Anda di halaman 1dari 57

Harta - 2022

Harta
Diadaptasi dari skrip – The Treasure
olahan
Xavier Fong
2022

1
Harta - 2022

GENG TERKANDAS-

LILY: Leader of the castaways; caring but tough (Female)

ALICIA: Lily's best friend, Pak Adam’s daughter (Female)

PAK ADAM: Alicia’s father, always for good over evil (Male)

JOHAN: Biggest douche-bag on earth. Rich, spoilt brat, ego, selfish and owns the boat. (Male)

HANA: Secretly in love with Johan and does not think herself as beautiful; wears glasses (Female)

SASHA: A snob; always making fun of others, is always worried about her looks, and carries around lip
gloss (Female)

LANUN-

KAPTEN ARUMUGAM: Kapten of the pirates and insists that everyone call him Kapten Blackbeard (Male)

MAX: The ships first mate and Kapten Arumugam's somewhat of a son (Male)

HUNTER: Smartest of all pirates; leads the mutiny (Male)

HARRY: Pirate (Male)

GARY: Pirate (Male)

MARY: The only female Pirate, the most capable among all of Hunter’s henchmen (Female)

JERRY: Dumbest of all Pirates (MALE)

LATAR MASA
Moden - Sekarang

LATAR TEMPAT:
Pulau terbiar di sekitar Lautan Hindi.
Terdapat sebuah Warung Lanun yang juga memainkan peranan sebagai pemuzik sepanjang durasi
pementasan.

2
Harta - 2022

PROLOGUE
(Bilik tidur. Lampu malap dan Cuma kelihatan bayang seorang lelaki, seorang Wanita, and bayi mereka –
ARUMUGAM [berpakaian krew lanun biasa] duduk menemani isterinya yang uzur di tepi katil mereka.
ISTERI sedang memegang bayi mereka)

ARUMUGAM: Saya janji, sayang. Saya akan pulang secepat mungkin. Sebaik saja saya pulang, kami akan
dapatkan doktor yang terbaik untuk sembuhkan penyakit awak, sayang…

ISTERI: Sayang, setiap doktor ataupun kekayaan di dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan dua harta
yang saya ada dalam hidup saya.

ARUMUGAM: Sebab itulah saya berjanji yang saya akan pulang. Sebaik saja awak sembuh, sayangku, kami
sekeluarga akan berlayar dan mejelajah ke setiap penjuru dunia.

ISTERI: Jaga diri awak, sayang…

(ARUMUGAM mencium dahi ISTERI dan berdiri. Dia mengkalungkan rantai di leher ISTERI. ARUMUGAM
memandang anaknya)

ARUMUGAM: Biarkan hujan ataupun matahari, biarkan ribut ataupun taufan, tidak kira betapa jauhnya
kami berpisah, ayah akan pulang ke pangkalmu, anakku. Ayah nak baby jaga mak sementara ayah bekerja.
Ingat, tidak kira betapa sukarnya hidup ini menekan awak, jangan sesekali berputus asa. Bangun dan
senantiasa menuju ke hadapan. Jadilah adiwira kepada mak. Boleh janji sama saya baby?

ISTERI: (Ketawa) Dia mana boleh jawab lagi sayang, dia kan masih baby lagi…

ARUMUGAM: Ala, baby saya, suka hati lah. Mana tahu dia tiba-tiba pandai jawab?

(Mereka ketawa)

ARUMUGAM: Biarkan hujan ataupun matahari…

ISTERI: Biarkan ribut atau taufan… Pergilah sayang… Jangan tertinggal kapal…

(ARUMUGAM keluar. Sebelum dia keluar, dia memandang ISTERI dan anaknya buat kali terakhir.
BLACKOUT)

3
Harta - 2022

ACT 1 SCENE 1
(20 tahun kemudian. Kelihatan Geng Terkandas bercuti di atas kapal layar. JOHAN sedang memandu
kapal. SASHA sedang merakam video untuk Tik Tok manakala HANA duduk sebelah JOHAN sambil
dilamun cinta. LILY sedang tidur di kerusi lounge. ALICIA bergegas masuk)

ALICIA: Lily! Lily! Bangunlah beb! Dah terlepas dah ni!

LILY: (Menguap) Oh, Alicia apa dia tu?

ALICIA: Tengok pulau tu! Eeee! Cantik doh! Tak sangka Johan begitu murah hati untuk jemput kami bercuti
atas kapal layar dia ni!

LILY: Dia jemput kami datang sekali sebab dia nak ngorat Sasha je.

ALICIA: Ala, ya ke? Habis, kenapa dia jemput kami datang sekali? Dia boleh je jemput Sasha seorang.

LILY: Sasha ni mungkin bimbo sikit, tapi dia tak ada lah bodoh sangat nak berseorangan dengan jantan
gatal macam Johan. Pada masa yang sama, Sasha tak nak terlepas peluang dapat bercuti secara percuma
atas kapal layar. Itulah sebabnya dia ajak kami sekali.

ALICIA: Patutlah dia baik hati sangat nak ajak ayah saya sekali.

LILY: Saya pulak, memanglah tak nak terlepas peluang ni untuk bercuti. Nak lepas geram lepas grad ni!

ALICIA: Betul! Tengok Hana, walaupun dia ni seorang pemalu, tapi nampak yang dia memang sangat teruja
dengan percutian ini.

LILY: Dia kan suka Johan.

ALICIA: Biar betul, Lily!?

LILY: Awak tengok cara dia pandang Johan tu. Sebab dia pakai cermin mata adalah kerana dia merenung
Johan tak berhenti-henti sejak zaman sekolah menengah lagi.

(PAK ADAM masuk mengelap mulutnya daripada mabuk laut)

ALICIA: Ayah, ayah tak apa-apa ke?

PAK ADAM: Alicia tahu kan ayah mabuk laut… Johan! Tak cukup lagi ke awak pandang Sasha nyer…
(Muntah lagi)

LILY: Johan! Jantan sial yang tak guna! Lelaki semua ni sama je! Kecuali awak, Pak Adam!

JOHAN: Eh! Mana ada! Aku nikmati pemandangan je kot!

4
Harta - 2022

SASHA: I tahu lah I ni hot, abaikan dia je. Dasar lelaki memang gatal pun.

HANA: Hey… Johan… Awak boleh pandang saya juga. Awak… Awak tahu tak awak memang kacak? Umm…
Terima kasih sebab ajak kami semua datang bercuti atas kapal layar ni…

JOHAN: Diamlah budak rabun! Apa yang kau tahu? Kau ni cukup bertuah yang Sasha ajak kau datang sekali
untuk percutian ni. Kalau ikutkan hati aku ni, aku akan…

LILY: Akan apa, Johan?

JOHAN: Tak ada apa.

LILY: Awak cakaplah sopan sikit dengan Hana. Dia bukannya menghina awak atau apa pun.

JOHAN: Apa yang kau nak kisah sangat ni budak pengkik? Aku bukannya bercakap dengan kau pun.

(LILY hentakkan kepala JOHAN atas helm kapal)

LILY: Johan, baik awak jaga mulut awak dan pandu kapal ni baik-baik sambil buat apa yang lelaki paling
pandai nak buat – jangan pakai otak!

JOHAN: Korang perempuan semua; kecuali you – Sasha; memang pandai membebel je! Itulah sebabnya
ayah kau tinggalkan kau dengan mak kau, sebab dia tak tahan dengan perangai meroyan korang berdua!

(LILY menjatuhkan JOHAN dan belasahnya tidak berhenti-henti)

PAK ADAM: Hentikan! Dah! Cukuplah bergaduh tu!!!

ALICIA: Awak semua! Bahaya!!!

(Kapal terhempas… Blackout)

5
Harta - 2022

ACT 1 SCENE 2
(Tempat persembunyian Lanun; Lanun-lanun duduk berselerak di sekeliling pentas sambil berehat.
HUNTER duduk di atas batu besar sambil menulis sesuatu di atas kertas dengan pen ‘quill’, JERRY sedang
berlatih tendangan tariannya seolah-olah dia membuat persembahan muzikal, GARY duduk di sebuah
batu kecil sambil mencungkil kukunya, HARRY mengukir sesuatu atau sekeping kayu hanyut, dan MARY
sedang baring di atas pasir)

GARY: Mana Kapten Cero dan Max?

HUNTER: Maksud kau Arumugam.

MARY: Dah berjam-jam dah mereka cari makanan.

JERRY: Dia mesti dah jumpa buah hatinya... cinta sejatinya... Baguslah dia dah jatuh cinta! Moga-moga dia
bahagia selamanya...

HUNTER: Eh bahlul-bahlul sekalian! Korang semua diam sikit boleh tak?!

(Semua diam)

HARRY: Umm… Hunter, kalau Kapten terdengar yang kau panggil dia Arumugam, dia akan patahkan kaki
kau tu! Kau tahu kan dia suka digelar Kapten Cero!

HUNTER: Harry, kau ingat aku kisah? Dan lagi satu, Jerry, mereka pergi cari makanan, bukan perempuan,
mangkuk! Kitorang dah bertahun-tahun berlayar, tak pernah sekalipun terserempak dengan perempuan.
Nak cium bau pun tak dapat!

(MARY jeling ke arah HUNTER. HUNTER jeling kembali)

HUNTER: Apa?

(MARY tidak puas hati, tetapi dia tidak berbuat apa-apa. MAX masuk ke pentas membawa makanan –
kelapa, pisang, dan lain-lain)

MAX: Perhatian, semua! Mengumumkan Ketibaan Yang Amat Teramat Keamatan – Kapten Cero!

(MAX mengetuk gendang. Para lanun kecuali HUNTER berdiri dengan tidak sukarela dan tabik hormat.
ARUMUGAM [kini memakai jaket lanun & topi kapten lanun] masuk dengan megah)

ARUMUGAM: Rehatkan diri semua. Max, ke sini! Bahagikan makanan ni kepada semua.

(GARY mendekati ARUMUGAM)

GARY: Kapten, kitorang tengah fikir yang kitorang nak... kitorang nak... Harry, kau cakap lah!

6
Harta - 2022

(GARY tolak HARRY ke hadapannya)

ARUMUGAM: Nak cakap apa tu!?

HARRY: Oh… Tak ada lah Tuan Kapten... kitorang nak... uh… nak…

HUNTER: Kitorang nak lantik ketua baru.

(ARUMUGAM mengeluarkan pedang dan menghayunnya ke arah HUNTER dan pedang tersebut berhenti
tepat sebelum terkena dahi HUNTER. HUNTER tidak tersentap dan tidak takut sama sekali. Semua lanun
terkejut. ARUMUGAM cuak dengan HUNTER)

ARUMUGAM: (Menyarung pedang) Korang nak ketua baru? Baik! Kenapa tidak? Ini soalan aku, siapa yang
korang nak lantik jadi Kapten yang baru?

JERRY: Saya lantik diri saya sendiri!

MARY: Kau tak boleh jadi Kapten.

JERRY: Ala, kenapa pulak tak boleh?

MARY: Sebab, seorang bekas penari tak layak jadi Kapten Lanun.

ARUMUGAM: Ada siapa-siapa yang lain?

(ARUMUGAM menghayun-hayun pedangnya dengan bergaya)

JERRY: Oooh, teruja hati nyah! Saya undi Arumugam! Alamak...

(ARUMUGAM berhenti dan kemudiannya menghadap JERRY. Dia sangat-sangat marah)

ARUMUGAM: Kau panggil aku apa?

JERRY: Kapten, ampun tuanku beribu-ribu ampun tuanku Kapten! Hamba tidak bermaksud begitu Tuanku
Duli Yang Teramat-Amat Keamatan! Hamba Cuma seekor lalat yang tidak tahu apa-apa! Lalat tak berotak,
lalat bangang, lalat larva telur ulat semua campur terencat… Maafkan hamba, Kapten!

