Anda di halaman 1dari 15

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER SEPTEMBER 2021

HDPS 3603

AWAL SAINS KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 880425125676002


NO. KAD PENGNEALAN : 880425125676
NO. TELEFON : 0135056678
E-MEL : cutitcallvya88@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU

0
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TUGASAN BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN 2

1.1 TAKRIFAN SALAH TANGGAPAN 3-4

1.2 TENGGELAM DAN TIMBUL PERLU DI AJAR KEPADA

KANAK-KANAK 5-7

1.3 KESIMPULAN 8

TUGASAN BAHAGIAN 2

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 9-13

2.1 REFLEKSI 14

2.2 LINK VIDEO AKTIVITI TENGGELAM DANTIMBUL 15

1
1.0 PENGENALAN

Sains berkait rapat dengan kehidupan harian manusia ia amat mudah difahami oleh
kanak-kanak jika mendapat penerangan yang konsisten dan wajar. Sains juga adalah apa yang
ada di sekeliling, sama ada yang wujud secara semula jadi (unsur alam) atau ciptaan manusia.
Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai sifat ingin tahu dan gemar membuat penerokaan
seperti menurut Johnston (1996). Proses Pendidikan Awal Sains kanak-kanak pada peringkat
awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru itu, aktiviti-aktiviti yang dirancang
perlulah bercorak “Hands-on” yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui
interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui
pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik.

Kepentingan pendidikan sains awal kepada kanak-kanak ialah melibatkan pelbagai proses
mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekod disamping
meningkatkan kosa kata . Melalui penglibatan eksperimen seperti daya apungan(tenggelam dan
timbul) yang melibatkan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan
penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan. Menurut French (2004), kanak-
kanak cenderung untuk meneroka dunia di sekeliling mereka dan pengalaman sains awal boleh
membantu mereka mengatasi kecenderungan ingin tahu mereka.

Objektif tugasan ini ialah menghuraikan pentingnya pendidikan sains awal kanak-kanak
dalam membuat pemerhatian, tanggapan dan menggumpul data mengenai experiment daya
apungan(tenggelam dan timbul). Dalam tugasan ini bertujuan mengenal pasti salah tanggapan
atau pemahaman tentang konsep daya keapunggan(tenggelam dan timbul). Pemahaman
merupakan salah satu asas bagi setiap kanak-kanak dalam menghadapi kehidupannya pada masa
yang akan datang dan melakukan aktiviti seharian. Namun tidak di nafikan kanak-kanak sering
membuat salah tanggapan mengenai konsep daya apungan dimana pemahaman yang dibina oleh
kanak-itu sendiri menimbulkan salah tanggapan atau miskonsepsi (Driver 1983)

Selain itu, tujuan tugasan ini ialah meningkatkan pemahaman bakal guru parsekolah
tentang konsep daya apungan(tenggalam dan timbul) dan bagaimana ianya penting untuk di
terangkan kepada kanak-kanak prasekolah, pada sesi pembelajaran di dalam kelas bagi
mengatasai salah tanggapan mereka terhadap daya apungan(tenggalam dan timbul) kelak.
Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa
dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik. Sains melibatkan pelbagai proses dan
menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak (Harlan,1992).

2
1.1 TAKRIFAN SALAH TANGGAPAN

Salah konsep dalam sains di kalangan kanak-kanak1982), model reality peribadi


(Champagne,Gunstone & Klopfer 1985), pengetahuan spontan (Pines and West 1986) dan teori
intuitif (Mc Closkey 1983). Antara istilah salah konsep dalam sains, ialah melalui kerangka
alternatif lebih mencerminkan idea awal yang ada pada kanak-kanak dan istilah ini memberi
gambaran idea awal pelajar dihargai (Wandeersee, Mintzes & Novak 1994,178).Proses
pengajaran dan pembelajaran sains seringkali memfokuskan keupayaan pelajar untuk menguasai
ilmu, kemahiran dan nilai yang terkandung dalam ilmu sains. Pengajaran dan pembelajaran sains
yang melibatkan pencerapan, pengumpulan data, membuat tafsiran, menaakul dan merumus serta
mensintesis mendorong pelajar untuk mempunyai kesungguhan dan mempertingkatkan kekuatan
intelektual untuk menguasainya. Kebanyakan konsep sains pula hanya dapat difahami melalui
penaakulan di dalam minda dengan melihat daripada aras makroskopik, mikroskopik dan
persimbolan . kanak-kanak perlu menilai konsep sains dengan membayangkannya di dalam
pemikiran dan membuat sesuatu pengkonsepan tanpa melihat secara nyata fenomena yang
berlaku.

