Anda di halaman 1dari 8

SSKC1013: PRINSIP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEMESTER 1 2022/2023 (A221)

PANDUAN TUGASAN KURSUS

Penilaian kursus SSKC 1013 melibatkan pecahan pemarkahan seperti berikut:

 Kerja Kursus (60%)


 Tugasan Individu : 20%
 Projek Kumpulan : 30%
 Peperiksaan Pertengahan Semester : 10%

 Peperiksaan Akhir Semester (40%) (40%)

TOTAL 100%

1. TUGASAN INDIVIDU (20%) – LAPORAN PROFESIONAL REFLEKSI KENDIRI

 Tugasan ini direka untuk membolehkan pelajar meneroka mengapa anda


memilih kursus ini sebagai salah satu kelas pengajian anda.
 Tugasan ini memerlukan pelajar memberi fokus kepada penilaian kendiri
berkaitan kekuatan dan cabaran peribadi, dan merangka matlamat
profesional anda. Penilaian kendiri ini adalah satu proses yang berterusan
sepanjang program dan akan terus berlanjut sepanjang karier anda.
 Tugasan ini hendaklah ditulis dalam 10-12 muka surat (double spacing),
Times New Roman, font 12, dan ditulis dalam perspektif pelajar sendiri
dengan penggunaan kata ganti nama pertama (saya).
 Analisis penilaian kendiri ini perlu merangkumi aspek-aspek berikut:

A. Motivasi

 Jelaskan sebab-sebab anda untuk mendaftar kursus SSKC1013


(Prinsip Asas Bimbingan dan Kaunseling) ini. Pertimbangkan motivasi
dan niat anda untuk mempelajari bidang kaunseling/psikologi.
 Mengapakah anda melihat kaunseling sebagai bidang penting pada
hari ini? Adakah anda secara peribadi telah dibantu oleh seseorang
dalam profesion membantu (cth; guru, kaunselor, pegawai psikologi,
pegawai kerja sosial, dll) yang memberi inspirasi kepada anda untuk
membantu orang lain?
 Bagaimanakah pengalaman anda sendiri mendorong anda untuk
membantu orang lain?
B. Kekuatan dan Cabaran:

 Kenal pasti kekuatan diri (cth: kemahiran, ilmu, sikap, pengalaman


dll) anda dan bincangkan bagaimana kekuatan tersebut boleh
membantu anda berjaya dalam profesion membantu (helping
profession)
 Kenal pasti kelemahan atau cabaran diri anda dan bincangkan
bagaimana kelemahan atau cabaran tersebut boleh menghalang
kemajuan anda dalam profesion membantu?
 Bagaimana anda boleh menggunakan kekuatan diri untuk
memperbaiki kelemahan anda

C..Matlamat Personal dan Profesional:


 Sejauh mana ilmu kaunseling yang and pelajari (samada dalam kelas
saya atau kelas-kelas kaunseling/psikologi yang lain) dapat
membantu diri anda dalam kehidupan seharian?
 Sejauh mana ilmu kaunseling tersebut dapat membantu diri anda
dalam kerjaya anda di masa akan datang?

Tarikh penghantaran Tugasan Individu: 1 December 2022 (Khamis)


Permarkahan tugasan ini akan diberikan berdasarkan sejauh mana anda membuat
refleksi diri berdasarkan panduan yang diberikan di atas. Tugasan ini tiada salah
atau betul. Jadi anda bebas untuk berkongsi idea dan pendapat. Rujukan tidak
diperlukan dalam tugasan ini. . Sila Rujuk Rubrik Pemarkahan bagi tugasan ini
seperti dalam lampiran. 

Pastikan file anda di save dalam format Word doc dan di save dengan cara berikut:

SSKC1013_Your Name_GA/GB

GA (jika anda dalam Group A)


GB (jika anda dalam Group B)

2. TUGASAN KUMPULAN (30%)

i. Laporan Temu Bual Kaunselor Berdaftar (20%)


