Anda di halaman 1dari 5

DONGENG SI CIKUNANI DAN NAGA DI LUBUK PAKU

Di suatu tempat di dalam sebuah daerah di Kota Negeri Sembilan, terdapat sebuah tempat
yang dikenali sebagai Lubuk Paku. Tempat ini berdekatan dengan kaki Gunung Datuk. Menurut
cerita orang dahulu kala, Lubuk Paku merupakan kawasan yang dihuni oleh seekor naga. Oleh
yang demikian, tempat tersebut sangat ditakuti oleh penduduk kampung yang tinggal di kawsan
berdekatan dengan tempat tersebut. Kononnya juga, di kawasan Lubuk Paku terdapat batu sakti
yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang ada didunia. Batu sakti itu diberi nama
Batu Delima Gemala Sakti. Batu itu telah dijaga rapi oleh naga yang tinggal di lubuk itu.

Tersebutlah kisah seorang gadis Minangkabau yang berasal daripada Paya Kumbuh
Sumatra Barat Indonesia telah datang ke kampung ini untuk mencari penempatan baru. Gadis itu
bernama Cikunani. Cikunani merupakan anak yatim piatu yang telah kematian aibu bapanya.
Oleh yang demikan, Cikunani merantau untuk membina hidupnya yang baru. Cikunani tidak
mempunyai saudara mara. Cukunani hanya mempunyai seekor kucing yang berwarna kuning
yang pandai berkata-kata. Kucing kuning itulah yang menjadi teman rapatnya setiap hari dan
sentiasa berada bersamanya. Cikunani juga merupakan seorang gadis kampung yang sangat
cantik. Kecantikan raup wajah Cikunani tidak dapat ditandingi oleh semua anak gadis dalam
daerah itu. Cikunani juga seorang gadis yang rajin. Setiap hari Cikunani akan pergi ke bendang
dan mengerjakan sawah padi yang diusahakannya sewaktu Cikunani mula-mula sampai di
kampung itu. Kehidupan Cikunani sangat sedehana, namun Cikunani berasa senang dengan
kehidupanya.

Selain sikapnya yang rajin, Cikunani juga seorang yang suka menuntut ilmu. Setiap malam
Cikunani akan mempelajari ilmu bersilat daripada seorang guru silat di kampung itu. Kecekapan
dan ketangkasan Cikunani dalam bersilat menyebabkan Cikunani sangat disayangi oleh guru
silatnya itu. Pada suatu malam, sebaik sahaja selesai belajar silat. Guru silat itu telah
menceritakan tentang kisah keistimewaan Batu Delima Gemala Sakti kepada anak didiknya.
Menurut guru silatnya, siapa yang memperoleh batu sakti itu, maka dialah wira di daerah itu.
Batu sakti itu berada dibawah jagaan seekor naga di Lubuk Paku. Tidak ada sesiapa pun yang
berani ke sana untuk mengambil batu itu.
Tidak ada seorang pun pahlawan atau wira yang berjaya mengambil batu sakti itu sebaliknya
mereka menemui ajal mereka di sana. Lubuk Paku telah meragut banyak nyawa bagi mereka
yang cuba untuk mendapatkan batu sakti yang ada dibawah dasar kolam Lubuk itu.

Setelah mendengar kata-kata daripada guru silatnya itu, barulah Cikunani sedar tentang
kelebihan batu sakti itu dan sememangnya batu sakti itu menjadi rebutan ramai kerana kelebihan
yang ada padanya. Apabila Cikunani pulang ke pondoknya, Cikunani seolah-olah masih
mendengar cerita batu sakti itu yang diceritakan oleh guru silatnya tadi. Hal ini menyebabkan
Cikunani tidak dapat melelapkan matanya.

Pada suatu hari orang suruhan raja telah datang ke kampungnya untuk menyampaikan titah raja.
Kebetulan pada masa itu, kucing kuning Cikunani sedang berjalan-jalan di tempat itu dan
Cikunani pula pada ketika itu sedang berada di sawah.

Orang suruhan raja memaklumkan bahawa raja di daerah ini sedang gering di istana dan tiada
seorang pun yang tidak dapat menyembuhkan penyakit baginda. Dia berkata lagi jika ada sesiapa
yang dapat menyembuhkan penyakit baginda. Maka baginda akan memperkenalkan apa sahaja
hajat yang diinginkannya.Kata-kata orang suruhan raja itu telah didengar oleh kucing kuning,
maka dengan pantas kucing kuning itu berlari menemui Cikunani dan menceritakan apa yang
didengarnya tadi.

Mendengar sahaja berita itu, Cikunani menawarkan diri merawat penyakit raja itu.
Kucing kuning berasa sangat terkejut. Mana mungkin Cikunani mampu merawat penyakit yang
dihadapi oleh raja itu. Telah ramai orang yang datang dari seluruh pelosok daerah ini tidak
mampu juga merawat penyakit baginda. Maka dengan nada yakinnya, Cikunani pun berkata
bahawa dia mampu untuk mengubat raja itu.

Kucing kuning berasa susah hati dengan tindakan yang ingin diambil oleh tuannya itu.
Maka dengan segera, Kucing kuning pergi menemui seorang nenek kebayan yang tinggal di
Gunung Pasir. Selama 7 hari 7malam Kucing kuning berjalan untuk menemui nenek kebayan.
Maka dengan takdir tuhan, akhirnya kucing kuning berjaya sampai ke rumah nenek kebayan lalu
kucing itu menceritkan kerisauannya terhadap Cikunani kepada nenek kebayan.