Kanak-kanak membina kefahaman mengenai fenomena alam semula jadi daripada


pengalaman harian. Melalui pengalaman kanak-kanak membina satu set jangkaan dan
kefahaman atau pemikiran intuitif bagi menjelaskan sebab sesuatu fenomena itu berlaku.
Menurut Ali Samsudin, kanak-kanak yang datang ke sekolah sememangnya mempunyai idea-
idea intuitif. Oleh itu Melalui idea intuitif kanak-kanak mungkin bercanggah atau menyalahi
penjelasan ataupun pengertian saintifik. Namun itu adalah pemahaman yang dibina oleh kanak-
kanak melalui pengamatan dan interaksinya dengan alam sekitar.Konflik antara pengetahuan
yang dibina berasaskan pengalaman dengan idea sebenar yang diperkenalkan dalam alam
persekolahan dikenali dengan pelbagai istilah termasuk kerangka alternatif (Driver and Easley
1978; Driver 1981) salah tanggapan atau miskonsepsi (Driver 1983) .

Salah takrifan kanak-kanak mengenai daya apungan ialah di mana kanak-kanak membuat
pemahaman awal tanpa kajian santifik terhadap sesuatu objek. Kanak-kanak biasanya
beranggapan objek yang berat akan tenggelam dan objek yang ringan akan timbul. Namun
konflik ini dapat di atasi melalui experiment yang dijalankan di dalam kelas. Prinsip Archimedes
mengatakan bahawa apa sahaja objek yang tenggelam penuh atau separuh di dalam cecair akan
disokong oleh daya keapungan, namun apabila kepadatan objek mengatasi daya keapungan maka
objek itu akan tenggelam sepenuhnya ke dasar. Oleh itu, apabila suatu objek direndam di dalam
air, objek itu lebih ringan daripada berat sebenarnya. Perbezaan antara daya yang bertindak pada
3
permukaan atas dan bawah objek ialah daya tujah ke atas, dikenali sebagai daya apungan. Kapal
yang diperbuat daripada besi sudah tentu berat diubah bentuknya menjadi seperti perahu, maka
terdapat rongga udara di bawah kapal. Oleh itu,kapal yang diperbuat daripada besi akan berubah
menjadi kurang tumpat daripada air dan mampu untuk terapung.Selain itu, sekiranya kapal besi
tersebut ditambah lagi dengan sisi yang tinggi, maka kapal tersebut mampu timbul atau terapung
diatas air kerana telah diubah suai bentuknya. Justeru itu, benda yang berat seperti kapal besi laut
tidak tenggelam walapun mempunyai size yang besar kerana ianya mempunya daya apungan
sama dengan permukaan air, manakala berat batu yang kecil tenggelam ke dasar air kerana daya
apungan batu adalah lemah berbandingan permukaan air.

Selain itu kanak-kanak juga sering melakukan salah takrifan mengenai daya apungan di
mana mereka beranggapan objek yang besar akan tenggelam, manakala objek kecil akan timbul.
Daya apungan merupkakan salah satu darpada aktiviti semasa pembelajaran sains awal kanak-
kanak. Seperti menurut prinsip Archimedes menyatakan apabila suatu objek direndam ke dalam
bendalir sepenuhnya atau separa penuh, berat bendalir yang disesarkan itu adalah sama nilainya
dengan daya apungan. Namun apabila kepadatan objek mengatasi daya keapungan maka objek
itu akan tenggelam sepenuhnya ke dasar. Konsep keapunggan(timbul dan tenggelam) secara
umumnya, yang menentukan sama ada objek itu akan timbul ataupun tenggelam. Daya apungan
ini di pengaruhi oleh ketumpatan jirim, objek yang lebih tumpat biasanya akan tenggelam dan
objek yang kurang tumpat akan timbul. Sebagai contoh kayu balak lebih besar terapung(timbul)
berbanding paku besi kecil tenggalam di dasar air, hal ini kerana kayu balak kurang tumpat
berbanding paku besi yang kecil.

