Anda di halaman 1dari 14

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

SEPT / 2021

ABSM3103

FIQH MUMALAT

NO. MATRIKULASI : 930112025044001

NO. KAD PENGENALAN : 930112025044

NO. TELEFON : 018-7854993

E-MEL : jihah_mdisa93@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Open University Malaysia (OUM) Temerloh

2
Bil. Perkara M/S

1 Pendahuluan 3-4

2 Soalan 1: Aspek kejujuran yang perlu ditekankan dalam urusan 4-6


jual beli.

3 Soalan 2: Syarat-syarat yang diperlukan bagi memastikan jualan 6-10


dalam talian memenuhi kehendak syarak.

4 Soalan 3: Mekanisme ujrah yang diguna pakai dalam pinjaman 10-11


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

5 Soalan 4: Nasihat pelaburan patuh Syariah 12-13

6 Kesimpulan 13

7 Bibliografi 14

PENDAHULUAN

2
Dalam sesebuah masyarakat Islam, perniagaan dan perdagangan merupakan satu
tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah (Ataul Huq Pramanik 2002). Ia juga
merupakan sebahagian dari tuntutan umum supaya manusia saling bantu-membantu dan
bekerjasama dalam kehidupan seharian mereka selain memenuhi keperluan hidup bermasyarakat
(Aghnides 1981). Bagi umat Islam ia adalah sebahagian daripada usaha kerjasama takwa dan
perkara kebaikan (Muhammad Abdul Mun’im al-Jamal 1992). Justeru itu, perniagaan adalah
suatu bentuk sumbangan kepada masyarakat umum dan ia disifatkan dalam al-Quran sebagai
satu aktiviti yang dihalalkan. Firman Allah SWT (al-Baqarah 2: 275) yang bermaksud:

“Dan Allah menghalalkan jual beli iaitu perniagaan (al-Bai) dan mengharamkan riba”.

Imam Bukhari juga pernah meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa suatu hari seorang
lelaki menemui Rasulullah SAW untuk meminta sedekah. Baginda SAW menyuruh lelaki itu
menunggu sekejap lalu masuk ke dalam rumah. Setelah keluar, Baginda memberi sebilah kapak
lantas menyuruhnya pergi bekerja mencari kayu dan menjualnya di pasar. Sebelum lelaki itu
pergi, Baginda sempat mengingatkan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang berjumpa dengan
Baginda semula. Setelah beberapa hari, lelaki itu menemui Rasulullah SAW semula dan terbukti
motivasi dan semangat yang diberikan oleh Rasulullah SAW telah membantu lelaki itu menjadi
seorang usahawan yang terlibat dengan industri perkayuan. Rasulullah SAW juga pernah
bersabda (Muslim 1376, hadis no. 5270) yang bermaksud:

“Mencari yang halal adalah fardu atas setiap Muslim”.

Oleh itu, berasaskan bukti daripada al-Quran dan al-Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa
Islam amat menggalakkan umatnya terlibat di dalam perniagaan apatah lagi menjadi seorang
usahawan Muslim yang berjaya, bahkan Islam amat membenci pengangguran dan hidup dalam
keadaan meminta-minta (Mohd 1976). Tugasan ini akan membincangkan tentang aspek
kejujuran yang perlu ditekankan dalam urusan jual beli berserta contoh perniagaan yang
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW, syarat-syarat yang diperlukan bagi memastikan jualan dalam
talian seperti Shopee, Lazada dan sebagainya memenuhi kehendak syarak. Seterusnya, tugasan
ini turut membincangkan mekanisme ujrah yang diguna pakai dalam pinjaman Perbadanan

2
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan akhir sekali akan mengupas tentang nasihat
untuk masyarakat yang ingin melabur secara patuh Syariah.

