Anda di halaman 1dari 43

NUR AFIQAH BINTI AHMAD RAOF

1. AKHBAR ONLINE NEWS STRAIGHT TIME


'Kita harimau biru'()

MUAR: Jentera parti Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan media sosial, antara
medan peperangan bagi menangkis fitnah dan berita palsu oleh pembangkang pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ia bagi memastikan
rakyat tidak terpedaya dengan isu sensasi yang cuba dimainkan pembangkang untuk
membentuk persepsi dan membangkitkan emosi.
"Selain berjumpa rakyat, amat penting juga untuk kita berperang di media sosial.
Kita semua tahu di dalam media sosial ini ada di antara mereka tidak mengundi pun,
dan ada yang dari luar.
"Jangan menari mengikut rentak dan irama mereka (pembangkang) yang ada cara untuk
mengambil kesempatan menggunakan kaedah baharu ini pada PRU-14.
"Ini amat penting kepada BN untuk memastikan supaya penerangan kita didengari oleh
semua rakyat bagi mengelakkan mereka percaya dengan berita palsu atau persepsi lain
yang dicipta oleh pembangkang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Jalinan Kasih
di Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini, hari ini.

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir ketika Program
Jalinan Kasih di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Bangunan UMNO Muar.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Muar yang juga calon BN kerusi Parlimen Muar,
Datuk Seri Razali Ibrahim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Ashari Md Sarip
yang juga calon DUN Maharani dan calon DUN Sungai Balang, Zaiton Ismail.
Hishamuddin percaya menjelang hari pengundian, lebih banyak isu akan disensasikan
oleh pembangkang bukan saja di Muar tetapi juga di Johor dan di peringkat nasional.
Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammuddin meminta pengundi di Parlimen Muar menolak
calon luar di Parlimen Muar kerana mereka tidak tahu apa-apa pun mengenai kawasan
ini.
Katanya, pembangkang datang ke sini hanya untuk mencuba nasib dan akan meninggalkan
penduduk selepas pilihan raya.
Sambil menggambarkan pembangkang di Muar sebagai 'anak kucing', beliau berkata BN
perlu menentang mereka habis-habisan dan perlu mengekalkan Muar sebagai kubu kuat
BN.
"Apa kita hendak takut sangat. Depan kita ini, bukan 'singa merah', 'anak kucing
merah' saja pun. Kita ini semua 'harimau biru' (BN). Dia tak tahu isu di Muar, isu
yang perlu dibela di sini.
"Budak setahun jagung nak ajar isu di Muar. Tidak boleh dibenarkan. Kita mesti
tentang habis-habisan," katanya.

2. Masyarakat Muar tidak perlu terpengaruh dengan 'anak kucing' - Hishammuddin

Astro Awani |

MUAR: Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
mengingatkan masyarakat Muar untuk tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba
mengeksploitasi kawasan mereka terutamanya calon yang disifatkan sebagai 'anak
kucing' dan 'setahun jagung'.
Hishammuddin berkata, BN mempunyai sejarah dan rekod pencapaian dalam perjuangan
yang ikhlas dan jujur berbanding pihak pembangkang yang tidak tahu hujung pangkal,
lebih lebih lagi isu melibatkan rakyat setempat.
Merujuk kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan calon PKR Parlimen Muar
itu, beliau berkata BN tidak perlu takut dengan calon yang disifatkan sebagai 'anak
kucing' itu yang terang-terang tidak mengerti tentang isu-isu yang dihadapi rakyat.
"Apa kita nak takut sangat? (Dia) Bukan singa merah, (tapi) anak kucing merah...
yang depan ni semua harimau-harimau biru.
"Anak kucing ini tak tahu isu luar, anak kucing ini tak pernah turun keluar, anak
kucing ini tak tahu isu yang perlu dibela di sini... dia tak boleh pengaruhi orang
dewasa dekat tempat ni. Kacang saja," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas
Program Jalinan Kasih bersama kira-kira 1,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia
(RELA), Angkatan Pertahanan Awam Muar (APM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara
(BSKN) di Bangunan UMNO Bahagian Muar hari ini.
Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi BN Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim yang
juga calon P.146 Muar, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani (N.15) Datuk
Ashari Md Sarip dan calon BN bagi DUN Sungai Balang (N.16), Zaiton Ismail.

Hishammuddin berkata, Muar merupakan kubu kuat BN dan jentera BN Muar perlu
memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini dan
meminta ahli agar jangan sekali-kali melepaskan 'lubuk emas' ini kepada
pembangkang.
Beliau juga berharap, baki beberapa hari lagi ini akan dimanfaatkan oleh pengundi
untuk menilai semula kemampuan barisan calon sebagai penentu dan masa depan di
kawasan mereka.
Mengulas lanjut, katanya Muar juga bukan 'test place' atau tempat ujian untuk mana-
mana pihak yang cuba untuk mencuba nasib.
Kerusi Parlimen Muar dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Razali
yang merupakan penyandang kerusi berkenaan, syed saddiq (PKR) dan Abdul Aziz Talib
(Pas).

Isu peluang pekerjaan


Sementara itu, Syed Saddiq dalam responsnya terhadap kenyataan Hishammuddin,
berkata masyarakat Muar pada hakikatnya sudah muak dengan keadaan di situ dan kini
mereka dahagakan perubahan.
"Rakyat Muar sudah tidak mahu untuk tinggal di Muar kerana isu peluang pekerjaan
yang tidak berjaya dijawab oleh BN. Muar digelar 'bandar pencen�' dan tidak ada
daya tarikan kepada orang muda.
"Malah, orang Muar sering kali pergi ke Batu Pahat ataupun Melaka kerana kekurangan
kemudahan yang ada di Muar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, keadaan di Muar juga tidak mencerminkan status sebagai bandar
terpenting di utara Johor.
"Gelarlah saya 'anak kucing' atau apa pun tetapi ia tidak menafikan bahawa orang
Muar sendiri mengatakan Muar jauh terkebelakang daripada daerah-daerah Johor yang
lain," tambahnya.

3. Muar bukan tempat untuk diuji

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan tetamu ketika hadir pada
Program Jalinan Kasih di Bangunan UMNO Muar, hari ini.-UTUSAN ONLINE
Muhamad Aimy Ahmad
MUAR 30 April - Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein mengingatkan pengundi di Muar supaya tidak terpengaruh dengan pihak yang
cuba mengeksploitasi kawasan itu.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mereka yang datang dari luar tidak
mengetahui hujung pangkal dan latar belakang Muar, tetapi Barisan Nasional (BN)
mempunyai sejarah dan rekod pencapaian baik untuk berjuang dengan ikhlas dan jujur.

�Kita pun dah serik melihat Muar sebagai �test place� pihak yang nak cuba nasib,
saya percaya rekod dan sejarah akan menunjukkan dan menyedarkan bukan sahaja
golongan dewasa tapi yang muda bahawa inilah wadah terbaik untuk bela rakyat di
Muar.
�Harap anak muda kita tak terpengaruh dengan sensasi dan isu emosi kerana akhirnya
mereka akan kembali ke kawasan masing-masing selepas kalah nanti dan yang tinggal
hanya wakil rakyat BN akan berkhidmat untuk kita di Muar,� katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas menghadiri Program
Jalinan Kasih di Bangunan UMNO Bahagian Muar, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim yang juga
calon BN Parlimen berkenaan serta calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani,
Datuk Ashari Sarip dan calon DUN Sungai Balang, Zaiton Ismail. -UTUSAN ONLINE

4. UMNO Bahagian Muar perkenal program IOS

Oleh Badrul Kamal Zakaria


badrulkamal@bh.com.my
KETUA UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim.

MUAR: UMNO Bahagian Muar memperkenalkan program Inisiatif Orang Sempadan (IOS) bagi
mendekati pengundi kawasan terbabit tetapi tinggal di kawasan lain yang berdekatan
kawasan Parlimen Muar.
Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Razali Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan pada
mesyuarat bahagian itu yang bertujuan membantu menjaga kebajikan golongan terbabit.
"Daripada data yang diperoleh, kita mengenal pasti seramai 1,538 pengundi bagi
Parlimen Muar tinggal di kawasan sempadan Parlimen itu dengan 1,107 daripadanya
adalah ahli UMNO Bahagian Muar.
"Mereka pada asalnya adalah pengundi di kawasan ini, namun akibat beberapa faktor
termasuk persempadanan semula kawasan seperti kawasan antara Parlimen Muar, Bakri
dan Parit Sulong menyebabkan mereka kini berada di kawasan sempadan antara ketiga-
tiga kawasan Parlimen berlainan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian
sumbangan Aidilfitri UMNO Bahagian Muar di Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini,
malam tadi.

Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Muar
berkata, pendekatan terbaharu menerusi program IOS itu akan dapat memberi manfaat
terhadap golongan terbabit.
"Menerusi program sama juga, ia secara tidak langsung mempertingkatkan hal ehwal
komunikasi UMNO Bahagian Muar dengan pengundi, selain dapat menjaga keperluan dan
kebajikan mereka dengan lebih baik lagi.
"Mereka bukannya pengundi yang tinggal di luar, sebaliknya pengundi yang tinggal
berdekatan tetapi berada di kawasan sempadan antara Parlimen berlainan saja. Ini
juga sebahagian gerak kerja kita menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang,"
katanya.
5. UMNO Muar sedia hadapi siapa saja

Oleh Mohamed Farid Noh


farid_noh@bh.com.my
Ketua UMNO Bahagian Muar merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk
Razali Ibrahim berucap ketika majlis Perasmian Mesyuarat Persidangan Tahunan UMNO
Bahagian Muar 2017 di Dewan Tun Sulaiman Bangunan UMNO, Muar. - Foto NSTP/Mohd
Azren Jamaludin

MUAR: Ura-ura Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin
Yassin akan bertanding di Parlimen Muar pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU 14)
disifatkan hanya untuk menyambung hayat politiknya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata UMNO Muar bersedia
berhadapan dengan siapa juga calon pembangkang termasuk ketua pembangkang jika
mereka bercadang bertanding di sini.
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Muar berkata, pihaknya akan terus berusaha
gigih bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk pemimpin pembangkang yang mahu
bertanding di kawasan Muar.
"Namun, secara peribadi kalau diberi peluang menjadi calon, saya sama sekali tidak
akan tinggalkan kawasan Muar dan pergi ke tempat di mana saya boleh menang mudah.
"Saya tak akan pergi ke tempat lain hanya kerana nak kekalkan kedudukan saya untuk
terus jadi wakil rakyat.
"Adalah menjadi persoalan dan tanda tanya apa akan jadi dengan orang Pagoh
Keduanya, kenapa Muar adakah Muhyiddin marah pada saya dan ada perkara tak betul
yang saya buat, tapi jika beliau marah orang lain kenapa Muar jadi sasarannya,"
katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Muar di Bangunan
UMNO Muar, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Muar, Datuk Ashari Md Sarip.
Ura-ura Muhyiddin bakal bertanding di Parlimen Muar semakin hangat diperkatakan
apabila pelbagai portal politik mula melaporkannya sejak tahun lalu.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal itu bukanlah orang
asing di Muar, malah abang sulungnya Tan Sri Abdul Aziz Yassin adalah bekas wakil
rakyat Muar pada tahun 90-an dan pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO.

6. Saya dah tak peduli UMNO - Muhyiddin

Oleh Mohamed Farid Noh


farid_noh@nstp.com.my

MUAR: "Sebenarnya, saya sudah tidak peduli hal UMNO dan tidak mahu dengar lagi,"
kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga bekas Timbalan
Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, beliau tidak lagi berminat mengambil tahu hal-ehwal UMNO malah
menyifatkan zaman parti keramat itu sudah berlalu selepas terpalit dengan pelbagai
isu dan skandal termasuk politik wang.
"Minta maaflah, saya tak kisah siapa nak bertanding apa itu hak dialah... Saya tak
nak komen. Semua saya kenal mereka di sana.
"Jadi, saya tak kisah sangat siapa nak bertanding, nak menang presiden ke timbalan
ke, itu bukan perkara untuk kita bagi perhatian... Hak merekalah," katanya.

Muhyiddin mengulas laporan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau
Ku Li yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti,
akhir bulan ini.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ditemui pada majlis rumah terbuka hari raya
Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.
Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk
Osman Sapian; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun yang juga Ketua
Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda PPBM.
Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan mengesahkan pencalonannya
untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti.
Menerusi laman sosial Instagram, Ahli Parlimen Rembau itu memuat naik borang
penamaan calon yang mengesahkan beliau akan bertanding jawatan nombor satu parti
itu.
Kenyataan ringkas Khairy itu mengesahkan jawatan presiden ketika ini menyaksikan
pertandingan empat penjuru termasuk pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamid; Tengku Razaleigh dan blogger, Rahmat Azim Abdul Aziz.

7. Hisham: 'Rimau biru nak baham anak kucing merah'

Bernama | Diterbitkan 30 Apr 2018, 6:01 petang | Dikemaskini 30 Apr 2018

PRU14 | Menangkis fitnah dan berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab di
media sosial merupakan antara cabaran Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata justeru, calon dan
jentera perlu menggembleng tenaga berjumpa seramai mungkin pengundi bagi
memberitahu cerita sebenar terutama kepada golongan muda.
"Perang dalam media sosial ini menggambarkan persepsi yang pelbagai mengenai
kerajaan BN. Tugas kita ialah lebih baik jumpa pengundi seramai mungkin. Fahamkan
mereka isu berkenaan, itu cabaran kita,� katanya selepas Program Jalinan Kasih di
Bangunan Umno Bahagian Muar di Muar hari ini.
Kira-kira 1,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM) dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) serta penyandang
kerusi Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim, calon BN Dewan Undangan Negeri
(DUN) Maharani Datuk Ashari Md Sarip dan DUN Sungai Balang Zaiton Ismail hadir pada
majlis itu.
Sementara itu, Hishammuddin turut melahirkan keyakinan terhadap jentera di Parlimen
Muar yang sejak dahulu mendahulukan kepentingan parti dan bekerja secara muafakat.

Depan BN bukan 'singa merah'


Beliau berkata momentum itu akan berkekalan sehingga hari pengundian dan mandat
akan tetap diberi kepada BN di Parlimen tersebut.
Katanya pengundi Muar juga perlu menolak calon 'setahun jagung' yang hanya
mengeksploitasikan isu berbanding memberi fokus pada isu pengundi.
"Apa kita hendak takut sangat. Depan kita ini, bukan 'singa merah', 'anak kucing
merah' sahaja pun. Kita ini semua 'harimau biru' (BN).
"Dia tak tahu isu di Muar, isu yang perlu dibela di sini. Budak setahun jagung nak
ajar isu di Muar. Tidak boleh dibenarkan. Kita mesti tentang habis-habisan,"
katanya disambut sorakan dan tepukan hadirin yang hadir.
Hishammuddin juga menegaskan calon-calon pembangkang hanya ghairah menjadikan Muar
sebagai 'test place' (tempat ujian) untuk mencuba nasib setiap kali PRU berbanding
meneliti isu-isu pengundi.
"Kita pun dah serik Muar ini hanya dijadikan 'test place' calon-calon luar untuk
mencuba nasib. Jadi, kita mahu pengundi terus memberi mandat kepada calon BN kerana
selepas PRU hanya mereka ini sahajalah yang tinggal di Muar untuk membela nasib
rakyat di sini, manakala calon luar akan kembali ke tempat asal mereka," katanya.
PRU14 pada 9 Mei ini menyaksikan Razali akan dicabar calon muda, Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman (PKR-PPBM) dan Abdul Aziz Talib (PAS) bagi mempertahankan kerusi
Parlimen Muar.

