuatkuasa. Pembekal dikehendaki mengemukakan semula salinan kad suntikan
Typhim sekiranya tempoh sah telah tamat atau berlaku pertukaran pekerja.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
38.2. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH berpakaian sopan dan sesuai

73
serta DIWAJIBKAN untuk memakai alat perlindungan diri (PPE) iaitu penutup kepala (hair
cover/ net), apron dan kasut keselamatan semasa pembekalan bahan makanan. Pihak Kerajaan
tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan alat perlindungan diri tersebut.

39. Pejabat Pembekal

39.1. Pembekal digalakkan mempunyai pejabat operasi berdekatan dengan premis Kerajaan dan
boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk menerima pesanan atau aduan daripada pihak
Kerajaan.

39.2. Kerajaan berhak membuat lawatan ke premis pembekal bagi tujuan pemeriksaan pematuhan
kualiti dan keselamatan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kontrak.

40. Hak Kerajaan Apabila Pembekal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

40.1. Pihak Kerajaan berhak dimaklumkan oleh pembekal sekiranya terdapat sebarang tindakan
undang-undang berkaitan keselamatan makanan dikenakan ke atas pembekal.

41. Hak Kerajaan Terhadap Ketidakpatuhan Pembekal

41.1. Ketidakpatuhan boleh berlaku melebihi daripada satu (1) jenis denda dalam satu (1) tempoh
penyerahan. Kaedah pengiraan denda adalah berdasarkan jenis ketidakpatuhan yang berlaku.

41.2. Denda sebanyak lima peratus (5%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan yang
dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 8.30 pagi pada hari penyerahan.

41.3. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan
yang dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 11.00 pagi pada hari penyerahan.

41.4. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak menepati spesifikasi iaitu rosak atau rendah mutu atau tidak berkualiti atau cacat
atau bermasalah.

41.5. Denda sebanyak dua puluh peratus (20%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak mengikut pesanan iaitu jenis atau kuantiti pesanan. Denda mestilah dikenakan
ke atas keseluruhan nilai bekalan yang dipesan atau yang diterima mengikut mana yang lebih
tinggi.

41.6. Denda sebanyak dua puluh lima peratus (25%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan
yang tidak diserahkan atau gagal dibekalkan pada hari penyerahan.

41.7. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran pertama [sebelum jam 8.30 pagi] akan dianggap
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun lima peratus (5%) akan dikenakan daripada

74
keseluruhan nilai bekalan yang dipesan.

41.8. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran kedua [sebelum jam 11.00 pagi akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada
nilai bekalan yang dipesan.

42. Pembelian Di Luar Kontrak

42.1. Kerajaan berhak membuat pembelian di luar kontrak sekiranya berlaku kelewatan atau
kegagalan bekalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika kos memperolehi bekalan
daripada punca lain itu melebihi harga dalam perjanjian ini, pembekal adalah dikehendaki
membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
75
BAHAGIAN IV:
BAHAN MAKANAN LAIN

Beras
Bahan Makanan Kering dan Diproses
Roti dan Pastri
Kuih Tempatan

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
76
PENENTUAN SPESIFIKASI
BAHAGIAN IV: BAHAN MAKANAN LAIN

Pengenalan

Bahan Makanan Lain terbahagi kepada empat (4) kumpulan:-


e. Kumpulan A : Beras
f. Kumpulan B : Bahan Makanan Kering dan Diproses
g. Kumpulan C : Roti dan Pastri
h. Kumpulan D : Kuih Tempatan

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
77
KUMPULAN A:
BERAS

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
78
PENENTUAN SPESIFIKASI
BAHAGIAN IV: BAHAN MAKANAN LAIN
(KUMPULAN A: BERAS)

Spesifikasi Teknikal

1. Beras Putih Gred Super (Tempatan) 5% Hancur

1.1. Beras putih dibekalkan mengikut Gred Super (Tempatan) 5% Hancur yang bermaksud beras
yang diperoleh daripada padi yang ditanam di Malaysia dan mengandungi beras hancur tidak
melebihi 5%.

1.2. Ringkasan bagi penentuan Beras Putih Gred Super (Tempatan) 5% Hancur:-

Bil Faktor Penggredan Penentuan


i. Panjang Bijian (mm) ≥ 6.2mm
ii. Kepala Beras (% minimum yang dibenarkan) ≥ 95%
iii. Hancur Kasar (% maksimum yang dibenarkan) ≤5%
iv. Hancur (selain Hancur Kasar) (% maksimum yang dibenarkan)
v. Bijian Berkapur dan Belum Matang (% maksimum yang ≤ 3%
dibenarkan)
vi. Bijian Rosak (% maksimum yang dibenarkan) ≤ 0.5%
vii. Biji Padi (bilangan biji padi per kg) ≤ 5biji
Jadual 4.1: Penentuan Beras Putih Gred Super (Tempatan) 5% Hancur

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
1.3. Sekiranya beras yang diterima dijangkiti oleh kutu beras atau ulat beras dalam tempoh tiga puluh

79
(30) hari selepas dibekalkan pihak pembekal MESTILAH membuat penggantian.

1.4. Anggaran berat pembungkusan beras MESTILAH sama ada 10kg atau 20kg mengikut
keperluan hospital.

Gambar 4.1: Beras Super Tempatan

Spesifikasi Umum

43. Tempoh Kontrak

43.1. Tempoh sah laku kontrak adalah selama 5 bulan.

44. Pendaftaran Syarikat

44.1. Pembekal MESTILAH berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).

44.2. Syarikat pembekal MESTILAH berdaftar di bawah kod bidang yang berkaitan sepanjang
tempoh kontrak.

44.3. Pembekal MESTILAH e-Perolehan enabled.

45. Pembungkusan dan Pelabelan

45.1. Berat pembungkusan beras yang perlu dibekalkan MESTILAH mengikut borang tawaran
sebut harga atau tender.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
45.2. Beras MESTILAH dibekalkan dalam bungkusan plastik high density polyethylene dan memenuhi

80
penentuan berikut:-
a. Warna bungkusan plastik mestilah putih dan lutsinar supaya kualiti sebenar beras dapat
dilihat dengan terang dan jelas.
b. Bungkusan plastik mestilah mempunyai ketahanan yang baik, tidak mudah pecah,
mempunyai ketebalan yang sesuai, bersih dan selamat (plastik tidak rosak atau pecah
yang boleh mencemar makanan).

45.3. Kehadiran bendasing yang boleh mencemarkan makanan dan membahayakan pengguna
sebagai contoh batu, logam, ulat, gabus dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

45.4. Setiap bungkusan beras MESTILAH mempunyai label berikut:-


a. Nama dan gred beras
b. Berat bersih (dalam kilogram)
c. Tarikh luput
d. Logo halal JAKIM atau yang diiktiraf oleh JAKIM
e. Nama dan alamat pengilang

46. Pesanan

46.1. Pihak Kerajaan akan membuat pesanan secara bertulis dengan menggunakan Borang Pesanan
Rasmi kepada pembekal selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum masa penyerahan bekalan.
Borang Pesanan Rasmi akan diserahkan kepada pembekal sebelum jam 2.00 petang sehari
sebelum penghantaran.

47. Penyerahan, Penolakan dan Penggantian

47.1. Pembekal MESTILAH menyerahkan bekalan beras mengikut kuantiti dan kualiti pesanan
yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan sebelum jam 8.30 pagi pada hari penyerahan.

47.2. Pembekal MESTILAH mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan sebagai bukti pematuhan kepada masa penghantaran.

47.3. Pembekal MESTILAH hadir dengan membawa borang pesanan dan nota hantaran semasa
penyerahan bekalan.

47.4. Pengesahan penerimaan bekalan berasboleh dilaksanakan kemudian sekiranya pemeriksaan


fizikal tidak dapat dijalankan serta-merta ke atas bekalan dengan syarat penerimaan tersebut
MESTILAH dicop “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur,
ditimbang atau diuji”.

