Anda di halaman 1dari 12

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

FOOD

GARIS PANDUAN
PERMOHONAN PENYENARAIAN
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH
(HOME-BASED FOOD) BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama
ISI
KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 1
2 PERMOHONAN PENYENARAIAN 1
PENGUSAHA HOME-BASED FOOD
3 SYARAT KELULUSAN PENYENARAIAN 1
4 SENARAI MAKANAN YANG TIDAK DIBENARKAN 2
5 SYARAT PELABELAN MAKANAN 2
6 PROSEDUR PENYENARAIAN 3
7 TEMPOH SAH LAKU PENYENARAIAN 4
8 PENGGUNAAN LOGO DAN NOMBOR 4
PENYENARAIAN
9 PEMBATALAN PENYENARAIAN 4
10 PROSES PENYENARAIAN 5
11 LOGO DAN NOMBOR PENYENARAIAN 6
12 BORANG PERMOHONAN 7
PENYENARAIAN PENGUSAHA MAKANAN
SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
LAMPIRAN 1:
SENARAI SEMAK KENDIRI PENGUSAHA MAKANAN
SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)

LAMPIRAN 2:
SENARAI SEMAK
KECUKUPAN DOKUMEN PERMOHONAN
PENYENARAIAN PENGUSAHA MAKANAN
SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) ini


diperkenalkan bagi menggalakkan pengusaha home-based food mengamalkan
amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat seterusnya mematuhi
keperluan perundangan semasa. Melalui penyenaraian ini, pengusaha home-based
food mampu meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan logo pada label produk
yang dihasilkan, sekaligus meningkatkkan keyakinan pengguna ke atas tahap
keselamatan makanan home-based food yang dihasilkan.

2.0 PERMOHONAN PENYENARAIAN PENGUSAHA HOME-BASED FOOD:


Penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah (home-based food) ini
terbuka kepada pengusaha home-based food yang menghasilkan makanan di dapur
rumah untuk tujuan jualan dan memenuhi syarat ditetapkan oleh Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan.

3.0 SYARAT KELULUSAN PENYENARAIAN:

a) Pengusaha berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui


laman sesawang https://fosim.moh.gov.my secara online.

b) Melaksanakan amalan kebersihan makanan yang baik seperti dalam


Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Makanan Sediaan di
Rumah (Home-based Food) dan membuat semakan secara kendiri
menggunakan Senarai Semak Kendiri Pengusaha Makanan Sediaan di
Rumah (Home-based Food) seperti di Lampiran 1.

c) Semua pengendali makanan telah hadir Latihan Pengendali Makanan


dengan mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM)
yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Senarai
SLPM yang diiktiraf boleh dimuat turun di laman sesawang
https://fosim.moh.gov.my.

d) Semua pengendali makanan telah mendapat pelalian vaksin anti-tifoid.

e) Mempunyai label makanan dengan memenuhi keperluan perundangan


yang ditetapkan

Penyenaraian pengusaha makanan sediaan di rumah (home-based food)


ini diberikan secara PERCUMA.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 1


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

4.0 SENARAI MAKANAN YANG TIDAK DIBENARKAN:

4.1 Makanan Bertujuan Khas:


Makanan untuk bayi tidak dibenarkan seperti rumusan bayi, rumusan susulan,
bijirin untuk bayi dan kanak-kanak.

4.2 Produk Susu dan Hasilan Susu:


Makanan yang dihasilkan daripada susu dan hasilan susu adalah tidak
dibenarkan seperti susu segar, keju, yogurt, mentega dan lassi.

4.3 Makanan Yang Memerlukan Lesen:


Makanan yang disyaratkan lesen di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985
seperti Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi tidak dibenarkan.

4.4 KKM boleh menambah senarai makanan yang tidak dibenarkan mengikut
keperluan.

5.0 SYARAT PELABELAN MAKANAN:


a) Semua makanan perlu mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan
Makanan 1985 termasuk standard dan keperluan pelabelan.
b) Akuan / tuntutan kesihatan adalah tidak dibenarkan.
c) Contoh label makanan sediaan di rumah (home-based food):

1) Makanan Sedia dimakan (Ready-to-Eat)


i) Nama Makanan
ii) Nama dan Alamat Pengusaha / Pengeluar
iii) Nombor Telefon
iv) Ramuan
v) Tarikh dan Masa Makanan Siap dimasak
vi) Berat Bersih

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 2


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

2) Makanan Terproses
i) Nama Makanan
ii) Nama dan Alamat Pengusaha / Pengeluar
iii) Ramuan
iv) Tarikh Luput
v) Berat Bersih

6.0 PROSEDUR PENYENARAIAN:

6.1 Borang Permohonan:


Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikemukakan ke Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan seperti alamat di bawah atau melalui emel
homebasefood.bkkm@moh.gov.my :

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan


Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma
No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya, Malaysia

6.2 Lawatan Verifikasi Dapur:


Pihak KKM akan melaksanakan lawatan verifikasi ke dapur pengusaha secara
rawak mengikut keperluan.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 3


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

7.0 TEMPOH SAH LAKU PENYENARAIAN:


a) Tempoh sah laku penyenaraian adalah selama tiga (3) tahun.
b) Pengusaha perlu membuat permohonan pembaharuan penyenaraian
sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh.

8.0 PENGGUNAAN LOGO DAN NOMBOR PENYENARAIAN:


Pengusaha yang telah mendapat penyenaraian boleh menggunakan logo pada
pembungkus produk, iklan dan juga media sosial perniagaan selagi dalam tempoh
penyenaraian.

9.0 PEMBATALAN PENYENARAIAN:


Penyenaraian ini boleh dibatalkan atas sebab-sebab seperti berikut:
a) Sekiranya didapati produk yang dihasilkan oleh pemohon terbukti melanggar
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
b) Terdapat kes keracunan makanan.

