Anda di halaman 1dari 2

Baru baru tok masyarakat setempat agik gago dengan kehadiran boyak nok berkeliaran di kawasan

Bintawak.Boyak ya ditanggar berkeliaran ke huu ke hilir di sekitar jetty kampung,ntah apa nok

dicariknya kah.Perkara tok menimbulkan rasa heran dan mengelirukan bagi masyarakat kamung yang

rasa terkejut dan heran dengan suasana nok kedak tok.

Masa pelabuhan di Kampung seberang Bintawak masih ada dolok,nang ada Boyak di kawasan ya,nya

berkeliaran dari pelabujan ke kampung.Urang ramei nanggar boyak ya masa sidak nait perauk

tambang dari jetty berdekatan.Tapi boyak ya masa ya sik ada gago ngaco urang sekitar,nya terkayo

kayo ke hulu ke hilir ajak berkeliaran,dan mungkin juak makanan dah cukup makeinya makan,makei

apa ngaco urang ndak?

Namun pada itu ada lagi satu kisah berkaitan Buaya yang dikaitkan dengan Penduduk Bintawak.Di

sekitar Kampung Bintawak Tengah tidak jauh dari Jambatan Tun Salahuddin terdapat seorang Wanita

yang menternak Buaya sebagai haiwan peliharaan.Wanita itu dikenali sebagai nama Siti.Buaya itu

dikatakan dipeliharanya dari tempoh yang agak lama,bahkan dikatakan bermula semenjak buaya itu

terlahir dari telurnya.

Buaya itu bermain di sekitar rumahnya,pada peringkat awal ketika bentuk tubuh badannya agak

kecil.Buaya itu bermain di dalam rumah sahaja.Sehinggalah buaya itu membesar,ianya dipindahkan

ke Sungai yang berdekatan.Pada peringkat awalnya buaya itu tidak bergerak,hanya berputar putar di

sekitar rumah tersebut,namun keadaan sungai yang besar menyebabkan buaya ini mula bergerak di

kawasan hulu dan hilir.


Memandangkan buaya ini diternak dari kecil,Siti memberi makan kepada buaya ini sebanyak tiga kali

sehari.Dari pagi,tengah hari dan kemudian petang.Makanan yang diberinya adalah seperti nasi

campur serta lauk yang dimakannya juga.Sepanjang pemberian makanan tersebut,makcik Siti

ditemani oleh kucing-kucingnya yang sekadar melihat buaya.Bila makcik siti selesai memberi makan

kepada sang buaya tersebut,maka sang Kucing pun turut beredar.

Hinggalah pada suatu ketika,apabila Makcik Siti agak sibuk dalam kehidupan seharian,maka tempoh

pemberi makanan agak tersangkut,dan pada masa inilah sang Kucing bermain-main berhampiran

Sang Buaya semasa tempoh makcik Siti memberi makanan.Oleh kerana sang buaya agak

kelaparan,maka kehadiran sang Kucing ini seolah olah Kucing adalah makanannya.Maka pada masa

itulah Sang Kucing Makcik Siti disambar oleh Sang buaya.

Apabila Makcik Siti kembali ke rumah,dia mendapati Kucingnya tidk ada di rumah,dan apabila dia

ingin memberi makankepada Sang Buaya,dia terlihat ada kesan sang Kucingnya di Jetty tersebut dan

melihat sisa-sisanya yang telah disambar oleh buaya.Melihat keadaa n ini,Makcik Siti berasa agak

marah dan semenjak itu dia tidak memberi makanan lagi kepada buaya tersebut.

Pada mulanya sang buaya ada menghadirkan diri di kawasan Jetty tersebut untuk makanan,namun

setelah Makcik Siti tidak memberikannya makanan,dari hari ke hari suasana agak mengelirukannya

dan akhirnya sang buaya tersebut pun beredar dari kawasan Jetty tersebut.Kehadiran buaya yang

ada di sekitar kawasan tersebut memungkinkan yang buaya tersebut adalah buaya Makcik Siti,namun

Sungai yang agak besar agak mustahil bagi sang buaya tersebut bermain semula di kawasan Kampung

Bintawak.

Anda mungkin juga menyukai