Anda di halaman 1dari 11

Credentialing & Privileging

Prosedur Ultrasound Obstetrik


Asas bagi Pegawai Perubatan

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga


Kementerian Kesihatan Malaysia
2016

1
KANDUNGAN muka surat

1. Pendahuluan 3

2. Objektif 3

3. Senarai Penyelia dan Tanggungjawab Penyelia 3

4. Pelatih dan Tanggungjawab 4

5. Kriteria Credentialing & Privileging 5

6. Tempoh Privileging 5

7. Lampiran 7-11

2
1. PENDAHULUAN

Perkembangan perubatan yang begitu pesat pada masa kini semakin mencabar
kewibawaan tugas dan tanggungjawab anggota kesihatan di klinik kesihatan. Perkembangan
dari segi teknologi perubatan telah menghasilkan teknik-teknik dan prosedur-prosedur
perubatan yang baru dan rumit.

Sehubungan dengan itu, kepakaran dalam sesuatu bidang perlu pengiktirafan yang
sewajarnya demi memastikan penjagaan kesihatan yang terbaik dapat diberikan oleh anggota
yang terlatih, mahir dan cekap melalui sistem penilaian yang setanding seperti proses
pewartaan, Credentialing dan Privileging. Ia juga bagi memastikan setiap prosedur dilakukan
mengikut tatacara piawai dan jika berlaku medical error, siasatan akan dijalankan bagi
mengenalpasti punca masalah.

Credentialing dan Privileging Ultrasound Obstetrik Asas untuk Pegawai Perubatan dan
Kesihatan di peringkat penjagaan kesihatan primer merupakan satu proses yang berterusan.
Dengan itu, modul ini akan dikaji dari masa ke semasa mengikut keperluan dan akan membantu
dalam penambahan bilangan Pegawai Perubatan yang ingin mendapatkan pengiktirafan
Privileging .

JUSTIFIKASI

Pengendalian prosedur ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus untuk
mengelakkan masalah salah diagnosis atau timbulnya komplikasi tertentu yang boleh
membawa implikasi terhadap kesihatan pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Prosedur dan
teknik baru ini tidak pernah diajar semasa latihan asas Pegawai Perubatan dan Kesihatan .

2. OBJEKTIF

Meningkatkan dan mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam teknik


pengendalian Ultrasound Obstetrik dan Ginekologi di kalangan Pegawai Perubatan dan
Kesihatan di penjagaan kesihatan primer.

3. SENARAI PENYELIA & TANGGUNGJAWAB PENYELIA

 Penyelia 1: Pakar O&G (latihan pertama kali)


 Penyelia 2: Pakar Perubatan Keluarga (penyeliaan berterusan)

Pakar O&G : Penyeliaan dan penilaian latihan sangkut di hospital

Pakar Perubatan Keluarga : Penyeliaan dan penilaian berterusan di penjagaan kesihatan


primer

3
4. PELATIH DAN TANGGUNGJAWAB

PELATIH :

Pegawai Perubatan dan Kesihatan di penjagaan kesihatan primer.

PENGECUALIAN:

Pegawai Perubatan dan Kesihatan yang pernah bekerja di Jabatan O&G atau mendapat C&P
dari hospital tidak perlu menjalani proses Credentialing. Namun, penilaian oleh Pakar
Perubatan Keluarga diperlukan ke atas Pegawai Perubatan dan Kesihatan sebelum Sijil
Privileging dikeluarkan.

TANGGUNGJAWAB PELATIH:

Menyediakan semua salinan kelulusan asas yang telah diperakui sah (rujuk kriteria
Credentialing & Privileging - m.s 5) serta:

i) Melihat ( Observe ) minimum 10 kes Ultrasound di hospital latihamal


ii) Mengendali dan mendiagnosa minimum 30 kes ( 10 kes pada setiap Trimester dibawah
penyeliaan Pakar Obstetrik & Ginekologi):

Kes –Kes Wajib


a) 1st trimester - fetal parameter and dating
b) 2nd trimester – fetal parameter, placental localisation and detail scan
c) 3rd trimester – fetal parameter, presentation and AFI

Kes –kes lain yang dicadangkan (jika ada)


d) Abnormal Placenta – low lying placenta, placenta praevia, placenta accreta, etc
e) Basic Anomalies – obstetrical & gynaecological anomalies
f) Twin Pregnancy/ Multiple Pregnancy – Separating membrane, type of twin, fetal
parameter

iii) Setiap kes yang dilihat dan dikendalikan di hospital perlu mendapatkan pengesahan dan
laporan/komen daripada Pakar Obstetrik & Ginekologi di dalam Buku Log C&P .
iv) Pelatih dikehendaki menggunakan Buku Log C&P yang telah diedarkan ke setiap Pejabat
Kesihatan Daerah sepanjang menjalani latihan.
v) Buku log yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Penyelaras Jawatankuasa
C&P Daerah untuk diluluskan.

