Anda di halaman 1dari 26

FALSAFAH

DALAM
KEHIDUPAN
Pertama Menghuraikan pengertian falsafah secara
ringkas

Kedua Menghuraikan aliran ilmu falsafah yang


terdiri dari teoritikal dan praktikal

Ketiga Menjelaskan kemunculan falsafah baru


HASIL
PEMBELAJARAN Keempat Menerangkan hubungan disiplin falsafah
dengan kehidupan manusia
FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN

PENGENALAN ALIRAN ILMU


ILMU FALSAFAH FALSAFAH

PENDEKATAN KATEGORI
FALSAFAH ILMU FALSAFAH

O Falsafah Etika o Teoritikal o Ontologi


o Pengertian dan Kehidupan o Praktikal -Metafizik,
umum o Falsafah Alam o Falsafah Baru kosmologi,
falsafah Tabi’i matematik &
o Falsafah kemanusiaan.
Intelektual o Epistemologi
O Titik Pertemuan o Aksiologi
dalam pendekatan -Logik, Etika,
falsafah Estetika

3
Sambungan…
PENGENALAN ILMU FALSAFAH

Pengertian umum Falsafah…

Falsafah boleh didefinisikan sebagai usaha ke


arah mencintai, mencari, mengkaji dan
menanggapi sesuatu perkara dengan
menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaannya
untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan
yang hakiki.
- Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia.
- Kuala Lumpur: DBP-

4
PENDEKATAN FALSAFAH

Falsafah Falsafah Falsafah Titik


Etika dan Alam Tabi’e Intelektual Persamaan
kehidupan (Natural (Intellectual dalam
Pendekatan
Philosophy) Philosophy)
Falsafah

5
Takrifan falsafah
 Terdapat takrifan yang berbeza tentang apakah yang dimaksudkan oleh falsafah

• Penekanan terhadap kehidupan & kemanusiaan


TAKRIFAN • Falsafah bertujuan sebagai panduan untuk
PERTAMA memperoleh kebahagiaan
• Tamadun Timur- penekanan kepada faham agama
untuk melahirkan kehidupan yang baik

• Penekanan kepada alam tabi’i (natural philosophy)


TAKRIFAN • Perbahasan mengenai hakikat dan sifat alam.
KEDUA • Contoh: Apakah alam ini bersifat realiti?

• Penekanan fasafah sebagai satu aktiviti intelektual


TAKRIFAN • Perbahasan kepada penyelesaian kepada masalah-
KETIGA masalah falsafah
• Contoh: Persoalan dalam Falsafah Ekonomi & Politik
Sambungan…
ALIRAN FALSAFAH

PENDEKATAN FALSAFAH :

Falsafah etika dan Falsafah Alam Tabi’e


kehidupan (Natural Philosophy)
Fokus falsafah pada peringkat awal pada
 Falsafah beralih fokus daripada
aktiviti berfikir yang memberikan penekanan
pemikiran tentang manusia kepada
dan panduan utk melahirkan kehidupan
fokus pada Alam tabi’e – wujud
yang baik yang membawa kepada
teori-teori tentang sifat alam
kebahagiaan dan melahirkan insan yang
atau metafizik. Apakah sifat alam
mulia.
dan hubungannya dengan
manusia?
Kegiatan berfalsafah pada peringkat awal
 Perbahasan metafizik tentang
tamadun Greek; dan tamadun Asia- China hakikat alam.
dan India yang berasaskan faham
keagamaan sebagai panduan menjadi insan
yang mulia dan mencapai kebahagiaan dalam
kehidupan. Fokusnya pada insan dan
kemanusiaan.

7
Sambungan…
ALIRAN FALSAFAH
Beberapa aliran dan pendekatan Falsafah:

Falsafah Intelektual Titik Persamaan dalam


(Intellectual Philosophy) Pendekatan Falsafah

Ciri Falsafah yang dikongsikan


 Falsafah sebagai satu
bersama dalam aliran yang
aktiviti intelektual untuk
berbeza tersebut:
penyelesaian masalah
 Penekanan terhadap
falsafah – penekanannya
penyelesaian masalah:
beralih arah kepada sesuatu
‘problem solving’ dengan
yang bersifat akademik,
menggunakan hujah rasional
menghuraikan persoalan-
dan logikal.
persoalan intelektual dgn
 Falsafah adalah sesuatu
penyelesaian tertentu; tanpa
yang mempunyai justikasi
mengaitkannya dengan
rasional dan konseptual.
kearifan dan kehidupan
manusia.