47.5. Penolakan akan dibuat ke atas bekalan yang tidak menepati pesanan atau penentuan spesifikasi
kontrak seperti yang telah ditetapkan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
47.6. Bekalan beras yang ditolak sewaktu penerimaan MESTILAH diganti sebelum jam 11.00 pagi

81
pada hari yang sama penerimaan dibuat dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak pembekal

47.7. Bekalan beras yang diperiksa dan ditolak kemudian MESTILAH diganti mengikut keperluan
pihak Kerajaan dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak pembekal.

48. Pembayaran

48.1. Pembayaran oleh pihak Kerajaan akan dilakukan mengikut kaedah pesanan.

48.2. Pihak pembekal MESTILAH mengemukakan dokumen pembayaran yang lengkap dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas pesanan rasmi Kerajaan diserahkan dan bekalan telah
disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan pihak Kerajaan
membuat pembayaran.

48.3. Denda yang dikenakan akan ditolak daripada bil tuntutan pembayaran bulanan pembekal.

49. Pematuhan Kepada Akta, Peraturan dan Jaminan HALAL

49.1. Pembekal MESTILAH mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

49.2. Pembekal adalah DIWAJIBKAN untuk memastikan bahawa bekalan beras yang dibekalkan
telah mendapat pengiktirafan Pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau
yang diiktiraf oleh JAKIM.

49.3. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk memastikan bekalan beras yang dibekalkan adalah
bersih dan selamat untuk dimakan.

49.4. Pembekal digalakkan untuk membekalkan produk yang mempunyai program jaminan
keselamatan makanan contohnya mempunyai salah satu pensijilan seperti GMP, HACCP,
ISO22000, MeSTI dan lain-lain.

49.5. Pembekal DIWAJIBKAN mengemukakan Surat Jaminan Kualiti (Letter of Guarantee) kepada
pihak Kerajaan.

49.6. Pembekal MESTILAH mematuhi program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan
di premis Kerajaan.

50. Pensampelan Makanan

50.1. Pihak Kerajaan berhak membuat pensampelan ke atas bekalan bahan makanan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh kontrak. Jika berlaku pelanggaran ke atas keputusan
pensampelan, pihak Kerajaan berhak mengambil tindakan undang-undang berdasarkan Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pihak pembekal DIWAJIBKAN untuk
mengganti bekalan berkenaan yang masih berbaki dan segala kos perbelanjaan adalah di bawah
tanggungan pihak pembekal.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
82
51. Pemeriksaan Kenderaan Pembekal

51.1. Kenderaan yang digunakan MESTILAH bersih, bertutup dan sesuai dengan jenis bekalan
makanan yang dihantar.

51.2. Kenderaan yang digunakan adalah khusus untuk penghantaran bahan makanan sahaja dan
tidak mengandungi bahan lain yang boleh mencemar makanan.

52. Pemeriksaan Kakitangan Penghantaran

52.1. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH mempunyai suntikan
Thyphim yang masih sah di sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Salinan kad suntikan
Typhim MESTILAH dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
kontrak berkuatkuasa. Pembekal dikehendaki mengemukakan semula salinan kad suntikan
Typhim sekiranya tempoh sah telah tamat atau berlaku pertukaran pekerja.

52.2. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH berpakaian sopan dan sesuai
serta DIWAJIBKAN untuk memakai alat perlindungan diri (PPE) iaitu penutup kepala (hair
cover/ net), apron dan kasut keselamatan semasa pembekalan bahan makanan. Pihak Kerajaan
tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan alat perlindungan diri tersebut.

53. Pejabat Pembekal

53.1. Pembekal digalakkan mempunyai pejabat operasi berdekatan dengan premis Kerajaan dan
boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk menerima pesanan atau aduan daripada pihak
Kerajaan.

53.2. Kerajaan berhak membuat lawatan ke premis pembekal bagi tujuan pemeriksaan pematuhan
kualiti dan keselamatan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kontrak.

54. Hak Kerajaan Apabila Pembekal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

54.1. Pihak Kerajaan berhak dimaklumkan oleh pembekal sekiranya terdapat sebarang tindakan
undang-undang berkaitan keselamatan makanan dikenakan ke atas pembekal.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
55. Hak Kerajaan Terhadap Ketidakpatuhan Pembekal

83
55.1. Ketidakpatuhan boleh berlaku melebihi daripada satu (1) jenis denda dalam satu (1) tempoh
penyerahan. Kaedah pengiraan denda adalah berdasarkan jenis ketidakpatuhan yang berlaku.

55.2. Denda sebanyak lima peratus (5%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan yang
dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 8.30 pagi pada hari penyerahan.

55.3. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan
yang dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 11.00 pagi pada hari penyerahan.

55.4. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak menepati spesifikasi iaitu rosak atau rendah mutu atau tidak berkualiti atau cacat
atau bermasalah.

55.5. Denda sebanyak dua puluh lima peratus (25%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan
yang tidak diserahkan atau gagal dibekalkan pada hari penyerahan.

55.6. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran pertama akan dianggap sebagai lewat bekalan dan
denda beramaun lima peratus (5%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan yang
dipesan.

55.7. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran kedua bagi tujuan penggantian bekalan, akan
dianggap sebagai lewat bekalan dan denda beramaun sepuluh peratus (10%) akan dikenakan
daripada nilai bekalan yang dipesan.

56. Pembelian Di Luar Kontrak

56.1. Kerajaan berhak membuat pembelian di luar kontrak sekiranya berlaku kelewatan atau
kegagalan bekalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika kos memperolehi bekalan
daripada punca lain itu melebihi harga dalam perjanjian ini, pembekal adalah dikehendaki
membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
KUMPULAN B:
BAHAN MAKANAN
KERING DAN DIPROSES
PENENTUAN SPESIFIKASI

2
BAHAGIAN IV: BAHAN MAKANAN LAIN
(KUMPULAN B: BAHAN MAKANAN KERING DAN DIPROSES)

Spesifikasi Teknikal

1. Air Mineral
a. Air mineral diperolehi dari sumber mata air yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.

2. Ais Krim Cawan


a. Dihasilkan daripada produk susu dan lemak susu, susu pejal tanpa lemak, lemak tumbuhan,
krim, butter atau kombinasi kesemuanya dengan gula atau pemanis sirap jagung.
b. Mengandungi pewarna,perasa dan penstabil yang dibenarkan.
c. Tekstur ais krim hendaklah beku, lembut dan berkrim.
d. Ais krim yang dibekalkan mestilah disertakan sudu plastik kecil. Sudu kayu adalah tidak
dibenarkan.
e. Berat minima 65ml/ cawan.
f. Ais krim mestilah dibekalkan dalam insulated box yang bersih dan sesuai untuk mengekalkan
suhu.

3. Asam Jawa
a. Hendaklah dihasilkan daripada kualiti yang terbaik dan berwarna coklat gelap.

4. Asam Keping/ Gelugur


a. Hendaklah dibekalkan dalam bentuk kepingan dan daripada kualiti yang terbaik iaitu berwarna
coklat gelap dan kering.

5. Gandum, Sagun dan Pulut Hitam


a. Bijirin ini hendaklah diperoleh daripada kualiti yang terbaik iaitu kering, tidak berbau hapak
dan tidak hancur.

6. Bawang Besar
a. Hendaklah segar dan daripada kualiti yang terbaik iaitu kering, tidak rosak serta tidak
menunjukkan tanda-tanda bercambah.
b. Hendaklah dibekalkan tanpa kulit.

7. Bawang Goreng
a. Hendaklah berwarna kuning keperangan, kering, tidak berbau tengik, rangup dan tidak
hancur.

8. Bawang Putih
a. Hendaklah segar dan dari kualiti yang terbaik iaitu kering, tidak rosak, tidak menunjukkan
tanda-tanda bercambah.
b. Hendaklah dibekalkan tanpa kulit.

9. Bihun
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
a. Hendaklah diperbuat daripada tepung beras berkualiti baik iaitu kering, tidak patah atau

3
hancur.

10. Biskut Aneka


a. Dihasilkan daripada campuran tepung dan ramuan-ramuan yang berkualiti tinggi dan diproses
dengan cara yang bersih dan selamat.
b. Boleh mengandungi pelbagai perisa, berkrim atau tanpa krim.
c. Dibungkus dalam pek individu.