8. Okay je nak panggil 'anak kucing' - Syed Saddiq


Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2018

Oleh: MARTIN CARVALHO


editor@mstar.com.my

MUAR: Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi Parlimen Muar, Syed Saddiq
Abdul Rahman mencabar lawannya di sini untuk berdebat.
Cabaran tersebut dibuat berikutan ketua pemuda PPBM berusia 25 tahun itu dilabel
sebagai 'anak kucing setahun jagung' kerana tidak banyak yang diketahuinya pasal
Muar.
Bercakap kepada orang ramai semasa ceramah di Parit Nawi pada Isnin malam, beliau
tidak tergugat dipanggil 'anak kucing' dan 'setahun jagung' oleh lawannya.
"Saya suka kucing dan saya tidak mempunyai masalah dengan istilah itu.
"Saya akan mengeluarkan surat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) dan PAS di
sini, mengundang mereka untuk berdebat.
"Sekiranya diterima, debat boleh berlaku menjelang akhir minggu ini," katanya
selepas menghadiri ceramah di Parit Nawi di sini, Isnin malam.

Beliau berkata, topik debat adalah 'siapa yang pengundi patut pilih di Muar -
Barisan Nasional, Pakatan Harapan atau PAS'.
Terdahulu pada Isnin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun menggelarkan
Syed Saddiq sebagai 'anak kucing' dan 'setahun jagung' yang tidak mengetahui isu
tempatan di Muar.
Hishammudin membuat kenyataan itu pada majlis yang dihadiri oleh calon BN untuk
Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.
Razali yang merupakan penyandang kerusi parlimen itu selama tiga penggal akan
mempertahankan kerusinya dalam pertembungan tiga penjuru bersama Syed Saddiq dan
Abdul Aziz Talib dari PAS.

9. Jangan percaya calon �setahun jagung�

pengarang@utusan.com.my

01 Mei 2018
MUAR 30 April - Para pengundi dinasihatkan supaya tidak memberi kepercayaan
terhadap calon �setahun jagung�, lebih-lebih lagi apabila individu terbabit
didapati tidak tahu tentang latar belakang kawasan yang ditandinginya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, BN sebaliknya
mempu�nyai sejarah dan rekod pencapai�an yang baik dengan berlandaskan perjuangan
yang ikhlas serta jujur.
Menurut beliau, pengundi juga tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak serta
�menari� mengikut irama mereka yang menggunakan pelbagai cara untuk mengambil
kesempatan.
�Kita pun dah serik melihat Muar sebagai medan ujian pihak yang nak cuba nasib,
saya percaya rekod dan sejarah akan menunjukkan dan menyedarkan bahawa bukan sahaja
golongan dewasa tetapi yang muda bahawa BN adalah wadah terbaik untuk bela rakyat
di Muar.
�Harap anak muda kita tak terpengaruh dengan sensasi dan isu emosi kerana akhirnya
mereka akan kembali ke kawasan masing-masing selepas kalah nanti dan yang tinggal
hanya wakil rakyat BN berkhidmat untuk kita di Muar,� katanya kepada pemberita
selepas menghadiri Program Jalinan Kasih di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi BN Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim yang juga
calon BN kerusi Parlimen berkenaan serta calon BN Dewan Undangan Ne�geri (DUN)
Maharani, Datuk Ashari Sarip dan calon DUN Sungai Ba�lang, Zaiton Ismail.
Terdahulu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan ketika berucap meminta
pe�ngundi di Muar tidak risau dengan saingan calon parti lawan yang bertanding di
situ.
�Apa kita nak takut sangat, yang kita nak lawan bukan singa merah (tetapi) anak
kucing sahaja, malah yang di depan ini pula semua harimau biru.
�Anak kucing ini tak tahu pun isu apa perlu dibela di sini, dia tak boleh pun
mempengaruhi orang dewasa (jadi) dia dekati golongan muda sebab mereka ini tak tahu
apa wakil rakyat kita lakukan di sini,� katanya.
Tambah beliau, calon sedemikian perlu ditentang habis-habisan kerana Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14) bukan pentas bagi mereka yang ingin bereks�perimen.

10. Bayangan penyokong Umno ubah angin di Muar


Zikri Kamarulzaman | Diterbitkan 6 Mei 2018, 9:58 malam | Dikemaskini 6 Mei
2018, 11:29 malam

PRU14 | Berdasarkan tinjauan Malaysiakini, ada tanda-tanda tidak puas hati di


kalangan penyokong Umno di Muar, daerah dengan majoriti penduduk Melayu di Johor.
Parit Yusof merupakan salah satu pekan di dalam kawasan dewan undangan negeri
Sungai Balang yang juga merupakan kawasan separa bandar.
Pekan itu terletak kira-kira 30 minit dari satu lagi DUN di Muar, Maharani.
Seperti kebanyakan daerah mengundi di Sungai balang, kebanyakan penduduk di Parit
Yusof mengundi BN dengan 1,101 undi berbanding 572 undi yang diraih PKR pada
pilihan raya umum lalu.
Salah seorang penduduk, Hamzah Masturi, 70, percaya pola undi itu akan berterusan
dalam PRU ke-14.
"Sini masih kuat Umno, insyaAllah Umno akan menang dalam PRU ke-14. Saya hingga
akhir hayat InsyaAllah dgn BN," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, ketika program mendekati pengundi oleh calon PKR Sungai Balang Naim
Jusri di pasar pagi di Parit Yusof, beberapa bekas penyokong Umno dengan terbuka
menyatakan hasrat mereka melihat perubahan.
Ketika Naim mengedarkan risalah kepada Ahmad Mahfuz, yang berumur lewat 60 dan
isterinya Norashimah Saim, pasangan itu berkata mereka akan memberi sokongan
kepadanya.
"Dulu saya memang undi BN, sebab mereka tolong 10 orang anak saya, tapi sebab
(Presiden Umno) Datuk Seri Najib Razak punya pasal, saya mahu ubah.
"Semua 10 anak saya yang tinggal di Kuala Lumpur juga akan ubah," kata Ahmad.

Pengundi muda sokong HARAPAN

Sentimen sama turut dapat dilihat di kawasan lain di Muar seperti di kampung Melayu
Parit Sakai Darat yang lebih hampir dengan Maharani.
"Saya dulu sokong Umno. Saya masih sokong Umno, tapi yang paling atas tu
bermasalah, saya sanggup (undi HARAPAN) kerana Umno dikuasai oleh pemimpin-pemimpin
(bermasalah) seperyi ini," kata seorang penduduk kampung yang cuma mahu dikenali
sebagai Ishak, 70.
Pengundi berumur seperti Ahmad dan Ishak bagaimanapun bukan majoriti di dalam
komuniti yang berakar kuat dengan Umno.
Isteri Ahmad, Norashiman berkata golongan tua lain sukar untuk tidak mengundi BN.
"Generasi muda mungkin akan sokong perubahan, tapi orang tua susah sikit," katanya.
Salah seorang anak muda yang percaya pada perubahan adalah Azman Md Nor, 30, dari
Parit Unas. "Saya rasa HARAPAN boleh menang, ramai anak muda sokong HARAPAN,"
katanya.
Calon HARAPAN bagi Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmad dilihat popular di kalangan
anak muda yang melihatnya sebagai harapan untuk peluang lebih baik di masa depan.
PKR menjangkakan terdapat hampir 4,000 pengundi berumur 30 tahun ke bawah di Sungai
Balang. Hampir 3,300 adalah pengundi di bawah umut 40 tahun.
Peralihan undi yang ketara dari kalangan pengundi ini yang berpihak kepada HARAPAN
boleh mengubah keputusan di Sungai Balang dan Muar.
BN menang di Muar dengan hanya 1,646 undi dan Sungai Balang dengan hanya 1,635
undi.

Pengaruh pembangkang

Sokongan terhadap HARAPAN dilihat tidak seimbang dari satu kampung ke kampung lain,
namun secara keseluruhannya, kebanyakan pengundi dari kampung parit di Muar maklum
ada golongan yang tidak lagi menyokong Umno di kalangan mereka.
"Enam puluh peratus penduduk kampung saya (Parit Shafiee) penyokong Umno, 20
peratus BERSATU dan 20 peratus PAS," kata Mohd Wazir Sulaiman, 39 yang memberi
anggaran.
Mohd Wazir yang mengaku menyokong Umno berkata sukar untuk meramal keputusan
pilihan raya di Muar dan Sungai Balang pada PRU 9 Mei ini.
Parit Shafiee kini merupakan daerah mengundi yang juga terdiri daripada sebahagian
kawasan Kampung Parit Bulat. Pada 2013, kawasan ini memberi 340 undi kepada BN dan
165 kepada PAS.
Sementara itu, veteran tentera dari Kampung Paya Lebar, yang mahu dikenali sebagai
Tun mendakwa kebanyakan penduduk di kampungnya tidak lagi menyokong Umno.
Menurutnya, kehadiran program kempen BN rendah dan kebanyakan orang lebih cenderung
menghadiri ceramah HARAPAN.
"Kami sudah beri Umno peluang memerintah 60 tahun, apa yang mereka buat? Kami mahu
perubahan, seperti gaji yang lebih baik," kata veteran tentera berumur 51 tahun
itu.
Dia juga menambah bahawa satu lagi sebab dia beralih sokongan dari BN adalah kerana
tidak puas hati dengan kepimpinan Najib.
Kampung Tun berada di dalam kawasan Sungai Balang, yang memberi 878 undi untuk BN,
dan 458 undi untuk PKR pada PRU 2013.
Meskipun angin perubahan dapat dirasakan, untuk mengalahkan penyandang parlimen
Muar, Razali Ibrahim masih merupakan cabaran yang besar kerana beliau dilihat
popular di kalangan penduduk setempat.
Pada program di Parit Amar yang terletak di pinggir Maharani baru-baru ini, seorang
peniaga memberi putu bambu kepada Razali untuk diberikan kepada ayahnya.

Faktor PAS
Selain Razali, calon HARAPAN Syed Saddiq perlu berdepan PAS yang meletakkan Dr
Mohamad Taslim.
PAS sudah lama bertapak di Muar, dan calon mereka bagi DUN Maharani, pernah
menyandang kerusi itu selama dua Penggal.
Kempen PAS di Muar pada PRU kali ini dilihat tidak begitu meriah, dan hanya
bertumpu kepada kunjungan dari rumah ke rumah berbanding ceramah atau kunjungan ke
pasar.
"Bila kita edar risalah, tak ada sentuhan peribadi, sebab itu kita buat kunjungan
dari rumah ke rumah," kata Mohamad.
Calon PAS Muar Abdul Aziz Talib berkata calon mereka mengunjungi 15-20 rumah dalam
sehari, sementara jentera kempen mereka mengunjungi jumlah rumah yang lebih besar.
Sesetangah berpendapat bahawa kempen PAS tidak meriah kerana anggota PAS di kawasan
itu berkurangan selepas perpecahan dengan AMANAH.
Meskipun PAS dilihat tidak begitu menonjol, parti itu masih mempunyai pengaruh yang
kuat di Muar.
Di Kampung Parit Bulat, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Shafiya
berkata "hanya ada Umno dan PAS" di kampungnya.
Terdapat spekulasi bahawa golongan penyokong tegar itu menyebabkan kekalahan PKR
pada 2013 ekoran tidak berpuas hati dengan calon Pakatan Rakyat ketika itu, Hizwan
Abdullah.
Di peringkat negeri, 20,813 undi diraih Pakatan Rakyat yang diwakili calon PAS di
Maharani dan Sungai Balang.
Bagaimanapun, calin PKR menerima 19,221 undi bagi peringka parlimen. Hizwan kalah
pada Razali dengan 1,646 undi.
Perpecahan undi di parlimen dan DUN adalah perkara biasa, namun sokongan terhadap
pembangkang agak ketara di beberapa kawasan di Sungai Balang seperti Parit Pechah,
Sri Menanti, Sungai Balang, Sungai Balang Besar, Parit Yusof, dan kampung Parit
Bulat.
PKR hanya kalah dengan 384 undi di enam kawasan mengundi ini.
Perpecahan undi juga terjadi dalam jumlah kecil di 12 kawasan pengundian Sungai
Balang yang lain.
Sekiranya Razali dan Syed Saddiq meraih undi yang hampir sama, PAS akan dilihat
sebagai 'pengacau' undi.

11. Pemimpin berpengalaman tukar wajah Bandar Maharani

Oleh Shahbudin Embun


KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet

Share
JOHOR antara negeri yang diberi perhatian oleh pemerhati politik pada Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengapa negeri yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO dan tempat lahir UMNO ini tiba-
tiba diberi tumpuan istimewa oleh pakatan pembangkang? Adakah mereka yakin boleh
merampasnya daripada Barisan Nasional (BN)?

Adakah mereka berasakan jika kubu kuat UMNO ini dapat ditembusi, pastinya kubu lain
akan turut jatuh. Inilah teori domino yang diimpikan pakatan diterajui DAP
berkenaan.
Antara kerusi panas di Johor yang menjadi tumpuan ialah Parlimen Muar yang
disandang wakil BN, Datuk Seri Razali Ibrahim. Pada PRU-13, beliau memperoleh
20,867 undi menewaskan calon PKR, Nor Hizwan Ahmad dengan majoriti 1,646 undi.

Parlimen Muar mempunyai kira-kira 53,000 pengundi dengan 62 peratus terdiri


daripada pemilih Melayu, Cina (35 peratus) dan India (1 peratus).

Tidak hairan kerusi Parlimen Muar menjadi tumpuan apabila Ketua Pemuda Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman diletakkan sebagai calon
pembangkang.

Nampaknya pembangkang begitu yakin Syed Saddiq mampu menjadi giant killer dan
membuat kejutan di Muar.

Oleh kerana kira-kira 40 peratus pengundi Parlimen Muar berumur bawah 40 tahun,
pembangkang memilih Syed Saddiq sebagai calon, namun faktor usia muda bukan penentu
kejayaan kerana Razali bukan calang-calang orang dan mempunyai pengaruh kuat di
kawasan itu.

Ketua UMNO Bahagian Muar itu anak jati Kampung Seri Menanti dan menjadi Ahli
Parlimen Muar sejak 2004. Beliau boleh dianggap sebagai veteran dan berpengalaman
luas dalam memikul tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.

Mesra, mudah didekati

Lebih menarik lagi dalam kalangan penduduk tempatan, Razali dikenali sebagai
seorang yang mesra, mudah didekati dan suka membantu.

Apakah isu yang mungkin diberi perhatian oleh kedua-dua calon ini? Selain
mengukuhkan ekonomi masyarakat setempat, pastinya mereka akan memberi tumpuan lebih
kepada orang muda, khasnya berkaitan peluang pekerjaan.

Mungkin ada yang masih ingat, Muar terkenal juga dengan gelaran 'bandar pencen'
kerana sebahagian besar warganya golongan sudah bersara dan hanya menjalankan kerja
sendiri.

