Anda di halaman 1dari 2

Permainan : Bola Jaring

Kemahiran : Hantaran aras dada


Permainan kecil : Pak HuHa!
Jumlah murid : 20 orang
Masa : 6 minit
Kategori : Menyerang (invasion)

Organisasi :
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A, B, C dan D dengan lima
orang ahli setiap kumpulan.
1. Kon akan disusun untuk membahagikan gelanggang kepada 2 zon permainan.
2. Terdapat 2 gelung yang diletakkan di setiap kawasan luar zon permainan sebagai
tempat mendapatkan mata semasa permainan.

Peraturan permainan:
a) Permainan akan melibatkan 2 kumpulan. Sebagai contoh, kumpulan A lawan
kumpulan B.
b) Setiap murid perlu menyebut perkataan tersebut ketika bermain:
i. Melakukan hantaran : PAK!
ii. Masuk ke dalam gelung dan menerima bola hantaran aras dada : HUHA!
c) Bola akan diletakkan di tengah-tengah gelanggang. Apabila wisel ditiup, kedua-dua
kumpulan akan berlari dan mendapatkan bola.
d) Kumpulan A yang mendapat bola akan melakukan hantaran untuk bergerak ke
gelung sambil menyebut “PAK” ketika menghantar. Manakala, kumpulan B akan
menghadang dan mempertahankan gelung.
e) Hantaran yang dibenarkan hanya hantaran aras dada. Sesiapa yang melanggar
peraturan menyebabkan bola bertukar tangan ke kumpulan lawan.
f) Apabila kumpulan A berada hampir dengan gelung. Seorang murid perlu berdiri
dalam gelung untuk menerima bola daripada ahli kumpulan melalui hantaran aras
dada.
g) Kumpulan yang berjaya masuk ke dalam gelung dan bola dihantar dengan betul
sambil menyebut “HUHA!” akan dikira sebagai 1 mata. Lalu, kumpulan lawan akan
memulakan permainan seterusnya.
h) Tempoh masa permainan adalah 3 minit.
i) Permainan akan diteruskan oleh kumpulan C dan kumpulan D apabila masa tamat.
Alatan permainan:
i. Bola
ii. Kon
iii. Wisel
iv. Gelung
v. Bip

Pelan permainan:

Kon

Gelung

Murid

Bola

Anda mungkin juga menyukai