4
1.2 TENGGELAM DAN TIMBUL PERLU DI AJAR KEPADA KANAK-KANAK

Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi


pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak
membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996). Dalam subjek
pendidikan awal sains kanak-kanak terdapat sylibus timbul dan tenggelam kerana ianya wajib
dipelajari oleh kanak-kanak. Seperti mana yang terkandung dalam kurikulum standard
prasekolah kebangsaan 2017(KSPK) syilibus ini wajib di pelajari semasa di dalam kelas bagi
menigkatkan kefahaman kanak-kanak tentang konsep daya apungan(timbul dan tenggelam).
Oleh itu persoalan mengapakah syilibus timbul dan tenggelam harus dia ajar, ianya kerana
membetulakan salah tanggapan kanak-kanak menggenai timbul tenggelam dan memahami
konsep daya apungan. Selain itu, pembelajaran timbul dan tenggelam penting untuk kanak-kanak
memperatikkan kemahiran proses sainis iaitu memerhati, mengelas, membuat inferens dan
meramal. Syilibus timbul dan tenggelam perlu dia di selitkan dalam pengajran dan pembelajaran
kerana bersangkut paut kepada kehidupan kanak-kanak seharian.

Kanak-kanak seringkali membuat tanggapan salah mengenai timbul dan tenggelam


dengan membuat idea awal bahawa objek yang lebih berat akan tenggelam dan objek yang lebih
ringan akan timbul. Menurut prinsip Archimedes, berat objek yang tersesar pada permukaan air
merupkan daya apungan yang menentukan sama ada sesuatu objek timbul atau tenggelam.
Justeru itu, guru perlu mengajar kepada kanak-kanak tentang timbul dan tenggelam bagi
mengatasi salah tanggapan mereka terhadap konsep timbul dan tenggelam. Guru harus
memberikan penerangan kepada kanak-kanak bahawa sesuatu objek yang terapung pada
permukan air bermkasud timbul dan objek yang tenggelam di dasar air adalah tenggelam.
Sesuatu objek timbul adalah di pengrauhi daya apungan pada permukaan air sama dengan berat
objek tersebut, maknakala sesuatu objek tenggelam kerana berat objek lebih besar daripada daya
apungan pada permukaan air. Sebagai contoh kapal kargo yang berat timbul kerana daya
apungannya sama dengan permukaan air, manakala batu kecil yang lebih ringan berbanding
kapal kargo akan tenggelam kerana daya apungan pada permukaan air lemah berbading berat
batu tersebut. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas aktiviti experiment
tentang timbul dan tenggelam, guru perlu melibatkan kanak-kanak turut serta dalam aktiviti
tersebut untuk memberi pengalaman kepada kanak-kanak bagi merungkaikan salah tanggapan
mereka tentang timbul dan tenggelam.

Melalui pembelajaran timbul dan tenggelam kanak-kanak dapat memperatikan kemahiran


proses sains mereka melalui pemerhatian. Ketika kanak-kanak melakukan pemerhatian dengan
5
mengenal pasti objek dan fungsi objek tersbut. Menurut Gene Holt(1979, mengikut kajian
Noraini Tahir, Rozikin Zakaria dan Ziab Zakaria(2007), sains merupakan perkara yang ,
menghirankan, menakjubkan dan menimbulkan rasa ingin tahu, dan keinginan untuk meneroka.
Oleh itu, semasa experiment tenggelam timbul di jalankan kanak-kanak membuat pemerhatian
objek seperti botol minuman kosong akan timbul dan paku yang lebih kecil akan tenggelam.
Melalui pemerhatian ini kanak-kanak menimbulkan banyak pertanyaan di minda mereka. Justeru
itu, ia dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran
tenggelam timbul dalam mata pelajaran sains awal ini. Kepentingan pengtahuan kanak-kanak
terhadap daya apungan melalui proses kemahiran pemerhatian(timbul dan tenggelam) juga
memberi peluang kepada kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif.