Secara umum, jika peluang pekerjaan tidak diberikan perhatian serius, dikhuatiri
semakin ramai golongan muda akan berhijrah ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur,
meninggalkan gelaran 'bandar pencen' terus sebati dengan daerah paling utara di
Johor ini.

Namun, jika kita lihat perkembangan dan pembangunan dilalui bandar Muar
kebelakangan ini, Muar melalui satu pelan pembangunan baharu dan mengalami anjakan
daripada Bandar Maharani kepada Bandar Diraja.

Ini menggambarkan usaha giat dan berterusan kerajaan dalam membangunkan Muar.
Faktor ini mungkin menjadi penentu kepada pengundi Muar untuk terus memberi
kepercayaan kepada Razali yang terkenal dengan kredibiliti beliau sebagai pemimpin
berwawasan.

Sebenarnya, rata-rata rakyat Johor tiada masalah dengan kerajaan negeri pimpinan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Bahkan, Johor mengalami kemajuan pesat dan
seimbang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mohamed Khaled juga dengan yakin menjelaskan tsunami Melayu tidak akan berlaku di
Johor pada PRU-14, sambil menegaskan propaganda itu hanya digembar-gemburkan
pembangkang.
Beliau masih yakin negeri kubu kuat UMNO itu akan terus kekal menjadi milik BN
dengan UMNO Johor mempunyai kekuatan sendiri menghadapi sebarang cabaran daripada
parti pembangkang.

Jawapannya bakal kita tahu pada 9 Mei nanti.

12. Persediaan jentera BN lebih utama - Razali


16 April 2018 1:53 PM
razali
Razali.

MUAR - Persediaan dan kelancaran gerak kerja jentera bagi pilihan raya umum ke-14
(PRU-14) menjadi keutamaan kepada penyandang kerusi Parlimen Muar berbanding hendak
memikirkan siapa calon pembangkang yang akan dipilih di kawasan itu.

Datuk Seri Razali Ibrahim berkata kecil atau besar cabaran memenangi hati pengundi
bergantung kepada kesepakatan dan kesepaduan jentera Barisan Nasional (BN) Muar.

"Saya cakap pada jentera saya persiapan mesti dipastikan kelancarannya, memikirkan
siapa calon BN juga lebih penting.

"Di Muar nanti (jika tidak terpilih) siapa pun yang diumumkan, saya tidak mahu dia
memberikan masalah kepada jentera, kita tetap akan bekerja untuk BN, jadi
pembangkang tidak relevan kepada kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
majlis Ceramah Penjelasan Isu 1MDB anjuran UMNO Bahagian Muar di sini malam tadi.

Razali yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar mengulas mengenai pencalonan Ketua Pemuda
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai calon
Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di Parlimen Muar pada PRU14 nanti. - Bernama

13. Ketua Wanita UMNO Muar meninggal dunia

Oleh Badrul Kamal Zakaria


badrulkamal@bh.com.my
Share

Tweet

Share
MUAR: Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Ramlah Ismail, 65, meninggal dunia
dipercayai akibat pendarahan dalaman di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di
sini, hari ini.

pada jam 9.53 pagi tadi.Anak bongsu Allahyarham Ramlah, Rosnita Othman, 32, berkata
ibunya dimasukkan ke hospital pagi semalam kerana kurang sihat sebelum meninggal
dunia jam 9.53 pagi ini.
ADVERTISING

"Arwah sememangnya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Ibu
dimasukkan ke hospital sebelah pagi semalam dan keadaannya agak stabil, sebelum
dipindahkan ke wad biasa.

"Bagaimanapun, ibu dilaporkan pengsan petang semalam dan keadaannya tidak berubah
sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi," katanya ketika dihubungi BH.

Rosnita berkata, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri
selepas solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang suami, tiga anak dan lima cucu.

14. Debat tangguh, buat esok di kediaman DO Muar


By Wartawan MalaysiaGazette - 6 Mei 2018 214 0
Calon Barisan Nasional P.146 Muar, Datuk Razali Ibrahim bercakap pada sidang media
khas mengenai pembatalan debatnya dengan calon Pakatan Harapan P.146 Muar, Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman di Bangunan UMNO Bahagian Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL,
06 MEI 2018.
Calon Barisan Nasional P.146 Muar, Datuk Razali Ibrahim bercakap pada sidang media
khas mengenai pembatalan debatnya dengan calon Pakatan Harapan P.146 Muar, Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman di Bangunan UMNO Bahagian Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL,
06 MEI 2018.
MUAR � Debat antara dua calon Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan
Datuk Seri Razali Ibrahim akan dibuat di Rumah Pegawai Daerah Muar esok.

Bagaimanapun, masa dan tarikh belum ditentukan, kata Razali.

Perubahan itu kerana debat yang dijadualkan di Hotel Traders malam ini terpaksa
dibatalkan saat akhir kerana tidak mendapat permit polis.

�Debat terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan tidak mendapat permit.
Bagaimanapun debat akan ditunda esok di rumah Pegawai Daerah Muar. Masa belum
ditetapkan,� katanya ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau akan hadir bertemu mata dengan Syed Saddiq di Hotel Trade di
sini malam ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, debat yang dijadualkan esok pula, pihaknya akan
menjemput dua calon Parlimen Muar, Syed Saddiq dan Abdul Aziz Talib (Pas).

Isnin lalu, Syed Saddiq mempelawa Razali dan seorang lagi calon yang bertanding PRU
di Parlimen itu, Abdul Aziz Talib dari Pas untuk berdebat.

Bagaimanapun katanya, tiada maklum balas diterima daripada wakil Pas meskipun
wakilnya telah cuba menghantar kad undangan berdebat.- MalaysiaGazette
15. UMNO kekal untuk Melayu, bumiputera sahaja

MUAR 23 Jun - UMNO Bahagian Muar akan membuat ketetapan bahawa parti itu tidak akan
membuka keahliannya kepada kaum lain, tetapi sebaliknya kekal untuk orang Melayu
dan bumiputera sahaja.
KETUA UMNO Bahagian Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim
Ketuanya, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, walaupun keputusan Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN), namun orang
Melayu masih memerlukan UMNO.
�Biarlah UMNO terus kekal untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera
kerana keputusan PRU-14 lalu menunjukkan orang Melayu masih memerlukan UMNO,��
tegasnya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian
Muar, di sini sebentar tadi.
Persidangan tersebut dihadiri kira-kira 700 perwakilan. Yang turut hadir, Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail.
Razali yang mempertahankan kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan kali
ini juga mahu semua ahli parti mengetepikan perbalahan dan menumpukan usaha membina
kekuatan baharu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau turut menasihatkan semua ahli parti supaya tidak menyalahkan antara satu
sama lain yang menjadi punca kekalahan termasuk kerusi beliau di Parlimen Muar. -
UTUSAN ONLINE

16. Ulasan Isu


Apakah Umno akan diharamkan sekali lagi?

TERSIMPUL persoalan besar dalam kepada apakah Umno akan diharamkan untuk kali
kedua? 21 tahun lalu Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Keputusan dibuat oleh Hakim
Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang
ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur.

Ramai yang tidak tahu Umno yang ada hari ini adalah Umno Baru ciptaan Dr Mahathir
Mohamad. Proses pengharaman Umno begitu tektikal sekali. Ia bermula dengan kumpulan
11 membawa masalah Umno ke mahkamah. Sekumpulan 11 ahli Umno meminta mahkamah
supaya membatalkan pemilihan Umno pada tahun itu dan diadakan semula kerana ianya
tidah sah apabila cawangan haram ikut sama mengambil bahagian.

Disebabkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan hal dalaman
sesebuah pertubuhan, mahkamah tidak ada pilihan lain melainkan mengistyharkan Umno
sebagai pertubuhan tidak sah. Pengharaman Umno itu menimbulkan tanda tanya kerana
ada yang berpendapat ianya disengajakan kerana ingin menjaga kedudukan dan kuasa
seseorang.

Yang jelasnya pengharaman itu sungguh menyayatkan hati orang Melayu.

Apakah perisitwa itu akan berulang kembali? Umno baru dikatakan dicipta Mahathir
untuk menghalang Tengku Razaleigh Hamzah berkecimpung dalam Umno itu akan menerima
gilirannya dan akan menemui maut di mahkamah juga.

Ilusi ini timbul ekoran tindakan dua anak tokoh Umno, Harun Idris dan Sulaiman
Ninamshah, iaitu Mazlan dan Kadar bercadang untuk mendapat injuksi mahkamah bagi
menghalang perhimpunan agung Umno pada 24 hingga 28 Mac ini. Mazlan adalah ahli
Umno bahagian Subang manakala Kadar adalah ahli Umno bahagian Muar.

Mereka menjelaskan hasrat itu dalam satu sidang akhbar khas yang mendapat perhatian
banyak media. Tindakan itu akan diambil sekiranya Umno gagal menyelesaikan beberapa
kes salah laku dan dakwaan rasuah wang yang berlaku semasa pemilihan di peringkat
bahagian tahun lepas.

Cadangan Mazlan dan Kadar itu membimbangkan. Walaupun media massa Umno cuba
menyembunyikan kenyatan akhbar itu namun ia sudah mula diperkatakan umum hari ini.

Suara-suara cemas dan bimbang sudah pun kendengaran. Seorang demi seorang pemimpin
Umno bingkas mengulas dan mengutuk hasrat Kadar dan Mazlan itu. Muhyiddin Yassin
menyifatkan tindakan bakal diambil itu sebagai mencemarkan nama baik parti.

Mereka yang ada kepentingan dan bakal mendapat keuntungan besar dengan perhimpunan
agung Umno pada 24 hingga 28 Mac depan tidak begitu senang dengan hasrat Mazlan dan
Kadar itu. Ini kerana penangguhan itu akan menjejaskan impian mereka untuk
menguasai Umno.

Tindakan diambil Mazlan dan Kadar itu wajar untuk membersihkan Umno daripada segala
dosa dan noda. Antara salah laku yang mereka dakwa ianya dilakukan sendiri oleh
Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Mohd Najib Razak. Salah laku
terhadap kedua mereka ini sudah pun dilaporkan kepaa SPRM dan Jawatankuasa Disiplin
Umno sendiri September tahun lepas.

Bagaimana pun laporan itu tidak mendapat tindakan positif dan ia mengecewakan kedua
anak tokoh Umno itu yang mana disebabkan itu juga mereka berfikir untuk mengambil
tindakan mahkamah mendapatkna injuksi menghalang perhimpunan parti itu. SPRM
sehingga kini tidak memberi apa-apa maklumat berhubung laporan mereka itu. Sikap
double standard SPRM sangat jelas dalam hal ini.

Sudah tentu kalau injuksi diperolehi perhimpunan terpaksa ditangguhkan. Penangguhan


itu memberi kesan besar di mana pelan peralihan kuasa tidak dapat dilaksanakan
seperti mana dirancangkan. Implikasi daripada injuksi itu juga nanti ia menyebabkan
Umno akan ke mahkamah sekali lagi.

Sudah pasti jika Mazlan dan Kadar mendapat injuksi menyebabkan pihak Umno,
(Presiden) terpaksa meminta mahkamah membatalkan injuksi berkenaan untuk
membolehkan perhimpunan diadakan. Apakata kalau mahkamah megekalkan injuksi
berkenaan, ianya tentu akan menimbulkan kesulitan dan menyebabkan Umno akan nahas?
Satu tragedi besar dan hitam mungkin akan berlaku.

Memandangkan kepada senrio hari ini tidak mustahil perisitwa tahun 1988 itu akan
berulang sekali lagi. Juteru bagi mengelakkan ini adalah elok kalau Umno mendengar
dan memenuhi tuntutan yang dikehendaki oleh kedua ahli berkenaan. Mereka perlu
menyelesaikan salah laku dan dakwaan politik wang yang mencecah lebih 100 kes itu.

Masa masih ada untuk menyelesaikan problem itu. Tidak baik Umno cuba menyapu segala
permasalahannya ke bawah karpet kerana lama kelamaan ia akan berkulat menyebabkan
karpet yang mahal itu akan rosak. Natijah dari kedegilan itu menyebabkan orang
ramai juga semakin hilang kepercayaan kepada Umno. Umno memerlukan ketelusan dan
ketulusan pemimpinnya. [wm.kl. 9:00 am 05/03/09]

17. SUARA HATI UMNO JOHOR TERHADAP MB


OSMAN Sapian kini dilihat lebih memfokuskan masa dan tenaga kepada
OSMAN Sapian kini dilihat lebih memfokuskan masa dan tenaga kepada usaha memburuk-
burukkan UMNO dan BN, terbaharu, membabitkan isu tanah kurniaan kepada UMNO.
UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN
Hasni Mohamad

03 September 2018 12:00 PM

5
APABILA Barisan Nasional (BN) menzahirkan kebimbangan dalam memperjuangkan hak
rakyat termasuk membangkitkan perkara berkaitan hala tuju pembangunan negeri,
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menyifatkan tindakan itu sebagai seperti
�ketam mengajar anak berjalan�.

Tidak cukup dengan itu, semasa memberikan ucapan penggulungan di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Johor baru-baru ini, Menteri Besar dengan nada perli turut memberitahu
bahawa beliau lebih senior daripada penulis.

Sudah bertekad untuk menjadi pembangkang yang baik, sudah tentu BN Johor perlu
memperjuang serta membangkitkan pelbagai perkara berkaitan rakyat Johor selain
menjadi check and balance kepada kerajaan negeri.

Tetapi apa boleh buat sekiranya Menteri Besar tidak boleh mendengar dan menerima
pendapat orang lain. Namun, BN Johor berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana
memutuskan untuk mengekalkan hampir ke�semua inisiatif baik yang dimulakan UMNO dan
BN sebelum ini, biarpun ditukar nama program-program tersebut.

Selaku pembangkang yang baik, BN Johor akan bekerjasama dengan semua pihak,
terma�suk ADUN daripada pihak kerajaan negeri, selagi kami percaya perkara yang
dilakukan itu akan membuahkan kebaikan kepada rakyat Johor.

Bagaimanapun, Menteri Besar kini dilihat lebih memfokuskan masa dan tenaganya
kepada usa�ha memburuk-burukkan UMNO dan BN. Terbaharu, membabitkan isu tanah
kurniaan kepada UMNO yang menurutnya mempunyai tunggakan cukai dan tidak
diba�ngunkan.

Cukup-cukuplah menunjukkan rasa tidak puas hati kepada parti yang pada satu ketika
dahulu mengangkat YAB sebagai wakil rakyat, jalankanlah tanggungjawab sebagai
Menteri Besar dengan tumpuan kepada usaha dan perkara pembangunan yang memberi
manfaat kepada rakyat Johor.

Bagi isu membabitkan tanah kurniaan itu, UMNO Johor mempunyai pendirian yang jelas
dalam perkara tersebut:

1. Sebagai parti politik yang menerajui kerajaan negeri sebelum ini, aset serta
sumbangan kepada UMNO akan disalurkan untuk kemaslahatan dan manfaat masyarakat.
Hasrat itu akan diterjemahkan dalam bentuk program serta penggunaan yang membawa
faedah kepada rakyat, bukan sahaja memerlukan masa malah strategi serta
pertimbangan sewajarnya.