8
22

ALIRAN ILMU FALSAFAH

Aliran Ilmu Falsafah

Teoretikal Praktikal Falsafah Baharu

Berdasarkan
Metafizik Etika bidang

Epistemologi Politik Falsafah


teknologi

Falsafah
Psikologi Ekonomi alam sekitar

Falsafah
Estetika Peradaban timur
Sambungan…
ALIRAN ILMU FALSAFAH

Falsafah Teoritikal

 Falsafah Teoritikal bertujuan mencari hak kebenaran.

 merujuk kepada semua jenis ilmu tentang kewujudan termasuk


tentang manusia, Tuhan dan alam merangkumi bidang
pengkhususan seperti metafizik, logik dan matematik.

 Merujuk persoalan dasar yang mendalam termasuk metafizik,


epistemologi, logik. Memberi jawapan bagi persoalan asas
kehidupan tentang kewujudan – Tuhan, Alam, Manusia dll

10
Sambungan…
ALIRAN ILMU FALSAFAH

Falsafah Praktikal
 Falsafah Praktikal (Amali) bertujuan
mencari kebahagiaan hidup.  Hasil pemikiran tentang keadilan
ekonomi tersebut boleh dijadikan
 merujuk kepada aktiviti menghayati ilmu-ilmu dasar atau polisi kerajaan. Cth :
(tentang manusia, Tuhan dan alam) dalam pembahagian kekayaan negara
segenap lapangan kehidupan manusia
merangkumi bidang pengajian seperti politik,  Perbincangan dalam falsafah politik
ekonomi, akhlak dll. contohnya, apakah konsep kerajaan
dan keadilan dalam pentadbiran?
 Falsafah yang bersifat aplikasi boleh Apakah ciri-ciri pentadbiran yang baik
digunakan dalam disiplin ilmu tertentu – (good governance)?
falsafah politik, falsafah ekonomi, falsafah
sosial  Cth: Falsafah politik Plato dalam
bukunya Republic mencadangkan
 Membincangkan tentang sesuatu bidang sebuah masyarakat yang ideal
yang melibatkan aplikasi, contohnya: Apa
yang dimaksudkan dengan keadilan ekonomi
(economic justice)? Cth : Fahaman ekonomi
Komunisme-Marxism diasaskan Karl Marx
yang merupakan seorang ahli falsafah
11
Sambungan…
ALIRAN ILMU FALSAFAH

FALSAFAH TEORITIKAL FALSAFAH PRAKTIKAL

 Akitiviti menghayati ilmu


 Semua ilmu tentang
 Bersifat aplikasi
kewujudan
 Bertujuan mencari
 Bertujuan mencari
kebahagiaan hidup
kebenaran

Metafizik Etika
Epistemologi Politik
Psikologi Ekonomi
Estetika Peradaban

12
Sambungan…
ALIRAN ILMU FALSAFAH

Falsafah-falsafah Baru

FALSAFAH FALSAFAH ALAM SEKITAR FALSAFAH


TEKNOLOGI TIMUR
 merujuk kepada persoalan-
persoalan dasar tentang alam  Ada perdebatan
 Munculnya teknologi sekitar sama ada ia
baru dgn Revolusi  Kenapa ia wujud? Kerana wujudnya
diterima sbg Ilmu
masalah alam sekitar yang Falsafah seperti di
Industri yang memberi Barat – ada yg
impak dalam kehidupan menyebabkan krisis – ecological
crisis – Apakah makna Alam ? berpendapat ia
manusia. Apakah hubungan manusia dengan adalah cara
Alam? Adakah alam digunakan masyarakat Timur
 Apakah teknologi dan untuk kepentingan / sumber membentangkan
apa hubungannya ekonomi semata-mata? pandangan alam
dengan manusia?  Sekiranya manusia yakin alam ini
mereka.
 Adakah teknologi boleh
adalah ciptaan Tuhan yang  Falsafah tidak
mebuktikan kewujudanNya, ianya seharusnya
mengancam kehidupan tempat kita bernaung dan menjalin disempitkan
manusia, cth: penciptaan hubungan secara harmoni, maka
manusia akan lebih beretika dengan
kepada paksi
robot, nuclear dsb. alam sekitar - ‘ecofriendly barat (eurocentric)
environment’ semata-mata
12
KATEGORI ILMU FALSAFAH

FALSAFAH

ONTOLOGI EPISTEMOLOGI AKSIOLOGI


Teori tentang kewujudan Teori tentang ilmu Teori tentang nilai

Metafizik Logik

Kosmologi Etika

Matematik Estetika

Kemanusiaan
13
31

ONTOLOGI
• Perkataan ontologi berasal daripada bahasaYunani:
> Ontos bermaksud sesuatu yang berwujud
> Logos bermaksud ilmu.
• Ontologi adalah:
> Ilmu atau teori tentang kewujudan sesuatu hakikat.
> Hakikat dalam kajian ontologi adalah keadaan sebenarnya dari
sesuatu, bukan keadaan sementara yang selalu berubah-ubah.
> Ilmu ontologi mengungkap makna tentang kewujudan (existences)
• Ia juga turut dikenali sebagai Ilm al-wujud – teori kewujudan.
32