Selain itu juga pengajaran dan pembelajaran tentang timbul dan tenggelam penting dalam
menigkatkan kemahiran proses sains melalui konsep pengelasa. Mengelas merupakan suatu
proses kemahiran asas dalam menyusun sesuatu maklumat. Melalui pengelasan kanak-kanak
membuat pemerhatian dan mengasingkan objek yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan
berbeza. Seperti menurut Miklo 1995 melalui pengelasan kanak-kanak akan membuat
pemerhatian dan berfikir mengenai aktiviti experiment yang di jalankan. Semasa pembelajaran
dan pengajaran kanak-kanak menggunakan kemahiran penegelasan dan mengumpul makulmat
tentang sesuatu obbjek yang timbul dan tenggelam. Melalui kemahiran pengelasan objek timbul
dan tenggelam ini, juga membolehkan kanak-kanak melakukan banyak penerokaan dan
menyiasat tentang alam bahan. McAnary, 1980 sains bagi kanak-kanak melibatkan mereka
secara aktif dalam aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyisatan. Oleh itu, kanak-kanak membuat
pengelasan terhadap objek yang timbul di permukaan air dan objek yang tenggelam pada dasar
air dalam satu jadual pengelasan. Sebagai contoh, pengelasan bagi objek yang timbul seperti
sudu plastic, bot mainan, berus gigi, pensel dan bekas botol air mempunyai ciri-ciri yang sama.
Manakala pengelasan objek yang teggelam seperti batu, gunting, duit syiling, pengetip kuku dan
kunci.

Pengajaran dan pembelajaran tentang timbul dan tenggelam perlu di ajar kepada kanak-
kanak bagi meningkatkan lagi kemahiran proses sains seperti inference dan ramalan . Kemahiran
inferens merujuk pada keupayaan kanak-kanak dalam membuat kesimpulan awal bagi
menerangkan pemerhatian mereka terhadap sesuatu pemerhatian atau melalui pengalaman
mereka sendiri. Justeru itu melalui pengajaran timbul tenggelam kanak-kanak dapat
memperatikkan kemahiran sains mereka di mana mereka dapat membuat keputusan awal apakah
objek timbul dan tenggelam melalui pengelaman yang mereka alami. Sebagai contoh kanak-

6
kanak meramal bahawa boat akan terapung pada permukaan air manakala batu akan tenggelam
dalam dasar air. Namun kanak-kanak biasanya belum memahami konsep mengapa sesuatu objek
itu timbul dan tenggalam. Justeru itu, guru harus mengajar kanak-kanak mengenai timbul dan
tenggelam dengan lebih lanjut dengan memberi penerangan dan pemahaman kepada kanak-
kanak bahawa sesuatu objek yang kurang tumpat berbanding permukaan air dan mempunyai
ruang udara pada objek tersebut akan timbul. Manakala objek yang mempunyai ketumpatan yang
lebih tinggi berabanding permukaan air dan kedap udara akan tenggelam. Guru juga boleh
memberi contoh seperti botol air kosong mempunyai ruang udara akan timbul dan botol air yabg
berisi air akan tenggelam.