2. UMNO Johor bukan sebuah gerakan kapitalis yang berasaskan keuntungan. Jadi
sebarang pembangunan yang hendak dilakukan di atas tanah kurnia UMNO mesti
dilakukan dengan cara terbaik demi manfaat masyarakat dan bukan dibuat dengan cara
lepas tangan dan semberono.

3. Dalam konteks itu, tidak dinafikan dengan mempunyai pejabat dan pusat operasi
yang baik serta mencukupi adalah perkara yang penting dan membantu UMNO/BN dalam
memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.
4. Sumbangan dan tanah kurniaan kepada UMNO adalah atas dasar sukarela dan
kemurahan hati para penyumbang. UMNO bukan parti yang meminta-meminta dalam
memastikan kelangsungannya. Sebaliknya berpegang kepada aspirasi serta pendirian
untuk memberi sebanyak-banyaknya kepada rakyat dan tanah air.

5. Sekiranya Menteri Besar berpendapat merampas kembali tanah kurniaan kepada UMNO
Johor adalah tindakan wajar dan berasas, UMNO Johor tidak mempunyai sebarang
masalah. Namun, kerajaan negeri perlu mempamerkan ketelusan dan keadilan dalam
perkara itu dengan memastikan bukan hanya UMNO menjadi sasaran.

Dalam pada itu Menteri Besar juga perlu mengambil tindakan kepada semua pihak yang
mempunyai tunggakan cukai serta gagal membangunkan tanah kurnia dengan sewajarnya.
Barulah kerajaan negeri pimpinan beliau dilihat adil, telus serta profesio�nal dan
bukan berniat membalas dendam kepada UMNO.

Selain itu penulis turut percaya kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak mahu
dilabel sebagai buruk siku dan dilihat suka me�ngungkit-ungkit serta tidak
profesional. Yang pasti, biar apa pun keadaan dan pandangan kerajaan negeri, UMNO
Johor akan terus berusaha mencari jalan terbaik untuk memberi khidmat kepada
masyarakat Johor.

Terutama dalam keadaan yang memperlihatkan Menteri Besar Johor lebih berminat
menjaga kepentingan Kerajaan Pusat dan Kuala Lumpur berbanding kepentingan Johor
dan rakyatnya.

18. UMNO minta kerajaan Johor nyatakan pendirian isu Forest City

Bernama | Diterbitkan pada September 07, 2018 19:54 MYT


Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
UMNO minta kerajaan Johor nyatakan pendirian isu Forest City
HASNI: Kerajaan negeri juga diharap dapat menyatakan strategi mereka dalam
memastikan pembangunan hartanah Forest City.
JOHOR BAHRU: UMNO meminta kerajaan negeri Johor menyatakan pendiriannya dengan
jelas berkaitan isu Forest City.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata ini kerana
terdapat pencanggahan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan
berhubung isu pemilikan asing di Forest City.
Beliau berkata selain itu kerajaan negeri juga diharap dapat menyatakan strategi
mereka dalam memastikan pembangunan hartanah Forest City akan turut dinikmati
dengan adil dan jelas oleh rakyat Johor dan Malaysia, khususnya mereka yang tinggal
di kawasan sekeliling.

Hasni dalam satu kenyataan mahu kerajaan negeri menyatakan juga pelan mereka bagi
memastikan orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan untuk bersama-sama merebut
peluang dan mempunyai pemilikan di Forest City.

19. UMNO Johor tidak bimbang kewujudan parti baharu


Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet

Share
JOHOR BAHRU: UMNO Johor tidak bimbang dengan kewujudan sebarang parti baharu dan
menafikan ia boleh mencetus perpecahan kelompok parti politik dalam negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasni Mohammad, berkata beliau tidak
beranggapan penubuhan parti baharu, terutama daripada Pakatan Harapan (PH) akan
memberi saingan kepada UMNO.

Katanya, kebanyakan parti baharu ditubuhkan untuk memperjuangkan isu, sebaliknya


UMNO tetap dengan asas memberikan perkhidmatan untuk rakyat dan ahli.

�Saya tidak bimbang ada parti baharu. Sekiranya kewujudan mereka boleh didapati
memecahkan kelompok parti politik, saya tidak nampak parti sama ada daripada PH
dapat menyaingi UMNO dari segi jumlah cawangan dan ahli.

�UMNO misalnya, memerlukan 50 ahli untuk membolehkan tertubuhnya cawangan, namun


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya 20 ahli untuk tubuh satu cawangan,�
katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Forum 100 hari: PH
berjaya, UMNO tertipu, anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini, hari ini.

Selain Hasni sebagai ahli panel, turut dijemput adalah Ketua Penerangan Badan
Perhubungan UMNO negeri yang juga Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Dr Adham Baba.

Dalam perkembangan lain, Hasni menegaskan UMNO Johor mempunyai program yang
membabitkan akar umbi untuk mengingatkan ahli parti termasuk ideologi perjuangan.

�Program ini dilakukan secara berperingkat supaya UMNO dapat memberi penjelasan
dari semasa ke semasa,� katanya.

20. 'Tak pernah terlintas Umno Johor jadi pembangkang'


Lu Wei Hoong | Diterbitkan 27 Mei 2018, 10:38 pagi | Dikemaskini 27 Mei 2018,
11:54 pagi

A+ A-
WAWANCARA | Mengimbas kembali keadaan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14),
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Hasni Mohammad
mendedahkan tiada tanda-tanda perubahan akan berlaku di negeri Umno sehinggalah
pengundi keluar mengundi.

Hasni berkata Umno Johor menjangkakan hilang beberapa kerusi tetapi tidaklah sampai
tumbang di pusat pentadbiran Kota Iskandar.

�Kami punya rekod baik mentadbir kerajaan negeri, jadi kami fikir kami boleh
menang.

"Tak pernah terlintas di fikiran kami akan berakhir sebagai pembangkang," katanya
dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Hasni berkata semua anggota Umno mesti memikul tanggung jawab kekalahan BN ketika
mengulas soalan jika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak patut
dipersalahkan kerana gabungan itu kalah kerajaan persekutuan dan tujuh negeri.

Hasni turut berkata beliau bersetuju Najib melepaskan jawatannya sebagai presiden
dan pengerusi BN.

Hasni berkata Tun Abdullah Ahmad Badawi diminta mengosongkan jawatannya selepas
kekalahan BN pada pilihan raya umum 2008.

"Malahan, ketika kita kehilangan majoriti (dua pertiga) kita (dalam parlimen), Pak
Lah (Abdullah) diminta pergi, apatah lagi pula apabila kita kehilangan kawalan
kerajaan persekutuan dan negeri.

"Tak perlu disebut, Najib memang perlu letak jawatan," katanya.

Sebelum PRU14, Hasni berkata BN Johor telah memujuk kerajaan persekutuan untuk
memasukkan lebih banyak insentif kepada kerajaan negeri dalam manifesto BN untuk
meredakan ketidakpuasan penyokong tempatan.

Tiada isu peringkat negeri

"Kami menyatakan dengan jelas bahawa manifesto (BN) itu mesti memberi kami banyak
bantuan kerana kami tahu cabaran kami adalah (isu-isu mengenai) kepimpinan
persekutuan.

"Tidak ada isu di peringkat negeri," katanya.

Hasni menegaskan bahawa manifesto BN berjanji untuk memperluaskan Lebuhraya Utara-


Selatan (bahagian Yong Peng ke Johor Bahru), keretapi berkelajuan tinggi Kuala
Lumpur-Singapura dan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura.

Walau bagaimanapun, beliau berkata janji-janji ini tidak dapat mengimbangi


kegagalan bekas kerajaan BN dalam menangani skandal utama negara.

"Kami tidak dapat mempertahankan isu di peringkat persekutuan seperti 1MDB, Mara,
Felda malah Tabung Haji. Ini semua isu peringkat persekutuan dan ia juga
mempengaruhi pengundi di Johor.

"Bukanlah kerana orang menganggur selama bertahun-tahun atau mereka mengundi


(HARAPAN) agar tidak membayar PTPTN (pinjaman pendidikan tinggi) dan bukan kerana
orang tidak mempunyai makanan untuk dimakan.

"Ini semua mengenai isu-isu yang tidak diuruskan dengan betul dan ini tidak serasi
dengan (kehendak) pengundi," katanya.

Pada pilihan raya umum 9 Mei, Hasni berjaya mempertahankan kerusi DUN Benut untuk
kali ketiga, walaupun dengan majoriti yang lebih kecil.
Beliau menang dengan majoriti 4,447 berbanding calon BERSATU Zulkifly Tasrep dan
PAS Mohd Firdaus Jaafar.

Pada pilihan raya 2013, Hasni menang kerusi itu dengan majoriti 6,572 undi.

Daripada 56 kerusi DUN, BN hanya menang 19 berbanding 38 pada pilihan raya


sebelumnya. Bagi kerusi Parlimen di Johor, gabungan itu memenangi lapan berbanding
21 sebelum ini.

21. Umno Johor serah isu pemutihan kepada ibu pejabat


MOHD FIRDAUS YON 13 JUN 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore152
Umno Johor serah isu pemutihan kepada ibu pejabat
MD JAIS
A-A+ (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU - Umno Johor menyerahkan keputusan siasatan isu pemutihan dilakukan
Umno Bahagian Mersing kepada ibu pejabat parti untuk tindakan selanjutnya.

Setiausahanya, Datuk Md Jais Sarday berkata, beliau sendiri menyerahkan laporan


siasatan itu kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Kuala Lumpur
sekitar jam 12 tengah hari semalam.

�Ketika proses siasatan, semua nama yang disenaraikan dalam pemutihan di Bahagian
Mersing dipanggil ke Ibu Pejabat Umno negeri, namun ada beberapa ahli tidak hadir,
tetapi bersurat.

�Ibu pejabat mesti membuat keputusan dalam tempoh terdekat dan saya jangkakan
mungkin esok atau sebelum Hari Raya Aidilfitri selesai,� katanya.

Md Jais berkata, Umno Johor kini menunggu keputusan yang akan dibuat ibu pejabat
mengenai perkara itu sebelum tarikh pencalonan untuk pertandingan parti ditutup
pada 17 Jun ini.

Terdahulu, Umno Johor melantik Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd
Samad sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat isu itu pada 5 Jun
lepas.

Difahamkan, hampir 90 daripada 99 nama membabitkan 20 cawangan dalam Bahagian


Mersing yang digantung keahlian bagi tujuan pemutihan hadir ke Ibu Pejabat Umno
Johor selama dua hari proses siasatan tersebut dijalankan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ketua Umno Bahagian Mersing, Datuk Dr Abdul
Latiff Ahmad mengesahkan 99 ahli Umno bahagian tersebut digantung keahlian bagi
tujuan pemutihan.

Katanya, walaupun tindakan itu bukan budaya Umno Bahagian Mersing, namun ia perlu
demi kelangsungan parti.
22. UMNO Johor Desak Kerajaan Negeri Nyatakan Pendirian Berhubung Isu Pulau Batu
Putih
2 June 2018 Berita Utama
Wan Hafiz Hamzah
JOHOR BAHRU, 2 Jun � Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Khalid
Nordin menggesa kerajaan negeri Johor agar menyatakan pendiriannnya berhubung isu
Pulau Batu Putih di mana kerajaan persekutuan telah mengumumkan tidak akan
meneruskan usaha dan prosiding rayuan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) daripada
Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak boleh sekadar bersikap acuh tidak acuh dan
memilih untuk tidak mengambil peduli perkara yang besar dan sepenting ini.

�Tindakan sedemikian amat mendukacitakan. Kerajaan Negeri seharusnya peka, aktif


dan tegas menyatakan pendirian berhubung perkara ini.

�Terutamanya Pedra Branca terletak berhampiran dengan Johor dan sudah pastilah
kedaulatan dan pemilikannya akan memberi kesan yang besar kepada persempadanan dan
aktiviti laut di perairan Johor�, tegasnya dalam satu kenyataan media di sini hari
ini.

Adalah sesuatu yang amat malang tegas beliau lagi apabila keputusan tersebut
langsung tidak mendapat sebarang maklum balas Kerajaan Negeri Johor.

�Pihak YAB Menteri Besar Johor hanya membisu dan tidak sedikit pun bersuara
menyatakan pendirian Kerajaan Negeri, sama ada bersetuju atau tidak dengan
keputusan tersebut.

�Biar apa pun keputusan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Johor seharusnya
mempunyai ketegasan dan menyatakan pendiriannya yang tersendiri berhubung perkara
ini.

�Justeru, UMNO Johor menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk memberikan penjelasan dan
menyatakan pendiriannya dalam perkara ini,� katanya.

UMNO Johor juga turut menyatakan rasa kesal apabila keputusan tersebut bukan sahaja
tidak disertakan dengan justifikasi atau alasan yang kukuh. Malah, ia diputuskan
ketika Peguam Negara (AG) sedang bercuti.

Kata Khalid, biarpun AG barangkali sudah memberikan nasihat dan pandangan, namun
keputusan yang dibuat ketika AG bercuti boleh menimbulkan kontroversi dan kelihatan
tidak teratur (improper).

�Apa yang lebih penting, keputusan ini secara tidak langsung memberikan satu mesej
moral yang tidak baik kepada kita selaku rakyat. Ia menggambarkan yang kita telah
berputus asa untuk berjuang berhabis-habisan dalam menuntut perkara yang menjadi
hak kita.

�Ini bukanlah satu contoh keputusan yang baik. Kerajaan pastinya diharapkan oleh
rakyat untuk terus mencuba sedaya upaya untuk menuntut perkara yang menjadi hak dan
kedaulatan kita.

�Pedra Branca sentiasa dilihat sebagai sebahagian daripada Johor, dan ia seharusnya
kekal sebagai sebahagian daripada Johor dan Malaysia,� jelasnya.

Keputusan untuk tidak meneruskan prosiding tersebut ujar Khalid lagi seolah-olah
Malaysia telah menyerah kalah dan melepaskan kedaulatan negara kepada Singapura
dengan mudah tanpa mempertahankannya dengan sehabis daya dan usaha.
�Ini adalah isu kedaulatan. Dan bukannya perkara remeh. Ia adalah perkara yang
tidak boleh digalang ganti. Jadi, ia mesti dipertahan dan diperjuangkan dengan
setegas-tegasnya.

�Lebih-lebih lagi, ekoran wujudnya bukti dan keterangan baharu yang boleh
dikemukakan sebelum ini, pihak AG sendiri yakin bahawa kita masih mempunyai kes
yang boleh dibawa dan dipertahankan dalam isu ini. Peluang tersebut seharusnya kita
gunakan dengan sehabis baik.

�Maka atas dasar inilah UMNO Johor berpendirian yang Kerajaan Persekutuan
seharusnya meneruskan kes dan prosiding ini dan tidak menghentikannya,� tegas
Khalid.-MediaUMNO

23. Johor mungkin bukan lagi �permata� Umno selepas PRU14


Reuters - April 9, 2018 9:19 PM
109
Shares
96

PARIT RAJA: Beberapa hari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan pembubaran Parlimen minggu lalu, beliau berangkat ke Johor dengan
janji-janji seperti pembaharuan perkhidmatan kereta api, pelebaran lebuh raya untuk
mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pembinaan stadium baharu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno, yang memerintah Malaysia sejak
kemerdekaan pada 1957, dijangka akan kembali memerintah pada pilihan raya yang akan
diadakan beberapa minggu lalu.

