Anda di halaman 1dari 7

KETAGIHAN MEDIA SOSIAL

DISEDIAKAN OLEH
NURATIKAH NAJWA BINTI SAIFUL
2 KREATIF
ISI KANDUNGAN

1. Definisi Ketagihan Media Sosial

2. Tanda-Tanda Ketagihan Media Sosial

3. Punca-Punca Ketagihan Media Sosial

4. Cara Mengatasi Ketagihan Media Sosial


APA ITU KETAGIHAN MEDIA SOSIAL ?

TANDA-TANDA KETAGIHAN MEDIA SOSIAL


1. Telefon perkara pertama dan terakhir yang
anda lihat
Mungkin ia nampak normal bagi kita jika perkara
terakhir dilakukan sebelum tidur adalah bermain
telefon. Tapi, apakah anda pernah mengira tempoh
menggunakan telefon sebelum anda tidur?

Itu belum lagi selepas celik mata - perkara pertama


dicapai adalah telefon dan membuka media sosial
untuk menyemak siapa meninggalkan tanda suka atau komen pada gambar anda di
Instagram.

2. Suka melengahkan kerja


Berehat selama 10 minit selepas melakukan sesuatu pekerjaan dapat membantu
meningkatkan produktiviti dan kreativiti kita. Namun masalahnya adalah apabila
waktu itu digunakan untuk bermain dengan telefon dan menyemak akaun media
sosial anda.

Percayalah, 10 minit tidak akan mencukupi dan sedar atau tidak, anda telah
menghabiskan lebih banyak waktu dengan telefon sehingga melengah-lengahkan
kerja anda.

Sebaik-baiknya selepas ini, gunakan waktu rehat itu dengan berjalan atau berbual
dengan teman sepejabat tanpa memegang telefon di tangan.

3. Dapat notifikasi, terus capai telefon


Tahukah anda, notifikasi telefon memiliki dopamin atau zat kimia yang memberi kesan
terhadap otak. Atas sebab itu, ketika kita mendengar notifikasi, banyak orang berasa
teruja.
Menurut kajian, dopamin adalah unsur utama dalam kebanyakan penyebab ketagihan.
Jadi, berhati-hatilah.

4. Media sosial sumber berita utama


Tidak dinafikan media sosial sudah menjadi medium sumber pencarian berita namun
ia bukanlah sumber utama. Lebih malang, ramai percaya dengan berita yang dimuat
naik di Facebook atau Twitter yang kebanyakannya diragui kesahihannya.

Lebih baik, jika kita terus mendapatkan sumber berita daripada laman web rasmi,

televisyen atau pun radio.

5. Gelisah tak dapat akses media sosial


Sebelum ini beberapa kali terjadi media sosial tidak dapat diakses disebabkan masalah
tertentu sampai ada yang sakit perut, gelisah dan tidak keruan!

Keinginan untuk memegang telefon dan menyemak media sosial setiap lima minit
contohnya adalah contoh ketagihan terhadap media sosial.
PUNCA-PUNCA KETAGIHAN MEDIA SOSIAL
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KETAGIHAN
MEDIA SOSIAL
#1. Menghadkan Masa

❖ Menentukan masa penggunaan media sosial pada


waktu-waktu tertentu sahaja dalam sehari.
❖ Jadikan penggunaan media sosial seperti telefon
sebagai ganjaran untuk anda setelah selesai tugasan
rumah atau pekerjaan anda.

#2. Mematikan Media Sosial untuk Seketika

❖ Matikan media sosial anda pada waktu tertentu seperti ketika anda
memandu , dalam mesyuarat, di gim, makan malam, atau bermain
dengan anak-anak anda.
❖ Jangan bawa telefon anda ke tandas atau bilik mandi .

#3. Jangan bawa telefon atau tablet anda ke tempat tidur

❖ Lampu biru yang dipancarkan oleh skrin telefon boleh mengganggu tidur
anda jika digunakan dalam masa dua jam sebelum waktu tidur.
❖ Matikan telefon anda dan biarkannya di bilik lain semalaman untuk dicaj .

#4. Menggantikan Media Sosial dengan Aktiviti Luar

❖ Sekiranya anda bosan dan kesepian, tahan keinginan untuk


menggunakan media sosial boleh menjadi sesuatu yang sangat sukar.
❖ Lakukan perkara lain yang lebih menyihatkan untuk mengisi masa anda,
seperti bermeditasi, berjogging ,membaca buku, atau berbual dengan
rakan secara langsung.

Anda mungkin juga menyukai