11. Biskut Krim Kraker dan Biskut Krim Kraker Tinggi Fiber
a. Dihasilkan daripada campuran tepung dan ramuan-ramuan yang berkualiti tinggi dan diproses
dengan cara yang bersih dan selamat.
b. Boleh dibekalkan dalam pek individu dan dalam tin bergantung kepada keperluan Kerajaan.

12. Cendawan Kering


a. Hendaklah dibekalkan daripada kualiti yang terbaik iaitu kering dan tidak berlapuk.

13. Cili Kering


a. Hendaklah daripada kualiti yang terbaik iaitu kering, tanpa tangkai, bebas dari kulapuk dan
tidak berbau hapak.

14. Cili Kering


b. Hendaklah daripada kualiti yang terbaik iaitu kering, tanpa tangkai, bebas dari kulapuk dan
tidak berbau hapak.

15. Fucuk
a. Hendaklah diperbuat daripada kacang soya yang berkualiti iaitu kering, rangup, tidak hancur
dan tidak berkulat.
b. Dibekalkan dalam keadaan kering dan tidak berbau hapak.

16. Garam Kasar dan Garam Halus


a. Hendaklah bersih, berwarna putih (kristal) dan kering.
b. Boleh dibekalkan dalam bentuk butiran kasar atau halus bergantung kepada keperluan
hospital.
c. Bagi garam halus hendaklah tidak bergumpal dan mudah larut air.

17. Gula Merah


a. Hendaklah dihasilkan dalam bentuk serbuk daripada nira kelapa dan apabila dilarut dalam air,
gula itu menghasilkan mendak bebas dari serangga, sebarang bau, kotoran atau bertukar rasa.

18. Gula Pasir Putih


a. Hendaklah daripada kualiti yang terbaik iaitu berbentuk granul, warna putih dan kering.
b. Gula pasir putih hendaklah mudah larut apabila ditambah air dan tidak meninggalkan ketulan
selepas dikacau.
c. Gula pasir putih hendaklah dibungkus di dalam pembungkus plastik yang bersih dan
mempunyai ketebalan yang sesuai, tidak mudah pecah atau bocor bagi mengelak pencemaran
dan rosak.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
19. Ikan Bilis Belah (Kopek)

4
a. Ikan bilis hendaklah dihasilkan daripada kualiti yang terbaik dan mempunyai saiz standard
(biasa).
b. Kepala dan tulang telah dibuang.
20. Ikan Dalam Sos Tomato
a. Bahan ramuan hendaklah terdiri daripada ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, garam
dan bahan pemekat sebagai kondisioner makanan.

21. Jem Buah-Buahan


a. Dihasilkan daripada buah-buahan segar atau campuran buah-buahan yang diproses atau semi
proses, dengan bahan pemanis yang dibenarkan bersama atau tanpa pektin tambahan.

22. Kacang Hijau, Kacang Tanah, Dan Kacang Dhal


a. Jenis kekacang ini hendaklah segar dan terdiri daripada kualiti yang terbaik iaitu kering, tidak
berbau hapak, tidak hancur dan tidak menunjukkan tanda-tanda bercambah.

23. Kacang Panggang Dalam Tin (Baked Bean)


a. Hendaklah dihasilkan daripada kacang parang segar yang berkualiti baik.
b. Dibekalkan di dalam tin.

24. Kelapa Parut Putih


a. Hendaklah daripada buah kelapa yang segar dan tidak rosak dan sesuai untuk digunakan
sebagai bahan ramuan kuih.
b. Isi kelapa yang diparut mestilah berwarna putih dan tanpa kerak.

25. Kerisik
a. Hendaklah dihasilkan daripada isi kelapa dan tidak berbau tengik.

26. Kicap
a. Dihasilkan daripada penapaian kacang dari tumbuhan Glycine max dan bijirin atau tepung.
b. Hendaklah mengandungi cecair bersih, masin, berwarna coklat dan karamel sebagai bahan
pewarna.
c. Jenis kicap boleh terdiri daripada sama ada:-
i. Kicap pekat

27. Kuey Teow


a. Dihasilkan daripada campuran tepung beras, tepung gandum dan tepung jagung, air, garam
dan minyak sayuran.
b. Hendaklah berwarna putih, tidak hancur dan tidak berbau masam.

28. Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Buah Pelaga, Biji Lada Hitam, dan
Biji Sawi
a. Rempah ratus hendaklah terdiri daripada bahagian daun, bunga, putik, buah dan bijian atau
bahagian yang sesuai diambil untuk dijadikan bahan rempah ratus dengan mengekalkan rasa,
bau dan aroma asal.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
b. Hendaklah kering, tidak berkulat dan tidak hancur.

5
c. Kulit kayu manis hendaklah dibekalkan dalam saiz yang sesuai iaitu sederhana besar, tidak
mengandungi kepingan yang terlalu tebal dan kasar.

29. Marjerin
a. Hendaklah diperbuat daripada minyak sayuran dan bersifat pepejal pada suhu bilik.
b. Mengandungi pengemulsi makanan dan garam atau rendah garam (unsalted margarine).
c. Tidak berbau tengik dan tidak berkulat.

30. Mi Kuning
a. Hendaklah dihasilkan daripada campuran tepung gandum, telur, minyak sayuran, garam dan
air.
b. Bebas daripada asid borik.
c. Hendaklah berwarna kuning, tidak hancur dan tidak berbau masam.

31. Minyak Jagung


a. Dihasilkan daripada ekstrak biji jagung yang segar dan berkualiti.
b. Berwarna kuning cerah dan lutsinar.
c. Hendaklah kekal dalam keadaan cecair pada suhu bilik.
d. Bebas daripada bau tengik.

32. Minyak Masak Sawit


a. Dihasilkan daripada kelapa sawit.
b. Berwarna kuning cerah dan lutsinar.
c. Hendaklah kekal dalam keadaan cecair pada suhu bilik.
d. Bebas daripada bau tengik.

33. Oat
a. Dihasilkan daripada oat yang berkualiti iaitu tidak berbau tengik, tidak hancur dan tidak
berubah warna asal.

34. Perisa Makanan dan Pewarna Makanan


a. Merupakan bahan tambahan yang digunakan dalam makanan dan minuman yang terdiri
daripada pelbagai perisa dan pewarna yang dibenarkan.
b. Perisa makanan boleh terdiri daripada pandan, pisang, coklat dan lain-lain.
c. Pewarna makanan boleh terdiri daripada warna hijau, kuning, merah dan lain-lain.

35. Produk Keju Pelbagai Jenis


a. Keju Cheddar
i. Dihasilkan daripada proses penggumpalan protein dan lemak susu.
ii. Tidak pecah dan tidak berkulat.

36. Puding berperisa


a. Puding berperisa hendaklah dihasilkan dari bahan-bahan yang segar yang diproses dengan
bahan pemanis yang dibenarkan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
37. Rempah Kari Ayam/ Daging, Rempah Kari Ikan, Rempah Kurma, dan Rempah Sup

6
a. Serbuk kari hendaklah terdiri daripada campuran rempah kisar seperti cili, ketumbar, jintan
manis, lada hitam, daun kari dan kunyit.

38. Santan Sawit (Cecair)


b. Dihasilkan daripada buah kelapa sawit.
c. Mempunyai kandungan yang diperkaya dengan vitamin dan mineral.
d. Dibekalkan dalam tetrapack/ pek plastik yang sesuai dan bersih.

39. Serbuk Coklat


a. Mengandungi gula, susu tepung skim, ekstrak malt (mengandungi barli), maltodekstrin, koko,
minyak masak kelapa sawit dan bahan perisa (vanillin) yang dibenarkan.
b. Mengandungi vitamin dan mineral.
c. Tidak berketul, bebas daripada bau tengik dan bau yang tidak sepatutnya.
d. Mudah larut apabila dibancuh dengan air panas dan tidak meninggalkan ketulan selepas
dikacau.

40. Serbuk Kopi Campuran


a. Kopi campuran ialah kopi yang dikisar dengan bahan makanan yang lain.
b. Kopi campuran hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 50 peratus kopi.

41. Serbuk Lada Putih, Serbuk Jintan Manis, Serbuk Jintan Putih, dan Serbuk Kunyit.
a. Serbuk rempah hendaklah dihasilkan daripada bahan rempah ratus yang telah dikeringkan dan
dikisar dengan mengekalkan rasa, bau dan aroma asal.