(ARUMUGAM menghayun pedangnya kebelakang)

MAX: Kapten, tunggu! Jangan bunuh dia!

(ARUMUGAM cuba menyerang JERRY. Kelihatan roh ISTERI muncul dan memegang bahu ARUMUGAM
dengan lemah lembut sekali. ARUMUGAM berhenti menyerang dan bertenang. Dia memandang ke arah
ISTERINYA tetapi tidak kelihatan apa-apa)

7
Harta - 2022

ARUMUGAM: (Bertenang) Bagi satu sebab kenapa aku tak patut kelar leher budak ni?!

MAX: Nanti kami tak cukup kaki tangan untuk mencari harta karun itu!

ARUMUGAM: Ah ya... Harta Karun Leman Kidal Kudung... Baik! Dia tidak akan mati buat hari ini. Tapi ingat!
Sesiapa yang panggil aku dengan nama itu sekali lagi, aku akan patahkan kaki korang!

HUNTER: Kalau berani, cubalah.

MAX: Bertenang, Hunter. Kapten, jom kita pergi tenangkan fikiran.

(MAX bawa ARUMUGAM keluar dan berehat di Warung Lanun. HUNTER bangun)

HARRY: Kan aku dah cakap! Jangan panggil dia Arumugam!

GARY: Eh, eh! Bila kitorang ni nak memberontak?

HARRY: Kitorang kenalah lantik seorang Ketua yang baru dulu.

MARY: Aku lantik Hunter.

JERRY: Ala… kenapa dia?! Baik lantik aku. Aku bekas penari terkenal di Malaysia. Mana tahu lepas ni, kami
semua bertemu dengan jodoh kami melalui keindahan tarian tradisional Lanun-lanun Malaysia!

(Semua diam)

HARRY: Lanun ada tarian tradisional ke?

GARY: Aku tahu! (Dia jalan ke belakang JERRY) Semua nak tengok tak tarian tradisional Lanun-lanun
Malaysia? (Dia tarik seluar dalam JERRY) Inilah tarian dia!

(JERRY gelek dengan anggun sekali walaupun dalam kesakitan)

JERRY: Si Kutu Laut yang tak guna!

GARY: Apa Kutu Laut? Kau Ikan Belut dua alam!

(GARY menumbuk JERRY, JERRY cuba menumbuk kembali, GARY elak dan tolak JERRY ke HARRY. HARRY
cuba menumbuk JERRY tetapi JERRY mengelak dan tumbukan HARRY terkena GARY. Lanun-lanun yang
lain mula berseronok melihat mereka bergaduh. Semua lanun kecuali HUNTER terlibat sekali untuk
bergaduh tanpa sebab untuk seketika)

HUNTER: Sudah! Kami ada perkara yang lagi penting untuk diuruskan!

8
Harta - 2022

MARY: Semua yang sokong Hunter untuk mengambil alih jawatan Kapten?

(Semua Lanun mengangkat tangan / menghayun pedan / melompat / bersorak)

MARY: Jika begitu, Hunter telah sah dilantik sebagai Kapten baru kami.

GARY: Bila kitorang nak serang Kapten Cero?

JERRY: Max bagaimana?

HUNTER: Dah tiba masa nanti, kita akan bagi dia satu peluang saja untuk mengikut kita.

MARY: Kalau dia bangkang, kita kelar leher Max dan Arumugam!

HUNTER: Tunggu dulu. Sekarang, kita sambung pencarian Harta Karun Leman Kidal Kudung.

(ARUMUGAM dan MAX masuk)

ARUMUGAM: Apa yang korang semua bincangkan ni?

HARRY: Kapten! Eh, tak adalah apa pun... Kitorang cuma bincangkan pasal…

(MARY siku HARRY di perut)

HARRY: Kegawatan ekonomi! Masa yang susah... Zaman satu dunia menganggur... uh... kan?!

HUNTER: Pedulikan dia… Kapten... Apa kata kita teruskan pencarian Harta Karun Leman Kidal Kudung?

ARUMUGAM: Hmm... Baiklah. Awak semua mulakan pencarian di sebelah sana.

(Semua lanun keluar, kecuali ARUMUGAM and MAX)

MAX: Kapten, memang betul pun nama awak Arumugam. Pasal apa pulak Kapten tak suka orang panggil
nama betul Kapten?

ARUMUGAM: Kita ni sebagai lanun, lagi-lagi pangkat aku sebagai Kapten, kenalah jaga sikit reputasi
dengan bersertakan nama yang bergaya! Kau rasa nama Arumugam tu lanun sangat ke?

MAX: Kampung sangat nama tu...

ARUMUGAM: Eh, kau baik-baik sikit. Nama aku tu. Max, kalau aku beritahu kau sesuatu, kau mesti berjanji
yang kau tak akan bagi tahu sesiapa pun! Lagi-lagi lanun-lanun bodoh tu! Faham tak?

MAX: Ya, Kapten!

9
Harta - 2022

ARUMUGAM: Sumpah Lanun!

MAX: Ala… perlu ke Sumpah Lanun ni?

ARUMUGAM: Ya! Sumpah Lanun...

(“Sumpah Lanun” adalah siri jabat tangan yang teramat keliru sekali)

MAX: Perjanjian jari kelingking lagi senang kan, Kapten?

ARUMUGAM: Diam kau! Max, sebab kami tak jumpa-jumpa Harta Karun Leman Kidal Kudung ni adalah
kerana peta harta karun ni tidak lengkap.

MAX: Apa maksud Kapten, tak lengkap?

KAPTEN ARUMUGAM: Kan dua tiga hari yang lepas, setelah bertahun-tahun kami menjelajah dan mencari
harta karun ni… aku excited sangat sebab kami dah hampir ke penghujung pencarian kami ni. Lepas minum
dalam tiga botol rum kat Warung Lanun… aku… tak sengaja tercicir peta ni ke dalam laut… sekarang,
sebahagian daripada peta ni koyak dan hilang…

MAX: Jap jap jap JAP! Kapten! Biar betul, Kapten? Dan… kenapa Kapten beritahu saya semua ni?

ARUMUGAM: Max, kaulah satu-satunya insan di dunia ini yang aku percaya dengan sepenuh hati. Kau ada
hati yang mulia, tak macam yang lain. Mereka semua cuma mahu sebahagian daripada harta karun itu je.
Kalau kita tak jumpa harta karun tu, mereka akan memberontak dan tidak akan biarkan aku hidup.

(Lanun-lanun masuk semula)

HUNTER: Ada perkara penting ke yang korang berdua bincangkan ni?

ARUMUGAM: Tak ada apa pun! Max tengah sakit perut, dia perlukan orang untuk dodoikan dia sambil
dia buang air. (ARUMUGAM tumbuk perut MAX). Ok, bye! (Mereka keluar)

HUNTER: (Mensyaki sesuatu) Baiklah Kapten… Mari kita sambung pencarian ini! (Kepada lanun-lanun yang
lain dengan diam) Harry, Gary, Jerry, Mary, ikut dan perhatikan mereka secara senyap.

10
Harta - 2022

ACT 1 SCENE 3
(Kapal layar Geng Terkandas baru saja karam. Mereka masuk pentas)

SASHA: OMG! OMG! Kenapalah benda-benda buruk selalu terjadi kat I?!

HANA: Tak adalah teruk sangat, Sasha. Akan ada kapal yang akan lalu kawasan ni nanti dan selamatkan
kami.

SASHA: Ada I kisah?! Lip Gloss Ku Cantik nombor 5 I dah nak habis dah! (Meniru gaya iklan) Nak comel?
Nak Berseri? Gunalah Ku Cantik!

(Semua pandang SASHA dengan pelik)

SASHA: Apa? Kalau I nak terkandas atas pulau terbiar, baik terkandas dengan gaya!

JOHAN: Siapa kata kita terkandas?

PAK ADAM: Jadi? Adakah kita terkandas?

LILY: Oh ya. Dah tentu kami terkandas.

JOHAN: Kita tak terkandas. Aku tahu kitorang berada di mana sekarang ni!

SEMUA: Mana?!

JOHAN: Eh, aku tak suka ditengking, terima kasih!

SASHA: Eh beruk ketiak bangkai tenggiling, you dengar sini! I ada appointment pedi-mani esok, dan I tak
nak terlepas appointment I, faham!

JOHAN: Ala Sasha, you tahu kan I boleh diharap... (cuba memegang pinggang SASHA, tetapi LILY
menampar tangannya dari memegang SASHA)

LILY: Jaga kelakuan awak tu, Johan. Boleh tak awak hentikan kegatalan awak tu untuk sementara waktu?
Budak miang perangai orang zaman batu!

JOHAN: Eh pengkik! Kan aku dah cakap, aku tak suka ditengking! Boleh tak kau hentikan pengkik kau tu
untuk sementara waktu.

(LILY cuba menumbuk JOHAN tetapi dihalang PAK ADAM)

PAK ADAM: Lily, jangan. Tuhan akan menghukum mereka yang tidak mengawal kemarahan. Sabar.

LILY: (Mengeluh) Ya Pak Adam. Saya minta maaf.

11
Harta - 2022

JOHAN: Boleh aku teruskan? (JOHAN keluarkan peta yang basah lencun dan hampir koyak) Yang aku tahu,
kami berada di sekitar kawasan yang tidak pernah dijelajah lagi di Lautan Hindi. Kami berada sangat jauh
dari mana-mana penempatan.

LILY: Maksudnya, kami akan berada di sini untuk jangka masa yang lama.

(SASHA mula nak membebel tetapi dihentikan oleh LILY)

LILY: Sasha, jangan. Tak cukup lagi yang kami terkandas kat pulau ni? Jangan awak tambah serabut lagi
dengan perangai gedik awak tu.

SASHA: O… M… G… So biadap…

HANA: Umm… Selalunya untuk situasi yang sebegini, perlu adanya seorang ketua kumpulan untuk
pastikan yang kumpulan kita ni sentiasa selamat, teratur, dan terjaga?

(Semua pandang sesama sendiri dan tidak menyebut apa-apa)

HANA: Ada siapa-siapa yang boleh jadi ketua kami?

PAK ADAM: Johan boleh kan?

LILY: Betul, Johan. Awak kan jantan terunggul.

JOHAN: Tak nak!

LILY: Dah agak dah. Pak Adam lagi jantan dari Johan.

JOHAN: Apa maksud kau?

LILY: Alicia?

ALICIA: Umm… tak berani saya nak jadi ketua. Saya ikut awak je, sebab awak macam kakak saya.

HANA: Pak Adam?

PAK ADAM: Saya rela, tapi Tuhan beritahu yang itu bukan tanggungjawab Uncle.

LILY: Jadi, ia patutnya tanggungjawab siapa, Pak Adam?

PAK ADAM: Saya rasa memang dah jelas siapa yang patut jadi ketua Geng Terkandas ni.

HANA: Lily, saya rasa apa yang Pak Adam cuba sampaikan, adalah awak yang patut ketuai kumpulan kita
ni.

12
Harta - 2022

LILY: Eh, kenapa?

ALICIA: Lily, tolonglah…

LILY: Baiklah, baiklah. (Mengeluh. Kepada diri sendiri) Tidak kira betapa sukarnya hidup ini menekan awak,
jangan sesekali berputus asa. Bangun dan senantiasa menuju ke hadapan. Jadilah adiwira kepada semua.
Biarkan hujan ataupun matahari… biarkan ribut ataupun taufan… (Tarik nafas) Baik semua! Tugasan
pertama kita adalah untuk periksa kembali setiap barangan yang ada pada diri kita. Kosongkan poket, dan
aturkan semua atas tanah.