Tetapi Umno mulai kepanasan dengan serangan pihak lawan di Johor, dan perdana
menteri, yang terselamat daripada skandal kewangan yang berlarutan, boleh menjadi
lemah jika kerajaan menang kurang separuh daripada 26 kerusi Parlimen di negeri
tersebut.

�Jika Johor jatuh ke tangan (pembangkang), ia akan menjejaskan kuasa politik dan
kredibiliti Najib dalam Umno selepas pilihan raya,� kata Peter Mumford, pengarah
bahagian Asia di firma perundingan risiko politik, Kumpulan Eurasia.

Kebanyakan pengundi di sini marah kerana rasuah dan kos sara hidup selepas
pengenalan GST, dan ramai peneroka Felda di Johor yang mendapat manfaat daripada
program tindakan afirmatif untuk orang Melayu percaya kerajaan kini mengabaikan
mereka.

Johor merupakan salah satu permata Umno � walaupun namanya berasal dari perkataan
Arab yang bermaksud batu permata. Ia negeri ke-3 terkaya dan menjadi hub pelaburan
dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk projek hartanah bernilai AS$ 100
bilion yang dibina oleh Country Garden Holdings dari China.

Johor menghantar Ahli Parlimen ke-2 teramai daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat
selepas Sarawak.

Pakatan pembangkang yang diketuai bekas mentor Najib dan perdana menteri Malaysia
paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadikan Johor sebagai tumpuan
untuk mengeksploitasi kelemahan Najib.

Dalam jelajah kempennya, Dr Mahathir dan pembangkang menumpukan pada dakwaan rasuah
dana 1MDB dan salah urus fiskal kerajaan, menghubungkannya dengan kos perumahan
yang tinggi dan peningkatan kos sara hidup.

Semasa kempen di Pagoh, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan Johor akan bertukar tangan pada PRU akan datang.
Muhyiddin, yang menyertai pembangkang selepas dipecat kerana mempersoalkan cara
Najib mengendalikan isu 1MDB, berkata ia �akan memberikan mesej yang kuat kepada
seluruh negara.�

Najib memenangi PRU lepas pada 2013 selepas tewas undi popular.

Amaran menteri besar

Di perhimpunan Wanita BN baru-baru ini di pekan Parit Raja, hadirin tampak


bersemangat: terdapat sorakan dan tepukan daripada lebih 5,000 orang ramai yang
hadir.

Tetapi menteri besar Johor memberi amaran kepada mereka.

�Jika kita membiarkan parti kita kalah, tidak mustahil kita akan kehilangannya
selama-lamanya,� kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. �Kita mesti menang, kerana
Johor bukanlah tempat untuk bereksperimen dan mencuba nasib anda.�

Sebagai tempat kelahiran Umno, Johor menjadi barometer sokongan dalam kalangan
etnik Melayu Islam, yang menyumbang lebih 50% daripada anggaran 32 juta penduduk
Malaysia.

Pembangkang mendakwa mendapat sokongan �tsunami Melayu� yang akan memenangkan ia di


Johor dan menjejaskan BN di mana-mana sahaja di negara ini, mungkin menafikan
majoriti 2/3 Parlimen yang diperlukan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan.
Majoriti kerusi yang mudah diperlukan untuk memerintah.

�Johor sentiasa sukar untuk pembangkang. Tetapi jika ada perubahan berlaku di
Johor, saya fikir inilah masanya,� kata Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong.

Khaled menolak optimisme pembangkang, mengatakan Umno tidak akan kehilangan


sebarang kerusi di negeri ini. Tetapi yang lain di dalam parti itu bimbang dan
mengakui mereka akan berdepan pertempuran yang sukar di Johor.

�Johor akan menjadi perlawanan yang sengit,� kata seorang pegawai Umno. �Di negeri
inilah kita benar-benar perlu berstrategi untuk melepasi separuh daripada
perjalanan kita.�

Liew berkata pembangkang boleh memenangi sehingga 10 daripada 26 kerusi dari BN,
yang kini memegang 21 kerusi.

Hilang sokongan

Etnik Melayu secara tradisinya menyokong BN. Tetapi ia hilang sokongan sejak
sedekad lalu dalam kalangan penduduk bandar dan pengundi etnik Cina dan etnik India
yang tertarik dengan janji pembangkang untuk menangani rasuah dan mengakhiri dasar
berasaskan kaum yang memihak kepada etnik Melayu dalam perniagaan, pendidikan dan
perumahan.

Membantu mereka mencapai pengundi Melayu ialah Dr Mahathir. Walaupun berusia 92


tahun, beliau masih berpengaruh dalam kalangan Melayu luar bandar, sebagai seorang
pemimpin yang dalam 22 tahun pemerintahannya mengubah negara pasca penjajahan yang
mundur dengan pacuan ke arah pemodenan.

Strategi pembangkang menekankan dakwaan rasuah di 1MDB nampaknya mencapai beberapa


kemajuan.

Najib menafikan sebarang salah laku dalam skandal 1MDB dan dibersihkan oleh pihak
berkuasa walaupun Amerika Syarikat (AS) mengatakan lebih AS$4.5 bilion dicuri
daripada dana itu dalam penipuan yang didakwa dirancang oleh Jho Low, seorang ahli
perniagaan yang dikatakan rapat dengan Najib dan keluarga.

�Umno tidak lagi melindungi rakyat, mereka hanya melindungi Najib,� kata Anuar,
seorang pesara akauntan berusia 70 tahun dari Johor yang menyokong Umno selama 40
tahun tetapi beralih kepada pembangkang kerana skandal 1MDB

24. Kes 1MDB? Polis sita 27 van Skuad Sayang Umno Johor
Ben Tan 3/8/2018
Anwar: I don�t want an apology from Mahathir
Rosmah arrives at court to face chargesRosmah arrives at court to face charges
a man and text: Paparan skrin berhubung tindakan sita terhadap 27 unit van Skuad
Sayang seperti diulas ringkas Datuk Hasni Mohammad. � Paparan ihsan Umno Johor�
Provided by Malay Mail Paparan skrin berhubung tindakan sita terhadap 27 unit van
Skuad Sayang seperti diulas ringkas Datuk Hasni Mohammad. � Paparan ihsan Umno
Johor
JOHOR BARU, 3 Ogos � Sebanyak 27 buah van bawah seliaan sayap Wanita Umno Johor
dirampas oleh polis selepas perintah mahkamah semalam.

Kenderaan Skuad Sayang itu disita bagi siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLA).

Kenderaan itu diberikan untuk kegiatan masyarakat bagi 26 bahagian di Johor dan
juga kegunaan ibu pejabat parti negeri itu.

Pengerusi Umno negeri Datuk Hasni Mohammad mengesahkan perkara tersebut kepada
Malay Mail hari ini selepas isu itu menular di media sosial.

�Kami [Umno Johor] diarah menyerahkan van Skuad Sayang kepada polis untuk membantu
siasatan bawa AMLA 2001,� katanya.

�Kami diberi notis sita semalam dan setakat ini kami bekerjasama dengan pihak
berkuasa, dan kebanyakan van itu dikumpul untuk diserahkan.�

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada siasatan itu ada kaitan dengan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau bekas presiden parti itu Datuk Seri Najib
Razak.
25. Johor boleh rampas tanah kurnia UMNO yang tidak bayar cukai
26 Ogos 2018 10:20 PM
OSMAN
Osman Sapian

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan merampas tanah kurnia milik
UMNO yang didapati gagal menyelesaikan tunggakan cukai tanah hingga mencecah
RM330,077 sejak 2006.

Menteri Besarnya, Datuk Osman Sapian berkata, pihaknya juga mendapati terdapat
tanah kurnia milik parti itu yang tidak dibangunkan dalam tempoh dua tahun selain
ada pemilik yang menjual tanah kepada pihak lain seperti pemaju.

Beliau berkata, terdapat 12 tunggakan cukai tanah UMNO dengan yang tertinggi
membabitkan Bahagian Batu Pahat berjumlah RM287,048 dan Tebrau RM31,772.

"Sebanyak lapan daripadanya membabitkan pemegang amanah kepada UMNO iaitu


RM18,280," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Sukma
Johor di sini hari ini.

Katanya, rayuan boleh dibuat namun ia bergantung kepada budi bicara kerajaan
negeri. - Bernama

26. Sokongan Padu Umno Johor Dilihat Peringatan Selesaikan Isu Rakyat - PM
Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 5:10 PM

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2015/05/16/17/17/melana2.ashx?
w=620&h=413&crop=1&/

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan salah seorang
pemilik rumah Melana Indah, Hassan Mohammed @Hashim,49, dan adik Mohamed Waiz Hafiy
Shawal, dua tahun, ketika melawat kediaman mereka selepas merasmikan projek
perumahan rakyat itu di Taman Perling, Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin (dua kiri) dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (kiri).

(Ubah saiz teks)


JOHOR BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sokongan padu
diberikan Umno Johor terhadap kepimpinannya dilihat sebagai peringatan untuk beliau
terus menyelesaikan isu rakyat dan negara secara berhemah dan bijaksana.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata, beliau melihat sokongan diberikan Umno
Johor bukan sokongan yang berbentuk membawa rebah tetapi memberi keyakinan kepada
pucuk kepimpinan.

"Kadang-kadang ada sokongan yang merebahkan tetapi sokongan orang Johor memberikan
peringatan kepada saya mengenai maklum balas isu yang perlu diselesaikan.

"Orang Johor kata cuba selesaikan (isu) dalam jangka masa terdekat supaya sokongan
rakyat bertambah dan Insya-Allah, kita akan menang sekali (pilihan raya umum ke-14
nanti)," katanya ketika berucap merasmikan majlis penyerahan Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Melana Indah, di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata selain Sabah, Umno Johor juga sentiasa memberi sokongan
berdasarkan permuafakatan anggota parti dan kesetiaan kepada kepimpinan tertinggi
parti, menyebabkan ia terus menjadi tulang belakang kepada negara dari segi
politik.

"Saya anggap sokongan ini memberi keyakinan kepada kepimpinan ... kita tengok
lipatan sejarah, setiap kepimpinan tidak sunyi dengan cabaran besar yang mesti
diselesaikan.

"Namun,penyelesaian hendaklah mengikut kebolehan dan kebijaksanaan pemimpin dan


diberi sokongan, baru sebarang krisis mampu ditangani," katanya.

Perdana Menteri turut memberi jaminan yang beliau sebagai pemimpin yang bertindak
sebagai 'nakhoda bahtera' negara, tidak akan bertukar haluan meskipun dilanda
'taufan'.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam ucapannya
menegaskan Umno Johor sentiasa bersama-sama Perdana Menteri dalam mengharungi
pelbagai kemelut dan cabaran yang timbul ketika ini.

"Saya mewakili Umno Johor mengambil kesempatan untuk memberitahu dalam mesyuarat
(Badan Perhubungan) semalam, kami menzahirkan sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri
Najib Tun Razak.

"Semoga sokongan ini menjadi kekuatan kepada beliau (Najib) untuk berhadapan dan
menyelesaikan pelbagai isu yang sedang dihadapi negara," kata Mohamed Khaled yang
merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor.

Turut sama menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Najib ialah Menteri


Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ketika berucap pada majlis yang sama, beliau berkata kunci kepada penyelesaian
setiap masalah adalah perpaduan dalam kalangan anggota Umno serta kesetiaan mereka
kepada kepimpinan parti.

Tanpa formula yang mujarab itu, pemimpin tidak akan dapat memajukan negeri atau
negara dek kerana tiada kestabilan, kata Abdul Rahman, yang juga Anggota Majlis
Tertinggi Umno dan Setiausaha Barisan Nasional Sabah.

"Saya mengambil contoh, pada tahun 1990-an keadaan politik di Sabah sedang
bergelora ... politik Bumiputera berpecah-belah, suara kami tidak bersatu.

"Tetapi sebaik Umno masuk dan membawa formula agar sentiasa bersatu serta setia
kepada kepimpinan parti, perpaduan Sabah akhirnya dapat distabilkan dan daripada
perpaduan itu, Sabah kuat dan terus menjadi tulang belakang Barisan Nasional,"
jelas Abdul Rahman.

Semalam, Najib mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota Badan Perhubungan Umno
Johor yang berlangsung lebih dua jam.

Perjumpaan itu turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein dan dua anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi dan Datuk Razali
Ibrahim.-- Bernama
27. UMNO Johor gesa kerajaan nyata pendirian isu Pedra Branca
2/6/2018 10:47 Update: 2/6/2018 10:50
A
A+
JOHOR BAHRU: UMNO Johor menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan dan
menyatakan pendirian berhubung keputusan kerajaan persekutuan menimbang semula
untuk mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap kedaulatan
Pedra Branca.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Mohamed Khaled Nordin berkata biar apa pun
keputusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Johor seharusnya mempunyai ketegasan dan
menyatakan pendiriannya tersendiri berhubung perkara itu.

"Pihak Menteri Besar Johor hanya membisu dan tidak sedikit pun bersuara menyatakan
pendirian kerajaan negeri, sama ada bersetuju atau tidak dengan keputusan tersebut.
Tindakan sedemikian amat mendukacitakan.

"Kerajaan negeri seharusnya peka, aktif dan tegas menyatakan pendirian berhubung
perkara tersebut terutamanya Pedra Branca terletak berhampiran dengan Johor. Sudah
pastilah kedaulatan dan pemilikannya akan memberi kesan yang besar kepada
persempadanan dan kegiatan laut di perairan Johor," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata kerajaan negeri
tidak boleh sekadar bersikap acuh tidak acuh dan memilih untuk tidak mengambil
peduli perkara yang besar dan penting itu.

'BERPUTUS ASA BERJUANG HABIS-HABISAN'

Mantan Menteri Besar Johor itu berkata atas dasar itulah, UMNO Johor berpendirian
bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya meneruskan kes dan prosiding mencabar
keputusan ICJ serta tidak menghentikannya.

Encik Mohamed Khaled berkata keputusan Kerajaan Persekutuan itu bukan sahaja tidak
disertakan dengan justifikasi atau alasan kukuh, malah ia diputuskan ketika Peguam
Negara (AG) sedang bercuti.

"Biarpun AG barangkali sudah memberikan nasihat dan pandangan, namun keputusan yang
dibuat ketika AG bercuti boleh menimbulkan kontroversi serta kelihatan tidak
teratur.

"Lebih penting, keputusan ini secara tidak langsung memberikan mesej moral yang
tidak baik kepada kita selaku rakyat. Ia menggambarkan yang kita telah berputus asa
untuk berjuang berhabis-habisan dalam menuntut hak kita.

"Ini bukanlah contoh keputusan yang baik. Kerajaan pastinya diharapkan oleh rakyat
untuk terus mencuba sedaya upaya menuntut perkara yang menjadi hak dan kedaulatan
kita," katanya.

BUKAN PERKARA REMEH

Encik Mohamed Khaled berkata Pedra Branca sentiasa dilihat sebagai sebahagian
daripada Johor dan ia seharusnya kekal sebagai sebahagian daripada Johor dan
Malaysia.

Beliau menegaskan keputusan tidak meneruskan prosiding itu seolah-olah Kerajaan


Persekutuan melepaskan kedaulatan negara kepada Singapura dengan mudah tanpa
mempertahankannya sehabis daya dan usaha.