42. Serbuk Teh


a. Dihasilkan daripada pengewapan, pengeringan atau pembakaran daun teh yang segar dan
berkualiti.
b. Mestilah kering, tidak berbau hapak dan tanpa pewarna.

43. Seri Kaya


a. Merupakan sejenis sapuan manisan.
b. Dihasilkan daripada campuran santan, gula dan telur.

44. Sos Pelbagai Jenis


a. Sos Cili
i. Hendaklah dihasilkan daripada cili merah segar, garam, gula dan cuka dengan atau
tanpa makanan lain.
ii. Sos cili yang dibekalkan hendaklah daripada kualiti yang terbaik dan tidak berubah
warna asal.
b. Sos Tiram
i. Diperbuat daripada perisa tiram dengan campuran ekstrak atau pes tiram semulajadi
dan boleh mengandungi garam, kanji, gula dan cuka.
c. Sos Tomato
i. Hendaklah dihasilkan daripada puri/pes /pepejal tomato yang diperolehi daripada
tomato segar, garam, gula dan cuka dengan atau tanpa makanan lain.
ii. Sos tomato yang dibekalkan hendaklah daripada kualiti yang terbaik dan tidak berubah
warna asal.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
d. Sos Salad

7
i. Hendaklah campuran minyak makan sayuran atau lemak susu bersama cuka atau jus
buah citrus atau kedua-duanya atau tanpa lain-lain makanan.
ii. Jenis sos salad terdiri daripada French Dressing, Mayonnaise, Tartar Sauce, Thousand Island
dan lain-lain.
e. Sos Tiram Vegetarian
a. Diperbuat daripada air, gula, garam, protin soya, kanji diubahsuai, dan karamel.

45. Suhun
a. Adalah mi jernih yang diperbuat daripada tepung kanji dan air.
b. Dibekalkan dalam bentuk halus, kering dan tidak berbau hapak.

46. Sweet Corn/ Cream Corn


a. Dihasilkan daripada biji jagung yang berkualiti. Boleh mengandungi gula, air dan penstabil
makanan yang dibenarkan.
47. Taucu
a. Dihasilkan daripada kacang soya (Glycine max) yang telah direbus dan diperam.
b. Taucu yang dibekalkan hendaklah daripada kualiti yang terbaik; masin, berwarna coklat dan
tidak berubah warna

48. Tauhu Keping


a. Dihasilkan dengan cara kogulasi susu soya mengunakan agen kogulasi, dan menekan curds
yang terhasil menjadi blok lembut yang berwarna putih.
b. Hendaklah tidak hancur, tidak berbau masam dan tidak berlendir.

49. Tempe
a. Tempe mestilah dibungkus secara individu di dalam plastik yang bersih dan tiada sebarang
kerosakan.
b. Keadaan tempe mestilah cukup matang apabila dibuka bungkusannya.
c. Berwarna putih dan tiada tanda-tanda kerosakan iaitu berbau tengik dan berkulat.

50. Tepung Pelbagai Jenis


a. Tepung Beras
Hendaklah dihasilkan daripada beras yang berkualiti dan telah diproses.
b. Tepung Gandum
Hendaklah dihasilkan daripada biji gandum yang berkualiti dan telah diproses.
c. Tepung Kastad
Hendaklah dihasilkan daripada kanji jagung dan bahan campuran yang dibenarkan dan telah
diproses dalam keadaan bersih dan selamat.
d. Tepung Kek
Hendaklah dihasilkan daripada hasil campuran gandum kasar dan halus, bahan penaik dan
boleh mengandungi pelbagai perisa.

51. Tuna in Water


a. Bahan ramuan mestilah terdiri daripada kepingan ikan tuna, air dan garam.

Spesifikasi Umum
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
8
1. Tempoh Kontrak

1.1. Tempoh sah laku kontrak adalah selama 5 bulan.

2. Pendaftaran Syarikat

2.1. Pembekal MESTILAH berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).

2.2. Syarikat pembekal MESTILAH berdaftar di bawah kod bidang yang berkaitan sepanjang
tempoh kontrak.

2.3. Pembekal MESTILAH e-Perolehan enabled.

3. Pembungkusan dan Pelabelan

3.1. Bekalan bahan makanan kering dan diproses yang dibekalkan dalam unit kilogram mestilah
dibungkus dalam plastik kedap udara yang bersih, selamat dan sesuai digunakan untuk
pembungkusan makanan.

3.2. Bekalan bahan makanan kering dan diproses yang dibekalkan dalam tin, botol dan paket
mestilah dihantar dalam bungkusan kotak yang diseal, bersih dan selamat.

3.3. Berat pembungkusan bahan makanan yang diperlukan oleh Kerajaan adalah seperti yang
dinyatakan di dalam borang tawaran harga.

3.4. Pembekal MESTILAH memastikan bahawa bahan makanan dan pembungkusannya


mematuhi penentuan di bawah:-
a. berkualiti, bersih, tidak lapuk dan tidak mempunyai bau yang tidak diingini;
b. bebas dari serangan serangga perosak dan bahan asing;
c. tidak menggunakan bendasing yang boleh mencemarkan makanan dan membahayakan
pengguna seperti kertas, getah gelang, tali dan dawai kokot sebagai bahan pembungkus;
d. tidak mengandungi apa-apa campuran, pengawet dan pewarna yang terlarang bagi bahan
makanan yang berproses;
e. tidak berubah daripada bentuk asal mengikut jenis item;
f. dikupas dengan bersih dan tiada tanda dikupas terlalu lama atau awal (bagi bekalan yang
perlu dikupas kulit);
g. tidak mempunyai tunas atau tanda-tanda bercambah;
h. bahan makanan yang dibungkus di dalam tin hendaklah ditentukan bahawa tin tersebut
tidak berkarat, kemek dan rosak;
i. bahan makanan yang dibungkus di dalam bungkusan plastik hendaklah tidak kembung dan
telah terbuka bungkusan; dan,
j. bahan makanan yang mempunyai tarikh luput (shelf life period), mestilah tidak tamat
tempohnya.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
3.5. Bahan makanan kering dan diproses yang melalui proses pembungkusan di kilang

9
MESTILAH dilabel dengan:-
a. nama produk
b. berat bersih
c. maklumat pemakanan
d. tarikh luput
e. logo Halal JAKIM atau yang diiktiraf oleh JAKIM.

3.6. Bahan makanan yang dibungkus semula (repack) seperti bawang, ikan bilis dan lain-lain adalah
tidak tertakluk kepada pematuhan pelabelan.

4. Pesanan

4.1. Pihak Kerajaan akan membuat pesanan secara bertulis dengan menggunakan Borang Pesanan
Rasmi kepada pembekal selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum masa penyerahan bekalan.
Borang Pesanan Rasmi akan diserahkan kepada pembekal sebelum jam 2.00 petang sehari
sebelum penghantaran.

5. Penyerahan, Penolakan dan Penggantian

5.1. Pembekal MESTILAH menyerahkan bekalan bahan makanan kering dan diproses mengikut
kuantiti dan kualiti pesanan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan sebelum jam 8.30 pagi.

5.2. Pembekal MESTILAH mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan sebagai bukti pematuhan kepada masa penghantaran.

5.3. Pembekal MESTILAH hadir dengan membawa borang pesanan dan nota hantaran semasa
penyerahan bekalan.

5.4. Bekalan bahan makanan kering dan diproses sejuk beku (frozen) perlu dibekalkan di dalam suhu
sejuk beku (frozen) iaitu -18⁰C dan ke bawah. Manakala, bagi bahan makanan kering dan
diproses sejuk dingin perlu dibekalkan di dalam suhu sejuk dingin iaitu 0⁰C hingga 4⁰C.
Pembekal MESTILAH mematuhi suhu penghantaran bekalan makanan yang telah
ditetapkan.

5.5. Pengesahan penerimaan bekalan bahan makanan kering dan diproses boleh dilaksanakan
kemudian sekiranya pemeriksaan fizikal tidak dapat dijalankan serta-merta ke atas bekalan
dengan syarat penerimaan tersebut MESTILAH dicop “Diterima dengan syarat ianya disahkan
kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”.