Kenapa timbul dan tenggelam harus dia ajar kepada kanak-kanak kerana ianya
bersangkut paut dalam kehidupan hairan mereka. Kosep timbul dan tenggelam ini memerlukan
asas bahan seperti air, apabila menyentuh mengenai air sudah tentunya kanak-kanak amat
menyukai air. Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas hati
(Montessory,1870-1952 dalam Papalia et al.(2008). Fikiran mereka menjadi lebih tenang dan
dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Bermain air adalah gabungan pembelajaran yang
berkesan dan menghiburkan. Oleh itu, guru harus mengajar timbul dan tenggelam kerana ianya
berkaitan dalam kehidupan kanak-kanak di mana apabila mereka pergi ke sungai yang dalam
mereka akan tenggelam dan ini minimbulkan risiko bahaya kepada kanak-kanak tersebut. Justeru
itu melalui pembelajaran tersebut, juga dapat menyelesaikan masalah persoalan kanak-kanak, di
mana kanak-kanak menyatakan bagaimana “saya boleh terapung sekiranya bermain di
permukaan air”, oleh itu guru boleh menerangkan kepada kanak-kanak bahawa dia boleh
terapung di permukaan air apabila ia disokong dengan benda yang boleh menampung berat
badannya sebagai contoh dengan menggunakan pelampung getah .

7
1.3 KESIMPULAN

Dapat di rumuskan melalui tugasan yang telah diberikan dapat menigkatkan ilmu
pengetahuan mengenai konsep daya apungan (timbul dan tenggelam) melalui mengkaji
experiment bersama kanak-kanak . Proses sains meliputi kaedah atau cara mencari penerangan
yang rasional berhubung fenomena dalam alam semula jadi. Seperti mengikut, Gagne (1963)
proses sains adalah asas inkuiri saintifik. Melalui tugasan yang di berikan juga dapat
menyelesaikan masalah salah tanggapan kanak-kanak tentang konesp sains mengenai daya apung
“timbul dan tenggelam” yang berkaitan dengan ketumpatan sesuatu objek berbanding dengan
permukan air.

Dalam tugasan ini menerangkan sebab mengapa daya apungan(timbul dan tenggelam)
penting dalam pengajaran dan pembelajran kanak-kanak prasekolah bagi melatih kemahiran
mereka dalam mengaplikasikan porses kemahiran sains seperti membuat pemerhatia, inference
dan ramalan. Kemahiran ini adalah progresif dan berhierarki, setiap satu menjadi landasan
kepada kemahiran berikutnya dan saling bertindih. Hal ini juga dinyatkan dalam teori
perkembangan Jean Piaget percaya bahawa sifat semula jadi perkembangan kanak-kanak akan
membina tahap pemahaman kanak-kanak itu ke arah persekitaran mereka berasaskan kepada
empat peringkat perkembangan kognitif iaitu melalui pemerhatian, pengelaman, inference dan
ramalan. selain itu antara sebab pengajaran dan pembelajaran sains perlu kepada kanak-kanak
prasekolah adalah melalui perkaitan timbul dan tenggelam dalam kehidupan mereka

Sebagai kesimpulannya, melalui pemerhatian dan bacaan yang telah saya buat, salah
konsep sains dan salah tanggapan kanak-kanak mengenai timbul dan tenggelam dapat di atasi
dengan pengajaran dan pembelajaran yang lebih terperinci melalui penerangan guru. Ini kerana
melalui kefahamman kanak-kanak terhadap konsep ini dapat membetulkan salah tanggap mereka
terhadap daya apungan(timbul dan tenggelam) dan kepetingan memperlajari syilibus ini
perkaitan dengan kehidupan manusia.

8
BAHAGIAN 2

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Tabika Perpaduan Suvangkio Matunggong

Umur : 5 Tahun

Tarikh : 11.05.2021

Masa : 9.10am -9.40am (30 minit)

Bilangan Murid :10 Orang

Modul : Bertema
Tema : Menyiasat Alam bahan

Tajuk : Tenggelam dan Timbul

Tunjang Utama/fokus : Tunjang Sains dan Teknologi

Standard Kandungan : SA 4.1 meneroka sifat bahan

Standard Pembelajaran: (SA 4.1.1) Menyiasat ke atas objek yang boleh tenggelam dan timbul

