Anda di halaman 1dari 3

Bahasa merupakan keperluan penting kepada manusia.

Hal ini kerana bahasa menyebabkan


berlakunya komunikasi yang difahami dan mampu menyampaikan maklumat dengan baik
dan jelas. Allah taalah menurunkan Bahasa Arab kepada nabi Muhammad saw sebagai
perantaraan komunikasi. Bahasa Arab tidak boleh dipisahkan daripada pengajian Islam.
Bahasa Arab selain Bahasa lisan,ia juga merupakan Bahasa tulisan. Perkara ini dibuktikan
melalui karya- karya Islam yang ditulis oleh para ulama adalah dalam Bahasa Arab.

Pembelajaran Pendidikan Islam

Bagi rumah dan pintu .Para ulama seperti al- Imam al- Syaukani mentakrifkan Pendidikan
Islam adalah proses mengubah tingkah laku manusia terhadap kehidupan peribadi,
masyarakat dan alam sekitar.Proses tersebut dilakukan dalam bentuk Pendidikan dan
pengajaran agar individu tersebut terbiasa dengan konten pendidikannya.Secara
kesimpulannya Pendidikan Islam merupakan satu proses manjadikan manusia memiliki arah
tuju kehidupan yang sebenar iaitu pengabdian kepada tuhan yang maha esa.

Keperluan Pelajar Pengajian Islam kepada Bahasa Arab.

Tidak dinafikan kepentingan Bahasa Arab kepada pelajar pengajian Islam sangat penting
berdasarkan keterangan di bawah :

a. Sumber asas agama Islam adalah dalam Bahasa Arab : Al- Quran merupakan rujukan
utama kepada semua umat Islam. Sedia diketahui al- Quran adalah sumber hukum
terhadap kehidupan manusia. Segala ilmu yang terdapat di dalam al- Quran adalah
dalam Bahasa Arab. Kadang- kadang Allah taala menurunkan al- Quran dan bentuk
yang memiliki makna takwil. Oleh itu kepakaran seseorang mendalami kaedah-
kaedah Bahasa Arab sangatlah diperlukan.

b. Kitab karya para ulama yang muktabar dikarang dalam Bahasa Arab. Memahami teks
dan kehendak daripada penulisan para ulama memerlukan kemahiran bahasa Arab.
Para ulama menulis karya mereka sama bidang tafsir, al- Quran, feqah, tauhid dan
lain- lain dalam tulisan arab.

c. Bahasa Komunikasi manusia . Setiap hari, pagi manusia akan menunaikan kewajipan
ereka kepada Allah. Bermula dengan solat , doa, zikir dan bacaan al- Quran
kesemuanya adalah dilafazkan dalam Bahasa Arab. Oleh yang demikian, tuntutan
memahami Bahasa arab dan kefasihan dalam lisannya akan membawa kepada kualiti
ibadat yang baik.
d. Bahasa perantaraan dalam pertemuan dan persidangan antarabangsa. Kajian di Oxford
menyatakan bahawa bahasa arab dijadikan bahasa pertuturan dalam persidangan
berskala besar.

e. Bahasa arab memiliki nilai komersial yang tinggi. Peluang pekerjaan yang ditawarkan
di negara- negara arab membuka mata sebahagian pelajar- pelajar pengajian Islam
bagi mengisi peluang kerjaya di sana. Tuntutan ini sekaligus menjadi motivasi kepada
mereka kerana nilai ekonomi dan kewangan yang tinggi ditawarkan di sana.

Cadangan bagi menyemarakkan pengajaran Bahasa arab di pusat pengajian.

a. Perkasakan kualiti dan kemahiran guru Bahasa Arab. Latihan berterusan sangat
diperlukan bagi seorang guru untuk memastikan kaedah pengajaran menepati tuntutan
zaman semasa. Sebagai contoh, pembelajaran zaman kini semakin banyak beralih
melalui perantaraan media dan teknologi. Kepakaran mengendalikan bahan- bahan
yang berteknologi dalam Pendidikan sangat diperlukan.

b. Peruntukan khas daripada pihak kerajaan. Sumbangan kewangan dan peruntukan khas
hendaklah diberikan perhatian agar setiap program dan perjalanan proses pdp berjalan
dengan baik. Melalui peruntukan ini,pelbagai sumber dan bahan pengajaran dapat
dipenuhi agar menjadikan proses pembelajaran lebih seronok.

c. Bahasa Arab Bahasa asing bagi pelajar. Minat sedia ada pelajar terhadap Bahasa ini
adalah berbeza.Jika mereka berlatarbelakangkan keluarga yang minat Bahasa Arab
maka kesannya membawa kepada mudahnya mereka mendalami Bahasa ini. Namun
jika keluarga yang tidak memiliki asas penguasaan Bahasa ini, satu inisiatif perlu
difikirkan agar mereka terbiasa dengan pertuturan Bahasa asing ini. Oleh itu saya
berpandangan bahawa pertukaran pelajar arab ataupun kemasukan guru berbangsa
arab akan merubah sedikit persekitaran pembelajaran mereka. Tambahan pula,
pertuturan harian daripada pemilik Bahasa sebenar dapat menyesuaikan komunikasi
yang lebih tepat.

d. Memanfaatkan kemudahan telekomunikasi masa kini. Kemudahan google meet, zoom


meeting dan pelbagai aplikasi lain sangat membantu pelajar berkomunikasi dengan
pelajar luar negara khususnya bangsa arab. Peranan guru mengendalikan proses ini
sangat penting agar setiap pelajar dapat berkomunakasi secara lansung dalam
pertuturan Bahasa Arab walaupun mereka berada pada benua yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai