Anda di halaman 1dari 3

Kesediaan guru pelatih DPLI dalam penggunaan realiti maya dalam kaedah pengajaran subjek

tvet

1.12 Definisi istilah dan operasi

Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah kajian yang digunakan untuk memberi pengertian
yang jelas juga bersesuaian dengan tujuan kajian dijalankan.

1. Kesediaan

Menurut Abdul Rahman (2019) kesediaan bermaksud perihal sedia, kesanggupan dan
kerelaan melakukan sesuatu. Menurut Mok (2002) pula, kesediaan boleh didefinisikan
sebagai keupayaan persiapan individu didalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Manakala, maksud kesediaan dalam kajian ini adalah
kesanggupan para guru DPLI dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi reality
nyata. Adakah mereka bersedia untuk menggunakan tenologi ini di dalam kelas dan adakah
guru pelatih ini sudah tahu tentang teknologi reality maya.

2. Teknologi realiti maya

Teknologi realiti maya (VR) merupakan simulasi komputer melalui terjemahan imitasi
persekitaran dengan cubaan menyerupai keadaan nyata atau fizikal suatu perkara, situasi
atau produk. VR sebenarnya merujuk kepada kegunaan komputer untuk mencipta
persekitaran buatan yang turut ‘dirasai’ oleh pengguna. Ia menggambarkan satu persekitran
secara konotasi magik, mempersona dan mistik (Rusnida Romli, 2022b).

Teknologi ini agak meluas di terokai oleh individu, namun tahap kesediaan guru pelatih
dalam menggunakan teknologi ini dalam kelas masih menjadi persoalan. Teknologi ini agak
sukar untuk di adaptasi didalam kelas kerana kekangan gajet dan insfrastruktur

3. TVET (Technical and Vocational Education and Training)

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET
juga adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan
penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja
yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard
pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran
psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industry (MoE).

4. Rumusan
Kesimpulannya, menerusi kajian ini pengkaji menjelaskan teknologi realiti maya dan
hubungkaitnya dengan kesediaan guru pelatih dari program DPLI untuk
menggunakannya dalam bilik darjah. Kesediaan bakal guru DPLI diukur dari segi
kemahiran teknikal dan pengetahuan mereka dalam subjek TVET.

Metodeologi

Kajian ini menggunakan prosedur persampelan bertujuan atau Porposive Sampling dimana
sampel dipilih sebagai responden untk mengkaji kesediaan guru pelatih DPLI. Pendekatan
kuantitatif digunakan bagi memudahkan usaha memperoleh data, di samping memastikan
kebolehpercayaan, kesahihan dan kebolehperihalan data yang diperoleh.

Dalam kajian ini, populasi adalah dirujuk khusus kepada guru pelatih DPLI UMS sesi 2022.
Terdapat 140 orang guru pelatih DPLI yang bakal mengajar 5 matapelajaran berbeza iaitu
Pendidikan Seni Visual, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan kesihatan
dan Technical and Vocational for Education Training (TVET). Namu, sampel yang dipilih oleh
pengkaji adalah guru pelatih yang bakal mengajar mata pelajaran TVET iaitu seramai 30
orang.

Borang soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Penggunaan borang soal
selidik adalah sesuai digunakan untuk mendapatkan data terutamanya kajian berbentuk
kuantitatif (Babbie, 2001). Skala pengukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah skala
Likert lima mata. Ini bermakna nilai skor yang tinggi menunjukkan tahap kesediaan dan
pengetahuanyang tinggi para guru pelatih. Data akan di analisis menggunakan perisian
SPSS (Statistical Package for the Social Sciences).

Babbie, E. R. (2001). The Practice of Social Research (9th ed). Belmont, California: Wadsworth
Thompson Learning.
Abdul Rahman A Samad (2019, May 8). Maksud kesediaan. Makna.
https://makna.online/kesediaan/

Nabila Shaffana Zhafira Suwiji (2021, July 11). Virtual Reality: Pengertian, Sejarah, Elemen,
Manfaat, dan Cara Kerja. FA Tekno. https://tekno.foresteract.com/virtual-reality/

Rusnida Romli (2022b). Aplikasi Realiti Maya Dalam Pendidikan: Makmal Kimia Maya
(MaKiM) [Ijazah Sarjana Muda]. Universiti Utara Malaysia.

Musa, N. B. (n.d.). MOE - Maklumat Umum TVET. https://www.moe.gov.my/en/maklumat-


umum-tvet

Anda mungkin juga menyukai