(Semua orang kosongkan poket dan letak barang-barangan di atas tanah)

JOHAN: Macam tak boleh guna je semua barang ni.

SASHA: Eh! Kita dah selamat! Kita semua kan ada fon!

PAK ADAM: (Tergelak) Sasha, Sasha tahu kan kita tersandar kat pulau terbiar?

SASHA: Tahulah Pak Adam! Kan kita boleh guna fon untuk minta bantuan kecemasan! I tak ada lah bodoh
sangat Pak Adam!

(SASHA mengambil fonnya dan cuba menelefon seseorang)

HANA: Dia betul-betul cuba untuk call siapa-siapa ke?

ALICIA: Biar betul Sasha…

(SASHA mematikan fon)

SASHA: Ish! Berani they all tak angkat call! You kena always angkat call kalau you kerja khidmat pelanggan!

ALICIA: Awak telefon siapa?

SASHA: Kedai rambut yang I selalu pergi tu! Favourite contact I ok.

PAK ADAM: (Bercakap kepada diri sendiri) Kesabaran tu separuh daripada iman… Kesabaran tu separuh
daripada iman… Kesabaran tu separuh daripada iman…

SASHA: Apa?! (Mula menangis)

LILY: (Ambil fon SASHA dengan sopan) Sasha sayang... Kenapa tak ada siapa-siapa yang jawab panggilan
awak tu… sebab… kita ni tersadai di kawasan yang langsung tidak ada isyarat… Cuba dengar balik… Kosong
je kan bunyi dia…

13
Harta - 2022

SASHA: (Nangis) I… I penat… Dah lah panas terik… Tidak ada penyaman udara… Lip gloss I dah nak
habis… Banyak nyamuk pulak tu… Tengok, ketiak I dah basah… I tak suka lah Lily… I tak suka…

JOHAN: (Dengan gatalnya) Tak apa Sasha… Saya idamkan ketiak basahmu…

(Semua orang geli)

PAK ADAM: Eh mangkuk! Ke sini kau!

(PAK ADAM mengheret JOHAN ke tepi dan marahnya sambal memaksa JOHAN membaca buka agama
yang kecil untuk mentaubatkannya)

ALICIA: Otak saya dah lebur… Eh, apa ni?

(Mengambil sesuatu dari pasir)

HANA: Nampaknya seperti… Peta harta karun!

ALICIA: Awak rasa peta ini peta yang asli tak?

HANA: Saya rasa peta ini ada dua keping yang berbeza. Nampak? Tengah-tengahnya berlubang.

JOHAN: (Rampas dari tangan HANA) Dah lah budak rabun! Kalau betul yang ini peta harta karun, apa lagi?
Jom lah kita pergi cari sekarang!

LILY: Semua, tunggu! Bertenang! Seperti apa yang Alicia katakan tadi, kami tak tahu peta ini peta yang asli
ke tidak. Lagipun, kami ada benda yang lagi penting untuk diuruskan dahulu.

ALICIA: Kami perlu carikan air dan makanan.

SASHA: I dah jumpa air!

JOHAN: Oh! Hebatlah Sasha! Saya dari mula lagi tahu yang Sasha ni memang boleh diharap!

PAK ADAM: Mana air tu, Sasha?

SASHA: Situ! Seumur hidup kitorang tak perlu nak risau tak cukup air! (Menunding jari ke arah lautan)

ALICIA: Kalau kita minum air laut… pernah dengar tak apa itu cirit birit? Kenapa awak ni bodoh…

PAK ADAM: Alicia!

ALICIA: Maaf ayah… (Tukar topik) Umm… sekarang kita nak buat apa dengan peta ni?

14
Harta - 2022

LILY: Ni mungkin kerja seorang pelayar yang bosan menunggu diselamatkan di pulau terbiar ini. Macam
kita? Baik, sekarang kita kena bina tempat perlindungan untuk bertedur dari cuaca buruk yang mungkin
kita akan alami kat pulau ini. Johan dan Pak Adam carikan ranting-ranting dan kayu api. Yang lain carikan
makanan dan air untuk semua orang. Hana pergi dengan Sasha, dan saya akan Bersama Alicia. Kumpul
semula di sini dalam masa satu jam. Kalau sesiapa berada dalam bahaya, kumpul semula di sini dengan
segera dan jerit untuk minta bantuan. Faham semua?

SASHA: Uh… EXCUSE me?! Baju I akan tercemar dengan kotoran-kotoran pulau ini.

LILY: Saya bagi pilihan, sama ada awak pergi carikan makanan dengan baju yang sedang awak pakai
sekarang, ataupun jangan pakai langsung baju sambil cari makanan. Mana yang awak nak?

(SASHA menutup dadanya dan lari keluar pentas)

JOHAN: Aku patut pergi dengan Sasha.

(PAK ADAM heret JOHAN keluar pentas melalui exit yang lain. HANA dan SASHA keluar. ALICIA bersedia
untuk keluar, tetapi LILY masih membaca peta harta karun yang ada di tangannya)

ALICIA: Kenapa Lily?

LILY: Simbol atas peta ni. Ianya sama seperti bentuk loket saya ni. Ataupun cuma kebetulan semata-mata?

ALICIA: Umm… Lily, cuba awak fikir, kapal kita terkaram… di atas pulau terbiar… di Lautun Hindi yang luas…
dan terjumpa peta yang kita tak tahu keasliannya… dan simbol ni boleh bermaksud apa-apa je… Jadi…

LILY: Bila awak sebut macam tu… Betullah. Kebetulan je kot.

ALICIA: Awak rasa?

(ALICIA keluar pentas. LILY membaca peta harta karun itu sekali lagi sebelum menyimpan peta di dalam
poketnya)

15
Harta - 2022

ACT 1 SCENE 4
(ARUMUGAM [berpakaian krew lanun biasa] muda sedang membuat kerja di atas kapal. KAPTEN KID
[Rupa yang sama dengan MAX] mendekatinya dari belakang)

KAPTEN KID: Aru!

ARUMUGAM: Ya Kapten!

KAPTEN KID: Ingatkan aku, bila hari terakhir kau berlayar bersama kami?

ARUMUGAM: Bulan depan Kapten. Sebaik saja kita mendarat, itulah hari yang akan aku ucapkan terima
kasih dan selamat tinggal kepada krew semua. Lepas itu, aku akan akhirnya pulang ke pangkuan keluarga
selepas 5 tahun berlayar.

KAPTEN KID: Sekelip mata dah 5 tahun kan? Sayang aku nak lepaskan kau. Kita dah hampir jumpa Harta
Karun Leman Kidal Kudung dah. Lagipun, bukan senang untuk seorang lanun nak kembali ke kehidupan
biasa, Aru.

ARUMUGAM: Harta Karun tu tak apalah kalau aku tak sempat untuk aku nikmati sekali dengan korang
semua. Aku rindukan keluarga aku. Jangan risau Kapten, akan ada orang yang boleh gantikan aku. Dan aku
pasti dia akan lagi mengancam daripada aku ni.

KAPTEN KID: Itu je yang aku tak rindu pasal kau. Kau ni penakut sangat. Macam mana nak jadi lanun? Aku
nak bagi nama samaran kat kau pun pecah kepala aku. Kau kena amalkan cara hidup ‘Cero Miedo’.

ARUMUGAM: Cero Miedo?

KAPTEN KID: ‘Tidak takut’ dalam bahasa Sepanyol. Tapi… Tak apa lah, bagus jugak kau ni bersara dan
pulang untuk menjalani kehidupan biasa dengan kerja yang biasa. Aru, aku ingin tahu, selama 5 tahun ini,
kau takkan tak pernah telefon isteri dan anak kau?

ARUMUGAM: Kami datang dari keluarga yang sangat susah, Kapten. Telefon Nokia 3310 pun tak mampu
nak beli. Kami berhubung melalui surat je Kapten.

KAPTEN KID: Kau hidup dalam zaman apa ni, Aru? Ni dah Y2K dah. Lanun pun kenalah Y2K sikit. Abad baru,
tahun 2000. Semua orang ada telefon. Kau balik rumah nanti, belilah telefon baru untuk kau dan isteri kau
tu. PlayStation 2 pun baru keluar. Belikan yang tu untuk anak kau tu juga.

ARUMUGAM: Tak boleh Kapten. Duit yang aku kumpul ni untuk ubati penyakit isteri aku.

KAPTEN KID: Ah, betul. Kesihatan dulu. Kemewahan kemudian. Kalau kau perlukan bantuan apa-apa
sekalipun, jangan sesekali segan nak minta. Atau kalau kau gian nak kembali berlayar bersama Lanun-
lanun Penjejak Ombak, kitorang akan sambut dengan tangan terbuka! Dan… (Dia keluarkan peta Leman

16
Harta - 2022

Kidal Kudung) kita boleh sambung mencari Harta Karun Leman Kidal Kudung kalau kita tak jumpa harta
itu lagi. Dan jangan lupa keajaiban dan keanehan yang kami alami ketika berlayar sebagai lanun!

ARUMUGAM: Hahaha, itu tengok dulu lah Kapten. Aku dah tak larat dah dikejar raksasa laut, berperang
dengan askar ketam, ditipu ikan duyung. Lagipun, aku nak nikmati kehidupan yang tidak ada letupan
berlaku setiap 5 minit.

(Letupan berlaku. KAPTEN KID dan ARUMUGAM jatuh)

KREW PENJEJAK OMBAK 1: Kapten Kid! Lanun Sauh Hitam sedang melancarkan serangan!

(KREW ditikam dari belakang oleh seorang lanun. Dia mati. Muncul ketua Lanun Sauh Hitam – KAPTEN
GARUDA yang masuk dengan tenang, mengancam)

KAPTEN GARUDA: Tuan-tuan dan puan-puan yang disayangi. Ini adalah satu rampasan. Mulai kini, esok,
dan selamanya, kapal ini adalah tawanan Lanun-lanun Sauh Hitam. Jikalau berlakunya sebarang
pemberontakan daripada anda… Sekiranya ada yang fikir untuk melarikan diri…

(Seorang ahli krew yang lain cuba melarikan diri. Sebelum dia sempat lompat keluar dari kapal, dia
ditembak KAPTEN GARUDA)

KAPTEN GARUDA: Demikianlah jadinya riwayat anda… Setahu aku, Tuan Kapten kepada Lanun Penjejak
Ombak ialah Kapten Kid. Di manakah Kapten Kid kesayangan Lanun Penjejak Ombak?

KAPTEN KID: (Bangun) Aku di sini.

(KAPTEN GARUDA dekati KAPTEN KID)

KAPTEN GARUDA: Sekarang… akulah Kapten kapal ini.

(KAPTEN GARUDA menikam KAPTEN KID)

ARUMUGAM: Tidak! Kapten Kid! Bertahan Kapten… bertahan…

(ARUMUGAM memegang KAPTEN KID yang telah tumbang)

KAPTEN GARUDA: Para Lanun Sauh Hitam yang dihormati, ambil semua barangan berharga… Dan…
Karamkan kapal ini bersama krew-krewnya.

(Lanun-lanun Sauh Hitam mula menggeledah kapal dan membunuh krew-krew. ARUMUGAM menjerit
sambil memegang KAPTEN KID. Dia mengambil pedang yang terdekat dan menyerang KAPTEN GARUDA
tetapi tidak berjaya. KAPTEN GARUDA menyerang ARUMUGAM bertubi-tubi tanpa menggunakan
pedangnya. ARUMUGAM jatuh di sebelah KAPTEN KID. KAPTEN KID perasan yang KAPTEN GARUDA
sedang bersedia menikam ARUMUGAM. Dia menolak ARUMUGAM ke tepi dan mengambil serangan itu.

