Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU

KUIZ GWCP1042 (2022)

PROGRAM
(Programme)

AMBILAN
(Intake)

SEMESTER
SEMESTER 1
(Semester)

ANGKA GILIRAN
(Index Number )

NO.K/PENGENALAN
(Identity Card No.)

KOD KURSUS
(Course Code) GWCP1042

NAMA KURSUS
PENULISAN AKADEMIK
(Course Title)

TARIKH
PEPERIKSAAN 22/9/2022
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON


1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words
menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
Angka Gililran: ___2022192310066
Kod Kursus:__GWCP1042_____

SOALAN 1

Cara yang boleh dipraktikkan oleh penulis atau penyelidik untuk mengelakkan plagiat
adalah dengan memasukkan petikan, menulis bibliografi dan menggunakan gaya
petikan yang betul semasa menyenaraikan rujukan. Selain itu, cara yang boleh
digunakan adalah dengan menulis menggunakan ayat yang pasif, memasukkan nota
kaki dan tanda baca huruf condong. Seterusnya, penulis haruslah mengilustrasikan
idea sendiri. Penulis perlu menggunakan ayat sendiri mengikut kefahaman mereka dan
kaedah menghuraikan mereka sendiri dalam penulisan supaya tidak mempunyai
persamaan dengan hasil kerja orang lain.

SOALAN 2

Ciri-ciri plagiarisme adalah mengambil hasil kerja orang lain dan mengaku kerja
tersebut adalah hasil penyelidikan mereka sendiri. Selain itu, kredit kepada sumber asal
tidak diberikan apabila mengambil idea atau perkataan sumber. Seterusnya, petikan
yang diambil daripada sumber tidak diletakkan tanda baca pengikat kata untuk
menunjukkan petikan tersebut adalah diambil daripada sumber lain. Di samping itu,
plagiarisme dapat dikesan melalui kesalahan maklumat yang diberikan mengenai
sumber petikan dan tidak menggunakan format yang betul ketika menyalin semula atau
meringkaskan perenggan.
Angka Gililran: ___2022192310066
Kod Kursus:__GWCP1042_____

Anda mungkin juga menyukai