Kesepaduan Tunjang : Tunjang komunikasi-Bahasa Melayu

BM 1.2 mendengar, memahami dan memberi respon secara gerak laku


lisan

BM 1.4 berinteraksi menggunakan ayat mudah

Objektif Pembelajaran : pada hasil pembelajaran akhir kanak-kanak dapat

1.Mengelas objek yang tenggelam dan timbul

2. menyatakan faktor yang mempengaruhi objek tenggelam dan timbul

3. Memahami konsep ketumpatan (timbul/tenggelam)

Pengetahuan Sedia ada : 1. kanak-kanak mengenal objek yang disediakan dalam experiment
tenggeam dan timbul

9
2. Kanak-kanak pernah melakukan aktiviti timbul dan tenggelam tetapi
tidak memahami aktiviti sepenuhnya. Dan

Kemahiran Berfikir : membuat pemerhatian menciri, mengelas, dan meramal

Penerapan Nilai : Memberi perhatian, mendengar arahan, berkerjasama, hormat


menghormati, berdispilin, keyakinan diri dan berani.

Fokus MI : Visual, intrapersonal, interpersonal, kinestetik, Bahasa dan ligustik

Bahan Bantu Mengajar : musik lagu nanyian, air, besen, kunci,pengetip kuku, gunting, duit
syiling , batu, berus gigi, boat mainan, pensel, kertas A4, sudu plastik, dan
botol air

Kosa Kata : Daya apungan, tenggelam, timbul, berat, ringan dan ketumpatan,

Fasa (masa) Isi Aktiviti Aktiviti Catatan/ Bahan bantu


pembelajaran Pembelajaran dan murid mengajar
pengajaran
Set Induksi 1.kanak-kanak        1. Guru membawa 1.Kanak- Sikap Saintifik:
2 minit menyanyi lagu kanak-kanak kanak Mendengar dan
menanyi lagu menyanyi berkerjasama menanyikan
“ombak timbul dan bersama-sama lagu, dan memerhati
tenggelam” guru.
3.
Alat bantu mengajar :
2.Menyedikaka 2. Guru 2. kanak-
musik dan lagu
n bahan-bahan menyediakan kanak melihat
timbul dan tenggelam dan guru
tenggelam timbul menyediakan
bahan
tenggelam
dan timbul

10
Pengenalan Guru     1. Guru mengajak 1.Kanak- Kemahiran saintifik :
(3 minit ) melakukan kanak-kanak duduk kanak-kanak bekomunikasi
perbualan awal di hadapan guru mendengar
bahan objek dan guru penerangan Nilai Murni : berani,
menggunakan menujukkan flash guru . berkeyakina diri
flash card card yang
mempunayi gambar 2.Kanak- BBM :Flash card
batu,kunci, botol air kanak
dan sebagainya menyatakan
pengatahuan
2 guru menyatakan mereka
maksud tenggelam tentang objek
dan timbul yang
tenggelam
dan timbul
pada gambar
flash card
Pelaksanaan Murid meramal 1. Guru 1. Murid
Langkah 1 objek yang menyedikan dua mula Nilai murni:
(5 minit) mereka ambil bakul yang berlable mengasingka Berfikir secara rasional,
dengan tenggelam dan n objek yang sabar, rajin,dan tekun
mengasingkan timbul boleh
objek yang tenggelam BBM : kunci,pengetip
tenggelam dan 3. Guru dan timbul kuku, gunting, duit syiling ,
timbul dengan menyedikan objek mengikut batu, berus gigi, boat
bimbingan guru yang boleh pendapat mainan, pensel sudu
tenggelam dan mereka plastik, dan botol air
timbul seperti dengan
gunting,batu, boat panduan guru
mainan dan
sebagainya
11
Pelaksanaan Murid     1.Guru 1.kanak- Kemahiran saintifik :
Langkah 2 melakukan menyediakan bahan kanak berkomunikasi
(10 minit) experiment experiment seperti melakukan menggunakan Bahasa
tenggelam air,besen,batu,gunti experiment mudah .
timbul degan ng, boat mainan tenggelam
bimbangan guru dan banyak lagi dan timbul Nilai murni:
dengan Bekerjasama, berani
2.kanak-kanak di memasukan mencuba
bahagi kepada dua objek ke
kumpulan 5 orang dalam besen
bagi setiap berisi air
kumpulan.