1) Contoh ikutan yang ideal kepada kita dalam perniagaan ialah baginda Rasulullah SAW.
Baginda sebelum diutus menjadi rasul merupakan seorang usahawan dan ahli perniagaan yang
hebat dan berjaya. Antara perinsip atau etika perniagaan yang diamalkan oleh Baginda
Rasulullah SAW ialah bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah semasa baginda menjalankan dagangan Saidatina Khadijah, baginda memperoleh hasil
keuntungan yang besar dan berlipat ganda. Sesungguhnya sifat jujur dan amanah dalam apa jua
bidang pekerjaan terutama sekali dalam perniagaan adalah sangat penting kerana sifat-sifat
tersebut dapat memelihara diri dari melakukan perbuatan yang munkar dan dosa. Ketahuilah
bahawasanya kadang kala rezeki yang baik dan halal itu boleh tercemar dan menjadi haram jika
kita tidak bersikap jujur dan amanah terutama dalam perniagaan seperti menjual barang yang
telah rosak, menjual barang yang telah luput tarikhnya, mengurangkan sukatan timbangan dan
sebagainya. Ingatlah, agama kita menegah umatnya daripada melakukan sebarang tipu daya atau
helah ketika menjual beli.

Imam Al-Ghazali ada menyatakan di dalam kitabnya Al-Adabu Fiddin mengenai adab-adab ahli
perniagaan, antaranya:

Jangan mengurangkan sukatan atau timbangan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mutaffin
ayat 1-3:

 ‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

)٣( َ‫ َوِإ َذا َكالُوهُمۡ َأو َّوزَ نُوهُمۡ ي ُۡخ ِسرُون‬ )٢( َ‫اس يَ ۡست َۡوفُون‬ ْ ُ‫ٱلَّ ِذينَ ِإ َذا ۡٱكتَال‬ )١( َ‫َو ۡي ۬ ٌل لِّ ۡل ُمطَفِّفِين‬
ِ َّ‫وا َعلَى ٱلن‬

‫صدق هللا العظيم‬

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang dalam timbangan dan sukatan. Iaitu mereka
yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan
cukup. Dan sebaliknya apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka
mengurangnya.”

2
Memang diakui bahawa manusia itu memiliki kekurangan dan tidak mustahil boleh sahaja terjadi
pengurangan tanpa disengajakan. Jika seseorang itu telah berusaha untuk menyempurnakan
sukatan dan timbangan dengan baik, akan tetapi dia tersilap tanpa disengajakan, maka tidaklah
seseorang itu berdosa. Sungguhpun demikian, jika dia masih berasa was-was dan takut berlaku
kecuaian yang tidak disengajakan, maka Rasulullah SAW telah mengajarkan sepertimana dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Qais bin Abu Gharazah R.A, Baginda bersabda:

}‫ فشوموا بيعكم بالصدقة {رواه اإلمام الترمذى‬،‫يا معشر التجار إن الشيطان واإلثم يحضران البيع‬

Maksudnya:

“Wahai para pedagang! Sesungguhnya syaitan dan dosa itu selalu mendatangi jual beli. Maka
campurkanlah jual belimu dengan sedekah.”

Dari hadis tersebut, Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kita cara untuk mengelakan diri
kita dari sebarang kemungkinan melakukan kekurangan dalam sukatan atau timbangan, iaitu
dengan menambah dan melebihkan sedikit barang yang kita timbang itu dalam sukatan atau
timbangan tersebut. Dengan tambahan dan lebihan tersebut, maka selamatlah para peniaga dari
melakukan kesalahan pengurangan yang dilakukan secara tidak sengaja, dan jika pun ternyata
sukatan atau timbangan itu sebenarnya telah mencukupi, maka tambahan itu akan menjadi
sedekah. Maka dengan amalan tersebut, mereka bukan sahaja mendapat ganjaran yang banyak
dari amalan sedekah, bahkan juga mendapat kepercayaan daripada pembeli dan orang ramai.
Seterusnya, sebagai peniaga yang jujur, janganlah berbohong dan menipu dalam urusan
perniagaan. Dalam perkara jual beli sebagai contoh ada sesetengah barangan yang cepat berubah
seperti ikan, udang, sotong, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Maka dalam hal ini
dinasihatkan kepada pembeli agar memeriksa betul-betul akan kesegaran barang jualan tersebut.
Bagi pihak penjual pula, jangan mencampurkan barangan yang baik dengan barangan yang
kurang baik atau sudah rosak dan menjualnya dengan menyembunyikan barang yang kurang baik
itu di bawah timbunan barangan yang baik seperti ikan atau buah-buahan yang segar diletak di
atas tetapi barang yang kurang elok diletak di dalam atau dibawahnya.