5.6. Penolakan akan dibuat ke atas bekalan yang tidak menepati pesanan atau penentuan spesifikasi
kontrak seperti yang telah ditetapkan.

5.7. Bekalan bahan makanan kering dan diproses sewaktu penerimaan MESTILAH diganti
sebelum jam 11.00 pagi pada hari yang sama penerimaan dibuat dan segala kos adalah
ditanggung oleh pihak pembekal.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
10
5.8. Bekalan bahan makanan kering dan diproses yang diperiksa dan ditolak kemudian
MESTILAH diganti mengikut keperluan pihak Kerajaan dan segala kos adalah ditanggung
oleh pihak pembekal.

6. Pembayaran

6.1. Pembayaran oleh pihak Kerajaan boleh dilakukan sama ada secara bulanan atau dua (2) kali
sebulan.

6.2. Pihak pembekal MESTILAH mengemukakan dokumen pembayaran yang lengkap dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas pesanan rasmi Kerajaan diserahkan dan bekalan telah
disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan pihak Kerajaan
membuat pembayaran.

6.3. Denda yang dikenakan akan ditolak daripada bil tuntutan pembayaran bulanan pembekal.

7. Pematuhan Kepada Akta, Peraturan dan Jaminan HALAL

7.1. Pembekal MESTILAH mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

7.2. Pembekal adalah DIWAJIBKAN untuk memastikan bahawa bekalan bahan makanan kering
dan diproses yang dibekalkan telah mendapat pengiktirafan Pensijilan Halal Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) atau yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

7.3. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk memastikan bekalan bahan makanan kering dan
diproses yang dibekalkan bersih dan selamat untuk dimakan.

7.4. Pembekal digalakkan untuk membekalkan produk yang mempunyai program jaminan
keselamatan makanan contohnya mempunyai salah satu pensijilan seperti GMP, HACCP,
ISO22000, MeSTI dan lain-lain.

7.5. Pembekal DIWAJIBKAN untuk mengemukakan Surat Jaminan Kualiti (Letter of Guarantee)
kepada pihak Kerajaan.

7.6. Pembekal MESTILAH mematuhi program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan
di premis Kerajaan.

8. Pensampelan Makanan

8.1. Pihak Kerajaan berhak membuat pensampelan ke atas bekalan bahan makanan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh kontrak. Jika berlaku pelanggaran ke atas keputusan
pensampelan, pihak Kerajaan berhak mengambil tindakan undang-undang berdasarkan Akta
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pihak pembekal DIWAJIBKAN untuk

11
mengganti bekalan berkenaan yang masih berbaki dan segala kos perbelanjaan adalah di bawah
tanggungan pihak pembekal.

9. Pemeriksaan Kenderaan Pembekal

9.1. Kenderaan yang digunakan MESTILAH bersih, bertutup dan sesuai dengan jenis bekalan
makanan yang dihantar.

9.2. Kenderaan yang digunakan adalah khusus untuk penghantaran bahan makanan sahaja dan
tidak mengandungi bahan lain yang boleh mencemar makanan.

10. Pemeriksaan Kakitangan Penghantaran

10.1. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH mempunyai suntikan
Thyphim yang masih sah di sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Salinan kad suntikan
Typhim MESTILAH dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
kontrak berkuatkuasa. Pembekal dikehendaki mengemukakan semula salinan kad suntikan
Typhim sekiranya tempoh sah telah tamat atau berlaku pertukaran pekerja.

10.2. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH berpakaian sopan dan
sesuai serta DIWAJIBKAN untuk memakai alat perlindungan diri (PPE) iaitu penutup kepala
(hair cover/ net), apron dan kasut keselamatan semasa pembekalan bahan makanan. Pihak
Kerajaan tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan alat perlindungan diri tersebut.

11. Pejabat Pembekal

11.1. Pembekal digalakkan mempunyai pejabat operasi berdekatan dengan premis Kerajaan dan
boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk menerima pesanan atau aduan daripada pihak
Kerajaan.

11.2. Kerajaan berhak membuat lawatan ke premis pembekal bagi tujuan pemeriksaan pematuhan
kualiti dan keselamatan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kontrak.

12. Hak Kerajaan Apabila Pembekal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

12.1. Pihak Kerajaan berhak dimaklumkan oleh pembekal sekiranya terdapat sebarang tindakan
undang-undang berkaitan keselamatan makanan dikenakan ke atas pembekal.

13. Hak Kerajaan Terhadap Ketidakpatuhan Pembekal

13.1. Ketidakpatuhan boleh berlaku melebihi daripada satu (1) jenis denda dalam satu (1) tempoh
penyerahan. Kaedah pengiraan denda adalah berdasarkan jenis ketidakpatuhan yang berlaku.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
13.2. Denda sebanyak lima peratus (5%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan yang

12
dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 8.30 pagi pada hari penyerahan.

13.3. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan
yang dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 11.00 pagi pada hari penyerahan.

56.2. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak menepati spesifikasi iaitu rosak atau rendah mutu atau tidak berkualiti atau cacat
atau bermasalah.

13.4. Denda sebanyak dua puluh lima peratus (25%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan
yang tidak diserahkan atau gagal dibekalkan pada hari penyerahan.

13.5. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran pertama [sebelum jam 8.30 pagi] akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun lima peratus (5%) akan dikenakan daripada
keseluruhan nilai bekalan yang dipesan.

13.6. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran kedua [sebelum jam 11.00 pagi] akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada
nilai bekalan yang dipesan.

14. Pembelian Di Luar Kontrak

14.1. Kerajaan berhak membuat pembelian di luar kontrak sekiranya berlaku kelewatan atau
kegagalan bekalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika kos memperolehi bekalan
daripada punca lain itu melebihi harga dalam perjanjian ini, pembekal adalah dikehendaki
membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
13
KUMPULAN C:
ROTI DAN PASTRI

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
14
PENENTUAN SPESIFIKASI

BAHAGIAN IV: BAHAN MAKANAN LAIN

(KUMPULAN C: ROTI DAN PASTRI)

Spesifikasi Teknikal

1. Bekalan roti dan pastri merangkumi:-


a. Roti Pelbagai Jenis
i. Roti Putih
ii. Roti Mil Penuh
b. Ban Pelbagai Jenis
i. Ban Inti Manis
ii. Ban Inti Savori
c. Pastri Pelbagai Jenis

2. Roti Pelbagai Jenis

2.1. Roti Putih


a. Roti putih mestilah roti yang diperolehi dengan membakar doh hasil naikan yis yang
disediakan daripada tepung gandum dan air.
b. Mestilah diperbuat daripada bahan ramuan berikut:-
i. Tepung gandum (mematuhi M.S.8.5:1973)
ii. Yis roti
iii. Garam
iv. Lemak sayuran
v. Air
c. Boleh mengandungi bahan berikut:-
i. Gula
ii. Susu tepung
iii. Aditif makanan – bahan pengawet dan kondisioner makanan yang dibenarkan
seperti dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
d. Bahagian luar roti putih hendaklah mematuhi ketetapan di bawah:-
i. Keseluruhan kulit roti mestilah berwarna kuning keperangan, bebas rekahan dan
tiada tompokan.
ii. Roti putih mestilah dimasak sekata (tanpa tanda kurang masak atau hangus).
iii. Roti putih mestilah berukuran sama di kedua-dua belah (simetri) tanpa kerak
berlebihan.
iv. Kulit roti mestilah nipis dan lembut.
v. Keadaan roti putih semasa penerimaan mestilah elok dan tidak penyek.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
15
e. Bahagian dalam roti putih:-
i. Tekstur isi roti mestilah lembut dan gebu.
ii. Roti tidak boleh berlubang, berderai dan berkulat.
iii. Mestilah mempunyai aroma dan rasa yang sesuai serta tidak berbau doh (mentah)
dan kering apabila disentuh.
f. Roti putih boleh dibekalkan secara pra pek atau buku bergantung kepada keperluan
Kerajaan.
g. Pembungkusan roti putih buku hendaklah mematuhi ketetapan seperti di bawah:-
i. Dibekalkan dengan berat antara 350g hingga 400g bagi setiap buku.
ii. Mengandungi dua belas (12) keping roti termasuk kulit roti bagi setiap buku.
iii. Siap dipotong dengan saiz potongan yang sekata sebelum penghantaran.
iv. Diterima mengikut bilangan buku roti yang dipesan dan diambil timbangan
berat dalam kilogram bagi tujuan pematuhan berat. Pembayaran akan dibuat
mengikut bilangan buku roti yang dipesan.
v. Dibekalkan dalam keadaan segar (freshly baked) dan disejukkan terlebih dahulu
sebelum dibungkus.
vi. Bahan pembungkusan yang digunakan mestilah dari jenis polypropylene yang
sesuai untuk melindungi dari kerosakan dan mengekalkan kesegarannya dan
bukan daripada bahan toksik (food grade materials).
vii. Setiap bungkusan roti hendaklah dilabel dengan maklumat di bawah:-
a. Nama produk
b. Berat bersih (dalam gram)
c. Tarikh luput
d. Logo Halal JAKIM atau yang diiktiraf oleh JAKIM
e. Nama dan alamat pengilang
f. Maklumat pemakanan seperti berikut:-

