Anda di halaman 1dari 2

1.

0 KAJIAN LEPAS

Intipati bahagian ini adalah untuk membincangkan beberapa kajian lepas tentang memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian lepas membawa banyak
kepentingan dan kebaikan dalam penulisan ilmiah. Penulis boleh membuat perbezaan antara
kajiannya sendiri dengan kajian-kajian yang telah dilakukan. Penelitian perbezaan tersebut
dapat meransang perspektif dan idea baru, meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang tajuk
yang dikaji juga dapat mengembangkan pemikiran supaya berfikir dalam skop yang lebih
meluas. Oleh hal yang demikian, penulisan ilmiah yang akan dihasilkan mampu
mengutarakan dan mempersembahkan sesuatu yang baru.

Perpaduan akan terbentuk apabila konsep '1 Malaysia' diwujudkan demi melahirkan
perhubungan kaum yang lebih baik. Nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam kalangan rakyat
Malaysia ialah sikap hormat-menghormati dan saling mempercayai antara satu sama lain.
(Mohd Rumaizuddin, Mohd Rushdan, 2015) Penerapan nilai-nilai murni dan aspek-aspek
moral tersebut dalam jati diri rakyat Malaysia merupakan aspek yang penting. Hal ini
bertujuan untuk membina semangat perpaduan yang mapan. (Mior Khairul Azrin, 2011)

Menurut Beh Sang How, Mohd Sobhi Ishak, Pue Giok Hun, Mansor Mohd Noor
(2021) keamanan dan kesejehateraan yang telah dicapai tidak datang tanpa usaha dan
semangat yang tinggi. Peristiwa 13 Mei 1996 dijadikan sebagai asas utama dalam
melaksanakan dasar, projek dan inisiatif kerajaan untuk memastikan keseimbangan etnik dan
seterusnya mencapai perpaduan. Di samping penggunaan peristiwa itu sebagai rujukan,
kajian tentang kaum, etnik dan agama perlulah dilakukan juga sebelum merangka langkah
untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian latar belakang rakyat. (Mior
Khairul Azrin, 2011)

Ujian akan datang dalam kehidupan, begitu juga dengan skop perpaduan ini dimana
dalam memupuk dan mencapai semangat perpaduan akan timbul isu-isu yang menjadi
kekangan dan halangan. Sehubungan dengan itu, menurut Noor Aziera, Abdul Qayuum,
Nuruul Hidayah, Mohamad Shafiei, Ahmad Faiz (2017), mereka menekankan kepentingan
merangka pemupukan perpaduan dalam setiap golongan masyarakat. Rangka ini digunakan
sebagai rujukan untuk menyelesaikan isu-isu yang menghalang pembentukan perpaduan.
Mereka menyatakan isu pecah dan perintah amat memberi impak buruk kepada pemikiran
masyarakat Malaysia.
Selain itu, sistem pendidikan yang berasingan mengikut kaum menyebabkan
berlakunya perpisahan pelajar dari aspek bahasa yang mana mereka hanya berkomunikasi
menggunakan bahasa kaum masing-masing. Hal ini menyebabkan keselamatan negara
Malaysia terjejas dek tiada interaksi yang baik sehingga kerap menimbulkan salah faham.
Ketidaksefahaman ini membawa kepada pertelingkahan dan pergaduhan antara kaum.
Perkara ini juga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara kerana para pelabur hilang
keyakinan untuk membuat pelaburan di Malaysia. (Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri, 2013)

Sehubungan itu, berdasarkan Beh Sang How, Mohd Sobhi Ishak, Pue Giok Hun,
Mansor Mohd Noor (2021) terdapat beberapa langkah untuk memupuk semangat perpaduan
antaranya ialah Majlis Gerakan negara (MAGERAN) memperkenalkan ideologi kebangsaan
iaitu Rukun Negara dan menubuhkan Majlis Perundangan negara dan Jabatan Perpaduan
Negara. Seterusnya, Skim Rukun Tetangga ditubuhkan untuk menjaga keselamatan dan
memupuk perpaduan dalam masyarakat. Kerajaan juga mengambil inisiatif untuk membuat
pemantauan terhadap situasi hubungan sesama rakyat. Oleh itu, Indeks Perpaduan Nasional
(IPNas) digunakan untuk mengukur tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia.

Menurut Madiawati, Nurhamizah, Eizah (2020), pantun dijadikan sebagai platform


nasihat kepada masyarakat tentang perpaduan. Masyarakat boleh merujuk buku Kumpulan
Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa supaya dapat membantu memberikan kesedaran
dan dapat mencontohi amalan orang dahulu dalam mengekalkan perpaduan. Secara
keseluruhannya, pantun-pantun dalam buku tersebut mementingkan nilai-nilai murni seperti
berbudi bahasa, bersatu padu, hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama
lain.

Kesimpulannya, kajian-kajian lepas ini merangkumi faktor yang melemahkan


semangat perpaduan, langkah memperkukuhkan perpaduan dan kesan buruk kepada rakyat
dan negara sekiranya aspek perpaduan ini dipandang remeh.

Anda mungkin juga menyukai