Jika para peniaga menginginkan harta yang berkat lagi halal maka para peniaga hendaklah
menjalankan perniagaan mereka dengan cara yang diredhai Allah SWT. Oleh itu, contohilah cara

2
baginda Rasulullah SAW berniaga. Baginda berniaga dengan jujur dan amanah serta
memperolehi keuntungan yang berlipat ganda. Janganlah kerana hendak meraih keuntungan, kita
sanggup melakukan perkara yang salah, keji dan munkar.

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah
R.A bahawa Rasulullah SAW berjalan-jalan di kawasan pasir bandar Madinah. Baginda
melewati selonggok makanan. Lalu Baginda memasukkan tangan ke dalamnya, kemudian tangan
Baginda menyentuh sesuatu yang basah, maka Baginda pun bertanya “Apakah ini wahai pemilik
makanan?” pemilik menjawab: Makanan tersebut terkena air hujan wahai Rasulullah. Lalu
Baginda bersabda yang maksudnya: “Mengapa kamu tidak meletakkannya di bahagian atas
makanan agar manusia dapat melihatnya. Barang siapa menipu maka dia bukan dari golongan
kami”.

2) E-dagang secara umumnya adalah “satu sistem yang membolehkan penjualan dan
pembelian barangan atau perkhidmatan oleh penjual dan pengguna di Internet.” Selari dengan
peredaran zaman, platform e-dagang lebih banyak digunakan oleh pengguna masa kini dalam
transaksi jual beli barang berbanding pembelian secara langsung di kedai atau di pasar raya.
Selain itu, platform ini juga disifatkan sebagai platform yang lebih mudah digunakan dan
dikatakan lebih mesra pelanggan menyebabkan ia semakin popular dalam kalangan pengguna
(Suhana dan Maisharah-2016)

Secara umumnya, hukum jual beli dalam Islam adalah harus, hal ini berdasarkan firman Allah
S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat 275:

ۗ ‫وا َواَ َح َّل هّٰللا ُ ْالبَ ْي َع َو َح َّر َم الرِّ ٰب‬


‫وا‬ ۘ ‫ك بِاَنَّهُ ْم قَالُ ْٓوا اِنَّ َما ْالبَ ْي ُع ِم ْث ُل الر ِّٰب‬
َ ِ‫ذل‬ ٰ

Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu
sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan jual beli (berniaga) dan
mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, 2:275).

Walau bagaimanapun, perlaksanaan jual beli dalam Islam ini didasari dengan rukun-rukun yang
wajib untuk dipenuhi. Rukun-rukun tersebut adalah wujud aqidain (penjual dan pembeli), objek

2
akad (barang yang dijual dan harga) dan adanya sighah (ijab dan kabul) (Saad, 2015). Ketiga-tiga
rukun ini berserta syaratnya wajib dipenuhi dalam melakukan transaksi jual beli. Jika terkurang
salah satu rukun ini, maka transaksi jual beli tersebut terbatal. Selain itu, terdapat juga beberapa
larangan yang perlu diambil perhatian oleh pihak yang melakukan transaksi jual beli, antaranya
adalah larangan terlibat dengan riba, gharar, penipuan dan sebagainya. Terdapat banyak ayat
dalam al-Quran dan al-Hadis yang melarang secara jelas terhadap penglibatan riba, dan gharar
dalam transaksi berkaitan muamalat. Antaranya, firman Allah S.W.T dalam surah al-Imran, ayat
130 yang jelas menegaskan larangan mengambil riba sama ada secara sedikit mahupun secara
berlipat kali ganda:

ٰ ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُوْ ا اَل تَْأ ُكلُوا ال ِّر ٰب ٓوا اَضْ َعافًا ُّم‬
ً‫ض َعفَة‬

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda.”