3. guru melakukan
mengarahkan
kanak-kanak untuk
melakukan
eksperiment
tenggelam dan
timbul

Pelaksanaan murid       1. Guru 1.Murid akan Alat bantu mengajar :


pengukuhan mengelaskan menyediakan kad meletakan Kad board kalis air
(5 minit) semula objek board kalis air yang dan
yang bertulis timbul dan mengelaskan Nilai murni:
tenggelam, dan tenggelam objek yang Berfikir secara rasional,
timbul berbentuk jadual mana sabar, rajin,dan tekun
menggunakan tenggelam
kad board kalis dan timbul
air pada jadual
kad board
kalis air
Penutupan Guru membuat 1. guru membuat 1. kanak Kemahiran saintifik :
12
5 minit rumusan dan rumusan bahwa mengemukan Kemahiran berfikir,
bersoal jawab sesuatu objek itu soalan kepada interpersonal , dan verbal
kepada kanak- timbul atau guru apakah lingustik
kanak tentang tenggelam kerana daya maksud
timbul dan di pengaruhi oleh daya apungan
tenggelam daya apungan objek 2.
tersebut itu sendiri mengapakah
berbanding dengan kapal lau besi
permukaan air . boleh
terapung pada
2. sesuatu objek permukaan
timbul atau air
tenggelam juga di
pengaruhi oleh
ruang udara dan
ketumpatan. Kapal
laut besi yang besar
dan berat terapung
pada permukaan air
kerana mempunyai
ketumpatan kurang
berbanding
permukaan air dan
mempunya ruang
udara

REFLEKSI

Dapat di rumuskan melalui pengajaran dan pembelajaran awal tentang tenggelam dan
timbul, kanak-kanak salah memahami konsep tenggelam dan timbul. Hal ini kerana sebelum
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak membuat ramalan awal bahawa objek yang berat dan
besar biasanya tenggelam, manakala objek yang ringan dan kecil akan timbul.

13
Selain itu, kelebihan pengajaran dan pembelajaran tentang tenggelam dan timbul ini kanak-
kanak mendapat kepuasan dan menanam sifat ingin tahu lebih mendalam tentang subjek kerana
mereka menjalankan experiment bersama dengan rakan-rakan mereka dengan bimbingan guru.
Melalui pelaksanaan experiment tenggelam dan timbul kanak-kanak berinteraksi dengan bahan
seperti air dan objek yang di gunakan dalam proses pembelajaran ini. (Freud,1920; Erikson,1963
dalam Papalia et al. 2008). Semasa melakukan experiment kanak-kanak berasa bebas, riang dan
puas hati (Montessory,1870-1952 dalam Papalia et al.(2008). Fikiran mereka menjadi lebih
tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik

kelemahan pengajaran dan pembelajaran ini apabila kanak-kanak sukar focus kerana
mereka lebih cenderung untuk bermain air dan bahan objek yang telah disediakan. Justeru itu
pembelajaran menjadi kurang terkawal kerana kanak-kanak mulai bermain dan mengganggu
rakan lain semasa sesi pembelajaran ini berlangsung. Kenyatan ini dapat dibuktikan mengikut
Friedrich Froebel (1782-1852) dalam Spodek (2003), mengatakan bermain adalah fitrah
kanak-kanak (work of children)

Sebagai ilmu pengukuhan tentang pengajaran dan pembelajaran timbul dan tenggelam, guru
mencadangkan kanak-kanak melakukan aktiviti ini bersama ibubapa mereka di rumah. Melalui
kaedah tersbut kanak-kanak akan lebih fokus dalam menjalankan experiment mereka, kerana
adanya penyertaan ibubapa dan tidak ada gangguan dari rakan lain ketika melaksankan
experiment

2.1 LINK VIDEO AKTIVITI TENGGALAM DAN TIMBUL

https://www.youtube.com/watch?v=SLOdFgLI_Qc

JUMLAH PATAH PERKATAAN 3156

14

Anda mungkin juga menyukai