"Ini adalah isu kedaulatan dan bukannya perkara remeh. Ia adalah perkara yang tidak
boleh digalang ganti. Jadi, ia mesti dipertahankan dan diperjuangkan dengan
setegas-tegasnya.

"Lebih-lebih lagi, ekoran wujudnya bukti dan keterangan baru yang boleh dikemukakan
sebelum ini, pihak AG sendiri yakin bahawa kita masih mempunyai kes yang boleh
dibawa serta dipertahankan dalam isu ini. Peluang tersebut seharusnya kita gunakan
dengan sehabis baik," katanya.

28. UMNO Johor cadang PM tidak semestinya Presiden parti


Hasni Mohammad
HASNI MOHAMMAD
25 September 2018 3:57 PM

18
JOHOR BAHRU 25 Sept. - Cadangan agar jawatan perdana menteri tidak semestinya diisi
oleh presiden parti adalah antara tiga usul yang akan dibawa UMNO Johor ke
perhimpunan agung parti pada Sabtu ini yang diyakini dapat mengekang budaya bolot
dalam UMNO.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, cadangan lain ialah
pemimpin UMNO tidak semestinya menjadi calon pilihan raya dan wakil rakyat.

"Ini sebagai usaha membendung monopoli dalam parti dan bagi meraih (kembali)
keyakinan masyarakat.

"Macam saya katakan baru-baru ini (tentang) 'bolot dalam parti', supaya kita akan
lebih menumpukan kepada penerimaan masyarakat kepada wakil rakyat yang hendak
diketengahkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa
Wanita UMNO Negeri di Bilik Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO, di sini hari ini.

Selain itu, katanya, UMNO Johor juga akan mencadangkan penubuhan sebuah institusi
kepimpinan yang mampu mencorakkan pergerakan sesebuah parti agar lebih fokus
terhadap hala tuju dan berwawasan.

Selain itu, beliau berkata, UMNO Johor juga akan menyatakan pendirian mereka
mengenai kedudukan dan kepentingan orang Melayu dalam beberapa isu-isu berbangkit
supaya tidak dianggap rasis.

Sementara itu, Hasni menyatakan sokongan UMNO Johor terhadap keputusan pimpinan
pusat memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan pada 13
Okt ini.

"Tujuan diadakan PRK bukan atas sebab-sebab yang lazim seperti kematian atau yang
menyebabkan individu itu hilang kelayakan dan sebagainya tetapi dibuat atas tujuan
untuk memenuhi aspirasi individu-individu tertentu maka tidak wajar untuk kita
bazirkan wang rakyat menyokong PRK tersebut," kata beliau. - BERNAMA

29. Jual tanah, UMNO Tebrau buka pekung sendiri - MB


MENTERI Besar, Datuk Osman Sapian (tengah berdiri) bergambar bersama-sama pegawai
serta wira dan wir 2
MENTERI Besar, Datuk Osman Sapian (tengah berdiri) bergambar bersama-sama pegawai
serta wira dan wirawati Harimau Selatan pada Majlis Penyerahan Bendera Kontijen
Sukan Malaysia (SUKMA) Johor yang akan ke SUKMA Perak ke-19 2018 di Savannah Hills
Resort, Ulu Tiram, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ISHAK RAHMAD
Mohd. Khairul Mohd. Ali

26 Ogos 2018 4:54 PM

32
JOHOR BAHRU 26 Ogos - Tindakan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang
mendedahkan bahawa tanah di kawasan Pandan yang dimiliki UMNO Bahagian itu telah
diserahkan kepada pemaju ibarat membuka pekung mereka sendiri.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, ini kerana mengikut undang-undang, tanah
kurnia berkenaan perlu dibangunkan dalam tempoh dua tahun.

Katanya, namun sehingga kini pembangunan di tanah tersebut masih belum siap
dilaksanakan.

�Tanah kurnia ini juga tidak boleh dijual, dicagar, digadai, dipajak atau dipindah
milik dengan apa cara sekali pun.

�Jadi kenyataan Maulizan bahawa UMNO Bahagian Tebrau telah menyerahkan tanah
tersebut kepada pemaju ibarat pecah lubang sendiri,� katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera
Negeri kepada Kontinjen Johor Darul Ta�zim ke Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di
Savannah Hill, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

30. Tiada pemimpin UMNO Johor keluar parti - MB


Tiada pemimpin UMNO Johor keluar parti - MB
OSMAN Sapian (tengah) menyerahkan sumbangan kepada penerima dalam Program Gotong-
Royong Perdana Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di Kempas, Johor Bahru,
Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
Zulhisham Isahak

21 September 2018 12:30 PM

3
JOHOR BAHRU 21 Sept. - Tiada pemimpin UMNO dari Johor diramalkan akan keluar parti
untuk menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan
mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen daripada UMNO akan
melompat parti.

�Saya tidak dengar pula ada pemimpin UMNO Johor nak tinggalkan parti,� katanya yang
juga ADUN Kempas dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gotong-Royong
Perdana Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar
negeri, Dzulkefly Ahmad, Pegawai Kewangan negeri, Datuk A. Rahim Nin dan Datuk
Bandar Johor Bahru, Amran Rahman.

Selasa lalu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO
dan tidak sampai 24 jam, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pula
mengikut jejak langkah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
tersebut.

Beberapa orang lagi Ahli Parlimen UMNO termasuk ahli Majlis Tertinggi dijangka
meninggalkan parti itu dalam masa terdekat dengan senarainya menjadi tular dalam
laman sosial.

Seorang daripadanya adalah dari negeri ini iaitu Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr.
Abdul Latiff Ahmad yang sehingga kini tidak menafi atau mengiyakan dakwaan
tersebut.

Mengulas lanjut, Osman yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) Johor tidak mahu mengambil tahu tentang UMNO dan apa-apa berkaitan parti
lamanya itu.

�Pada saya, apa yang perlu adalah saya jaga parti saya dan PH. Terpulang kepada
UMNO, dia (UMNO) nak jadi kuat ke tak kuat itu tanggungjawab dia,� katanya. -
UTUSAN ONLINE

31. UMNO Johor bangunkan blueprint perkasa parti


Blueprint baharu UMNO Johor
HASNI Mohammad (kiri) mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di
Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN ONLINE
Nurul Huda Hassan

18 Ogos 2018 2:41 PM

177
JOHOR BAHRU 18 Ogos - UMNO Johor akan membangunkan �blueprint� berkenaan kedudukan
serta hala tuju parti itu di negeri ini dengan membentuk sebuah jawatankuasa dalam
masa terdekat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, bagi
menjayakan usaha itu, UMNO Johor akan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak baik
sedia ada mahupun yang baharu termasuk dari luar negara.

�Langkah itu diambil supaya UMNO negeri ini yang merupakan negeri berpotensi
menjadi lebih maju dalam negara kerana kita yakin UMNO Johor masih diterima
masyarakat khususnya orang Melayu.

�Jadi, kita akan membentuk sebuah jawatankuasa bagi membangunkan �blueprint�


tersebut,� katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan
Perhubungan UMNO Johor yang pertama di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan
Mohamed; Setiausaha, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Penerangan, Datuk Seri Dr.
Adham Baba.

Selain itu, Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk
Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein turut menghadiri mesyuarat itu.
Hasni berkata, selain itu, hasil mesyuarat tersebut berpendapat, terdapat beberapa
isu perlu diperjuangkan UMNO Johor seperti isu Pedra Branca, usaha membangunkan
sekolah politik, persiapan untuk Perhimpunan Agung UMNO dan janji yang dibuat
Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu. - UTUSAN ONLINE

32. Sebanyak 16 Daripada 26 Bahagian UMNO Di Johor Saksikan Pertandingan Sabtu Ini
25 June 2018 Berita Lain
JOHOR BAHRU, 25 Jun � Sebanyak 16 daripada 26 Bahagian UMNO di Johor akan
menyaksikan pertandingan jawatan Ketua Bahagian bagi penggal 2018 hingga 2021 pada
pemilihan parti itu Sabtu ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday berkata 10 bahagian
lagi tidak mempunyai pertandingan selepas Ketua Bahagian masing-masing menang tanpa
bertanding.

�Sembilan daripada 10 ketua bahagian itu mempertahankan jawatan masing-masing


manakala seorang lagi merupakan muka baharu daripada UMNO Bahagian Kota Tinggi,�
katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mereka yang menang tanpa bertanding kerana tiada pencalonan lain diterima ialah
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Seri Razali Ibrahim (Muar),
Datuk Md Jais Sarday (Kluang) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang).

Turut menang tanpa bertanding ialah Datuk Ir Hasni Mohamad (Pontian), Datuk Samsol
Bari Jamali (Ayer Hitam), Datuk Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Zulkurnain Kamisan
(Parit Sulong), Ismail Mohamed (Pagoh) serta Muszaide Makmor (Kota Tinggi),
katanya.

Md Jais berkata daripada 16 bahagian yang bertanding itu, sebanyak 14 daripadanya


bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu manakala dua bahagian iaitu Bakri
dan Batu Pahat pula menjadi perebutan tiga pihakenjuru.

Antara Ketua Bahagian yang akan bertanding ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang), Tan Sri Shahrir Abdul Samad
(Johor Bahru), Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara) dan
Datuk Maulizan Bujang (Tebrau).

Empat Ketua Bahagian yang tidak menawarkan diri untuk bertanding semula ialah Datuk
Ab Aziz Kaprawi (Sri Gading), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Daing A
Malek Daing A Rahaman (Kota Tinggi) serta Datuk Md Othman Yusof (Tanjong Piai).

33. Pemuda UMNO Johor mahu Najib berundur

Oleh Junita Mat Rasid


junita@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet

Share
JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak
berundur dan memberi ruang kepada muka baharu yang mampu melakukan perubahan kepada
parti.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim, turut menggesa supaya Najib memberikan
kerjasama dalam proses transisi tampuk kepimpinan UMNO.

Katanya, UMNO tidak boleh lagi terus berada dalam keadaan 'in denial' dan rakyat
sudah bersuara, maka UMNO juga perlu bersuara.

"Sehubungan itu, kami menggesa YB Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO untuk
berundur dan memberi ruang kepada muka-muka baharu yang saya percaya mampu
melakukan perubahan kepada UMNO.

"Selain itu, kami juga menggesa supaya beliau mampu memberikan kerjasama dalam
proses transisi tampuk kepimpinan UMNO.

"Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak atas jasa
yang diberikan sepanjang beliau menerajui tampuk kepimpinan parti UMNO," katanya
dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hahasrin yang juga calon baharu dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Panti, berkata pihaknya juga dengan rasa rendah diri memohon kemaafan kepada semua
ahli UMNO dan jentera parti kerana sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Johor
gagal mempertahankan Johor dan parti keramat ini.

Bagaimanapun, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO untuk menganggap ini hanya
sebagai permulaan kepada satu perjuangan lebih besar dan penuh bermakna bagi
mengembalikan cahaya perjuangan UMNO dan seterusnya mendapatkan semula mandat
daripada rakyat Malaysia untuk memerintah.

"Bagi menjayakan iltizam ini, kami yakin dan percaya UMNO harus berubah. UMNO tidak
boleh lagi mendongak ke langit, tidak boleh lagi selesa dengan status quo. Maka
suatu anjakan yang radikal harus dilakukan oleh kepimpinan utama parti.

"Lantaran itu, semua ahli UMNO perlu berani bagi melakulan perubahan dalaman parti,
bukan hanya sekadar laungan tetapi ia perlu terus dizahirkan," katanya.

34. Kecewa dengan kenyataan Syed Saddiq


WARTAWAN SINAR HARIAN 3 OKTOBER 2018
FacebookTwitterWhatsAppEmailMore5K
Mohd Hairi Md Shah
Mohd Hairi
A-A+ (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU - Pemuda Umno Johor kecewa dengan kenyataan balas dibuat Menteri Belia
dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kelmarin.

Ketuanya, Mohd Hairi Md Shah berkata, kenyataan menerusi akaun Twitter dibuat Ahli
Parlimen Muar itu disifatkan sebagai �biadab� terhadap institusi diraja di negara
ini.

"Beliau baru sahaja �setahun jagung� duduk di dalam pucuk pimpinan negara, tidak
ada apa sumbangan lagi pun dilihat di Muar atau Johor secara keseluruhannya, namun
sudah pandai �bersuara� terhadap Istana Johor," katanya dalam satu kenyataan di
sini semalam.

Mohd Hairi berkata, Pemuda Umno Johor juga mengingatkan Syed Saddiq bahawa nama
beliau mula dikenali atas kapasiti Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim sendiri semasa masih lagi baru berkecimpung dalam arena politik.

Advertisement

"Namun apa yang berlaku, seolah-olah �kacang lupakan kulit� apabila sudah mendapat
kuasa, malah secara terbuka berani membalas kenyataan Tunku Mahkota Johor,"
katanya.

Beliau berkata, sebagai seseorang berstatus menteri, Syed Saddiq perlu bertindak
profesional dengan mengambil semua pandangan atau kritikan sebagai dorongan untuk
memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara, bukan menjadikannya bertambah
keruh.

Sebelum ini, viral menerusi portal berita mendakwa Tunku Ismail menerusi akaun
rasmi Twitternya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad
seorang yang �sempurna dalam segala-galanya�.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, 'tweet' tersebut didakwa merujuk kepada
kenyataan Syed Saddiq yang menggelarkan Dr Mahathir �perfectionist� dan dimuat naik
di laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, Syed Saddiq dalam mesej Twitter kemudiannya mengulas kenyataan Tunku
Mahkota Johor itu dengan berkata: �Ampun Tunku. If we keep on looking backwards, we
will never be able to move forward.

Patik will always pray for Tunku�s wellbeing (Ampun Tunku, jika kita hanya
memandang ke belakang, kita tidak akan dapat maju. Patik akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan Tunku).

Malah Tunku Ismail kemudiannya membuat satu 'tweet' menafikan kenyataan dibuat
tidak menyebut (ditujukan) sebarang nama, namun boleh menjadi bahan berita.

35. Tiada pilih kasih, nepotisme dalam pemilihan UMNO - Hahasrin


Bernama | Diterbitkan pada Jun 22, 2018 05:02 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Tiada pilih kasih, nepotisme dalam pemilihan UMNO - Hahasrin
Hahasrin berkata di peringkat UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai
Pengerusi Badan Perhubungan negeri telah menyarankan supaya pemilihan kali ini
dibuat dengan lebih terbuka. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Keterbukaan UMNO dalam mempertandingkan semua jawatan pada pemilihan
parti kali ini membuktikan tidak berlakunya elemen pilih kasih dan nepotisme dalam
parti tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Johor Hahasrin Hashim berkata ia sekali gus menyangkal dakwaan
kononnya ada gerakan mengatur barisan kepimpinan yang disukai dalam parti.
"Ia tidak seperti (disangka) kononnya orang atas kata saya hendak orang ini dan
orang itu. Tidak. Ia (pemilihan) adalah daripada akar umbi," katanya kepada
pemberita selepas Sesi Pengenalan Calon Pergerakan Pemuda UMNO Johor di Ibu Pejabat
Badan Perhubungan Umno negeri di sini, pada Khamis.

Hahasrin berkata di peringkat UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai
Pengerusi Badan Perhubungan negeri telah menyarankan supaya pemilihan kali ini
dibuat dengan lebih terbuka.