(Surah al-Imran, 3:130)

Selain itu, larangan jual beli gharar pula disebutkan oleh Nabi Muhammad S.A.W di dalam
sebuah hadis:

“Rasulullah S.A.W melarang jual beli al-Hashah ( dengan melempar batu ) dan jual beli gharar.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Manakala larangan penglibatan maisir pula di sebut dalam al-Quran:

َ‫صابُ َوااْل َ ْزاَل ُم ِرجْ سٌ ِّم ْن َع َم ِل ال َّشي ْٰط ِن فَاجْ تَنِبُوْ هُ لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِحُوْ ن‬
َ ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُ ْٓوا اِنَّ َما ْالخَ ْم ُر َو ْال َم ْي ِس ُر َوااْل َ ْن‬

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Surah al-Maidah, 5:90)

Bagi memastikan transaksi jual beli itu sah di sisi syarak, ia haruslah memenuhi syarat-syarat
atau rukun jual beli, dan terhindar daripada larangan-larangan tersebut. Terdapat tiga syarat yang
terdapat dalam transaksi jual beli atas talian atau e-dagang, iaitu kelayakan pihak yang terlibat
dalam kontrak, barang jualan e-dagang dan bentuk kontrak e-dagang (Ahmad Jazlan, Joni
Tomkin dan Mohd Borhanuddin-2015). Ketiga-tiga syarat ini perlu diteliti bagi menentukan
keharusan penjualan atas talian.

2
i. Kelayakan pihak yang terlibat dalam kontrak jual beli

Bagi transaksi jual beli, pihak yang melakukan kontrak, iaitu penjual dan pembeli haruslah
memenuhi syarat keahlian yang ditetapkan oleh syarak. Keahlian yang dimaksudkan adalah
kedua-dua pihak seharusnya terdiri daripada orang yang berakal dan mumaiyiz, dan tidak
disyaratkan baligh (Saad, 2015). Oleh itu, disebabkan penjualan secara e-dagang tidak berlaku
secara fizikal, sukar untuk memastikan keahlian pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi
tersebut. Hal ini bakal menimbulkan masalah kerana, jika salah seorang daripada pihak yang
melakukan transaksi tidak menepati keahlian yang ditetapkan oleh syarak, maka transaksi jual
beli atas talian tersebut terbatal. Walaubagaimanapun, hal ini boleh diselesaikan dengan penjual
menyediakan borang pendaftaran elektronik pada laman web untuk diisi oleh pembeli berkenaan
butiran peribadinya, seperti nama, alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon.
Perkara ini juga sudah banyak dipraktikkan dalam pelbagai platform e-dagang yang agak
terkenal di Malaysia seperti Shopee, Lazada, Alibaba dan sebagainya.

ii. Barang jualan e-dagang

Terdapat dua perkara yang perlu dilihat dan diteliti pada barang yang dijual secara atas talian,
iaitu hukum melakukan kontrak ke atas barang yang tidak dapat dilihat (ghaib) ketika kontrak
dilakukan, dan hukum melakukan kontrak ke atas barang yang masih belum ada. Sedia maklum,
barangan yang dijual secara atas talian tidak dapat dilihat oleh pembeli ketika kontrak dilakukan.
Jika melihat kepada rukun barang yang hendak dijual, barang tersebut mesti wujud ketika
kontrak dilakukan. Walaubagaimanapun dalam keadaan jual beli atas talian, syarat tersebut tidak
dapat dipenuhi. Namun, berdasarkan pendapat mazhab Maliki, Hanbali dan sebahagian Syafii
jual beli barang yang ghaib ketika kontrak dilakukan adalah sah dengan syarat barang tersebut
perlu dinyatakan sifat dan ciri-cirinya secara terperinci (Ahmad Jazlan, Joni Tomkin dan Mohd
Borhanuddin, 2015). Jika dilihat kepada operasi dan pelaksanaan e-dagang, kebiasaannya barang
yang dijual akan dinyatakan sifat-sifatnya secara terperinci dalam platform jual beli tersebut.
Pembeli dapat menilai kualiti dan keadaan barang tersebut berdasarkan penerangan yang dibuat
oleh penjual terhadap barang yang dijual. Oleh yang demikian, jelas bahawa isu ini dapat
diselesaikan dengan memastikan penjual menyatakan ciri-ciri barang yang ingin dijual dengan
terperinci.

