Anda di halaman 1dari 10

- Iklan -

EN BM

Utama Berita Wacana Luar Sana Multimedia


 

Berita Baru Terbit

Bekas sekutu imbas apa yang berlaku,


dakwa Mahathir mahu jaga air muka Anwar
Bekas pemimpin Umno, Ibrahim Ali mengimbas kembali peranannya sebagai
perantara Mahathir dan Anwar.

MalaysiaNow
Mei 29, 2023 8:05 pagi 4 minit bacaan

Kongsi
 
Timbalan perdana menteri ketika itu, Anwar Ibrahim (kiri) bersalaman dengan Perdana Menteri
Dr Mahathir Mohamad selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur, 5
September 1997. Gambar: AFP

Filem propaganda mengangkat Anwar Ibrahim yang mula ditayangkan pada 18 Mei lalu
bukan saja mencetuskan kontroversi ekoran pemberian tiket percuma oleh
penyokongnya, tetapi juga membawa kepada pelbagai naratif yang mempersoalkan versi
sejarah ditampilkan dalam filem tersebut.

Pembikin dan penerbit "Anwar: The Untold Story" mendakwa filem tersebut
menceritakan apa yang berlaku sebelum kejatuhan Anwar pada 1998, sewaktu beliau
dipecat daripada Kabinet oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad atas
dakwaan moral.

Walaupun penyokong kerajaan memberikan ulasan yang memberangsangkan terhadap


filem itu, namun beberapa pengkritik menyifatkannya sebagai propaganda Anwar
menjelang pilihan raya di enam negeri tahun ini.

- Iklan -

Find your dream home today


Search the latest property
listings on iProperty.com.my

Malah, ada juga pengkritik mengatakan filem tersebut dipenuhi dialog “menaikkan bulu
roma” dan lakonan yang teruk.

Filem itu juga menarik perhatian umum berikutan tular di media sosial surat jemputan
yang mempelawa penjawat awam dan murid sekolah menonton tayangan secara
percuma serta gambar tempat duduk pawagam yang kosong meskipun penerbit
mendakwa tiket “habis terjual”.
Bagaimanapun, fokus terhadap gambar tempat duduk pawagam dan filem tersebut di
media sosial beberapa hari ini beralih kepada naratif berbeza daripada filem itu yang
menggambarkan Anwar sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam memerangi rasuah
dalam kerajaan Mahathir.

Antaranya adalah satu video ucapan bekas sekutunya, Ibrahim Ali yang menjelaskan apa
yang berlaku beberapa minggu sebelum 2 September 1998, tarikh di mana Mahathir
memecat bekas timbalannya ketika itu.

Video yang tersebar di platform WhatsApp serta TikTok itu menunjukkan Ibrahim
mengimbau kembali kejadian di belakang tabir yang berlaku sebelum pemecatan
Anwar.

Ibrahim yang juga bekas orang kuat Umno Kelantan, rapat dengan Anwar sewaktu
mereka terlibat dalam demonstrasi pelajar pada 1970-an, yang menyaksikan kedua-dua
pemimpin berkenaan ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting.

Perantara Mahathir dan Anwar

- Iklan -

Setia Ecohill 1 36x86 Stagnia…


RM 899,000 Visit Site

Dalam video berdurasi sembilan minit itu, Ibrahim mengimbas kembali perjumpaan
beliau dengan Mahathir di sebuah kelab menunggang kuda di Kuala Lumpur, enam
bulan sebelum pemecatan Anwar pada 2 September 1998.
Pada ketika itu, perdana menteri bertanyakan soalan mengenai dakwaan salah laku
seksual terhadap timbalannya.

"Saya kata, kenapa Datuk (Mahathir) tanya saya? (Dia jawab) Awak kenal dia lama, dan
awak dalam Kamunting dua tahun," kata Ibrahim.

Ibrahim berkata semasa pertemuan tersebut, Mahathir berkongsi butiran mengenai


Anwar seperti yang diberikan oleh pegawai perisikan dan lain-lain, termasuk oleh Hanif
Omar yang ketika itu sudah bersara sebagai ketua polis negara.

Ibrahim berkata susulan pertemuannya dengan Mahathir, beliau mula menjauhkan diri
daripada Anwar.

Akan tetapi katanya, dua hari sebelum 2 September itu beliau menerima satu panggilan
mengejutkan daripada Anwar yang mengajaknya berjumpa segera.

Sewaktu tiba di kediaman Anwar, Ibrahim berkata timbalan perdana menteri itu terus
memeluknya sambil menangis dan meminta maaf kerana mengabaikannya.

"Saya kata, apa hal? (Dia kata) jangan kamu tak tahu, Dr Mahathir nak pecat aku sehari
dua lagi."

- Iklan -

Setia Ecohill 1 36x86 Stagnia…


RM 899,000 Visit Site

Ibrahim berkata Anwar memintanya untuk berjumpa Mahathir dengan tujuan untuk
meyakinkan perdana menteri bagi mengubah fikirannya, sambil menambah Anwar
berharap Mahathir akan memberinya "peluang sekali lagi".
Menurut Ibrahim, tidak lama selepas itu beliau pergi ke Sri Perdana, kediaman rasmi
perdana menteri ketika itu di Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun dihalang masuk oleh polis di pintu pengawal, tetapi mendesak
untuk membuat panggilan ke dalam kediaman itu.

Katanya, apabila telefon itu dijawab oleh isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali,
Ibrahim merayu agar beliau dibenarkan masuk untuk berjumpa suaminya.

