Anda di halaman 1dari 1

Hukum mim mati merupakan salah satu daripada ilmu tajwid

sebagaimana hukum nun sakinah, idgham dan lain-lain.

Mim Sakinah Mati juga dikenali sebagai mim sakinah atau mim yang tidak
berbaris. Ciri-ciri Mim Sakinah ini adalah sama seperti Nun Sakinah kerana
kedua-duanya perlu mengeluarkan suara dari pangkal hidung, pangkal
hidung yang mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah

Kesemua hukum Mim Sākinah dikaitkan dengan perkataan syafawi yang


bermaksud bibir kerana huruf mim itu adalah huruf yang keluar melalui
pertemuan dua bibir. Hukum mim mati atau mim sakin ( ‫ ) ْم‬berlaku apabila
bertemu dengan huruf hijaiyah dengan terbahagi kepada beberapa bahagian
iaitu Idgham Mithlain, Ikhfa’ Syafawi dan Izhar Syafawi.

Hukum ini dinamakan Ikhfa’ Syafawi kerana huruf mim disembunyikan


sebutannya atau samar-samar. Manakala dinamakan syafawi kerana kedua-
dua huruf ini iaitu mim dan ba’ keluar dari makhraj bibir.

Hukum ini ialah pertemuan mim sakin dengan huruf ba’ (‫)ب‬.

Ianya dibaca dengan menyembunyikan sebutan mim sakin dengan dengung


2 harakat. Cara bacaannya sama seperti cara bacaan Iqlab pada hukum Nun
Sakinah iaitu dengan meringankan bibir semasa menyebut mim sukun
dengan tidak merapatkan bibir sepenuhnya.

Tanda Ikhfa’ Syafawi ialah mim sakinah tiada sebarang tanda di atasnya
diikuti pula dengan huruf ba’ berbaris yang datang selepasnya.

Anda mungkin juga menyukai