2
Bagi masalah penjualan barang yang masih belum ada, kebanyakan pendapat ulama’
membenarkan pelaksanaannya, dengan syarat ia mengikut syarat jual beli salam’, dan tidak sah
jika dilakukan dengan cara jual beli yang biasa. Antara syarat-syarat jual beli salam adalah:

- Barang yang dijual perlu dinyatakan sifat dan ciri-cirinya, sama ada daripada segi jenis barang,
kualiti, jumlah dan sebagainya.

- Barang yang dijual mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual berdasarkan tempoh yang
ditetapkan.

- Lafaz salam atau salaf yang jelas menunjukkan niat untuk suatu kontrak pendahuluan modal.

iii. Bentuk kontrak e-dagang

Pelaksanaan jual beli secara atas talian menjadikan alat elektronik sebagai perantara antara
penjual dan pembeli. Oleh sebab dalam e-dagang berlakunya kontrak secara digital, yang mana
komputer pembeli berinteraksi dengan komputer penjual, dan setiap data yang dihantar melalui
dua buah komputer tersebut boleh dicetak maka kontrak yang berlaku dalam e-dagang ialah
kontrak secara bertulis. Kontrak yang dilakukan secara bertulis sama seperti kontrak yang
dilakukan secara lafaz. Oleh itu, tiada masalah untuk kontrak jual beli atas talian ini dibuat
secara bertulis. Walaubagaimanapun, untuk memastikan transaksi yang berlaku sah di sisi
syarak, penjual dan pembeli harus memastikan berlaku ijab dan kabul dalam satu majlis, jika
tidak, maka kontrak jual beli tersebut tidak sah (Zamzuri Zakaria dan Mat Noor Mat Zain,
dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Ahmad Jazlan, Joni Tomkin dan Mohd Borhanuddin
(2015).

Kesimpulannya, secara teorinya transaksi jual beli atas talian atau e-dagang selari dengan
hukum syarak, selagi mana ia mematuhi segala rukun asas jual beli dan tidak terlibat dengan
perkara yang dilarang seperti riba dan lain-lain. Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab kepada
penjual dan pembeli Muslim untuk mempraktikkan e-dagang ini dengan cara yang betul dengan
memenuhi rukun-rukun jual beli dan meninggalkan larangannya bagi mengelakkan berlakunya
transaksi yang tidak sah.

2
3) Upah dalam bahasa Arab disebut al-Ujrah. Dari segi bahasa al-ajru yang berarti iwadhu
(ganti), oleh sebab itu al-sawab (pahala) dinamai juga al-ajru atau al-ujrah (upah). Pembalasan
atas jasa yang diberikan sebagai imbalan atas manfaat sesuatu pekerjaan. Upah dalam Islam
masuk juga dalam bab ijarah sebagaimana perjanjian kerja, menurut bahasa ijarah bermaksud
upah atau ‚ganti atau imbalan, kerana itu lafaz ijarah mempunyai pengertian umum yang
meliputi upah atas pemanfaatan suatu benda atau imbalan suatu kegiatan atau upah melakukan
sesuatu perkhidmatan. Kelayakan pelajar untuk diberikan pinjaman adalah berdasarkan kepada
tahap kemampuan pendapatan keluarga dan mereka mestilah mengikuti program pendidikan
sepenuh masa atau separuh masa pada peringkat ijazah pertama dan diploma dimana-mana
institut pengajian tinggi. Setelah acap kali menerima aduan bahawa orang ramai merasakan
terbeban dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN dengan caj
perkhidmatan yang sangat tinggi mulai dari 10% sehingga 3%. Pihak PTPTN telah
mengeluarkan perancangan baru iaitu pembiayaan ujrah yang hanya mengambil 1% bagi
meringankan beban peminjam dan bersesuaian dengan hukum Islam. 1% itu adalah caj
perkhidmatan yang dikenakan PTPTN kepada peminjam (Mohammad Yusri, Wawancara,
Pejabat PTPTN Sarawak, 28 Juni 2018). PTPTN juga telah menggadakan Musyawarah bersama
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia berkaitan hal tersebut dan meminta Majlis Fatwa
Kebangsaan untuk menimbangkan dan menggeluarkan fatwa. Setelah itu Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia melakukan. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi hal
Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 28 Julai 2008. Di sini jelaslah bahawa Majlis
Fatwa Kebangsaan Malaysia disahkan oleh Negara Malaysia. Setiap fatwa yang dikeluarkan
wajiblah diikuti oleh rakyat Malaysia dan menjadi sumber utama rakyat Malaysia. Muzakarah
Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang
pada 28 Julai 2008 tersebut telah membincangkan kajian perlaksanaan Pembiayaan Pendidikan
PTPTN berdasarkan mekanisma kontrak Ju’alah. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