17
Harta - 2022

KAPTEN KID cedera parah. Dalam kemarahan, ARUMUGAM mengambil baldi yang terdekat dan berjaya
mengetuk kepala KAPTEN GARUDA dengan kuat. KAPTEN GARUDA pandang ARUMUGAM. KAPTEN
ARUMUGAM menghentak kepalanya sekali lagi. KAPTEN GARUDA pengsan)

LANUN SAUH HITAM 1: Kapten Garuda!

LANUN SAUH HITAM 2: Dia berjaya kalahkan Kapten Garuda yang tidak pernah tewas kepada sesiapa!

(Lanun-lanun Sauh Hitam semua takut dan melarikan diri. Lanun-lanun Penjejak Ombak menyorak.
ARUMUGAM melutut di sebelah KAPTEN KID)

KAPTEN KID: Dengar sini Aru… Jaga krew-krew semua… dan jaga anak aku – Max… Sekarang, kau lah
Kapten kepada Lanun Penjejak Ombak… Kapten… Cero…

(KAPTEN KID mengambil topi kaptennya dan meletakkan topi itu di kepala ARUMUGAM. KAPTEN KID
mati. ARUMUGAM memandang ke arah krew)

KREW PENJEJAK OMBAK 2: Sorakan untuk Kapten Cero!

(Semua lanun menyorak. Pentas mula gelap. ARUMUGAM kini baring. ISTERI sedang melutut
disebelahnya dan dengan perlahan, menyentuh bahu ARUMUGAM. Dia tersedar dari mimpi ngerinya
dengan terkejut. KAPTEN KID telah menukar bajunya dan mengambil semula watak MAX)

MAX: Kapten Cero... Mimpi ngeri lagi ke?

(Tersedar dari mimpinya. ISTERI bangun dan meninggalkan pentas. ARUMUGAM melihat ke kiri dan ke
kanan, dan masih keliru)

ARUMUGAM: Oh… Max…

MAX: Termenung je? Mimpi lagi ke Kapten?

ARUMUGAM: Apa kau nak sibuk aku termenung pasal apa?

MAX: Maaf Kapten.

(Kelihatan HARRY, GARY, JERRY, dan MARY masuk dan sorok di belakang batu besar dan perhatikan
ARUMUGAM dan MAX)

ARUMUGAM: Dengar sini, kita akan pinjam peti besar dari Warung Lanun dan bawa ke sini. Kita ambil lah
harta apa-apa yang ada dengan kami, masukkan sekali sampah-sampah yang kita jumpa kat mana-mana,
dan lepas tu kita bagitahu krew semua yang peti ini adalah Harta Karun Leman Kidal Kudung. Lepas tu,
harap-haraplah mereka berpuas hati dan kemudian, mereka tidak ada niat nak ambil nyawa aku lagi!

18
Harta - 2022

MAX: Kapten… Aku rasa idea tu hanya mampu menipu budak umur 5 tahun je, Kapten…

ARUMUGAM: Kau ingat mereka ni bijak sangat?

MAX: Betul juga…

ARUMUGAM: Dah, mari kita ke Warung Lanun.

(ARUMUGAM dan MAX keluar. JERRY, GARY, HARRY, dan MARY keluar)

HARRY: Korang dengar tak apa yang diorg cakap?

GARY: Mereka nak tipu budak umur 5 tahun!

MARY: Bukanlah, bodoh! Mereka nak tipu kitorang dengan harta yang palsu! Kita mesti sampaikan berita
ini kepada Hunter!

JERRY: Maksudnya, kitalah budak umur 5 tahun yang mereka nak tipu? SAMPAI HATI MEREKA NAK TIPU
NYAH!

MARY: Diam bahlul! Mereka akan terdengar nanti!

MAX: (Dari luar stage) Bunyi apa tu Kapten?

MARY: Kan aku dah cakap?

(MARY lari keluar, dan perasan yang HARRY, GARY, dan JERRY masih berdiri di situ. MARY lari masuk dan
heret mereka bertiga keluar sebelum dijumpai ARUMUGAM dan MAX. ARUMUGAM and MAX masuk
semula)

MAX: Betul Kapten, aku rasa aku terdengar suara orang menjerit.

ARUMUGAM: Tak ada sesiapapun di sini, dah. Jom ke Warung Lanun untuk ambil peti tu sekarang.

MAX: Ya, Kapten.

(ARUMUGAM dan MAX keluar)

19
Harta - 2022

ACT 1 SCENE 5
(HANA sedang membebel sambil SASHA masuk membawa daun-daun kering dan ranting-ranting kayu)

SASHA: U tahu tak, I rasa Lily tak sesuai jadi ketua kita. Dia ni poyoh sangat lah!

HANA: Apa yang awak cakapkan ni? Dia ketua yang bagus. Awak cemburu ke?

SASHA: Excuse me?! I tak jealous ok!

HANA: Sasha, saya minta maaf dulu, tapi saya rasa baik saya terus terang dengan awak. Bukan semua
perkara di dunia adalah pasal awak. Awak dah biasa sangat dimanja oleh ibu bapa awak dan dah biasa
hidup mewah. Bukan semua orang yang bernasib baik dapat hidup senang. Memandangkan kita tersandar
di pulau terbiar ni, saya rasa ini adalah peluang yang bagus untuk awak tambah dan rasakan pengalaman
bekerja.

SASHA: K-k-kerja? Maksud you… macam masyarakat orang bawahan?! OMG… Hidup ni tidak adil
langsung!

(HANA sentap. Dia letakkan daun-daun kering dan ranting-ranting kayu di lantai)

HANA: Awak tak tahu apa maksud tidak adil! Cuba ayah awak tinggalkan keluarga awak sejak awak
berumur 2 tahun. Cuba awak hidup dengan seorang ibu yang ada skizofrenia, setiap malam awak
ditengking, dipukul, dihina… (Mula tersebak, tapi sambung bercakap) Setiap malam saya perlu sapu ubat,
balutkan lebam-lebam pada tangan… kaki… Tapi saya faham yang dia perlukan sokongan dan bantuan…
Sebab dia tak sihat… Itu yang TIDAK ADIL! Kalau awak rasa hidup awak ini tidak adil, habis, hidup saya
apa?! Apa?!

SASHA: (Terkedu) Hana, I…I tak pernah tahu…

HANA: Sekarang awak tahu.

SASHA: Saya minta maaf, Hana. Kenapa you tak pernah cerita kat we all?

HANA: Saya malu dengan hidup saya, Sasha.

SASHA: I minta maaf banyak-banyak Hana… I berjanji yang I akan cuba untuk berubah. I… I akan buang
semua barang0barang make-up I!

HANA: Sasha! Tapi, semua itu barang-barang kesayangan awak.

SASHA: (Muka tak puas hati dan mula bengang) Kau nak aku buang ke tak…

HANA: (Takut) Nak… nak…

20
Harta - 2022

(SASHA ambil barangan make-up keluar dari beg dengan perlahan. Selepas seketika, dia jatuhkan
barangan make-up. SASHA tergamam dengan perbuatannya sendiri)

HANA: Ini satu keajaiban! Wow Sasha, awak betul-betul nak berubah.

SASHA: You tahu? I rasa… happy!

HANA: Ummm… Sasha… Saya minta maaf. Saya tak patut tersentap dengan awak tadi. Ianya beban saya
seorang dan tidak patut melenting kat awak. Saya minta maaf.

SASHA: Tidak mengapa, Hana. We all kan kawan. You boleh berkongsi apa-apa pun cerita dengan we alls.

HANA: Umm… Saya nak beritahu awak sesuatu, boleh?

SASHA: Boleh! Apa dia?

HANA: Umm… Saya suka Johan.

SASHA: (Tiada perasaan) Dah tahu dah. Nampak sangat.

HANA: Apa??? Ala… Malunya… Sasha, saya dah lama suka kat dia, tapi dia mesti tak akan pandang ke arah
budak hodoh dan skema macam saya.

SASHA: Satu, you tak hodoh. Dua, you tak skema. You adalah seorang gadis yang sangat bijak. Tak
bermakna you pakai specs, you ni skema. Hmm…?

(SASHA menuju ke HANA dan menanggalkan cermin matanya dan melepaskan rambutnya)

SASHA: Tadaa! Kan dah cantik? Kalau Johan tak tergoda juga dengan you, tidak apa yang boleh!

HANA: Terima kasih Sasha! (Dia memakai semula cermin matanya dan mengikat rambutnya) Tapi saya
rasa, saya akan simpan gaya ini untuk lain kali.

SASHA: Tak ada masalah!

HANA: Jom, kita balik. Mereka mungkin tengah cari kita ni.

SASHA: Baik, jom we alls.

(Mereka keluar)

21
Harta - 2022

ACT 1 SCENE 6
LILY: Alicia? Aku rasa kita patut cari sebahagian lagi peta yang hilang ni.

(LILY pulls out the map)

ALICIA: Betul awak nak carikan peta itu?

LILY: Semua orang macam ingin tahu je sama ada peta ini tulen ke tidak. Lagipun, memandangkan kami
masih tersandar kat pulau ini, kita boleh buatkan ini sebagai aktiviti kumpulan untuk naikkan semula
semangat. Siapa tahu? Betul tak? Mana tahu tiba-tiba kita terserempak dengan lanun!

(Mereka ketawa)

ALICIA: (Berhenti ketawa. Risau) Umm… Lily? Macam mana kalau betul-betul adanya lanun kat pulau ini?

LILY: Saya rasa tidak. Itu semata-mata cerita dongeng daripada ibu bapa kita je.

ALICIA: Mak dan ayah saya tak pernah ceritakan apa-apa pun pasal lanun.

LILY: Masa saya kecil, mak akan ceritakan pengembaraan ayah aku ketika dia berlayar, bagaimana dia
menyelamatkan diri dari ditawan lanun, makhluk-makhluk yang dia jumpa di setiap penjuru dunia,
fenomena aneh dan kuasa sihir yang dia alami… Itu sebelum…

ALICIA: Sebelum dia hilang di lautan.

LILY: Betul. Sekelip mata dah 20 tahun berlalu. Itulah sebabnya saya akan ambil setiap peluang untuk
berada di lautan. Berlayar, berenang, menjelajah… demi mencarinya. Supaya saya boleh jumpa dia buat
kali pertama, dan kenal dirinya sebagai ayah saya… Tapi semakin hari, semakin saya dah redha dengan
kemungkinan yang saya tak akan ada peluang untuk berjumpanya.

ALICIA: Lily, saya yakin yang suatu hari nanti, awak akan jumpa juga dengan ayah awak. Jangan sesekali
putus harapan.

LILY: (Berfikir panjang dan kurang yakin) Terima kasih Alicia. (Perasan JOHAN dan PAK ADAM) Hey, yang
lain dah sampai! Hi semua, kita di sini!

(JOHAN dan PAK ADAM masuk ke pentas)

PAK ADAM: Kami dapat kumpul bahan-bahan yang kami semua perlukan.

JOHAN: Akan lagi laju kalau aku pergi sendiri tanpa orang yang dah berumur ikut aku.

ALICIA: Johan! Kenapa kau ni biadap sangat dengan ayah saya? Apa masalah awak?

PAK ADAM: Betul cakap Johan. Memang salah saya. Saya cepat penat.

22
Harta - 2022

ALICIA: Ayah dah berumur, memanglah akan cepat penat, tapi itu tak bermakna ianya salah ayah. (Kepada
JOHAN) Sial!

PAK ADAM: Alicia…

ALICIA: Maaf ayah… (Kepada JOHAN) Bahlul.

JOHAN: Ya, ya, ya. Apa-apa je la.

