Anda di halaman 1dari 2

PRU15: Jangan lupa peranan pengundi

veteran
Ahmad Ismail - November 13, 2022 @ 7:42pm
bhnews@bh.com.my

Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais. NSTP/Ahmad Ismail


SEGAMAT: Peranan 'orang berambut putih' dalam UMNO tidak boleh dipandang
rendah kerana golongan veteran itu mampu mencetuskan gelombang kemenangan
kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di
Johor.

Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais, berkata semua jentera parti
Barisan Nasional (BN) diminta tidak alpa kesetiaan golongan veteran UMNO yang
sentiasa bersama-sama dalam perjuangan UMNO dan BN sejak dahulu lagi.

DISYORKAN UNTUK ANDA


 PRU15: Akhirnya UMNO Gerik terima Asyraf Wajdi
 PRU15: Terkejut diarah ganti Ustaz Kazim, tidak gentar hadapi Hamzah
 'Aku janji tular tidak betul, Ismail Sabri tetap calon Perdana Menteri'
 4 sebab surat aku janji tular palsu
"Kadang-kadang orang terlupa kelibat veteran UMNO kerana rambut putih melebihi
yang hitam serta bergigi palsu, namun hakikatnya dalam setiap gerak kerja PRU,
Pilihan Raya Negeri (PRN), juga Pilihan Raya Kecil (PRK), mereka juga sentiasa
mengerah cetusan idea juga tenaga.

"Jasa dan pengorbanan golongan veteran ini cukup besar kerana apa yang dicapai
hari ini adalah kesinambungan daripada usaha veteran UMNO terdahulu seperti Tun
Musa Hitam yang wajar dicontohi kesetiaan tidak berbelah bahagi selaku veteran
UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui membantu kempen calon BN Parlimen


Segamat, Tan Sri Ramasamy Muthusamy, di sini, hari ini.

Sementara itu, Othman berkata, veteran UMNO kerap menyatakan sokongan tidak
berbelah bahagi terhadap kepemimpinan parti.

"Penyertaan veteran UMNO ini untuk bersama-sama berkempen menolak dakyah


yang dilemparkan pembangkang, termasuk individu yang pernah mendapat manfaat
bersama-sama UMNO.
"Ini dibuktikan apabila ada wakil veteran yang turut hadir berkempen pada hari ini
akan menjadi penggempur untuk menyampaikan pesanan kepada pengundi di
Parlimen Segamat agar bersama memenangkan calon BN pada PRU15," katanya.

Sementara itu, ahli veteran UMNO Johor, Ramlan Mohd Shahruddin, 65, berkata
veteran UMNO ibarat akar tunjang yang berupaya mempengaruhi pelbagai lapisan
generasi untuk bersama-sama menyokong perjuangan UMNO dan BN.

"Kesetiaan veteran UMNO tidak berbelah bahagi untuk bersama berkempen


membantu kemenangan BN. Saya sendiri walaupun tidak bertanding, akan
memastikan calon BN terus menang pada PRU15 ini," katanya.

Pada PRU15 ini, calon BN ditentang Datuk Sri Poobalan Ponnusamy (Perikatan
Nasional), Syed Hairoul Syed Ali (PEJUANG) dan Yuneswaran Ramaraj (Pakatan
Harapan).

Pada PRU14, kerusi itu dimenangi Datuk Seri Dr Santara Kumar daripada PKR yang
menewaskan calon BN, Dr S Subramaniam dengan majoriti 5,476 undi.

Anda mungkin juga menyukai