I. Bersetuju dengan caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN kepada pelajar atas konsep
upah (Ujrah) dengan kadar yang munasabah dan tidak membebankan pelajar.
II. Pihak PTPTN boleh mengenakan pampasan (Ta’widh) kepada para pelajar yang telah
mendapat pekerjaan tetap dan berkemampuan dari aspek kewangan tetapi sengaja tidak

2
mahu membayar semula pembiayaan PTPTN. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kerja
tetap dan tidak berkemampuan daripada aspek kewangan tidak dikenakan pampasan.
III. Pihak PTPTN hendaklah memberikan rebat (ibra) kepada pelajar yang berjaya
melangsaikan pembiayaan lebih awal daripada tamat tempoh perjanjian dan bersetuju
supaya pembiayaan PTPTN berasaskan konsep upah ini diaplikasikan kepada semua
kategori pelajar disemua peringkat pengajian dan terpakai kepada seluruh pelajar tanpa
mengira agama dan bangsa.

Dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau
kerajaan, mereka tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang caj kepada peminjam khususnya
dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan
berubahnya jumlah pemberian pinjaman. Walaubagaimanapun, ulama Syafi`iyah berpendapat,
al-ijarah atau ujrah adalah suatu akad atas suatu manfaat yang dibolehkan oleh Syara` dan
merupakan tujuan dari transaksi tersebut, dapat diberikan dan dibolehkan menurut Syara` disertai
sejumlah imbalan yang diketahui. Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN ujrah yang
masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar
kefahaman nas, para ulama antara bangsa melarangnya untuk menggunakan penambahan upah
ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambahan kepada peminjam
kerana tempoh (Time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi,
kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah tidak
menjadikan jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah (e-fatwa.gov.my).

4) Pelaburan patuh Syariah adalah merujuk kepada konsep pelaburan yang halal. Konsep ini
juga boleh bermaksud jenis pelaburan yang bertanggungjawab dan mesra komuniti jika ingin
dilihat dengan lebih meluas. Matlamat pelaburan Syariah menurut ajaran Islam, adalah untuk
memelihara dan mengukuhkan 5 perkara iaitu agama, nyawa, minda, keluarga dan hak. Doktrin
syariah memberi panduan untuk komuniti agar sentiasa mengimbangkan ekosistem antara
masyarakat dan individu. Walaupun tidak dilarang untuk “mementingkan diri sendiri”, pelaburan
syariah yang dibuat perlulah tidak memudaratkan orang lain termasuklah dalam aspek pelaburan
dan pengurusan kewangan peribadi. Terdapat pelbagai jenis pelaburan patuh Shariah di Malaysia

2
yang dibina untuk memberi pilihan kepada umat Islam melabur. Pada masa yang sama,
pelaburan ini dapat membentuk tanggungjawab untuk Muslim dalam hal kewangan dan secara
langsung, memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Pelaburan halal pada asasnya
merujuk kepada pelaburan yang dibuat berdasarkan hukum Syariah. Hukum Syariah adalah
undang-undang Islam yang mempunyai larangan tertentu. Sebagai contoh, riba diharamkan
dalam Islam ini adalah ciri utama pelaburan Syariah. Seperti Firman Allah SWT:

Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat
ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Peliharalah
dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir.”

(Ali Imran:130)

Jika anda melabur ke dalam pelaburan patuh Syariah, ini bermakna anda akan melabur ke dalam
aset yang tidak mempunyai konsep riba. Selain itu, pelabur dalam aset patuh Syariah juga tidak
akan mempunyai elemen-elemen yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti rokok, alkohol atau
perjudian. Apabila disebut dana amanah, juga dikenali sebagai unit trusts, anda boleh mengenal
pasti sama ada ianya patuh Syariah atau tidak melalui nama dana tersebut. Jika nama dana
disertakan dengan “Syariah”, “Islamik” atau “Sukuk”, dana tersebut patuh Syariah.