(SASHA dan HANA masuk. Mereka semua kumpulkan barangan dan bahan mentah yang mereka jumpa)

LILY: Baik semua, saya dah buat keputusan yang kita akan cari bahagian peta yang hilang ini, dan kita akan
adakan aktiviti pencarian harta karun sementara menunggu pasukan penyelamat untuk selamatkan kita.

(Semua orang teruja)


LILY: Kita semua berpecah semula kepada kumpulan yang sebelum ini. Kalau terjumpa apa-apa, terus balik
ke tempat berkumpul ini dan tunggu yang lain. Kita jumpa balik ke sini dalam masa 2 jam. Boleh?

SEMUA: Baik!

LILY: Ayuh! Kita mulakan pengembaraan kita!

JOHAN: I pergi dengan you ya, Sasha.

HANA: Johan… Umm… Saya boleh ikut awak…

SASHA: Tak! Hana akan ikut I. Jom, Hana! (Dia tarik HANA)

HANA: Ummm… Ok, bye Johan!

JOHAN: Tapi Sasha…

PAK ADAM: (Kepada JOHAN) Dan awak ni, ikut saya.

(PAK ADAM heret JOHAN keluar. SASHA dan HANA keluar mengikut exit yang lain)

LILY: Alicia, awak dah bersedia?

ALICIA: Dah!

(LILY dan ALICIA keluar)

23
Harta - 2022

ACT 1 SCENE 7
(KAPTEN ARUMUGAM dan MAX masuk membawa peti harta karun palsu yang dipenuhi rantai murah,
gelang murah, mahkota murah, cawan murah, dan barangan lain yang kelihatan murah)

ARUMUGAM: Max, kita letak kat sini je.

MAX: Kapten… Nampak sangat benda ni palsu?

ARUMUGAM: Diam. Letak je kat sini dan panggil mereka semua. Ingat, ini Harta Karun Leman Kidal
Kudung. Faham?

(ARUMUGAM duduk atas peti. MAX hendak duduk, dan dia ternampak barangan make-up SASHA)

MAX: Kapten, aku terjumpa sesuatu!

(Tunjukkan ARUMUGAM barangan make-up SASHA)

ARUMUGAM: Ini… make-up?

MAX: Tapi tiada orang yang lain melainkan kita kat pulau ni, dan pakcik kat Warung Lanun tu! Atau
mungkin ada…

ARUMUGAM: Mungkin betul cakap kau. Mungkin ada orang lain kat pulau ni …

LILY: (Dialog dari luar pentas) Jom, kita cari kat sana Alicia!

(Mata ARUMUGAM dan MAX terbeliak)

ARUMUGAM: Kau ada cakap sesuatu ke?

MAX: Tak… ?

(LILY dan ALICIA masuk ke pentas. Mereka terserempak dengan ARUMUGAM dan MAX)

ARUMUGAM (Terkejut) & MAX (Terpesona): Perempuan!

LILY (Terkejut) dan ALICIA (Panik): Lanun!

ARUMUGAM: (Panik. Dia mengeluarkan pedangnya) Siapa korang?

LILY: (Tumbuk muka KAPTEN ARUMUGAM) Kami tak takut dengan awak.

ARUMUGAM: (Menutup muka) Hidung aku… Max!

24
Harta - 2022

MAX (Masih terpesona): Hi, aku Max. Awak berdua khabar baik?

(LILY tendang kemaluan MAX)

LILY: Alicia, lari!

(ALICIA cuba melarikan diri, tetapi ARUMUGAM menangkap tangannya. Dia menolak ALICIA ke arah
MAX. ARUMUGAM meletakkan pedang ke tengkuk ALICIA)

MAX: Minta maaf cik!

LILY: Awak berdua lepaskan kawan saya!

ARUMUGAM: Tidak!

ALICIA: Apa yang awak nak dengan kami?

ARUMUGAM: Apa yang korang berdua buat di sini?

(LILY risaukan ALICIA)

LILY: Tidak ada kaitan dengan korang. Sekarang, lepaskan dia!

ARUMUGAM: Oh, tidak, tidak, tidak. Kami tak akan lepaskan dia dengan begitu senang.

MAX: Biar betul Kapten?

ARUMUGAM: Eh, kau jangan nak tergoda sangat. Periksa dan tengok mereka ada sorokkan apa-apa atau
tidak!

(MAX ragu-ragu, tetapi dia mendekati LILY untuk memeriksanya)

LILY: Awak jangan sentuh saya atau Alicia!

(LILY menendang kemaluan MAX sekali lagi dan meraung dalam kesakitan. Dengan tidak sengaja, dia
terlanggar ARUMUGAM yang tidak sengaja terhiris tangan ALICIA. ALICIA menjerit dan berada dalam
kesakitan)

ARUMUGAM: Alamak! Tidak, tidak! Cik, saya minta maaf cik! Awak tidak apa-apa ke?

MAX: Cik! Biar kami bantu ya cik?

LILY: Awak berdua ni! Baik awak berdua mohon ampun dengan Tuhan sebab cik adik ini dah bersedia nak
pecahkan dua biji tempurung kelapa dengan megah sekali!

25
Harta - 2022

(LILY belasah ARUMUGAM dan MAX dengan teruk)

LILY: Ini balasan yang awak dapat! Alicia, awak tidak apa-apa?

ALICIA: Ah! Sakit Lily…

(LILY mengambil sehelai kain dan mengikat tangan ALICIA)

LILY: Luka awak dalam sangat Alicia! Cepat, balik ke tempat berkumpul. Mungkin Pak Adam ada ubat yang
boleh membantu. Cari mereka yang lain dan suruh mereka buatkan senjata daripada bahan-bahan yang
ada, dan bina rakit untuk kita tinggalkan pulau ini. Dan… kalau saya tak balik dalam masa satu jam,
tinggalkan saya dan selamatkan diri awak semua.

ALICIA: Apa?! Saya tak akan biarkan awak keseorangan! Kita baliklah sama-sama!

LILY: Tidak! Biar saya tahan mereka ini, begitu awak semua ada masa yang lebih untuk buat apa yang perlu.
Ambil peta ni bersama awak. Saya akan tahan mereka selama yang boleh… Sekarang pergi. PERGI!

MAX: Kapten! Gadis tu ada peta kami!

(ALICIA keluar dengan tidak rela sambil memegang tangannya yang cedera itu. ARUMUGAM dan MAX
mula berdiri dan memegang pedang mereka)

LILY: Tidak kira betapa sukarnya hidup ini menekan awak, jangan sesekali berputus asa. Bangun dan
senantiasa menuju ke hadapan. Jadilah adiwira kepada semua. Biarkan hujan ataupun matahari… biarkan
ribut ataupun taufan…

(LILY berpaling ke belakang dan mengambil dua batang kayu. ARUMUGAM dan MAX menyerang. Mereka
semua bertarung. Blackout.)

26
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 1
(Kelihatan ARUMUGAM cedera dan menuju ke sebuah pintu. Dia mengetuk pintu itu)

ARUMUGAM: Sayang! Sayang! Saya dah pulang! Ini saya! Arumugam! (Ketuk lagi) Sayang!

JIRAN: Aru? Aru ke tu?

ARUMUGAM: Shila? Shila! Ya, saya! Shila, Nora dan anak saya dah keluar ke?

JIRAN: Umm… Aru… Nora dah… Nora dah meninggal tahun lepas…

ARUMUGAM: Apa?

JIRAN: Dia tidak pernah putus harapan yang awak akan pulang ke rumah, Aru. Ini semua surat-surat yang
dia minta saya beri kepada awak sebelum dia meninggal.

(ARUMUGAM mengambil surat dari JIRAN dan membaca isi kandungannya. DIa mula tersebak)

JIRAN: Dia tidak pernah berhenti menulis kepada awak.

ARUMUGAM: Mana anak saya?

JIRAN: Jiran sebelah dah bawa anak awak pergi bersama mereka ke luar negeri. Kami ada cuba
menghubungi awak, tapi setelah 5 tahun kami tak menerima apa-apa berita daripada awak, kami fikirkan
yang awak dah hilang di lautan atau dah meninggal.

ARUMUGAM: Saya… ada tanggungjawab yang saya tidak boleh abaikan…

JIRAN: Tanggungjawab yang ambil masa awak selama 10 tahun dari keluarga awak?

ARUMUGAM: Awak tak akan faham.

(JIRAN hilang di belakang, dan latar bertukar semula ke zaman kini. ARUMUGAM melutut. Kelihatan
ISTERI memegang kedua-dua bahunya. Masuk MAX yang cedera teruk dan berjalan tempang. Dia berjaya
mengikat LILY dari atas ke bawah)

LILY: Lepaskan saya!

MAX: Kapten! Aku dah ikat dia dah! Kapten? Kapten Cero!

(ISTERI meninggalkan ARUMUGAM)

ARUMUGAM: (Terjaga) Huh? Apa? (Dia bangun dalam keadaan yang cedera) Oh! Budak ni! Kita dera dia
sampailah dia bagitahu kat mana kawan dia yang lagi seorang tu pergi. Dia masih pegang peta Harta Karun
kami!

27
Harta - 2022

LILY: Jadi… peta harta karun tu, peta harta karun yang asli?

ARUMUGAM: Mana kawan kau tu?!

LILY: Untuk awak fikir dan untuk aku tahu!

ARUMUGAM: Melawan ya? Nampak Warung Lanun kat situ? Mereka dah lama tak rasakan teman seorang
perempuan.

MAX: Ummm… Macam mana pula dengan kawan dia ni?

LILY: Awak jangan nak libatkan kawan-kawan saya sekali!

ARUMUGAM: Kawan-kawan??? Maksudnya ada ramai lagi kawan kau kat pulau ni?!

LILY: Kalau awak apa-apakan kawan-kawan saya, terutamanya Alicia, Saya akan…

ARUMUGAM: Kau akan buat apa?!

LILY: (Membebel) Saya akan terajang, belasah, sumpahkan awak berdua ni, pecahkan telur puyuh awak
berdua, buatkan sup dan suapkan kepada buaya, dan masa itu, awak akan berharap yang awak tak pernah
terfikir nak merangkak keluar dari gua yang dipenuhi bangkai katak yang dengan jelas sekali awak berdua
tak pernah mandi! Awak ingat saya tak dapat lepaskan diri daripada tali ni? Nampak sangat awak berdua
tak pernah habis belajar masa zaman awak kat pasukan pengakap! Apa yang awak tak puas hati lagi, ubi
kentang berkedut!

(Sambil LILY membebel, ARUMUGAM ambil bandana dan berikan kepada MAX)

ARUMUGAM: Ikat mulut dia.

MAX: Tapi, Kapten…

ARUMUGAM: Kau nak dia teruskan membebel ke?!

(MAX cuba mengikat mulut LILY, dia gigit tangan MAX)

MAX: AAAAARRRGG! Dia gigit aku!

ARUMUGAM: Ikat je lah!

(MAX cuba mengikat mulut LILY sekali lagi. KAPTEN ARUMUGAM dekati LILY)

ARUMUGAM: Dah cukup membebel dah, cik adik?

28
Harta - 2022

(LILY sambil diikat, masih mampu memijak kaki ARUMUGAM. Dia mengeluarkan pedangnya tetapi
dihalang MAX)

MAX: Tunggu, Kapten! Kami perlukan dia hidup! Dan kita perlu beritahu mereka yang lain.

(ARUMUGAM menyarung pedangnya)

ARUMUGAM: (Tarik nafas) Baik! Buat masa sekarang, kita jadikan dia umpan, sementara menunggu
kawan-kawannya untuk selamatkannya. Sebaik saja kawan-kawan kau sampai, kita akan buatkan
pertukaran peta untuk nyawa kau. Max, panggil krew yang lain!