 Bagi tugasan ini, pelajar diminta memilih 5-6 orang rakan bagi membentuk
sebuah kumpulan.
 Setiap kumpulan dikehendaki untuk menemu bual secara online (eg:
aplikasi webex, google meet, zoom dll) dengan seorang kaunselor profesional
yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
 Pelajar boleh memilih kaunselor berdaftar daripada pelbagai perkhidmatan
kaunseling (cth: kaunseling sekolah/hospital/universiti/Kolej
Komuniti/Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), dll).
 Anda tidak dibenarkan menemu bual kaunselor yang sama. Bertindak
segera sebelum terlambat . Diminta ketua kumpulan untuk memberi nama
kaunselor berdaftar di dalam google link yang telah disediakan setelah
mendapat persetujuan kaunselor berdaftar tersebut.
 Pelajar akan diberi Surat Makluman Menjalankan Tugasan daripada
pensyarah untuk diserahkan kepada kaunselor berdaftar yang terlibat. Sila
print surat tersebut dan isi nama ahli kumpulan anda diruangan yang
disediakan.
 Anda harus mendapatkan persetujuan termaklum (informed consent)
daripada kaunselor tersebut (Lampiran A).
 Anda tidak boleh menemu bual ahli keluarga atau kawan rapat untuk tugasan
ini.
 Anda diminta menggunakan Garis Panduan Temu bual di Lampiran B
semasa menjalankan sesi temu bual. Anda digalakkan menambah soalan-
soalan temu bual yang bersesuaian.
 Anda dikehendaki mengambil gambar temu bual online tersebut (dengan
persetujuan kaunselor berdaftar) sebagai bahan bukti tugasan (letak di
lampiran laporan).
 Anda dikehendaki menulis laporan berkenaan temu bual tersebut. Selain itu,
anda perlu membuat refleksi berdasarkan pengalaman anda sebagai satu
kumpulan sewaktu menjalankan temu bual tersebut (tidak hanya menulis
ringkasan temu bual sahaja).
 Laporan dan refleksi temu bual ini perlu ditaip dalam 10-12 muka surat
(double spacing) Times New Roman, font 12.
 Lampiran untuk laporan ini juga perlu diseratkan dengan Borang
Persetujuan Termaklum dan gambar temu bual secara online.
 Hanya seorang wakil sahaja diperlukan untuk submit tugasan ini dan sila
save tugasan anda seperti berikut:

Laporan SSKC1013_No Kumpulan_GD

* No Kumpulan sila rujuk dalam link group yang telah anda buat di Google Doc
sebelum ini.

Tarikh Penghantaran Laporan: 12 Januari 2022 (Khamis)

ii. Video Perkongsian Pengalaman Kaunselor (10%)


 Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan video pendek ( maximum 10
minit) berkenaan dengan hasil temu bual yang telah dijalankan.
 Anda perlu menghasilkan video yang kreatif dan menarik di mana setiap ahli
kumpulan perlu terlibat dalam penghasilan video ini.
 Pemarkahan akan dinilai berdasarkan komponen informasi yang
disampaikan, kreativiti video, maklumat yang jelas dan kerjasama ahli
kumpulan.
 Hanya seorang wakil sahaja diperlukan untuk submit link video ini dan sila
save link video anda seperti berikut: 

1. upload video anda ke google drive atau youtube


2. copy link video tersebut ke dalam word document yang mengandungi
maklumat seperti berikut: 

  a) No kumpulan (refer senarai nama dalam google form pemilihan


kaunselor berdaftar), 
  b) nama dan matrik no. ahli kumpulan anda, 
  c) Maklumat kod kursus, nama kursus, nama pensyarah, dan group
kelas (A/B )
d) Link video anda (pastikan link ini betul dan boleh di akses untuk
memastikan saya boleh tonton video group anda melalui link yang
diberikan). 
3. Savekan word document tadi seperti berikut: 
Video SSKC1013_No Kumpulan_GA/GB   
4. submit file ini melalui portal anda. (hanya wakil sahaja yang perlu submit). 

* No Kumpulan sila rujuk dalam link group yang saya buat di Google Doc.

Tarikh memuat naik video: 5 Januari 2022 (Khamis)

3. KUIZ (10%)

 Kuiz ini akan dijalankan secara online melalui Portal UUM Online Learning
berdasarkan pengajaran dalam kelas, nota kuliah dan perbincangan kelas.
 Kuiz ini akan dibuka selama 12 jam, bermula pada jam 2.00 petang (20 Disember
2022-Selasa) sehingga jam 2.00pagi (21 Disember 2022- Rabu).
 Terdapat 20 soalan objektif (Multiple Choice Questions), yang perlu anda jawab
dimana setiap soalan mempunyai pilihan jawapan (A,B,C dan D).
 Setiap soalan membawa 0.5 markah. Anda diminta menjawab SEMUA soalan dalam
masa 45 minit dan diberi peluang sekali penghantaran sahaja (one attempt
only).
 Bagi melancarkan perjalanan kuiz ini,anda dinasihatkan memilih waktu yang paling
sesuai dengan kelajuan internet masing-masing.
 Anda dinasihatkan untuk tidak menunggu sehingga jam akhir untuk mula menjawab
soalan kuiz bagi mengelak sebarang masalah tidak cukup masa. Selamat menjawab.
All the best!!!.