“Saya cakap pada Siti Hasmah ‘ini penting, antara hidup dan mati’. Tapi entah macam
mana saya diizinkan masuk ke dalam,” katanya.

Ketika di dalam rumah, Ibrahim berkata beliau terus memeluk Mahathir sambil
menangis dan merayu kepada perdana menteri supaya “memberi peluang sekali lagi
kepada Anwar”.

Ibrahim berkata, ketika itu Mahathir ada bertanyakan sama ada Anwar ada memintanya
untuk datang.

Jaga ‘air muka’ Anwar

- Iklan -

Setia Ecohill 1 36x86 Stagnia…


RM 899,000 Visit Site

Ibrahim berkata perdana menteri ketika itu mencadangkan jalan keluar kepada Anwar
bagi mengelakkan dakwaan itu diketahui umum.
"Beginilah Ibrahim, awak pergi jumpa balik Anwar, suruh Anwar tulis surat letak
jawatan. Dan (tulis dalam surat itu) dia letak jawatan kerana dia tidak setuju dengan
dasar ekonomi dan hal urusan kewangan pada waktu itu kerana negara kita diserang
oleh penyangak mata wang," kata Ibrahim memetik Mahathir, merujuk kepada krisis
kewangan Asia yang menyaksikan nilai ringgit menjunam daripada RM2.40 berbanding
dolar AS pada 1997 ke paras terendah dalam sejarah pada RM4.88 menjelang Januari
1998.

Sehari sebelum memecat Anwar, Mahathir mengumumkan ringgit akan ditambat


kepada 3.80 berbanding dolar AS sebagai satu langkah yang katanya akan melindungi
daripada penyangak mata wang.

Walaupun langkah itu dikritik oleh pakar ekonomi serta Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF), namun badan itu pada 2002 memuji cara Mahathir menangani
krisis ekonomi.

Semasa perjumpaan tersebut, Ibrahim berkata Mahathir memberitahunya Anwar boleh


berselisih faham dalam hal ekonomi tetapi bukannya dakwaan tidak bermoral sebagai
alasan untuk beliau meletak jawatan.

"Tak da masalah. Tentu orang akan marah kat saya. Saya akan memikul tanggungjawab,”
kata Ibrahim memetik Mahathir sebagai berkata.

Beliau berkata Mahathir ketika itu memberitahunya beliau sudah berjumpa dengan
ramai orang dan yakin timbalannya tidak layak untuk mengambil alih jawatan perdana
menteri.

Ibrahim berkata, beliau terus membuat satu rayuan terakhir bagi pihak Anwar, tetapi
ditolak mentah-mentah oleh Mahathir yang memberitahunya: "No, Ibrahim! Biar saya
hancur, saya tidak akan rosakkan negara untuk serahkan jawatan perdana menteri
kepada beliau."

Pada 2000, Anwar dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana meliwat adik
angkatnya Sukma Darmawan.
Dia dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya,
meskipun hakim berpendapat dalam penghakimannya bahawa perbuatan homoseksual
itu berlaku, kenyataan yang gagal dimansuhkan oleh Anwar.

Pada 2008, Anwar sekali lagi didakwa atas tuduhan liwat, kali ini melibatkan bekas
pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2015, tetapi dibebaskan pada 2018
selepas mendapat pengampunan diraja sebagai sebahagian daripada janji pilihan raya
bagi membebaskannya oleh kerajaan Pakatan Harapan yang ketika itu dipimpin
Mahathir.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami


Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Masukkan emel anda

Melanggan

Tag Editor's Pick Anwar Ibrahim Dr Mahathir Mohamad Ibrahim Ali 1998

Kongsi
 

Artikel Berkaitan
Berita

Tuduh PN terima dana judi satu lagi


pembohongan Anwar, kata Bersatu
Mei 26, 2023 6:28 petang
Berita

Muhyiddin tuntut permohonan maaf Anwar,


Zahid kerana fitnah PN
Mei 26, 2023 12:20 tengahari

Berita

Mungkin ada tawar menawar Anwar dengan


Sabah, Sarawak, kata peguam
Mei 26, 2023 8:00 pagi

- Iklan -

The Peak, Setia Ecohill 1 Setia Eco


Taman Tar,… 36x86… Templer,Ess…
RM 4,228,000 RM 899,000 RM 1,300,000

Visit Site Visit Site Visit Site

Paling Popular
Penduduk kampung di Hulu Langat berdepan masalah air sekian lama
Mei 28, 2023 9:00 pagi

Kumpulan hak asasi manusia kecam kerajaan rayu keputusan beri


kerakyatan kanak-kanak
Mei 27, 2023 1:30 tengahari

Di Gerik, arus zaman datangkan dilema pada belia Orang Asli


Mei 27, 2023 9:00 pagi

Bekas sekutu imbas apa yang berlaku, dakwa Mahathir mahu jaga air
muka Anwar
Mei 29, 2023 8:05 pagi

Himpunan peminat dan pemilik kereta Volkswagen


Mei 27, 2023 9:00 pagi

MalaysiaNow berada di belakang tajuk utama berita dalam negara, membawakan berita, pandangan dan
pendapat berkaitan isu dan maklumat terkini kepada anda.

TENTANG

Tentang MalaysiaNow

Pengiklanan Bersama Kami

Hubungi Kami
Kerja Dengan Kami

TERMA PENGGUNAAN

Terma & Penafian

Dasar Privasi

LANGGAN BERITA KAMI

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Masukkan emel anda

Melanggan

Copyright © 2023 MNow Media Sdn Bhd. All rights reserved.

Anda mungkin juga menyukai