(ARUMUGAM mengheret LILY keluar stage, MAX keluar di bahagian yang lain)

29
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 2
(HUNTER sedang menunggu yang lain)

HUNTER: Mana mangkuk-mangkuk ni semua? Aku dah makin hilang kesabaran aku ni.

(JERRY, HARRY, GARY, dan MARY lari masuk ke pentas)

MARY: Kami ada berita yang tidak menyenangkan.

HUNTER: (Geram) Apa dia lagi ni Mary?

MARY: Ada harta karun yang palsu!

JERRY: Dia tanya aku lah!

(MARY menjatuhkan JERRY)

HUNTER: Apa? Beritahu aku apa yang berlaku?!

MARY: Semasa kitorang sedang mengintip Arumugam dan Max, mereka kata yang mereka akan pinjam
peti dari Warung Lanun dan penuhkan isi kandungan dengan barangan yang palsu untuk menipu kitorang.

HUNTER: Apa?!

JERRY: Dan! Mereka akan tipu kitorang dan kata yang peti itu adalah Harta Karun Leman Kidal Kudung!

HUNTER: APA?!

JERRY: Apa lagi? Kan aku baru bagitahu kau?

HUNTER: (Dipenuhi kemarahan) AAAAARRRRRGG!!!!! (Dia menumbuk JERRY)

GARY: Kita nak buat apa ni, Hunter?

HUNTER: Kita memberontak! Kita buat rampasan kuasa! Tuan-tuan semua! Dah tiba masa!

SEMUA LANUN: AAAARRG!!!

(MAX masuk)

MAX: Ah! Akhirnya jumpa pun korang!

(Semua lanun berhenti bersorak. Mereka pandang MAX, dan semua menangkapnya. HUNTER
mengeluarkan pedang dan letakkannya di tengkuk MAX)

30
Harta - 2022

MAX: Eh! Kenapa ni?

HARRY: Kitorang tahu yang korang berdua merancang untuk menipu kitorang dengan peti harta karun
yang palsu!

SEMUA LANUN: ARG!

MAX: Apa? Tak, tak, tak, tak, tak! Kitorang sebenarnya… (cuba mencari alasan) Nak bagi surprise kat
korang semua! Dengan harta karun Leman Kidal Kudung yang kami akhirnya jumpa!

MARY: Kau kata aku menipu? Yang aku ni bodoh?

HARRY: Baik kau jangan bohong!

GARY: Kitorang tak akan percaya kata-kata kau tu!

JERRY: Kami sempat dengar rancangan korang berdua ni! Harta Karun itu, harta karun yang palsu!

HUNTER: Dengar sini anjing! Kitorang akan memberontak dan rampas kuasa daripada Arumugam. Aku
bagi kau satu peluang untuk sertai kitorang. Kalau kau tidak setuju, aku akan kelar leher kau!

SEMUA LANUN: YEAH!

MAX: (Berfikir sebentar) Eh tengok tu! Warung Lanun ada promosi beli 1 percuma 5!

(Semua lanun lepaskan MAX dan terus berlari ke Warung Lanun untuk meminta promosi beli 1 percuma
5. Sambil lari, mereka terlanggar HUNTER dan dia terjatuh. MAX ambil kesempatan untuk melarikan diri)

HUNTER: Korang semua balik ke sini lah BODOH! (Dia menjerit nama MAX dengan lama, dramatik, dan
kuat sekali) MAX!!!!!!! (Dia menumbuk JERRY di muka sekali lagi) Kita tidak boleh lepaskan Max dan badak
sumbu itu! Siapa dah bersedia mengikut aku?! (Semua sorak) Siapa dah bersedia merampas kuasa?!
(Semua sorak) Mulai hari ini, Lanun Penjejak Ombak dibubarkan! Hidup Lanun-Lanun Sauh Hitam!

(Semua lanun bersorak, menyanyi dan berkawad sambil keluar)

LANUN: Ramai-ramai rampas kuasa, hurrah! Hurrah!


Buru dan hapuskan mereka, hurrah! Hurrah!
Bunuh mereka dan tuntut Harta Leman Kidal Kudung!
Lanun Sauh Hitam akan menawan laut!

31
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 3
(ARUMUGAM membuka ikatan pada mulut LILY. Dia tawarkan botol air kepadanya)

ARUMUGAM: Minum ni. Aku tak nak kau mati kehausan sebelum aku dapat kembali peta aku.

(LILY tidak mahu minum. ARUMUGAM memaksanya minum. LILY melawan dan menggigit tangan
ARUMUGAM)

ARUMUGAM: ARGH!!! Anjing!

LILY: Hahaha! Tengok tu. Anjing laut gemuk kutuk orang lain anjing.

ARUMUGAM: Berani kau…

LILY: Berani kau berani aku?

ARUMUGAM: Berani kau…!

LILY: Berani kau berani aku semasa aku berani kau? Ikan paus gemuk yang tak cukup bersenam!

ARUMUGAM: Aku tidak gemuk, terima kasih!

LILY: Alahai… dahlah gemuk… buta pulak tu… Kalau awak berdiri tegak dan pandang ke bawah, nampak
jari kaki tak? Tak kan? Gemuk lah tu.

ARUMUGAM: Kau bernasib baik sebab aku masih perlukan kau hidup untuk aku dapatkan peta aku. Sebaik
saja aku dapat balik peta itu…

LILY: Awak akan buat apa? Buang mayat saya kat sekumpulan jerung untuk dimakan? Berjalan atas papan
kapal dan terjun? Lepaskan Kraken? Hantar saya ke Davy Jones’ Locker?

ARUMUGAM: Awak macam banyak tahu berkenaan lanun.

LILY: Ibu saya pernah ceritakan kepada saya. Malangnya, tidak pernah dengar pun cerita pasal badak yang
sedang mencari peta.

ARUMUGAM: Kau hina aku sekali lagi, aku tidak keberatan untuk bunuh kau sekarang juga!

LILY: Kalau berani, bunuhlah aku, Gorilla Laut.

(ARUMUGAM menghayun pedangnya. Dia berhenti, dan perasan rantainya)

ARUMUGAM: Rantai ini. Mana kau dapat rantai ni!?

32
Harta - 2022

LILY: Kau tak cukup lagi ke rantai palsu kat peti palsu tu?

ARUMUGAM: Mana kau dapat!? Jawab aku!

LILY: Tak ada pun nak cakap please, tolong, boleh tak...

(ARUMUGAM rampas rantai itu dari LILY)

LILY: Jangan awak sentuh rantai tu! Pulangkan rantai saya!

(ARUMUGAM melihat rantai dengan penuh rindu. Dia memandang LILY)

ARUMUGAM: Siapa nama awak?

LILY: Buat apa awak nak tahu?

ARUMUGAM: Aku perlu tahu.

(MAX masuk dan menarik nafas dengan kuat)

MAX: Kapten! Kapten Cero!

ARUMUGAM: Apa dia! Aku tengah menyoal siasat gadis ni!

MAX: Hunter! Lanun-lanun Penjejak Ombak! Hunter mengugut aku dan kata yang dia akan ambil nyawa
aku kalau aku tak sertai mereka untuk memberontak. Mereka tahu pasal harta karun palsu itu, dan
sekarang, mereka sedang ke sini!

ARUMUGAM: (Tarik nafas) Max… Perhatikan gadis ni… Aku perlukan masa untuk berfikir.

MAX: Kau nak ke mana Kapten?

ARUMUGAM: Lepak kat Warung Lanun! Boleh?! Ke tak boleh?!

LILY: Pulangkan rantai saya!

(ARUMUGAM tidak menjawab. Dia berjalan ke Warung Lanun sambil melihat rantai)

MAX: Umm… Rasanya cuma tinggal kita berdua, cik!

LILY: Hebat! Ikan paus pergi lepak… tinggal beruk seorang nak jaga saya…

33
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 4
(HANA dan SASHA sedang mencari helaian peta yang hilang. Ada yang kadang-kadang menggali tanah,
mencari di belakang pokok, dan lain-lain)

SASHA: I bukan nak mengeluh tapi… (Sangat gedik) Panaslah! I penat! I haus!!! Rehat kejap boleh tak?

HANA: Kita tak adalah lama sangat kat luar ni, tapi betul juga yang kita perlukan rehat.

SASHA: OMG… Terima kasih! (Lega)

HANA: Entahlah kita boleh cari peta ini ke tidak. Kita mungkin akan ambil masa bertahun-tahun untuk
jumpa bahagian peta yang hilang tu. Pulau ini besar!

SASHA: (Mengeluh) Betul! Kita memang tak akan jumpa peta itu! Tapi… cuba you bayangkan segala harta
yang akan buatkan we alls kayaaaaaaa! We all boleh makan mewah macam seorang permaisuri, tidur
berselimutkan sutera, tinggal dalam istana! Oooooo!

HANA: Ya… Saya dapat bayangkan kehidupan selamanya dengan Johan…

SASHA: Ooooo… Someone dah mula gatal! Hahaha. Hauslah pula. Ada air tak?

HANA: Tinggal sikit lagi dalam botol saya. (Berikan SASHA botol airnya. SASHA minum kesemuanya)

SASHA: Ahh… Lega!

HANA: Hey! Kenapa awak minum semua?

SASHA: Oops, sorry Hana.

HANA: Tak apa lah, jom kita teruskan pencarian.

(Mereka keluar pentas. Lanun masuk)

(HUNTER berjalan keliling pentas. Gerak-gerinya bulat-bulat diikuti Lanun-lanun Penjejak Ombak)

HUNTER: Aku marah!

LANUN: Aku marah!

HUNTER: Mana mereka ni?!

LANUN: Mana mereka ni?!

HUNTER: Mereka tak mungkin dah pergi jauh.

34
Harta - 2022

LANUN: Mereka tak mungkin dah pergi jauh!

HUNTER: Korang tak payahlah nak tiru semua benda yang cakap ni, BODOH!

JERRY: Korang tak payahlah nak tiru semua… Oh… Ya… Janganlah tiru dia, BODOH!

HUNTER: (Secara sarkastik) Terima kasih…

LANUN: Ramai-ramai rampas kuasa, hurrah! Hurrah!


Buru dan hapuskan mereka, hurrah! Hurrah!
Bunuh mereka dan tuntut Harta Leman Kidal Kudung!
Lanun Sauh Hitam akan menawan laut!

(Semua keluar)

(ALICIA lari masuk dan melutut di tengah pentas)

ALICIA: Saya… Saya dah tak larat…

(SASHA dan HANA masuk dan nampak ALICIA yang tangannya penuh dengan darah. HANA lari ke ALICIA)

SASHA: Alamak… darah… (Pengsan)

HANA: Alicia! Alicia! Awak tak apa-apa? Alicia!

ALICIA: (Pening) Lily dan saya terserempak dengan lanun. Salah seorang menghiris tangan saya dengan
pedangnya. Lily bertarung dengan mereka dan…

(SASHA sedar dan mendekati HANA dan ALICIA)

SASHA: Eww! Jijiknya!

ALICIA: Ugh, terima kasih, Sasha…

SASHA: Maaflah… I tak tahan darah. (Pengsan)

HANA: Apa yang berlaku lepas tu?

(PAK ADAM dan JOHAN masuk)

PAK ADAM: (Lari ke ALICIA) Alicia! Anak, kenapa dengan tangan awak ni anakku?!

(JOHAN lari ke SASHA)

35
Harta - 2022

JOHAN: Sasha!!! You jangan mati Sasha! Oh Tuhan! Janganlah biarkan insan suci ini mati sebelum
kesuciannya tidak disucikan saya! Oh Sasha! Hiduplah permataku! Biarlah aku memberi nafas kehidupan
kepadamu oh pelangiku!