Ringkasan Tarikh Penghantaran Tugasan SSKC 1013

Tugasan Markah (%) Tarikh Penghantaran


Profesional Refleksi Kendiri 20 Minggu ke-6 (1 Dis,2022 Khamis)
Kuiz 10 Minggu ke-9 (23 Dis, 2022 (Jumaat)
Video Perkongsian Pengalaman Kaunselor 10 Minggu ke-11 (5 Jan 2022, Khamis)
Temu bual & Laporan Kaunselor Berdaftar 20 Minggu ke-12 (12 Jan 2022,
Khamis)
Peperiksaan Akhir Semester 40 Minggu Peperiksaan
aaaaaaaaaaaaaaa
Jumlah 100
Lampiran A

Borang Persetujuan Termaklum

Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Utara Malaysia yang sedang
mengikuti kursus SSKC1013: Prinsip Asas Bimbingan dan Kaunseling. Sebagai sebahagian
daripada tugasan kursus, kami dikehendaki untuk menemu bual seorang kaunselor
berdaftar mengenai profesion mereka sebagai seorang kaunselor. Oleh itu, kami ingin
meminta kebenaran pihak kaunselor untuk menjalankan temu bual.

Tugasan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkhidmatan


kaunseling berdasarkan perspektif kaunselor berdaftar.

Temu bual ini merangkumi soalan mengenai bidang tugas profesion kaunselor, peranan
sebagai kaunselor berdaftar, tanggungjawab terhadap klien, teori, kemahiran, dan
intervensi yang diaplikasikan. Temu bual ini juga memerlukan gambar sebagai bukti
tugasan.

Temu bual ini akan diringkaskan dalam laporan bertulis, dibentangkan secara video
perkongsian dan diserahkan kepada pensyarah untuk memenuhi keperluan tugasan ini.
Maklumat yang kaunselor berdaftar berikan tidak akan digunakan dalam apa jua cara yang
tidak dinyatakan dalam kontrak ini.

Oleh itu, kami ingin memohon kebenaran pihak kaunselor berdaftar untuk menerima
kontrak ini.

Saya dengan ini bersetuju untuk ditemubual.

Nama: HUSNA BINTI SHAMSUDDIN

No. Kaunselor Berdaftar: PA06234

No. Tel: 019-6695206

Tarikh: 25 NOVEMBER 2022


Lampiran B

Panduan Temubual

1. Berapa lamakah anda telah berkhidmat sebagai seorang kaunselor?


2. Apakah bidang pengkhususan anda dalam bidang perkhidmatan kaunseling ini?
3. Apakah faktor yang menyebabkan anda memilih kerjaya dalam bidang kaunseling?
4. Apakah teori yang menjadi panduan anda dalam memberikan perkhidmatan
kaunseling?
5. Apakah teknik / kaunseling intervensi yang anda aplikasikan semasa sesi
kaunseling dijalankan bersama klien?
6. Apakah pendapat anda berkaitan kaunseling pelbagai budaya di Malaysia?
7. Bagaimanakah penerimaan individu/kelompok/masyarakat terhadap
perkhidmatan kaunseling di seting anda?
8. Apakah karekteristik yang perlu ada untuk menjadi seorang kaunselor efektif?
9. Apakah kemahiran yang penting bagi seorang kaunselor efektif?
10. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai seorang kaunselor dan bagaimana anda
menanganinya?
11. Apakah isu semasa yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling di seting anda?
12. Adakah anda ada mengikuti mana-mana latihan/kursus dalam bidang kaunseling
semasa bekerja di seting sekarang?
13. Apakah cabaran yang berlaku sebagai seorang kaunselor semasa pandemik COVID-
19 berlaku?
14. Apakah nasihat anda kepada pelajar yang ingin menceburi bidang ini?

Anda mungkin juga menyukai