"Ini bermakna mereka tidak akan memberi sebarang sokongan kepada mana-mana calon,
sebaliknya hanya berharap calon dari Johor akan mendapat tempat dan dipilih anggota
parti pada pemilihan itu," katanya. - Bernama

36. Jangan sibuk hal UMNO, Shahar ingatkan Syed Saddiq


Astro Awani, Kenyataan Media | Diterbitkan pada Jun 07, 2018 23:07 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Jangan sibuk hal UMNO, Shahar ingatkan Syed Saddiq
Shahar mahu Syed Saddiq menjelaskan apa yang dilakukan untuk anak-anak muda tanpa
mengira bangsa dalam mengurangkan beban kos sara hidup, peluang pekerjaan dan
segala apa yang pernah dijanjikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman diingatkan agar tidak menyibuk 'jaga tepi kain' UMNO terutama pemilihan
jawatan Ketua Pemuda parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah menasihatkan Syed Saddiq supaya
menumpukan usaha untuk memastikan terpilih menjadi menteri belia dan sukan.

�Syed Saddiq perlu menjadi menteri belia bagi menumpukan usahanya membantu peminjam
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bergaji RM4,000 ke bawah yang
mengharapkan Pakatan Harapan menunaikan janji mereka sebelum menang PRU14.
�Syed Saddiq kena sedar, ramai anak-anak muda juga ternanti-nantikan satu juta
peluang pekerjaan yang dijanjikan Pakatan Harapan walaupun kerajaan baru kini
sedang sibuk bertungkus-lumus untuk menggambarkan ekonomi negara seakan-akan
tenat,� katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahar yang juga ahli parlimen Paya Besar berkata, sebagai ahli parlimen beliau
ingin Syed Saddiq menjelaskan apa yang dilakukan untuk anak-anak muda tanpa mengira
bangsa dalam mengurangkan beban kos sara hidup, peluang pekerjaan dan segala apa
yang pernah dijanjikan.

"Daripada menyibuk mengenai 'rumahtangga' UMNO dan sesedap mulut memanggil exco
Puteri UMNO sebagai pembaris, adalah lebih baik Syed Saddiq terus bersuara dalam
Pakatan Harapan terutama menegur pimpinan utama agar menunaikan janji-janji manis
mereka.

"Daripada biar Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR jadi menteri belia, lebih baik Syed
Saddiq yang jauh lebih muda menunjukkan taring kerana rekod kepimpinan Nik Nazmi
tidak begitu menonjol walaupun pernah menjadi timbalan speaker Dewan Undangan
Negeri Selangor," katanya lagi.

Syed Saddiq yang juga ahli parlimen Muar merupakan antara pilihan netizen sebagai
menteri belia dan sukan, selain dua ahli parlimen PKR Nurul Izzah Anwar dan Nik
Nazmi Nik Ahmad.

Pada 3 Jun lalu, Syed Saddiq dilaporkan menyiarkan surat terbuka kepada Pemuda UMNO
dan mendakwa parti itu masih terperangkap dalam masa silam apabila pihak yang
menawarkan diri bertanding jawatan Pemuda Umno berusia lebih 40 tahun.

Nama-nama itu antaranya bekas timbalan menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan
Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal
Yunos.

37. UMNO Johor sandarkan Bastien jadi calon Naib Ketua Pemuda
Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 04, 2018 07:53 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
UMNO Johor sandarkan Bastien jadi calon Naib Ketua Pemuda
Perjumpaan ketua-ketua Pemuda UMNO Johor pada Ahad mencalonkan Bastien Onn sebagai
calon Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO Johor ingin terlibat secara langsung dalam proses pemulihan
parti yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Helmi Buang berkata, pemilihan parti kali ini
merupakan ruang dan pentas terbaik untuk proses tersebut yang akan melibatkan
kesemua ahli.

"Proses mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi pilihan rakyat bermula
dengan pemilihan parti melibatkan semua sayap-sayap parti yang akan bersidang di
bahagian-bahagian seluruh Malaysia pada 23 Jun.

"Johor sebagai negeri kelahiran UMNO mencalonkan Ketua Pemuda UMNO Segamat, Bastien
Onn, selaku calon yang ditawarkan ke peringkat pusat bagi kedudukan Naib Ketua
Pemuda UMNO.

"Ia diputuskan semasa pertemuan Ketua-ketua Pemuda UMNO Johor dengan Pengerusi
perhubungan Negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, diketuai Ketua Pemuda Johor,
Hahasrin Hashim," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Banyakkan calon bertanding di peringkat tertinggi UMNO - Penganalisis

BACA: Surat terbuka Syed Saddiq kepada KJ

Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Azman Awang
Pawi berkata, kehadiran lebih ramai calon akan mewujudkan pertandingan lebih
demokrasi di peringkat tertinggi kepimpinan UMNO kali ini.

Jelasnya, ia sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada akar umbi untuk memilih
wakil terbaik bagi mengemudi parti sebagai pembangkang terbaik.

Dalam pada itu, menurut Helmi, Bastien merupakan calon terbaik yang Pemuda UMNO
ingin tawarkan dari negeri Johor.

"Setelah meneliti iklim dan keperluan politik semasa, kami merasakan keperluan
untuk melibatkan diri dalam proses membentuk dasar-dasar UMNO bagi menyiapkan parti
dalam tiga tahun mendatang.

"Saya percaya ia penerimaan baik untuk ahli UMNO sama-sama bergerak ke arah
penyediaan pemimpin pembangkang yang terbaik," ujarnya.

Pertemuan tersebut juga disertai Ketua Pembangkang Johor, Datuk Hasni Mohammad dan
Setiausaha Perhubungan Negeri, Datuk Jais Sarday.

Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan
Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei, 2018 sehingga 10
Jun, 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun, 2018 dan kesemua
persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua
peringkat.

38. Sampai bila nak orang ingat UMNO itu parti penyembah wang - akar umbi
Firdaus Azil, Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 04, 2018 05:43 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Sampai bila nak orang ingat UMNO itu parti penyembah wang - akar umbi
Ramai agak tertanya-tanya mengapa presiden ketika itu Datuk Seri Najib Razak,
merangkap perdana menteri sebelum ini, seolah-olah begitu yakin UMNO dan Barisan
Nasional akan terus mengekalkan kuasa. - Gambar fail

JOHOR BAHRU: UMNO itu parti yang hanya berkisarkan kuasa dan wang, bukan lagi
berpaksikan semangat membela kaum Melayu, Bumiputera, Agama dan Negara, kata
pembencinya.
Slogan dan kata-kata yang sering dilaungkan menjelang perhimpunan agung tahunan
parti yang dikatakan keramat itu, hanya retorik dan usaha memperdayakan masyarakat,
kata pengkritiknya.
Walaupun berstatuskan parti tunggal yang mencapai kerusi Parlimen terbanyak antara
yang bertanding, UMNO hari ini tersungkur teruk, rakyat Malaysia dan dunia
saksinya.
Di ambang Malaysia Baharu, UMNO hilang kuasa yang dipegang semenjak ambang
kemerdekaan. Ini realitinya.
Berbekalkan kedudukan 54 daripada 222 kerusi Parlimen, dan 139 daripada 587 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini, ia jelas
satu penurunan yang ketara berbanding PRU sebelumnya iaitu 88 kerusi Parlimen dan
241 kerusi DUN.
Jumlah undi yang diterima juga agak mengejutkan, hanya 2,548,251 atau 21.10 peratus
dari jumlah keseluruhan, berbanding 3,252,484 atau 29.45 peratus pada PRU
sebelumnya.
Ramai agak tertanya-tanya mengapa presiden ketika itu Datuk Seri Najib Razak,
merangkap perdana menteri sebelum ini, seolah-olah begitu yakin UMNO dan Barisan
Nasional akan terus mengekalkan kuasa.
Adakah pucuk pimpinan di peringkat Majlis Tertinggi atau Perhubungan Negeri sahaja
merasakan mereka kekal menerajui?

Lupakan mereka yang berada di 191 bahagian UMNO, kerana apa yang penting, adakah
keyakinan itu dirasai di peringkat bawahan, terutamanya yang berada di kalangan
21,851 cawangan UMNO seluruh negara?
�Kami di bawah ini lebih teruk merasai kekalahan ini,� ujar Ketua UMNO Cawangan
Sinar Harapan, Abd Halim Abd Jalil ketika ditemui Astro AWANI di Felda Penggeli
Timur, Tenggara Johor, baru-baru ini.
Beliau ketika itu sedang berada di luar Dewan Orang Ramai, Felda Penggeli Timur,
menunggu giliran untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO cawangan, sebagaimana yang
ditetapkan Majlis Tertinggi UMNO, seperti yang diumumkan Setiausaha Agung parti,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 19 Mei lalu.
Felda Penggeli Timur, terletak di bawah DUN N.034 Panti. Pada Pilihan Raya Umum
yang lepas, calon UMNO / Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi Parlimen
P.155 Tenggara, serta dua kerusi DUN di bawahnya iaitu Panti dan DUN N.035 Pasir
Raja.

Suasana mesyuarat di peringkat cawangan jauh berbeza dengan suasana mesyuarat agung
tahunan parti yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Di dewan itu, mata ini menyaksikan, sekitar 15 orang, terdiri daripada makcik-
makcik lingkungan 40-50an, gadis-gadis atau wanita muda dalam 40an ke bawah,
mengendong anak dan cucu masing-masing, mendengar dengan tekun amanat disampaikan
oleh pengerusi Wanita dan Puteri masing-masing.
�Mereka ini, boleh saya katakan pejuang sebenar. Masih datang ke mesyuarat ini
untuk mencukupkan korum seperti mana yang dikehendaki. Mereka ini, sebenarnya apa
yang kita cakap, kalau toreh lengan, darah UMNO jelas kelihatan,� kata Abd Halim
lagi.

Perbualan penulis dengan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara itu, kadang-kala
terhenti kerana nyanyian lagu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat sedang didendangkan
oleh Wanita dan Puteri dalam dewan yang kecil itu.
Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan
Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri parti dimulakan pada 19 Mei 2018 sehingga 10
Jun 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 dan kesemua
persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua
peringkat.
�Menjelang pemilihan kali ini, kami nak orang yang mampu kikis persepsi yang UMNO
ini hanya sesuai untuk mereka yang menyembah kuasa dan wang.
�Awak tengok sendiri yang datang mesyuarat ini. Ada rupa orang tamak kuasa dan wang
ke? Padahal ini kelompok ahli yang begitu sayangkan parti. Di saat UMNO tumbang,
tersungkur, orang-orang ini yang masih setia,� katanya lagi.
Ujar Abd Halim lagi, apa yang perlu dibanggakan dengan statistik ahli UMNO
berjumlah sekitar empat juta di seluruh negara, kalau cakap yang bawah ini pun tak
mahu dengar.
Malah, tambahnya lagi, di saat UMNO terduduk seperti ini, yang di atas masih hanya
mahu memikirkan kaedah untuk merebut jawatan tertinggi, merebut kuasa dan tempat,
dan sebagainya.

�Kenyataan memedihkan seperti UMNO itu parti yang hanya berkisarkan kuasa dan wang,
bukan lagi berpaksikan semangat membela kaum Melayu, Bumiputera, Agama dan Negara,
bukan lagi dihamburkan orang yang membenci parti, tapi itu realiti.
�Kenyataan bahawa itu semua slogan dan kata-kata yang hanya dilaungkan menjelang
perhimpunan agung tahunan parti yang dikatakan keramat itu, sebagai retorik dan
usaha memperdayakan masyarakat, bukan lagi dihamburkan orang yang membenci parti,
tapi itu realiti. Jadi di atas masih tak sedar lagi?� soalnya.
Menjelang pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini, Abd Halim
berkata, ahli UMNO di akar umbi, mahu kepimpinan baharu yang dirasakan dapat
membersihkan UMNO dari atas, sampai bawah.
�Kami mahu kepimpinan baharu yang mampu menyingkirkan persepsi bahawa UMNO ini
platform untuk mereka yang menyembah kuasa dan wang.
Kami mahu kesemua yang bakal memilih nanti, untuk bersama-sama menolak calon-calon
yang mengamalkan rasuah, ataupun calon-calon yang menyokong perbuatan rasuah, UMNO
perlu dibersihkan, sebersih-bersihnya,� katanya tegas.
Tambahnya lagi, itu yang bakal menjadi resolusi yang akan diangkat cawangan beliau
ke mesyuarat bahagian nanti.
Sejurus dipilih sebulat suara ahli mesyuarat agar beliau terus menjadi Ketua UMNO
Cawangan untuk penggal seterusnya, Abd Halim memberitahu ahli mesyuarat � �Saya nak
maklumkan, walaupun peruntukan kita mungkin berkurangan kali ini, namun saya harap,
program bubur lambuk kita terus berjalan. Saya akan sediakan wang. Kita terus
hormat bulan Ramadhan�.
�Program-program lain, kita cuba jalankan juga. Biar orang kampung sini tahu, UMNO
tak akan berkubur, kita akan terus aktif, kita akan terus bantu orang kampung mana
yang boleh�.
39. Hishammuddin diminta pertimbang bertanding Presiden UMNO
Bernama | Diterbitkan pada Mei 21, 2018 21:53 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Hishammuddin diminta pertimbang bertanding Presiden UMNO
Gandingan pemimpin baharu seperti Hishammuddin dan Ketua Pemuda UMNO Khairy
Jamaluddin diyakini akan mengembalikan sokongan golongan muda kepada parti
berkenaan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini
diminta mempertimbangkan untuk bertanding bagi jawatan presiden parti itu pada
pemilihan akan datang.

Cadangan itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang yang
menegaskan itu adalah pendapat peribadi beliau dan beberapa ketua bahagian di
negeri ini.

"Kami telah pun ada kata sepakat walaupun ini pendapat peribadi kami.
"Kami minta sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk
mempertimbangkan supaya bertanding bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan
datang," katanya.

Maulizan ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO


Johor yang dipengerusikan oleh ketuanya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Maulizan yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun ) Tiram berkata
gandingan pemimpin baharu seperti Hishammuddin dan Ketua Pemuda UMNO Khairy
Jamaluddin diyakini akan mengembalikan sokongan golongan muda kepada parti
berkenaan.

"Hari ini kita harus terima hakikat bahawa kepimpinan parti tidak boleh dilihat
hanya dalam bentuk sokongan dalaman parti tetapi kita perlu ambil kira sokongan
masyarakat secara keseluruhan.

"....terutamanya golongan orang muda yang mengharapkan UMNO pulih semula dan ramai
di peringkat akar umbi mengharapkan UMNO pulih semula dengan kepimpinan yang
baharu".

40. MB Johor tanding kerusi Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas
Shahrul Hassan, Astro Awani | Diterbitkan pada April 23, 2018 12:12 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
MB Johor tanding kerusi Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas
Khaled sewaktu Majlis Pengumuman Calon-Calon BN Johor di ibu pejabat Umno negeri,
di sini hari ini.- Foto Astro AWANI / Hakim Rahman
JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin sah bertanding di dua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti .

Beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Permas.

"Ya, Menteri Besar (Johor) akan bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen Pasir
Gudang dan DUN Permas," kata Mohamed Khaled sewaktu Majlis Pengumuman Calon-Calon
BN Johor di ibu pejabat Umno negeri, di sini hari ini.