4
5. KRITERIA C&P

Bil Kelayakan Asas Kriteria Penilaian Untuk Penilai/Penyelia


Mengekalkan
Kompetensi
1. i. MBBS, MD 1. Latihan dan penempatan 1. Penilaian semula 1) Pakar Obstetrik
ii. Berdaftar dengan latihamal O&G di hospital oleh Pakar & Ginekologi
MMC yang dikenalpasti: Perubatan Keluarga
iii. Sijil Perakuan setiap 3 tahun 2) Pakar Perubatan
Amalan Tahunan i. Melihat (Observe) 2. Menghadiri Keluarga/FMS
yang sah dan minimum 10 kes kursus/seminar
terkini Ultrasound /CME yang
ii. Mengendali dan berkaitan sekali
mendiagnosa setahun
minimum 30 kes di 3. Penggunaan buku
bawah penyeliaan log untuk
Pakar O&G pengendalian
Trimester 1: 10 kes Ultrasound Obstetrik
Trimester 2: 10 kes minima 30 kes
Trimester 3: 10 kes setahun:
Trimester 1: 10 kes
2. Pengesahan penyelia Trimester 2: 10 kes
Trimester 3: 10 kes
3.Sokongan & Kelulusan
Jawatankuasa C&P Daerah 4. Pengesahan
Penyelia
5. Sokongan &
Kelulusan
Jawatankuasa C&P
Daerah

6. TEMPOH PRIVILEGING

Pengiktirafan Privileging akan diberikan untuk jangkamasa 3 tahun.

5
CARTA ALIR PROSES CREDENTIALING DAN PRIVILEGING:

Anggota mengisi borang


permohonan

Hantar permohonan kepada JK


C&P Daerah. JK C&P Daerah akan
kenalpasti hospital latihamal

Menjalani latihan sangkut di


Jabatan O&G di hospital bawah
penyeliaan Pakar O&G

Melengkapkan buku log C&P


(berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan)

JK C&P Daerah menyemak dan


meluluskan permohonan C&P
anggota PKD masing-masing

JK C&P Daerah menghantar


senarai nama kelulusan C&P
anggota di bawah PKD masing-
masing ke JK C&P Negeri untuk
pengesahan

JK C&P Negeri mengesahkan


kelulusan dan maklumkan kepada
PKD

Pengeluaran sijil Privileging oleh


PKD

6
7. LAMPIRAN

a) Senarai Semak Prosedur Ultrasound Obstetrik:

ULASAN
BIL PROSEDUR
(sila tandakan √ )
Perkenalkan diri
1
Penerangan tentang prosedur pemeriksaan yang akan
2 dijalankan

Sediakan peralatan.
3 Pastikan ada chaperone untuk Doktor lelaki

Baringkan pesakit dalam keadaan selesa


4
Pemeriksaan abdomen
5
Letakkan gel di abdomen dan ratakan menggunakan probe USG
6
Pemeriksaan Ultrasound terhadap kandungan pesakit mengikut
7 trimester dan direkodkan dalam buku antenatal

Bersihkan probe dan letakkan di tempat asal


8
Pemberitahuan status kandungan kepada pelanggan
9
Beri tarikh temujanji dan perancangan akan datang
10

7
b) Buku log

*sila rujuk contoh buku log dalam Garispanduan Credentialing & Privileging bagi Penjagaan
Kesihatan Primer, KKM (pindaan 2015)

Contoh:

8
c) Laporan Penyelia

Contoh:

d) Sokongan JK C&P Daerah

9
e) Kelulusan JK C&P Daerah

10
f) Pegawai Rujukan

i. Pakar Obstetrik & Ginekologi Hospital


ii. Pakar Perubatan Keluarga
iii. Pegawai Primer Negeri Dan Daerah
iv. Jawatankuasa C&P Negeri Dan Daerah

g) Buku Panduan Dan Rujukan

Garispanduan Credentialing & Privileging bagi Penjagaan Kesihatan Primer, KKM (Pindaan 2015)

DISEDIAKAN OLEH:

JKN PERAK
JKN SARAWAK
JKWPKL & PUTRAJAYA
JKN PULAU PINANG
JKN JOHOR
JKN MELAKA
JKN SELANGOR

DISEMAK OLEH:

Sekretariat,
JK C&P Peringkat Kesihatan Awam, KKM

11

Anda mungkin juga menyukai