MAKLUMAT PEMAKANAN
Kandungan Nutrien 100g
Tenaga (kkal) 250 - 300
Karbohidrat (g) 45 - 55
Protein (g) 7 - 11
Lemak (g) 2-4
Jadual 4.3: Maklumat Pemakanan Roti Putih Buku.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
16
Gambar 4.3: Roti Putih Buku

2.2. Roti Mil Penuh (Wholemeal)


a. Roti mil penuh (wholemeal) mestilah roti yang diperolehi dengan membakar doh naikan
yis yang disediakan daripada tepung gandum penuh bijirin dan air atau campuran 60%
tepung gandum penuh bijirin, tepung gandum dan air.
b. Roti mil penuh (wholemeal) mestilah diperbuat daripada bahan-bahan berikut:-
i. Tepung gandum penuh (bijirin) - mematuhi M.S.8.5:1973
ii. Yis roti
iii. Garam
iv. Lemak sayuran
v. Air
c. Roti mil penuh (wholemeal) juga boleh mengandungi bahan-bahan berikut:-
i. Tepung gandum
ii. Susu tepung
iii. Aditif makanan – bahan pengawet dan kondisioner makanan yang dibenarkan
seperti dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
d. Bahagian luar roti mil penuh (wholemeal):-
i. Keseluruhan kulit roti mil penuh (wholemeal) mestilah berwarna kuning
keperangan, bebas rekahan dan tiada tompokan.
ii. Roti mil penuh (wholemeal) mestilah dimasak sekata (tanpa tanda kurang masak
atau hangus).
iii. Roti mil penuh (wholemeal) mestilah berukuran sama di kedua-dua belah
(simetri) tanpa kerak berlebihan.
iv. Kulit roti mil penuh (wholemeal) mestilah nipis dan lembut.
v. Keadaan roti mil penuh (wholemeal) semasa penerimaan mestilah dalam bentuk
asal dan tidak penyek.
e. Bahagian dalam roti mil penuh (wholemeal):-
i. Bijirin dalam roti mil penuh (wholemeal) terhasil daripada struktur rantaian
gluten (strands of gluten).
ii. Tekstur mestilah lembut dan gebu.
iii. Roti tidak boleh berlubang, berderai dan berkulat.
iv. Roti mil penuh (wholemeal) mestilah mempunyai aroma dan rasa yang sesuai
serta tidak berbau doh (mentah) dan kering apabila disentuh.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
f. Roti mil penuh (wholemeal) boleh dibekalkan secara pra pek atau buku bergantung

17
kepada keperluan Kerajaan.

g. Pembungkusan roti mil penuh (wholemeal) buku hendaklah mematuhi ketetapan


seperti di bawah:-
i. Dibekalkan dengan berat antara 350g hingga 400g bagi setiap buku.
ii. Mengandungi dua belas (12) keping roti termasuk kulit roti bagi setiap
buku.
iii. Siap dipotong dengan saiz potongan yang sekata sebelum penghantaran.
iv. Diterima mengikut bilangan buku roti yang dipesan dan diambil
timbangan berat dalam kilogram bagi tujuan pematuhan berat.
Pembayaran akan dibuat mengikut bilangan buku roti yang dipesan.
v. Dibekalkan dalam keadaan segar (freshly baked) dan disejukkan terlebih
dahulu sebelum dibungkus.
vi. Bahan pembungkusan yang digunakan mestilah dari jenis polypropylene yang
sesuai untuk melindungi dari kerosakan dan mengekalkan kesegarannya
dan bukan daripada bahan toksik (food grade materials).
vii. Setiap bungkusan roti hendaklah dilabel dengan maklumat di bawah:-
a. Nama produk
b. Berat bersih (dalam gram)
c. Tarikh luput
d. Logo Halal JAKIM atau yang diiktiraf oleh JAKIM
e. Nama dan alamat pengilang
f. Maklumat pemakanan seperti berikut:-

MAKLUMAT PEMAKANAN
Kandungan Nutrien 100g
Tenaga (kkal) 220 - 270
Karbohidrat (g) 40 - 50
Protein (g) 10 - 12
Lemak (g) 0.4 - 2.5
Serat (g) 4-6
Jadual 4.5: Maklumat Pemakanan Roti Mil Penuh (Wholemeal) Buku.

Gambar 4.5: Roti Mil Penuh (Wholemeal) Buku.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
18
3. Ban Pelbagai Jenis

3.1. Ban Berinti Manis


a. Ban berinti manis adalah roti kecil yang berbentuk bulat yang diperolehi dengan
membakar doh naikan yis yang disediakan dari tepung gandum dan air serta
mempunyai pelbagai jenis inti manis di dalamnya.
b. Ban berinti manis mestilah diperbuat daripada bahan-bahan berikut:-
i. Tepung gandum (mematuhi M.S.8.5:1973)
ii. Yis roti
iii. Garam
iv. Lemak sayuran
v. Air
c. Bahagian luar ban berinti manis:-
i. Keseluruhan kulit ban mestilah berwarna kuning keperangan, bebas rekahan
dan tiada tompokan.
ii. Ban mestilah dimasak sekata (tanpa tanda kurang masak atau hangus).
iii. Ban mestilah berukuran sama di kedua-dua belah (simetri) tanpa kerak
berlebihan.
iv. Kulit ban mestilah nipis dan rapuh.
v. Keadaan ban semasa penerimaan mestilah elok dan tidak penyek.

d. Bahagian dalam ban berinti manis:-


i. Struktur isi ban mestilah halus.
ii. Tekstur isi ban mestilah lembut dan gebu.
iii. Ban tidak boleh berlubang, berderai dan berkulat.
iv. Ban mestilah mempunyai aroma dan rasa yang sesuai serta tidak berbau doh
(mentah) dan kering apabila disentuh.
e. Jenis Inti (filling) ban berinti manis:
i. Inti Kelapa - Kelapa parut dan gula melaka.
ii. Inti Kaya - Santan, telur dan gula.
iii. Inti Kacang - Kacang merah, minyak masak dan gula.
iv. Inti Krim - Marjerin, gula dan perisa makanan yang dibenarkan seperti
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
f. Pembungkusan ban berinti manis hendaklah mematuhi ketetapan seperti di bawah:-
i. Dibekalkan dengan berat diantara 50g hingga 70g sebiji bagi setiap pek.
ii. Bekalan ban berinti manis hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang
mengandungi sama ada satu (1) atau enam (6) pek ban berinti manis di dalamnya.
iii. Penerimaan dan pembayaran akan dibuat mengikut bilangan biji ban yang
dipesan.
iv. Dibekalkan dalam keadaan segar (freshly baked) dan disejukkan sebelum
dibungkus.
v. Setiap bungkusan ban hendaklah dilabel dengan maklumat seperti berikut:
a. Nama produk
b. Berat bersih (dalam gram)
c. Tarikh luput
d. Logo Halal JAKIM atau yang diiktiraf oleh JAKIM
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
e. Nama dan alamat pengilang

19
f. Maklumat pemakanan seperti berikut:-

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan (1 biji ≈ 60g)
Hidangan bagi setiap bungkusan : 1 hidangan
Kandungan Nutrien Setiap bungkusan/ setiap hidangan
(1 biji ≈ 60g)
Tenaga (kkal) 180 - 250
Karbohidrat (g) 30 - 35
Protein (g) 4-7
Lemak (g) 4-7
Jadual 4.8: Maklumat Pemakanan Ban Kelapa.

