Anda di halaman 1dari 5

HAJARUL ASWAD

DISEDIAKAN OLEH :
QISTINA HAKIM BINTI MOHAMED ALI
HAJARUL ASWAD

PENGENALAN

• Hajarul Aswad terletak di sudut selatan, sebelah kiri pintu kaabah


• Ketinggian : 1.10m dari permukaan tanah, ia tertanam di bahagian
dalam kaabah.
• Hajarul Aswad ini adalah batu dari syurga.
• Batu yang mana terdapat kelebihan dan ketinggian dari batu-batu
yang lain kerana:
- Akan menjadi saksi kepada orang yang telah menziarah dan
mengusapnya dengan kebenaran pada hari kiamat.

Daripada ibnu abbas ra, sabda nabi saw,

Ertinya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga. Warnanya lebih putih
daripada susu. Dosa anak-anak adam as yang telah menjadikannya hitam.”
– (riwayat al-tirmidzi)
• Pada asalnya, batu Hajarul Aswad ini hanya satu ketul, namun
sekarang sudah berpecah kepada 8 ketul. Ketul yang paling besar
sebesar buah tamar
• Sejak 50 tahun dahulu, pada awal abad ke 14 hijrah, jumlahnya 15
ketul, kemudian ia semakin berkurangan oleh proses baik pulih yang
dilakukan terhadap lingkungan Hajarul Aswad. Bahagian-bahagian
batu yang kecil dan sudah hancur diuli semula dengan lilin dan kasturi.
Kemudian ia diletakkan semula di tempatnya. Warnanya bertambah
hitam kerana terlalu banyak air wangi diletakkan ke atasnya

PERISTIWA MENGENAI HAJARUL ASWAD

1) PEMBINAAN KAABAH OLEH NABI IBRAHIM AS

• Ketika Nabi Ibrahim As membina ka’abah, sampai di tempat Hajarul


Aswad, beliau meminta Nabi Ismail As mencari seketul batu sebagai
tanda tempat permulaan tawaf

• Akhirnya, Allah SWT mengarahkan malaikat JIBRAIL supaya membawa


batu dari BUKIT ABI QUBAIS

• Batu ini disimpan di BUKIT ABI QUBAIS sejak zaman taufan Nabi Nuh As

2) PEMBINAAN SEMULA KAABAH OLEH PUAK QURAISY


• Semasa puak quraisy membina semula ka’abah, setiap kabilah telah
diberikan bahagian satu penjuru ka’abah

• Bila sampai ke tempat Hajarul Aswad, mereka hampir berperang


antara kabilah-kabilah disebabkan setiap kabilah mendakwa mereka
lebih berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya

• Akhirnya, mereka membuat keputusan bahawa orang yang akan


memutuskan perkara ini ialah orang yang pertama memasuki masjid
ini dari pintu BANI SYAIBAH
• Kebetulan Rasulullah SAW memasuki pintu berkenaan dan beliau
dikenali dengan gelaran “AL-AMIN”

• Rasulullah SAW mengambil sehelai kain lalu meletakkan Hajarul Aswad


di atasnya

• Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan seorang wakil daripada


setiap kabilah untuk mengangkatnya hingga sampai ke tempatnya

• Dan Rasulullah SAW mengambil Hajarul Aswad dengan tangan


baginda dan meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya

• Memperlihatkan kebijaksanaan nabi saw dlm permasalahan


meletakkan hajar aswad ini dikalangan Puak Quraisy

3) UCAPAN UMAR RA AL-KHATTAB RA

Umar RA Bin Al-Khattab Ra mengucup Hajarul Aswad lalu berkata,

Ertinya: “aku tahu kamu hanyalah sebiji batu yang tidak dapat memberi
musibah mahupun memberi manfaat. Jika tidak kerana aku melihat
Rasulullah SAW mengucup mu, aku tidak akan melakukannya.” – (sahih al-
bukhari, no. 1597, sahih muslim, no. 1270)

• Hikmah daripada ucapan Umar RA di atas, kata ulama’, Umar RA


berkata sedemikian kerana pada ketika itu orang jahiliah makkah
menyangka bahawa mengucup Hajarul Aswad adalah sama dengan
perbuatan orang jahiliah makkah mengagungkan berhala

• Maka, Umar RA ingin mengajar mereka bahawa mengucup Hajarul


Aswad bertujuan untuk membesarkan Allah SWT semata-mata dan
mengikut ajaran Rasulullah SAW
AMALAN/PANDUAN KETIKA BERADA DI HAJARUL ASWAD

• Sunat mengucup atau mengusap Hajarul Aswad pada bila-bila masa

• Sunat mengucup atau mengusapnya ketika mula melakukan tawaf

• Mengucupnya dengan cara tidak mengeluarkan bunyi seperti


mencium anak

• Istilam Hajarul Aswad boleh dilakukan dengan mengucup atau


mengusapnya dengan tangan atau tongkat atau dengan isyarat
tangan ke arahnya, kemudian mencium apa yang diisyaratkan
kepadanya

• Tidak menyakiti orang lain sewaktu berebut untuk mengucupnya

• Tidak berhenti di garisan Hajarul Aswad sewaktu melambaikan tangan,


khasnya pada waktu orang ramai, kerana ia akan mengganggu
perjalanan orang yang sedang menunaikan tawaf dan akan
menyakiti orang lain

Anda mungkin juga menyukai