Bagi kerusi Parlimen, seramai 16 calon Umno, 8 daripada MCA, seorang dari MIC dan
Gerakan.

Manakala bagi kerusi DUN, seramai 35 calon dari Umno, 15 dari MCA, empat dari MIC
dan dua daripada Gerakan.

Daripada 82 calon bagi kerusi Parlimen dan DUN, sembilan calon terdiri daripada
calon wanita, dua calon merupakan calon pemuda, dan seorang calon daripada
pergerakan Puteri.

BN Johor menawarkan 37 orang calon baharu untuk Parlimen dan DUN bersamaan dengan
45.1 peratus.

Seramai lima muka baharu menjadi calon kerusi Parlimen dan dan 32 muka baru bagi
kerusi DUN.

Daripada 20 kerusi Parlimen, yang dimenangi BN pada PRU ke 13, 15 penyandang


dikekalkan manakala dua ahli Parlimen tidak dicalonkan semula.

Seorang calon bertukar bertanding DUN, seorang calon tidak bertanding dan seorang
calon berpindah Parlimen.

Sementara bagi kerusi DUN, daripada 37 kerusi yang dimenangi BN, 19 penyandang
kekal dan 13 calon tidak dicalonkan semula.

Tiga calon berpindah bertanding di kerusi Parlimen.

Dua calon ADUN tidak menawarkan diri untuk bertanding.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan
beliau akan bertanding di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada
pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pada majlis pengumuman calon-calon BN Johor bagi PRU14 di Ibu Pejabat Badan
Perhubungan UMNO Johor, di sini hari ini, Menteri Besar berkata beliau akan
bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan mempertahankan kerusi DUN Permas.

Mohamed Khaled pernah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Gudang pada 2004 dan 2008
manakala DUN Permas pada 2013.

Beliau berkata pada PRU14, UMNO akan bertanding di 16 kerusi Parlimen dan 35 DUN,
MCA (lapan Parlimen, 15 DUN), MIC (satu Parlimen, empat DUN) manakala Gerakan (satu
Parlimen, dua DUN).

"Daripada 20 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN pada PRU13, seramai 15


penyandang dikekalkan, dua penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang dan Kota Tinggi
tidak dicalonkan semula.

41. Johor catat indikator kecekapan tinggi berbanding negeri PH - Bastien


Astro Awani | Diterbitkan pada Jun 25, 2017 08:11 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Johor catat indikator kecekapan tinggi berbanding negeri PH - Bastien
BASTIEN: Pencapaian Johor di dalam Laporan Audit Negara merupakan indikator kepada
kecekapan Kerajaan BN mentadbir negeri berbanding negeri PH. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pencapaian negeri Johor di dalam Laporan Audit Negara merupakan
indikator kepada kecekapan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri
berbanding DAP di Pulau Pinang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, kemajuan Johor merupakan
sesuatu yang dicapai berlandaskan kebijaksanaan pemimpinnya mentadbir negeri.

"Ia termasuk kecekapan membuat keputusan, urus tadbir baik, keyakinan pelabur yang
tinggi, modal insan yang mencukupi dan kestabilan kerajaan menerajui negeri.

"Angka-angka perbandingan inilah yg perlu menjadi perbualan dan perlu dihebahkan


kepada sanak-saudara bila musim perayaan kali ini.

" Rakyat mahukan negeri yang makmur dan polisi kerajaan yang tidak membebankan
rakyat di samping kemudahan-kemudahan yang diberikan mesti sesuai dan setanding
dengan kedudukan ekonomi negeri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

TONTON: ADUN DAP selar kerajaan Pulau Pinang isu pelaburan

BACA: PTMP: Projek bernilai RM17 bilion diluluskan oleh kerajaan Pulau Pinang

Bastien mengulas Laporan Audit Negara yang menunjukkan perbandingan kepada


pendapatan isi rumah yang mengunjurkan Johor jauh melonjak mendahului Pulau Pinang.

Laporan itu menyebut, pada tahun 2009, pendapatan isi rumah di Pulau Pinang adalah
sekitar RM3,200 sebulan berbanding Johor RM2,958.

Tetapi pada tahun 2014, Johor mencatat lonjakan besar kepada RM5,197 sebulan
berbanding Pulau Pinang RM4,702.

Tegas Bastien, laporan itu turut menyatakan gaji purata rakyat Johor juga mula
lebih baik berbanding rakyat Pulau Pinang pada tahun 2012.

Tambahnya, kalau dilihat pada tahun 2016 juga, gaji purata rakyat di Pulau Pinang
adalah di bawah paras purata nasional.

"Jika dirujuk kepada laporan itu juga, boleh dibuat perbandingan pencapaian negeri
Johor berbanding Pulau Pinang dan Selangor.

"Kalau dahulu pada tahun 2008 sehingga 2011, Selangor dan Pulau Pinang menerima
jumlah pelaburan yang besar berbanding Johor, tetapi tidak lagi bermula 2012
sehingga kini.

"Begitu juga simpanan wang (state reserve) yang telah meningkat sebanyak 685
peratus kepada RM2.63 bilion. Ini melampaui Pulau Pinang yang hanya meningkat 84
peratus kepada RM1.5 bilion walaupun menjual tanah-tanah di pulau tersebut,"
katanya.

Bastien turut memberikan contoh perbelanjaan yang diberikan semula oleh kerajaan
Johor.

"Di Johor kita ada bas percuma, wifi Muafakat, kedai harga patut ImCoop, prasarana
pro-pelaburan, incubator perniagaan anak-anak muda dan Rumah mampu milik Johor
(RMMJ).

"Dengan cara pentadbiran dan kecekapan berbelanja untuk prasarana oleh Majlis
Bandaraya Johor (MBJ), saya percaya Johor akan terus mendahului kerajaan Pakatan
Harapan di Pulau Pinang dan Selangor," tegasnya.
Mengulas isu sama, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Azman Jaafar menjelaskan, menjadi
dasar serta keutamaan kerajaan negeri membuka peluang pekerjaan yang mengutamakan
tenaga tempatan.

"Kita cuba sedaya upaya untuk mengelak kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Jadi marilah anak muda rebut dan isi peluang ini.

"Kalau dilihat corak pentadbiran ini, saya percaya rakyat selesa dan gembira hidup
di Johor ini," katanya.

42. Pelik jika ada pihak pertikai Rumah Impian Bangsa Johor - Bastien
Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 23, 2017 22:37 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Pelik jika ada pihak pertikai Rumah Impian Bangsa Johor - Bastien
BASTIEN: Skim rumah impian Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) ini diakui ditawarkan
dengan harga yang sangat rendah dengan nilai yang hebat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang mempertikaikan pembinaan Rumah Impian Bangsa
Johor disifatkan berperangai pelik dan tidak faham tentang isu semasa.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata tambah aneh lagi apabila
ada suara sumbang yang mendesak kerajaan Johor di bawah pentadbiran menteri Besar
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ditukar.

"Jadi amatlah pelik apabila ada sesetengah pihak yang menyuruh untuk menukar
pentadbiran kerajaan Datuk Seri Khaled hanya semata-mata kerana kes yang sedang
dalam siasatan dan belum pun dibicarakan.

"Kalau 60,000 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dibina pun masih diminta tukar, berapa
pula yang dibina di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang?

"Kemajuan di Johor ini dicapai dengan berkat serta usaha Tuanku Sultan Johor Sultan
Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bijaksana dan prihatin, MBJ yang responsif
dan Kerajaan Negeri Johor yang utuh. Sinergi inilah yang menjadikan Johor yang ada
pada hari ini," katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.

BACA: Sultan Ibrahim akan pastikan projek rumah impian bangsa Johor berjaya

BACA: Jangan ganggu dinamik hala tuju Johor - Bastien

Bastien mengulas dakwaan yang mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri dalam isu
Rumah Impian Bangsa Johor yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.

Sultan Ibrahim pada Khamis bertitah akan memastikan projek Rumah Impian Bangsa
Johor berjaya dalam membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.

Baginda bertitah ini ekoran lembaga pemilihan akan ditubuh untuk membuat tapisan
dan penilaian terhadap setiap permohonan.

Bastien turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan negeri Johor yang akan terus
mengorak langkah bagi membawa kemajuan negeri ke fasa yang lebih tinggi.

"Sesungguhnya rakyat di negeri Johor ini amat bertuah mempunyai seorang Raja yang
amat prihatin kepada rakyatnya.

"Kami bangsa Johor menjunjung kasih kepada ke Bawah Duli Tuanku di atas perkenan
Tuanku untuk menghadiahkan skim rumah yang sangat baik kepada rakyat sempena hari
keputeraan Tuanku.

"Skim rumah impian Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) ini diakui ditawarkan dengan harga
yang sangat rendah dengan nilai yang hebat. Sudahlah kerajaan negeri sedang membina
60,000 unit Rumah RMMJ, ditambah dengan pengumuman Tuanku ini, bangsa Johor akan
dijamin terus terbela," katanya.

Dalam pada itu, Bastien mengakui benarlah titah Tuanku bahawa bangsa Johor tidak
perlukan orang dari luar negeri itu untuk mencampuri urusan mereka.

"Raja dan Menteri Besar kami tahu menjaga kebajikan bangsa Johor. Dalam titah
Tuanku sempena Hari Keputeraan, ada pujian kepada kepimpinan Datuk Seri Khaled. Ini
menggambarkan keselesaan Tuanku dengan pentadbiran sedia ada," jelasnya.

Projek Rumah Impian Bangsa Johor yang bakal dilaksana di bawah Yayasan Sultan
Ibrahim dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) dan Bank Rakyat, dilancarkan
oleh baginda Sultan Ibrahim pada Rabu dan akan dibangunkan di tiga kawasan sekitar
bandar raya ini iaitu Bandar Dato' Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana.

43. Syed Saddiq terlupa dukung institusi raja berperlembagaan - Bastien


Wan Syamsul Amly, Astro Awani | Diterbitkan pada November 06, 2016 18:29 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon
Syed Saddiq terlupa dukung institusi raja berperlembagaan - Bastien
BASTIEN: Mengapa menyanggah perkara asas budaya orang Melayu?
KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan terlupa untuk menunjukkan
sikap mendukung institusi raja berperlembagaan apabila menulis surat terbuka kepada
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, Ketua Armada Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga dilihat tidak menghormati institusi diraja apabila
membuat kenyataan kepada Sultan Ibrahim melalui surat terbuka.

"Tuanku Sultan Johor benar-benar memainkan peranan insitusi raja berperlembagaan.


Baginda tidak langsung menyentuh larangan untuk berdemokrasi. Baginda juga tidak
langsung terikat dan berpisah secara nyata dari segi peranan dan tanggungjawab raja
berlembagaan.

"Menasihati rakyat untuk tidak berdemonstrasi jalanan merupakan saranan dan


nasihat. Baginda sama sekali tidak menyuruh rakyat untuk tidak mengundi atau
menjalankan sebarang tanggungjawab untuk memilih wakil mereka," katanya kepada
Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin dahulu

BACA: 'Syed Saddiq, jawab soalan Farhan dulu' - Pemuda UMNO

Bastien mengulas kenyataan Syed Saddiq yang mendakwa, hak untuk berdemonstrasi
secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b)
Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel
20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai
Hak Awam dan Politik.

Ia reaksi susulan titah Sultan Johor pada Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang
yang menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan
sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini.

Dalam pada itu Bastien mahu Syed Saddiq meneliti saranan Sultan Johor untuk
perpaduan dan saling bertoleransi.

"Kenapa itu tidak disentuh dan tidak disemarakkan? Mengapa menyanggah perkara asas
budaya orang Melayu? Berdemonstrasi adalah budaya Barat.

"Tuanku merupakan lambang kebanggaan orang Melayu dan juga ketua agama Islam. Sudah
tentu Tuanku berhak bercakap mengenainya," jelasnya.

Katanya lagi, sekolah satu aliran juga merupakan saranan yang amat baik dalam isu
perpaduan terutama seawal umur.

"Penguasaan bahasa lain juga merupakan perkara asas untuk masyarakat menjadi lebih
rapat kerana akan saling memahami sesama kita.

"Kesepaduan Melayu, Cina dan India dan banyak lagi etnik lain akan melonjakkan kita
sebagai sebuah negara. Saya percaya ini merupakan visi yang dikongsi Sultan Johor
untuk kita jadikan panduan," ujarnya.

Tegas Bastien lagi, Syed Saddiq juga dilihat cepat melatah apabila mengetahui ada
berita yang tidak baik mengenai PPBM.

"Hanya kerana perkara tidak enak didengar oleh parti barunya, Syed Saddiq mahu
menyanggah secara terbuka? Saya rasa parti baru ini tidak sopan.

"Saya secara peribadi mahu mendengar perkara yang menjurus kepada perpaduan. Saya
juga percaya rakyat mahukan perkara yang sama," katanya.

44. Shahrir teraju institut penyelidikan, pemikir UMNO Johor


MyMetroMutakhir
Share

Tweet

Share
Johor Bahru: Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik UMNO
Johor menerajui institut penyelidikan dan pemikir parti berkenaan dalam menjalankan
kajian bagi memastikan orang Melayu tidak tercicir dalam perkembangan ekonomi di
negeri itu.

Pelantikan Shahrir diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin ketika berucap di majlis penutup Konvensyen UMNO Johor 2014,
di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, institut yang menjadi badan penyelidikan kepada UMNO Johor
perlu mempunyai seorang peneraju dalam kalangan parti itu sekali gus menjadikan
Shahrir layak mengepalainya.

Menurutnya, negeri berkenaan sedang menghadapi pertumbuhan ekonomi yang cepat dan
sekiranya tiada sebarang langkah dibuat pastinya orang Melayu akan tercicir dari
arus kemajuan.

Katanya, sekiranya tiada badan yang boleh merancang atau merangka strategi pastinya
akan menyebabkan orang Melayu ketinggalan.
Shahrir bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Kebajikan serta pernah
memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia
(PAC) serta bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Ketika sidang media selepas majlis itu, Mohamed Khaled menjelaskan bahawa badan
yang menjadi milik UMNO berkenaan digerakkan serta-merta.

Menurutnya, Shahrir i akan memilih tenaga penggeraknya untuk menjalankan


penyelidikan terhadap isu terkini berkaitan kepentingan orang Melayu.

Katanya, institut berkenaan akan mengumpul maklumat berkaitan isu semasa dan
merencanakan usaha pembangunan negeri.

�Ini sangat penting untuk kita mengupayakan orang Melayu kerana pertumbuhan ekonomi
di negeri ini sangat cepat sekali,� katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, konvensyen yang diadakan itu sangat
bermanfaat kerana peserta dan pemimpin dapat melontar idea serta input bernas
masing-masing menerusi bengkel diadakan.

Menurutnya, resolusi yang dicapai menerusi bidang politik, ekonomi, pendidikan dan
agama serta orang muda akan dijadikan asas panduan di peringkat kepimpinan negeri
dan bahagian sekali gus dapat terus memperkukuhkan parti.

�Sebahagiannya juga akan dijadikan asas untuk diketengahkan oleh wakil negeri pada
Perhimpunan Agung UMNO nanti,� katanya.

Anda mungkin juga menyukai