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan (1 biji ≈ 60g)
Hidangan bagi setiap bungkusan : 1 hidangan
Kandungan Nutrien Setiap bungkusan/ setiap hidangan
(1 biji ≈ 60g)
Tenaga (kkal) 180 - 200
Karbohidrat (g) 30 - 35
Protein (g) 4-7
Lemak (g) 3-7
Jadual 4.9: Maklumat Pemakanan Ban Kaya.

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan (1 biji ≈ 60g)
Hidangan bagi setiap bungkusan : 1 hidangan
Kandungan Nutrien Setiap bungkusan/ setiap hidangan
(1 biji ≈ 60g)
Tenaga (kkal) 180 - 250
Karbohidrat (g) 24 - 35
Protein (g) 4-7
Lemak (g) 4-7
Jadual 4.10: Maklumat Pemakanan Ban Kacang Merah.

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan (1 biji ≈ 60g)
Hidangan bagi setiap bungkusan : 1 hidangan
Kandungan Nutrien Setiap bungkusan/ setiap hidangan
(1 biji ≈ 60g)
Tenaga (kkal) 180 - 250
Karbohidrat (g) 24 - 35
Protein (g) 3- 5
Lemak (g) 7- 11
Jadual 4.11: Maklumat Pemakanan Ban Krim.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
20
3.2. Ban Berinti Savori
a. Ban berinti savori adalah roti kecil yang berbentuk bulat yang diperolehi dengan
membakar doh naikan yis yang disediakan daripada tepung gandum dan air serta
mempunyai pelbagai jenis inti savori di dalamnya.
b. Ban berinti savori mestilah diperbuat daripada bahan-bahan berikut:-
i. Tepung gandum (mematuhi M.S.8.5:1973)
ii. Yis roti
iii. Garam
iv. Lemak sayuran
v. Air
c. Bahagian luar ban berinti savori:-
i. Keseluruhan kulit ban mestilah berwarna kuning keperangan, bebas
rekahan dan tiada tompokan.
ii. Ban mestilah dimasak sekata (tanpa tanda kurang masak atau hangus).
iii. Ban mestilah berukuran sama di kedua-dua belah (simetri) tanpa kerak
berlebihan.
iv. Kulit ban mestilah nipis dan rapuh.
v. Keadaan ban semasa penerimaan mestilah elok dan tidak penyek.
d. Bahagian dalam ban berinti savori:-
i. Struktur isi ban mestilah halus.
ii. Tekstur isi ban mestilah lembut dan gebu.
iii. Ban tidak boleh berlubang, berderai dan berkulat.
iv. Ban mestilah mempunyai aroma dan rasa yang sesuai serta tidak berbau
doh (mentah) dan kering apabila disentuh.
e. Jenis Inti (filling) ban berinti savori:
i. Inti Sambal Bilis – Ikan bilis, cili, bawang, minyak,
garam dan gula.
ii. Inti Sardin – Sardin, cili, bawang, minyak,
garam dan gula.
iii. Inti Tuna – Tuna, Cili, bawang, minyak, garam
dan gula.
f. Pembungkusan ban berinti savori hendaklah mematuhi ketetapan seperti di
bawah:-
i. Dibekalkan dengan berat antara 60g hingga 70g per biji bagi setiap pek.
ii. Dibungkus dalam bungkusan yang mengandungi sama ada satu (1) atau
enam (6) pek ban berinti savori di dalamnya.
iii. Penerimaan dan pembayaran akan dibuat mengikut bilangan biji ban yang
dipesan.
iv. Dibekalkan dalam keadaan segar (freshly baked) dan disejukkan sebelum
dibungkus.

v. Setiap bungkusan ban berinti savori hendaklah dilabel dengan maklumat


seperti berikut:-
a. Nama produk
b. Berat bersih (dalam gram)
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
c. Tarikh luput

21
d. Logo Halal JAKIM atau yang diiktiraf oleh JAKIM
e. Nama dan alamat pengilang
f. Maklumat pemakanan seperti berikut:-

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan (≈60 gram/ biji)
Hidangan bagi setiap bungkusan: 1 hidangan
Kandungan Nutrien Setiap bungkusan/ setiap hidangan
(≈60 gram/ biji)
Tenaga (kkal) 145 - 200
Karbohidrat (g) 25 - 30
Protein (g) 4-7
Lemak (g) 2.5 - 6
Jadual 4.12: Maklumat Pemakanan Ban Ikan Bilis.

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan (≈60 gram/ biji)
Hidangan bagi setiap bungkusan: 1 hidangan
Kandungan Nutrien Setiap bungkusan/ setiap hidangan
(≈60 gram/ biji)
Tenaga (kkal) 160 - 200
Karbohidrat (g) 25 - 30
Protein (g) 5-8
Lemak (g) 3-7
Jadual 4.13: Maklumat Pemakanan Ban Sardin.

MAKLUMAT PEMAKANAN
Saiz Hidangan (≈60 gram/ biji)
Hidangan bagi setiap bungkusan: 1 hidangan
Kandungan Nutrien Setiap bungkusan/ setiap hidangan
(≈60 gram/ biji)
Tenaga (kkal) 160 - 200
Karbohidrat (g) 25 - 30
Protein (g) 5-8
Lemak (g) 2-5
Jadual 4.14: Maklumat Pemakanan Ban Tuna.

4. Pastri Pelbagai Jenis

4.1. Pastri merupakan satu produk yang diklasifikasikan sebagai kuih yang dibakar di dalam oven
dan di perbuat daripada mentega, tepung gandum, lemak pastri, serbuk penaik atau telur.

4.2. Jenis pastri yang boleh dibekalkan kepada Kerajaan adalah seperti berikut:-

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
a. Muffin

22
i. Muffin boleh dibekalkan sama ada dalam perisa coklat, vanila, pisang atau
blueberry.
ii. Muffin hendaklah dibakar menggunakan “cake cup”.
iii. Tekstur Muffin hendaklah lembut dan gebu.

5.3. Semua pastri yang dibekalkan mestilah:-


a. mempunyai berat di antara 60g hingga 70g per bagi setiap keping.
b. dibungkus dalam kotak yang boleh mengisi lima puluh (50) keping pastri dan setiap
lapisan mesti dilapis dengan kertas minyak (gred makanan) untuk mengekalkan rupa
bentuk pastri.
c. Penerimaan dan pembayaran akan dibuat mengikut bilangan biji pastri yang dipesan.
d. segar (freshly baked) dan disejukkan terlebih dahulu sebelum dibungkus.
e. dilabel dengan maklumat seperti berikut:-
i. Nama produk
ii. Berat bersih (dalam gram)
iii. Tarikh luput
iv. Logo Halal JAKIM atau yang diiktiraf oleh JAKIM

Muffin

Gambar 4.9: Contoh Pastri.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
Spesifikasi Umum

23
1. Tempoh Kontrak

1.1. Tempoh sah laku kontrak adalah selama 5 bulan.

2. Pendaftaran Syarikat

1.1. Pembekal MESTILAH berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM).

1.2. Syarikat pembekal MESTILAH berdaftar di bawah kod bidang yang berkaitan sepanjang
tempoh kontrak.

1.3. Pembekal MESTILAH e-Perolehan enabled.

3. Pembungkusan dan Pelabelan

3.1. Bekalan roti dan pastri hendaklah dibekalkan di dalam bekas yang sesuai, bersih dan selamat
(bekas tidak rosak atau pecah yang boleh mencemar makanan) dan khusus digunakan untuk
pembekalan bahan makanan tersebut.

3.2. Kehadiran bendasing yang boleh mencemarkan makanan dan membahayakan pengguna
sebagai contoh batu, logam, ulat, gabus dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

4. Pesanan

4.1. Pihak Kerajaan akan membuat pesanan secara bertulis dengan menggunakan Borang Pesanan
Rasmi kepada pembekal selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum masa penyerahan bekalan.
Borang Pesanan Rasmi akan diserahkan kepada pembekal sebelum jam 2.00 petang sehari
sebelum penghantaran.

