Anda di halaman 1dari 2

PRU15: 'Pengundi sudah tetap pendirian

nak undi parti mana jadi kerajaan'


Oleh Mohd Amin Jalil - November 13, 2022 @ 7:44pm
bhnews@bh.com.my

Mohamad beramah mesra dengan pengundi Parlimen Rembau. FOTO NSTP


SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) yakin pengundi akan terjemahkan undi mereka
kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini
seperti mana mereka lakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri
(PRN), sebelum ini.

Timbalan Pengerusi BN yang juga calon gabungan itu bagi Parlimen Rembau, Datuk
Seri Mohamad Hasan, berkata pihaknya yakin pengundi sudah membuat keputusan
lebih awal untuk memilih parti mana patut dipilih dan diangkat bagi menjadi kerajaan
di peringkat Persekutuan.

DISYORKAN UNTUK ANDA


 Tiada lagi kerusi 'fixed deposit'
 PRU15: Azmin tak ambil mudah saingan di Gombak
 Pengundi akan hukum pemimpin cabuli hak rakyat pada PRU15
 Peratusan mengundi boleh cecah 80 peratus
"Saya yakin majoriti pengundi sudah membuat keputusan siapa akan mereka pilih,
apa yang ada dalam fikiran mereka seperti diterjemahkan di PRK dan PRN sebelum
ini. Kini mereka menunggu PRU untuk mereka terjemahkan pula di peringkat
kebangsaan.

"Saya berharap ia akan berlaku pada hari pengundian nanti kerana kita tidak boleh
lagi memperjudikan masa depan kita dengan memberi kerajaan tidak mantap,
kerajaan campuran mempunyai pelbagai agenda berbeza," katanya ketika ditemui
selepas berkempen di Kampung Paroi, hari ini.

Pada PRN Melaka dan Johor sebelum ini, BN memperoleh kemenangan majoriti dua
pertiga dan beberapa siri PRK selepas PRU14 menyaksikan sokongan pengundi
kembali kepada parti gabungan BN/UMNO.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah
Pilihan Raya BN berkata, keadaan parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) yang
berbeza agenda menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana
Menteri kali kedua selepas PRU14, tidak dapat bertahan.
Katanya, Dr Mahathir terpaksa meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan
kerenah terlampau banyak dalam gabungan PH.

"Tun tak boleh buat keputusan kerana mereka kena rujuk dengan parti masing-
masing, mana boleh urus kerajaan macam itu. Negara mesti diuruskan dengan
terbaik.

"Sebab itu ia perlukan kerajaan mantap dan BN memperoleh majoriti dua pertiga
sejak dulu dapat uruskan negara dengan baik serta dibangunkan dengan cepat
sehingga dicemburui masyarakat antarabangsa yang lain," katanya.

Mohamad berkata, BN mempunyai pasukan berkaliber dan mempunyai pengalaman


luas termasuk dalam kalangan bekas menteri dan menteri besar untuk
mengembalikan legasi parti itu mentadbir negara.

Anda mungkin juga menyukai