Sebagai contoh untuk jenis pelaburan adalah emas. Apabila anda membeli emas dalam talian,
penting untuk anda tahu bahawa anda membeli emas fizikal yang jelas hak miliknya serta rekod
bukti (ini adalah kunci kepada pelaburan emas yang halal). Anda juga boleh memiliki ETF emas
yang memiliki emas fizikal tetapi ETF yang memiliki emas dalam bentuk
kontrak futures dan options adalah haram. Kontrak ini tidak dibenarkan dalam Islam.

Pelaburan hartanah pula adalah pilihan sepanjang zaman untuk kebanyakan pelabur. Ianya
popular, stabil dan tidak terlalu rumit. Namun, pelaburan hartanah juga datang dengan cabaran
tersendiri tetapi pendapatannya agak memuaskan. Anda juga perlu tahu bahawa nilai kecairan
hartanah tidak sebagus saham, emas dan pelaburan yang lain. Hartanah popular dalam kalangan
orang Islam. Selain itu, pelabur untuk hartanah komersial juga perlu berhati-hati agar tidak
memperoleh sewa daripada penyewa yang mengoperasikan aktiviti tidak patuh Syariah. Sebagai
contoh, bar atau pusat perjudian.

2
Kesimpulan

Kesimpulannya, perniagaan atau muamalah dalam Agama Islam sangatlah digalakkan. Ia bukan
sahaja amalan sunnah, tetapi dapat melipat kali gandakan lagi hasil pendapatan individu tersebut
dengan syarat perniagaan tersebut jauh dari riba dan mempunyai amalan sedekah di dalamnya.
Bukan sahaja dalam perniagaan perlu dijauhi riba, malah dalam pinjaman seperti PTPTN juga
tidak seharusnya mengandungi unsur riba kerana ianya haram di sisi Agama Islam. Perniagaan
atas talian mempunyai potensi yang baik untuk dipraktikkan oleh usahawan Muslim masa kini.
Oleh itu, sebagai seorang usahawan Muslim, potensi yang wujud pada perniagaan atas talian ini
seharusnya digunakan sebaiknya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang perlu
dihadapi bagi memastikan perniagaan atas talian ini mampu untuk bersaing dengan pasaran
semasa. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan menitik beratkan soal ilmu
pengetahuan, khususnya dalam bidang perniagaan Islam dan pengurusan dalam kalangan
usahawan e-dagang, mengadakan kerjasama antara usahawan bagi mengurangkan persaingan
dan meningkatkan idea-idea baharu dalam perniagaan e-dagang, dan usahawan seharusnya
mendisiplinkan diri dengan mengamalkan budaya-budaya keusahawanan Islam. Bagi pelaburan
pula, sama ada pelabur Muslim atau bukan Muslim, pilihan patuh Syariah amat menarik untuk
yang lebih sedar akan kepentingan pelaburan yang mesra sosial. Dengan pengetahuan ini, sedikit
sebanyak anda dapat membuat keputusan yang lebih menyeluruh selari dengan hukum Syariah.

(3258 patah perkataan)

Bibliografi

http://www.kheu.gov.bn/Lists/Khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=779

https://www.researchgate.net/publication/
340861616_FIQH_MUAMALAT_ISLAM_HUKUM_DALAM_SISTEM_JUAL_BELI_ATAS
_TALIAN_E-
DAGANG_DARI_SUDUT_PANDANGAN_FUQAHA_ISLAMIC_MUAMALAT_OF_FIQH_
LEGAL_SYSTEM_IN_SELLING_ONLINE_E-
COMMERCE_FROM_THE_FUQAHA_ISLAMIC_VIEW_1_NORA

TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PENERAPAN PEMBIAYAAN UJRAH DALAM PERBADANAN TABUNG
PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL DI KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA

2
https://mypf.my/2021/05/23/5-jenis-pelaburan-patuh-shariah-di-malaysia/

Anda mungkin juga menyukai