• Ontologi adalah bidang kajian falsafah yang mencakupi


permasalahan berikut:
> Metafizik
> iaitu falsafah berkaitan realiti dan hakikat kewujudan; membawa kepada
kefahaman tentang kewujudan mutlak,iaituAllah S.W.T.
> Kosmologi
> iaitu perbahasan mengenai hakikat kejadian dan kewujudan alam semesta.
> Matematik
> iaitu bidang kajian dalam aritmetik,algebra,trigonometri dan geometri.
> Ilmu kemanusiaan
> iaitu kajian terhadap tingkahl aku manusia.
33

EPISTEMOLOGI
• Perkataan epistemologi berasal daripada bahasaYunani:
> Episteme bermaksud pengetahuan
> Logos bermakna pengetahuan sistematik atau ilmu.
• Epistemologi bermaksud suatu pemikiran yang mendalam dan sistemati k
mengenai sesuatu ilmu pengetahuan tersebut.
• Epistemologi merupakan teori dan konsep ilmu tentang asas,matlamat,
sumber dan ciri-ciri ilmu pengetahuan.
• Epistemologi adalah satu cabang falsafah yang membahaskan tentang
sumber,struktur, metode dan kesahihan sesuatu pengetahuan.
• Epistemologi ini menjawab persoalan mengenai sesuatu pengetahuan
yang dimiliki.
34

AKSIOLOGI
• Perkataan aksiologi berasal daripada bahasaYunani
> Axios bermaksud nilai
> Logos bermaksud teori
• Secara terminologi, aksiologi ialah penelitian tentang nilai yang dianalisis
dari pelbagai sudut seperti pegangan kepercayaan, kebudayaan, konsep-
konsep moral dan lain-lain.
• Teori Nilai
> Perspektif Islam: bersumber wahyu dan berasaskan kerangka
akal menurut perspektif Islam.
> Perspektif Barat: bersumber akal semata yang subjektif
35

Aksiologi
Falsafah yang
membahaskan
Logik
pendapat benar
atau salah

Perbahasan tentang
Aksiologi mencakupi
Etika tingkah laku benar
aspek
atau salah

Perbahasan tentang
nilai kecantikan,
Estetika
keindahan dan
kesenian
36

LOGIK
• Logik menurut Kamus Dewan:
> Logik ialah ilmu atau pengetahuan tentang cara berfikir (berhujah,
membuktikan sesuatu) dengan sihat, kemampuan untuk berhujah
dengan meyakinkan
• Logik menelaah hujah-hujah bagi tujuan membezakan antara penaakulan
yang baik dan buruk dengan menyiasat kriteria normatif untuk kesimpulan
dan demonstrasi yang sah.
• Ilmu logik dalam Islam dikenali sebagai ilmu mantik.
• Dinamakan mantik kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau percakapan
yang membimbing fakulti rasional (akal) dalam peranannya ke arah mencari
kesimpulan yang betul serta melindunginya dari kesalahan ketika berfikir.
37

ETIKA
• Etika ialah ilmu yang membincangkan tentang apa yang seharusnya
dilakukan oleh seorang manusia.
• Etika bermaksud satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk
membezakan kelakuan seseorang sama ada baik atau buruk,
menyenangkan atau tidak menyenangkan.
• Etika dan nilai diri seseorang menjadi garis panduan ke arah
mengenali perkara baik dan buruk
• Etika seringkali disebut sebagai:
> falsafah praktis (practical philosophy) atau
> falsafah moral (moral philosophy)
• Moral philosophy:the branch of philosophy that is concern with what is
morally good and bad.
38

ESTETIKA
• Ilmu yang membahaskan tentang falsafah seni – apa,
bagaimana keindahan terbentuk dan dirasai.
• Ia meliputi konsep keindahan dan nilai estetika
• Ia juga disebut sebagai falsafah seni (philosophy of arts)
• Keindahan dalam Islam adalah satu jalan untuk mengabdikan diri
kepada Allah SWT sebagai Pencipta keindahan.
• Penghayatan kepada keindahan wujud pada alam dan kepada diri
manusia itu sendiri akan membuktikan kehebatan dan keagungan
Allah SWT.
Persoalan…

 Jelaskan perbezaan falsafah


teoritikal dan praktikal?
Persoalan…

Apakah fungsi falsafah


dalam menangani
kemunculan fenomena
terkini kehidupan?
Persoalan…

 Apakah hubungan falsafah


dengan sains?
Persoalan…

Apakah peranan falsafah dengan peradaban


dunia?

Anda mungkin juga menyukai