(JOHAN cuba membuat CPR. SASHA sedar, menjerit dan menampar JOHAN)

PAK ADAM: Eh bodoh, ke sini kau!

(PAK ADAM mengheret JOHAN dan memaksanya ketuk ketampi)

PAK ADAM: Alicia, apa yang terjadi Alicia?

ALICIA: Lily suruh saya balik ke sini dan dapatkan rawatan, kumpulkan kita semua, buatkan senjata, bina
rakit, dan sekiranya dia tidak pulang dalam masa satu jam, kita selamatkan diri kita dari pulau ini…

HANA: Apa?! Kita tak boleh biarkan dia seorang!

ALICIA: Lagi satu, mereka sedang mencari peta ini.

PAK ADAM: Bagaimana dengan Lily?

ALICIA: Dia kata dia akan tahan mereka selama yang boleh.

PAK ADAM: Kalau begitu, kita perlu selamatkan Lily daripada cengkaman lanun! Siapa dah bersedia?

SEMUA (Kecuali JOHAN): SAYA!

JOHAN: (Berhenti ketuk ketampi) Jap! Korang semua tahu tak mereka ni lanun! Kita bukannya pahlawan
atau pejuang! Kita baru je grad dari Uni! Kecuali orang tua ni. Eh korang, realistiklah sikit, tak kan korang
semua serius nak bertarung dengan lanun dan selamatkan Lily… Fikirkan nyawa diri sendiri dulu.

HANA: (Marah, dia membuka cermin mata dan melepaskan rambutnya. Dia mencengkam kolar baju
JOHAN) Dengar sini si lipas pengecut yang tak guna! Kita akan selamatkan kawan kita tidak kira apa jua!
Kalau kau nak tunggu untuk lanun-lanun tu cincang dan ambil minyak badan kau buat minyak api, silakan!
Aku tak akan biarkan lanun-lanun tu bunuh kawan baik aku! Kau faham tak budak mentah tak guna!?

JOHAN: (Terpesona) Awak… sangat… cantik…

HANA: (Malu) Ummm… betul?

(SASHA tarik HANA)

PAK ADAM: Baik! Kita perlu merancang dan bersedia! Mari kita selamatkan Lily!

(Semua keluar)

36
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 5
(Lights up pada LILY yang masih diikat dan sedang duduk di tengah pentas)

MAX: Hi cik, awak nak air tak?

(LILY diam)

MAX: Cik, kalau awak tak minum air, takut nanti awak akan pengsan.

(LILY tidak rela)

MAX: Tak ada racun dalam air ni. (Dia ambil seteguk) Tengok?

(MAX suapkan air kepada LILY. LILY minum)

LILY: Terima kasih.

MAX: Sama-sama. Siapa nama awak? Saya Max.

LILY: Lily.

MAX: Cantik nama tu. Ayah awak yang namakan awak ke?

LILY: Kenapa saya tengah bercakap dengan awak ni? Awak lanun.

MAX: Bukan semua lanun jahat. Kapten mungkin ada wajah seorang yang sangat kejam, tetapi dia tidak
perlu sekalipun mengambil nyawa sesiapa.

LILY: Saya tidak pernah dengar pun lanun yang berhati mulia.

MAX: (Duduk dengan LILY) Kapten yang sebelum ini ialah Kapten Kid, ayah saya. Selepas ayah saya
dibunuh, Kapten Cero lah yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai Kapten Lanun Penjejak
Ombak yang baru oleh ayah saya… dan dialah yang menjaga dan mendidik saya. Masa tu saya baru
berumur 7 tahun. Setiap krew Penjejak Ombak datang dari keluarga yang susah, dan kami semua berlayar
demi mencari harta dan kekayaan untuk menanggung keluarga selepas selesainya setiap sesi pelayaran.
Kapten tidak pernah sekalipun membiarkan krewnya hidup susah. Yang paling malang sekali sebenarnya
ialah Kapten. Dia dah bercadang untuk bersara dari aktiviti lanun dan pulang ke rumahnya setelah 10
tahun berlayar untuk menerima berita yang isterinya telah meninggal dan anaknya telah dijaga oleh orang
lain. Kecewa, dan tiada tujuan yang lain, Kapten meneruskan tanggungjawabnya sebagai Kapten Penjejak
Ombak.

LILY: Kalau hatinya mulia, kenapa tidak nampak daripada perbuatannya. Nampak asyik nak gaduh je?

MAX: Kapten kenalah jaga imej depan orang lain. Tambah lagi, krew-krew yang lama semua dah bersara.
Krew yang baru semua… terlalu… macam mana saya nak terangkan? Milenial sangat… Semua nak glamor

37
Harta - 2022

dan gian sangat nak beraksi lasak. Mereka semua jadi lanun sebab nak sebahagian daripada harta karun
itu je.

LILY: Jadi, betul wujudnya harta karun ni?

MAX: Ya. Harta Karun Leman Kidal Kudung. Harta Karun ni dah hilang selama 200 tahun.

LILY: Macam mana awak tahu harta itu wujud ke tidak, kalau dah selama 200 tahun tidak ada sesiapa yang
jumpa harta itu?

MAX: Sebenarnya, saya cuma ikut serta sebab keseronokan menjelajah serata dunia je. Macam mana
dengan awak dan kawan-kawan awak tu? Kenapa awak semua boleh berada di pulau ini?

LILY: Kami cuma sekumpulan budak yang baru habis belajar yang sedang bercuti atas kapal layar. Seorang
budak laki ni nak mengorat seorang kawan kami itu. Dia nak sangat berlayar, tetapi dia tak nak
berseorangan dengan laki tu, sebab laki tu teramatlah gatal, yang tu dia ajak kami datang sekali. Pendek
cerita, saya bergaduh dengan laki tu, saya belasah dia dengan tanpa belas kasihan, kapal kami hilang
kawalan, dan akhirnya karam.

MAX: Alamak… Kesiannya awak semua.

LILY: Awak tahu… Saya betul-betul nak pulang dan berehat…

MAX: Kalau nak berehat, ada satu kolam air panas kat bahagian utara pulau ni. Kalau berkesempatan,
mungkin saya boleh bawa awak ke sana.

LILY: Bagus juga rancangan tu.

(Mereka bertentangan mata buat seketika. Dan kemudian mereka pandang ke tempat lain, malu)

LILY: Umm… Saya minta maaf.

MAX: Maaf? Kenapa?

LILY: Sebab saya belasah awak dengan teruk.

MAX: Dari mana awak belajar berlawan?

LILY: Taekwondo kat tadika, capoeira kat sekolah, MMA kat kolej, dan gusti dari TV.

MAX: Wow… Saya ingatkan awak belajar dari ayah awak.

LILY: Tak. Saya tak ingat apa-apa pasal ayah saya, sebab 20 tahun yang lalu, dia hilang di lautan ketika saya
berumur 2 tahun.

38
Harta - 2022

MAX: Saya minta maaf… Hmm… Lily, gadis lasak yang terajang dua orang lanun.

LILY: Kalau ada peluang, saya akan terajang Kapten kesayangan awak tu buat kali kedua! Dia rampas rantai
yang mak saya wasiatkan kepada saya.

MAX: Jangan risau! Saya akan yakinkannya untuk pulangkan rantai awak tu.

LILY: Terima kasih, Max.

MAX: (Segan) Oh ya! Jangan ke mana-mana!

(MAX lari keluar pentas untuk mengambil sesuatu)

LILY: Macam mana saya nak ke mana-mana?

(MAX kembali dengan bunga Lily)

MAX: Ia akan ambil masa sikit untuk saya yakinkan Kapten untuk pulangkan rantai awak. Buat sementara
itu, saya gantikan dengan ini dulu ya.

(MAX menyangkutkan bunga itu di telinga LILY)

MAX: Awak… nampak cantik…

LILY: (Malu) Umm…

(Mereka diam seketika)

LILY: Tali ni ketat sangat…

MAX: Kejap, mari saya longgarkan sikit tali ni. Minta maaf sangat-sangat, tapi kami perlu pastikan yang…

(Sebaik sahaja tali itu dilonggarkan, LILY melepaskan diri dan menendang MAX di kemaluannya)

MAX: Awak boleh je tumbuk muka saya… ohhhhhhh…

LILY: Saya minta maaf, awak memang seorang yang baik hati. Tapi saya tak boleh benarkan awak berdua
mengapa-apakan kawan-kawan saya.

(LILY melarikan diri tetapi KAPTEN ARUMUGAM menghentak kepalanya dengan pemegang pedang. LILY
pengsan)

MAX: Kapten Cero!

39
Harta - 2022

ARUMUGAM: Apa pasal awak ni bodoh sangat pergi lepaskan dia?!

MAX: Saya risau Lily dalam kesakitan…

ARUMUGAM: Apa kau kata?

MAX: Saya risau…

ARUMUGAM: Bukan! Nama dia! Awak kata nama dia siapa?

MAX: Lily. Kenapa?

ARUMUGAM: (Diam sebentar) Tak... Tak ada apa… Ikat dia. Dah hampir waktu malam dah.

(MAX ikat LILY)

ARUMUGAM: Max, kumpulkan bahan-bahan untuk buatkan rakit dan bersedia tinggalkan pulau ini.

MAX: Bagaimana dengan Lily?

ARUMUGAM: Kita bawa dia sekali.

MAX: Baik… Kapten…

(MAX keluar. ARUMUGAM melutut sebelah LILY. Kelihatan ISTERI berdiri di belakangnya)

ARUMUGAM: Lily…

40
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 6
(Geng Terkandas kini memegang senjata buatan)

ALICIA: Saya betul-betul pasti di sini tempatnya! Keliru betul susun atur tempat ini…

PAK ADAM: Sabar Alicia. Kesabaran itu separuh daripada iman.

ALICIA: Ayah, nyawa kawan kita yang dalam bahaya tidak boleh sabra, ayah.

JOHAN: Serius lah korang, kita bina je rakit dan selamatkan diri kita dari pulau ni! Lily dah tak boleh
diselamatkan lagi dah! Sasha kesayanganku, cuba you fikir! You and I boleh tinggalkan pulau ini dan bina
kehidupan you and I yang indah dan kami boleh buat baby yang banyak!

ALICIA: Awak ni tidak pengecut! Tak berperi kemanusiaan!

JOHAN: Eh, aku cakap apa yang betul je!

ALICIA: Awak cuma fikir nak ambil jalan yang senang je kan! Babun yang pentingkan diri!

JOHAN: Kau babun yang pentingkan diri, sebab kau tidak fikir akan keselamatan semua orang!

HANA: (Marah, dia mengulas tangan JOHAN) Kita… Akan… Selamatkan… Lily… Faham…?

JOHAN: (Terpesona sekali lagi) Awak sangat cantik… Tolong sebut sekali lagi…

HANA: (Malu) Betul?

(ALICIA tarik HANA)

PAK ADAM: Johan! Kami tidak akan biarkan sesiapa mati di sini! Kalau nak lari, awak lari sendiri! Pergi!

JOHAN: Baik! Aku tak nak luangkan sesaat pun masa lag ikat pulau ini! Lagi-lagi dengan mangkuk ayun
macam korang semua. Sasha, mari you and I!

SASHA: I akan stay dengan kawan-kawan I.

JOHAN: Tapi Sasha… Ah! Lantak korang!

(JOHAN keluar. Sebaik sahaja dia keluar, dia menjerit)

PAK ADAM: What was that?