Nenek kebayan memuji niat baik Cikunani. Dia memberikan tombak sakti kepada kucing kuning
dan berkata Cikunani hanya akan dapat mengambil batu sakti itu dengan cara membunuh naga
itu dengan menggunakan tombak sakti raja sulaiman,
Lalu kucing kuning berasa lega dan tidak keberatan untu melepaskan Cikunani pergi ke lubuk
itu. Setelah mendapatkan tombak sakti daripada nenek kebayan, kucing kuning pon pulang.
Sebaik sahaja Kucing Kuning sampai ke pondoknya, kucing itu terus menemui Cikunani dan
memberikan tongkat sakti itu.
Lalu dengan penuh kasih sayang, Cikunani telah mendukung Kucing kuning itu lalu
membelainya. Dia tidak menyangka bahawa kucing kuning sanggup berkorban untuk
mendapatkan tongkat sakti ini bagi membantunya menewaskan naga di lubuk itu.

Pada keesokkan hari, Cikunani telah bersiap sedia dengan pakaian silatnya bersama
dengan tombak sakti menuju ke Lubuk Paku. Cikunani telah berniat dalam hatinya sekiranya dia
berjaya memperoleh batu sakti itu, dia akan membantu semua orang yang menghadapi penyakit.
Setelah penat merudah hutan tebal dan mengharungi beberapa batang anak sungai, Cikunani
telah sampai di sebuah tempat yang dinamakan sebagai Lubuk Paku. Di situ terdapat sebuah
kolam yang airnya sangat jernih tetapi jika dipandang dari atas permukaan air, dasar kolam itu
berwana hitam. Ini menunjukkan bahawa betapa dalamnya kolam itu. Cikunani memandang
sekeliling kwasan di lubuk itu. Ternyata tidak ada pun naga seperti yang diceritan oleh guru
silatnya itu. Setelah lama menunggu di tepi kolam itu, maka Cikunani pun berasa sangat bosan.
Dia berfikir tok gurunya telah mempermainkannya.
Dengan mengambil sebutir batu yang berhampiran dengan kolam, maka Cikunani pun
membaling batu itu ke dalam kolam tanda kekecewaannya. Maka dengan tidak semena-mena,
langit yang cerah tadi tiba-tiba menjadi gelap, kilat di angkasa sabung –meyabung dan burng-
burung di kawasan itu seolah-olah terkejut menyaksikan keadaan itu. Air kolam yang tenang
pada masa itu tiba-tiba berputar dengan deras seolah-olah ada tenaga yang sangat kuat di
dasarnya. Angin pula bertiup dengan kencang. Secara tiba-tiba muncullah seekor naga yang
maha besar berdiri di hadapan Cikunani.
Cikunani berasa gentar pada mulanya. Namun, apabila dia melihat sahaja Tongkat Sakti Raja
Sulaiman yang ada di tanganya, Cikunani memberanikan dirinya.
Maka terjadilah satu pertarungan yang hebat antara Cikunani dengan Sang Naga. Pertarungan itu
digambarkan berlaku selama 7 hari 7 malam tanpa henti. Maka dengan takdir tuhan, pada hari
yang ke-7 , Cikunani berjaya menewaskan naga itu dengan menggunakan Tombak Sakti Raja
Sulaiman. Seperti yang dikatakan oleh naga itu. Batu sakti itu ada di bawah dasar Lubuk Paku.
Maka Cikunani pun menyelam ke dasar kolam. Seperti yang digambarkan dasar kolam itu sangat
dalam. Kedalaman kolam itu seperti seolah-olah sebatang paku. Akhirnya Cikunani berjaya
menjumpai sebuah peti emas. Cikunani menghampiri peti emas itu. Setelah membukanya.
Terdpat sebiji batu yang berwarna merah yang bersinar-sinar. Batu itu adalah Batu Delima
Gemala Sakti yang diceritakan. Apabila Cikunani telah mendapat batu itu. Maka Cikunani pun
berenang ke permukaan kolam.

Cikunani pun berasa sangat gembira lau puang ke pondoknya. Di pondok, Kucing Kuning
bersa sangat risau. Namun, apabila Kucing Kuning terlihat kepulangan Cikunani, kucing kuning
berasa sangat gembira. Cikunani sangat rindu kepada kucing kuning lalu memeluknya dengan
erat seraya berkata:

“ Terima Kasih buah hatiku kerana dengan pertolongan kau dan nenek kebayan aku berjaya
membunuh naga itu.”

Pada keesokan harinya, Cikunani dan kucing kuning telah pergi ke istana untuk mengadap
raja. Cikunani memohon izin daripada permaisuri untuk mengubati raja yang sedang gering itu.
Maka disuruhnya dayang istana itu mengambil segelas air lalu diletaknya batu sakti itu ke dalam
air dan berdoa kepada tuhan. Sebaik sahaja air yang diletakkan batu itu direnjis ke seluruh tubuh
badan raja, raja yang terlantar di atas katil diraja itu boleh menggerakkan tubuhnya. Hal ini
menyebabkan seluruh isi istana sangat terkejut. Baginda telah dapat disembuhkan oleh Cikunani.

Raja sangat terhutang budi dengan Cikunani. Baginda menitahkan kepada pembesarnya agar
menganugerahkan apa saja yang diinginkan oleh Cikunani. Cikunani mengatakan bahawa dia
tidak mahu apa-apa balasan daripada raja itu sebaliknya biarlah tuhan sahaja yang membalasnya.
Akhirnya Cikunani pulang ke pondoknya dan hidup bahagia bersama dengan kucing kuningnya
itu dan setiap orang yang datang berubat denganya pasti akan sembuh.

Anda mungkin juga menyukai