5. Penyerahan, Penolakan dan Penggantian

5.1. Pembekal MESTILAH menyerahkan bekalan roti dan pastri mengikut kuantiti dan kualiti
pesanan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan sebelum jam 8.30 pagi.

5.2. Pembekal MESTILAH mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan sebagai bukti pematuhan kepada masa penghantaran.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
24
5.3. Pembekal MESTILAH hadir dengan membawa borang pesanan dan nota hantaran semasa
penyerahan bekalan.

5.4. Pemeriksaan bagi pesanan roti dan pastri yang dibekalkan melebihi daripada 50kg akan
dilakukan secara rawak dan jika didapati 20% daripada bekalan tidak mematuhi spesifikasi,
keseluruhan bekalan tersebut akan ditolak.

5.5. Pemeriksaan bagi pesanan roti dan pastri yang dibekalkan kurang daripada 50kg akan dilakukan
secara keseluruhan dan penolakan akan dilakukan ke atas kuantiti yang tidak mematuhi
spesifikasi.

5.6. Pengesahan penerimaan bekalan roti dan pastri boleh dilaksanakan kemudian sekiranya
pemeriksaan fizikal tidak dapat dijalankan serta-merta ke atas bekalan dengan syarat
penerimaan tersebut MESTILAH dicop “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara
diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”.

5.7. Penolakan akan dibuat ke atas bekalan yang tidak menepati pesanan atau penentuan spesifikasi
kontrak seperti yang telah ditetapkan.

5.8. Bekalan roti dan pastri yang ditolak sewaktu penerimaan MESTILAH diganti sebelum jam
8.30 pagi pada hari yang sama penerimaan dibuat dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak
pembekal.

5.9. Bekalan roti dan pastri yang diperiksa dan ditolak kemudian MESTILAH diganti mengikut
keperluan pihak Kerajaan dan segala kos adalah ditanggung oleh pihak pembekal.

6. Pembayaran

6.1. Pembayaran oleh pihak Kerajaan boleh dilakukan sama ada secara bulanan atau dua (2) kali
sebulan.

6.2. Pihak MESTILAH hendaklah mengemukakan dokumen pembayaran yang lengkap dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas pesanan rasmi Kerajaan diserahkan dan bekalan telah
disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan pihak Kerajaan
membuat pembayaran.

6.3. Denda yang dikenakan akan ditolak daripada bil tuntutan pembayaran bulanan pembekal.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
7. Pematuhan Kepada Akta, Peraturan dan Jaminan HALAL

25
7.1. Pembekal MESTILAH mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

7.2. Pembekal adalah DIWAJIBKAN untuk memastikan bahawa bekalan roti dan pastri yang
dibekalkan telah mendapat pengiktirafan Pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) atau yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

7.3. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk memastikan bekalan roti dan pastri yang dibekalkan
adalah bersih dan selamat untuk dimakan.

7.4. Pembekal digalakkan untuk membekalkan produk yang mempunyai program jaminan
keselamatan makanan contohnya mempunyai salah satu pensijilan seperti GMP, HACCP,
ISO22000, MeSTI dan lain-lain.

7.5. Pembekal DIWAJIBKAN untuk mengemukakan Surat Jaminan Kualiti (Letter of Guarantee)
kepada pihak Kerajaan.

7.6. Pembekal MESTILAH mematuhi program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan
di premis Kerajaan.

8. Pensampelan Makanan

8.1. Pihak Kerajaan berhak membuat pensampelan ke atas bekalan bahan makanan sekurang-
kurangnya sekali dalam tempoh kontrak. Jika berlaku pelanggaran ke atas keputusan
pensampelan, pihak Kerajaan berhak mengambil tindakan undang-undang berdasarkan Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pihak pembekal DIWAJIBKAN untuk
mengganti bekalan berkenaan yang masih berbaki dan segala kos perbelanjaan adalah di bawah
tanggungan pihak pembekal.

9. Pemeriksaan Kenderaan Pembekal

9.1. Kenderaan yang digunakan MESTILAH bersih, bertutup dan sesuai dengan jenis bekalan
makanan yang dihantar.

9.2. Kenderaan yang digunakan adalah khusus untuk penghantaran bahan makanan sahaja dan tidak
mengandungi bahan lain yang boleh mencemar makanan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
10. Pemeriksaan Kakitangan Penghantaran

26
10.1. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH mempunyai suntikan
Thyphim yang masih sah di sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Salinan kad suntikan
Typhim MESTILAH dikemukakan kepada Kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
kontrak berkuatkuasa. Pembekal dikehendaki mengemukakan semula salinan kad suntikan
Typhim sekiranya tempoh sah telah tamat atau berlaku pertukaran pekerja.

10.2. Wakil pembekal yang terlibat dengan penghantaran MESTILAH berpakaian sopan dan sesuai
serta DIWAJIBKAN untuk memakai alat perlindungan diri (PPE) iaitu penutup kepala (hair
cover/ net), apron dan kasut keselamatan semasa pembekalan bahan makanan. Pihak Kerajaan
tidak akan bertanggungjawab untuk membekalkan alat perlindungan diri tersebut.

11. Pejabat Pembekal

11.1. Pembekal digalakkan mempunyai pejabat operasi berdekatan dengan premis Kerajaan dan boleh
dihubungi pada bila-bila masa untuk menerima pesanan atau aduan daripada pihak Kerajaan.

11.2. Kerajaan berhak membuat lawatan ke premis pembekal bagi tujuan pemeriksaan pematuhan
kualiti dan keselamatan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh kontrak

12. Hak Kerajaan Apabila Pembekal Dikenakan Tindakan Undang-Undang

12.1. Pihak Kerajaan berhak dimaklumkan oleh pembekal sekiranya terdapat sebarang tindakan
undang-undang berkaitan keselamatan makanan dikenakan ke atas pembekal.

13. Hak Kerajaan Terhadap Ketidakpatuhan Pembekal

13.1. Ketidakpatuhan boleh berlaku melebihi daripada satu (1) jenis denda dalam satu (1) tempoh
penyerahan. Kaedah pengiraan denda adalah berdasarkan jenis ketidakpatuhan yang berlaku.

13.2. Denda sebanyak lima peratus (5%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan yang
dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 8.30 pagi/ petang pada hari penyerahan.

13.3. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada keseluruhan nilai bekalan
yang dipesan untuk kelewatan penghantaran selepas jam 11.00 pagi pada hari penyerahan.

13.4. Denda sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak menepati spesifikasi iaitu rosak atau rendah mutu atau tidak berkualiti atau cacat
atau bermasalah.

13.5. Denda sebanyak dua puluh peratus (20%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan yang
didapati tidak mengikut pesanan iaitu jenis atau kuantiti pesanan. Denda mestilah dikenakan
ke atas keseluruhan nilai bekalan yang dipesan atau yang diterima mengikut mana yang lebih
tinggi.
GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
27
13.6. Denda sebanyak dua puluh lima peratus (25%) akan dikenakan bagi keseluruhan nilai bekalan
yang tidak diserahkan atau gagal dibekalkan pada hari penyerahan.

13.7. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran pertama [sebelum jam 8.30 pagi] akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun lima peratus (5%) akan dikenakan daripada
keseluruhan nilai bekalan yang dipesan.

13.8. Kegagalan pembekal untuk mematuhi kaedah pengesahan waktu penerimaan yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan semasa penghantaran kedua [sebelum jam 8.30 pagi] akan dianggap
sebagai lewat bekalan dan denda beramaun sepuluh peratus (10%) akan dikenakan daripada
nilai bekalan yang dipesan.

14. Pembelian Di Luar Kontrak

14.1. Kerajaan berhak membuat pembelian di luar kontrak sekiranya berlaku kelewatan atau
kegagalan bekalan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika kos memperolehi bekalan
daripada punca lain itu melebihi harga dalam perjanjian ini, pembekal adalah dikehendaki
membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan.

GARIS PANDUAN
PENENTUAN SPESIFIKASI BAHAN MAKANAN
HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019

Anda mungkin juga menyukai