Anda di halaman 1dari 1

USUL POLITIK : PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR PADA MESYUARAT

PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAMPAR TAHUN 2021

MENYEDARI bahawa ekonomi rakyat amat terkesan akibat pendamik Covid-19 yang melanda
negara. UMNO perlu memainkan peranan dalam menjadi jurubicara rakyat bagi memastikan
keadaan ekonomi dapat dipulihkan semula dan rakyat dalam hidup dalam keadaan yang lebih
sempurna.

MENGINSAFI bahawa suasana politik yang ketidaktentuan dapat membentuk ketidakstabilan


terhadap kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara. Semakin ramai yang mual dengan
tingkahlaku ahli politik yang lantas menyebabkan negara berkali-kali terpalit dengan polemik
yang seakan tiada penyudahnya.

MENGAKUI bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah penanda aras kepada gerak
kerja jentera parti terus diperkasa. Walaupun kejayaan besar tercipta, jangan jadikan ia
bekalan untuk kita selesa menghadapi PRU ke-15 nanti. UMNO perlu segera menyusun
langkah, mencatur strategi, dan memperbaiki segala kelemahan yang ada agar kita lebih
bersedia menjadi pilihan utama rakyat pada Pilihan Raya yang bakal menjelang.

MENGINGATKAN mana-mana ahli parti yang memikirkan kepentingan diri daripada


kepentingan parti dan UMNO perlu sentiasa bermuhasabah agar tidak mengulangi kesilapan-
kesilapan sehingga UMNO tersungkur lantas tidak lagi berjaya menubuhkan Kerajaan.

Justeru, dengan penuh rasa tawaduk dan rasa cinta terhadap parti UMNO – parti keramat
yang menjadi pembela agama bangsa dan negara;

KAMI, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kampar yang bersidang pada hari ini 11 Disember
2021 (Hari Sabtu) ini, ingin membawa cadangan bagi menegaskan dan mendesak pucuk
pimpinan untuk menerima usul-usul berikut :

1. Mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum Pemilihan Parti UMNO bagi
mengelakkan perpecahan dan mengelakkan kekuatan jentera UMNO terhakis akibat
perebutan jawatan daripada peringkat pusat sehingga cawangan Parti.

2. Meneruskan keputusan usul Perhimpunan Agung UMNO yang lalu di mana UMNO
perlu menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM)
bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

3. Mendesak kepimpinan untuk meletakkan lebih ramai calon anak muda pada Pilihan
Raya Umum yang datang dan ia terbukti apabila kepimpinan pusat memperkenalkan
calon muda pada PRN Melaka, kesemuanya telah mendapat tempat di hati rakyat
Negeri Melaka.

4. Mendahulukan dan mengutamakan gerak kerja Pilihan Raya daripada peringkat


Pusat sehingga ke peringkat PDM dan memastikan jentera di semua peringkat bersiap
sedia memenangkan Barisan Nasional pada PRU-15 nanti.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kampar mohon mencadang.

Anda mungkin juga menyukai