Pengusaha tidak dibenarkan menggunakan logo dan nombor penyenaraian selepas


pembatalan.

Pengusaha home-based food bertanggungjawab untuk memastikan


syarat-syarat di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mana-mana
agensi yang berkaitan adalah dipatuhi.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 4


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

10.0 PROSES PENYENARAIAN:

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 5


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

11.0 LOGO DAN NOMBOR PENYENARAIAN:


Pengusaha home-based food yang tersenarai akan memperolehi sijil dan mendapat
nombor penyenaraian KKM. Pengusaha boleh menggunakan logo di bawah pada label
makanan, iklan, laman promosi perniagaan dan juga bahan promosi yang lain mengikut
spesifikasi logo yang ditetapkan.

Logo

FOOD

Contoh Nombor
Penyenaraian

SPESIFIKASI LOGO:

a) Warna
- Hitam (Hex#000000),
RGB 0/0/0,
CMYK 75/68/87/90 dan
- Putih (Hex#FFFFFF) dan
- Oren (Hex#F05123),
RGB 240/81/35
CMYK 0/84/100/0
b) Latar Belakang : Transparent

Nombor penyenaraian boleh diletakkan bersama logo seperti contoh di atas.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di alamat dan nombor telefon di bawah:
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Aras 4, Menara Prisma
2, Jalan Kemerdekaan,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tel : 03-8885 0796 / 03-8885 0797
Fax : 03 88850790

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 6


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BORANG PERMOHONAN PENYENARAIAN PENGUSAHA MAKANAN


SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama 7


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lampiran 1

SENARAI SEMAK KENDIRI PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH


(HOME-BASED FOOD)

BIL SENARAI SEMAK ( Ada / X Tiada)

1 Patuhi syarat asas pengendali makanan:


- Latihan Pengendali Makanan .
- Pelalian vaksin anti-tifoid .
2 Amalkan kebersihan makanan yang betul sepanjang mengendali
makanan:
- Kerap cuci tangan dengan sabun.
- Guna papan pemotong dan pisau berasingan untuk potong sayur / buah;
ayam / daging / makanan . laut; roti.
- Memakai penutup kepala
- Sentiasa memastikan tempat penyediaan makanan dalam keadaan bersih
dan dinyahjangkit
- Guna penyepit atau sarung tangan semasa mengendalikan makanan yang
telah siap dimasak.
3 Dapatkan bekalan bahan mentah dari sumber yang bersih:
- Periksa dahulu bahan mentah seperti ayam, daging, ikan supaya dalam
keadaan baik.
- Jangan guna bahan mentah yang berbau atau sudah rosak.
- Dapatkan bekalan secara harian jika tiada kemudahan penyimpanan sejuk
yang mencukupi.
4 Sedia dan kendalikan makanan dengan baik:
- Masak makanan dengan sempurna.
- Basuh bersih bahan mentah sebelum dimasak
- Sedia dan masak di bawah pencahayaan yang mencukupi supaya
pencemaran senang dikesan.
- Elak guna penyembur serangga pada permukaan penyediaan makanan
- Sentiasa lupus sampah dan bersihkan kawasan penyediaan makanan
untuk elak haiwan perosak.
5 Bungkus makanan dengan sempurna menggunakan bekas yang
berasingan dan sertakan maklumat lengkap:

Makanan sedia dimakan (ready-to-eat)


- Gunakan pembungkus yang sesuai mengikut jenis makanan
- Jika makanan adalah berlainan jenis, guna bekas pembungkus makanan
yang mempunyai ruang berasingan atau bungkus dalam plastik secara
berasingan.
- Nyatakan maklumat seperti nama makanan, senarai ramuan, berat bersih,
- nama dan alamat pengusaha / pengeluar, tarikh dan masa makanan siap
dimasak.
Makanan terproses
- Guna bekas / pembungkus makanan yang sesuai
- Nyatakan maklumat seperti nama makanan, senarai ramuan, berat bersih,
nama dan alamat pengusaha / pengeluar dan tarikh luput.

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama


GARIS PANDUAN PERMOHONAN PENYENARAIAN �
PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lampiran 2

SENARAI SEMAK KECUKUPAN DOKUMEN PERMOHONAN


PENYENARAIAN PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH
(HOME-BASED FOOD)

Sila isi senarai semak ini dan kemukakan bersama dokumen permohonan.

KEGUNAAN
PEMOHON
PEJABAT
BIL SENARAI DOKUMEN
TANDAKAN TANDAKAN
ADA ( ) ADA ( )
TIADA ( X ) TIADA ( X )

1 Borang Permohonan

2 Salinan kad pengenalan pemohon

Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat (SSM) -


3
(jika ada)

4 Perakuan pendaftaran (FoSIM), KKM

5 Salinan Sijil Latihan Pengendali Makanan

6 Salinan pelalian vaksin anti-tifoid

7 Label produk makanan

8 Gambar dapur / ruang penyediaan makanan

9 Senarai produk makanan

10 Senarai Semak Kendiri Pengusaha Makanan


Sediaan di Rumah (Home-based Food) (Lampiran 1)

Nama Pengusaha:
UNTUK KEGUNAAN PEJABAT :

Disemak oleh :

Tandatangan :
Tandatangan :
Nama Pegawai :
Tarikh : Cop :

Tarikh :

Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama


Diterbitkan oleh
Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma
No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya, Malaysia
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
Tel : 03 88850797 Fax : 03 88850790
fsq.moh.gov.my BKKMPutrajaya BKKMHQ bkkm_official

PKKM/BK/2021/05/Mac

“KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Anda mungkin juga menyukai