(HUNTER masuk dengan lanun-lanun Penjejak Ombak. HARRY, GARY, & JERRY meletakkan 3 pedang ke
tengkuk JOHAN)

41
Harta - 2022

HUNTER: Apa yang kami ada di sini? Kami fikir akan jumpa 2 orang pengkhianat, tapi terjumpa pula orang
yang lain di pulau ini…

(Semua lanun perasan Geng Milenial)

GENG TERKANDAS: (Terkejut) Lanun!!!

LANUN (kecuali MARY): (Mengidam) Perempuan!!!

(MARY berjalan di celah-celah lanun yang lain dan perhatikan mereka dengan marah)

ALICIA: Ayah! Mereka ini lanun yang lain!

PAK ADAM: Jangan risau semua. Saya pasti mereka boleh dibawa berbincang.

ALICIA: Ayah, jangan! Ayah tak tahu apa yang akan mereka lakukan.

PAK ADAM: Alicia, tidak ada sesiapa yang dilahirkan jahat. Ayah pasti mereka akan berbudi bicara kalau
kami berbincang dengan mereka secara berakhlak.

(PAK ADAM mendekati HUNTER)

PAK ADAM: (Dengan dramatic, seperti Ustaz yang bagi ceramah) Salam sejahtera tuan-tuan lanun
sekalian. Memandangkan kita semua adalah makhluk ciptaan Tuhan, saya ingin mengambil peluang pada
hari yang indah ini untuk berkongsi nasihat dan menerangkan erti sebenar peribahasa ‘Buat Baik Dibalas
Baik’. Bukan semua perkara di dunia ini adalah buruk… dan bukan semua perkara di dunia ini adalah baik.
Ada yang buruk, ada yang baik… Ada juga buruk yang baik, dan ada juga baik yang buruk. Baik buruk wujud
di setiap hati manusia. Setiap yang wujud di dunia in perlulah adanya keseimbangan antara baik dan
buruk. Hati yang baik, hati yang mulia, akan menuju kearah keharmonian dan kesejahteraan manusia
sejagat. Sekiranya hati kami buruk dan kami menyakiti sesiapa, hanya akan mengakibatkan…

(HUNTER tumbuk PAK ADAM di perut)

PAK ADAM: Ke… mus… na… han…

(PAK ADAM tumbang dengan perlahan sekali)

ALICIA: Ayah!

GENG TERKANDAS (kecuali ALICIA): Pak Adam!

HUNTER: Tangkap mereka semua.

(Semua lanun kecuali MARY masih terpegun dengan perempuan)

42
Harta - 2022

HUNTER: Oi kongkang semua! Bangun! Aku kata tangkap mereka!

(Lanun-lanun tersedar dan menahan Geng Terkandas dengan amat senang sekali)

JOHAN: Tolonglah! Tolonglah! Hamba akan bagi tuanku kesemua wang di dunia ini, tuanku! Tolonglah
lepaskan tuan hamba! Tuanku ambil lah gadis-gadis ini semua untuk melepaskan nafsu tuanku semua!

HANA: Johan, awak ni sampah yang terapung di lautan!

MARY: (kepada JOHAN) Pengecut tak ada maruah! (Tumbuk JOHAN di perut).

ALICIA: Awak semua akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan buruk awak semua ni!

HUNTER: (Sarkastik) Oh… Takutnya…

JERRY: (Yang sedang memegang HANA) Hi, saya Jerry. Ada orang pernah bagitahu yang awak ada rupa
yang comel?.

HANA: Umm… Terima kasih… Saya Hana.

JERRY: Minta maaf ya Hana… Ini arahan Boss.

HANA: Jangan risau. Saya faham. Mana-mana kita pergi pun akan adanya Boss yang susah kita nak layan.

JERRY: Betul kan?

(HUNTER hentak kepala JERRY)

HUNTER: Jerry. Diam.

JERRY: Ya, Kapten.

ALICIA: Apa yang awak semua dah buat dengan Lily?

HUNTER: Apa yang kau tengah membebel pasal bunga ni?

ALICIA: Kawan saya! Dia berlawan dengan dua kawan lanun awak yang tak guna tu di pantai di bahagian
selatan!

HUNTER: Arumugam dan Max!

MARY: Nampaknya gadis ni terserempak dengan mereka.

HUNTER: Cari Arumugam dan Max! Jangan biarkan mereka terlepas!

43
Harta - 2022

(MARY menggeledah ALICIA dan terjumpa bahagian peta yang hilang)

MARY: Hunter! Ini sebahagian daripada peta Harta Karun Leman Kidal Kudung!

ALICIA: TIdak!

HUNTER: Nampaknya dewa-dewi lautan telah mengurniakan nasib yang bertuah kepada aku.

MARY: Hidup Kapten Hunter!

PIRATES: Hidup Kapten Hunter!

HUNTER: Ikat mereka semua!

(Geng Terkandas panik dan bergelut semasa Lanun-lanun mengikat mereka)

HUNTER: Harry, Gary, Jerry, korang bertiga bersama aku akan perhati tahanan kita ni. Mary, ambil sekali
jantan dayus tu bersama kau dan pergi ke pantai di bahagian selatan. Aku nak sampaikan pesanan kepada
Kapten Arumugam tersayang kita tu.

MARY: Baik, Kapten. Tapi kan… kenapa budak ni?

HUNTER: Aku benci budak yang banyak songeh. Di samping itu, tangkap Max dan gunakannya sebagai
tawaran.

MARY: Faham, Kapten.

(MARY keluar)

SASHA: (Kepada HUNTER) You… You ada girlfriend tak? I single jugak…

(HUNTER keliru. Blackout)

44
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 7
(MAX sedang berjaga tetapi MARY berjaya menghentak kepala MAX dari belakang. MAX pengsan. MARY
mengikat MAX dan mengheretnya keluar. LILY terjaga. ARUMUGAM masih duduk, matanya masih
memandang rantai LILY)

LILY: Awak tahu kan, memang biadap untuk rampas barang orang lain.

ARUMUGAM: Lily, kan? Mana awak dapat rantai ini?

(LILY senyap)

ARUMUGAM: Tolong beritahu saya. Saya perlu tahu.

LILY: Ianya milik mak saya. Dia berikan kepada saya pada hari yang dia meninggal.

ARUMUGAM: Dia… dia meninggal disebabkan apa?

LILY: Kanser. Ayah saya berjanji kepada mak yang dia akan pulang ke rumah dengan harta dan kekayaan,
dan dia akan dapatkan rawatan yang terbaik untuk mak. Dia tak pernah pulang, tapi mak tidak pernah
berhenti menulis kepadanya. Dia meninggal ketika saya berumur 12 tahun. Rantai inilah satu-satunya
peninggalan dia kepada saya. Dan sekarang, seekor gajah terlebih gemuk dah rampas rantai ini daripada
saya.

ARUMUGAM: Saya… Minta maaf… Mesti susah hidup awak selepas itu…

LILY: Saya tidak keseorangan. Awak tahu, Alicia, kawan saya yang awak hampir bunuh? Ayah dia yang
menjaga saya dan menganggap saya sebagai anaknya sendiri.

ARUMUGAM: Memang… memang bagus adanya sebuah keluarga yang baik untuk menjaga awak.

LILY: Awak apa hal? Bukan tadi awak beria-ria nak bunuh kami?

ARUMUGAM: Berapa umur awak?

LILY: Kau dah kenapa setan?

ARUMUGAM: Beritahu saya awak umur berapa?

LILY: 22.

ARUMUGAM: It is you… All these years I never thought I’d…

(MARY masuk mengheret MAX dan JOHAN yang diikat dan pedang dituju ke leher mereka)

MARY: Apa khabar Kapten Arumugam! Dah jumpa kau akhirnya!

45
Harta - 2022

MAX: Kapten! Saya minta maag!

ARUMUGAM & LILY: Max!

JOHAN: Lily! Aku ada kat sini juga kalau kau tak perasan!

LILY: Oh? Hi Johan. (Kepada MARY) Apa yang awak dah buat kepada yang lain?!

MARY: Mereka dah jadi tahanan kami. Tapi mereka selamat buat masa sekarang. Aku ada pesanan untuk
kau… Kapten…

ARUMUGAM: Apa yang kau nak?

(MARY tunjukkan bahagian peta yang hilang)

ARUMUGAM: Bahagian peta yang hilang!

MARY: Kapten Hunter nak kau serahkan bahagian peta kau. Dan dia nak berjumpa dengan kau.

ARUMUGAM: Oh, dia dah ambil alih jawatan Kapten?

MARY: Dia lebih layak jadi Kapten daripada kau.

MAX: Kapten Cero lebih jujur dan mulia daripada Hunter!

MARY: (Tendang MAX) Subuh. Tapak berkumpul Lanun. Kalau kau tak muncul, semua kawan dia akan
mati. Termasuk Max.

MAX: Kapten! Jangan dengar cakap dia!

(MARY hentak kepala MAX dengan hulu pedang)

MARY: Subuh. Oh ya, kau boleh ambil budak meroyan ni.

(MARY tendang JOHAN ke lantai, dan keluar bersama MAX)

LILY: (Kepada ARUMUGAM) Lepaskan saya! Buka ikatan ini sekarang!

(ARUMUGAM membuka ikatan LILY. LILY mendekati JOHAN dan membuka ikatannya)

LILY: Mana yang lain? Mereka tak apa-apa?

JOHAN: Lily, kita perlu selamatkan diri kita sekarang! Kita perlu tinggalkan pulau ini!

46
Harta - 2022

LILY: Saya tidak akan tinggalkan kawan-kawan kita pada tangan lanun-lanun itu!

JOHAN: Kau dah gila ke apa?! Mereka ni lanun! Lanun! Kau tahu tak! Kita tak ada peluang nak hidup di
tangan mereka ni! Sebaik saja mereka nampak kita, kita akan dibunuh! Aku tak nak teruskan terkandas di
pulau ini dan tinggalkan semua harta aku!

(ARUMUGAM mengangkat pedangnya dengan tinggi untuk menakutkan JOHAN. JOHAN pengsan
ketakutan. LILY pandang ARUMUGAM)

ARUMUGAM: Apa? Menyampah tengok lelaki yang banyak songeh.

LILY: Ini semua salah saya… Kalaulah saya tak teruja sangat nak cari Harta Karun tu, semua ini tak akan
terjadi.

ARUMUGAM: Tabahkan hati, Lily. Tak ada gunanya kita risau dan ungkitkan perkara yang telah berlaku.
Sekarang, kita perlu bangun semula dan tempuh cabaran yang bakal kita hadapi.

LILY: (Diam sebentar) Betul cakap awak. Jadi… kita bekerjasama ke sekarang?

ARUMUGAM: Tidak kira betapa sukarnya hidup ini menekan awak, jangan sesekali berputus asa. Bangun
dan senantiasa menuju ke hadapan.

ARUMUGAM & LILY: Jadilah adiwira kepada semua.

LILY: Bagaimana awak tahu…

ARUMUGAM: Itu tak penting sekarang ni. Kita perlu selamatkan kawan-kawan awak dan Max.

(LILY diam)

ARUMUGAM: Kita hadapi ini bersama-sama. Biarkan hujan ataupun matahari, biarkan ribut ataupun
taufan.

(LILY cuma memandang ARUMUGAM)

ARUMUGAM: Max, kau budak yang bijak. Aku pasti kau mampu jaga diri kau. Mari kita selamatkan
mereka. Dan… saya percaya ini milik awak.

(ARUMUGAM pulangkan rantai LILY. LILY diam dan memikirkan kata-kata ARUMUGAM. Mereka keluar)

JOHAN: (Terjaga) Hey! Jangan biarkan aku seorang! (Dia turut keluar)

47
Harta - 2022

ACT 2 SCENE 8
(Geng Terkandas diikat. PAK ADAM masih pengsan dan berdengkur, dan dijaga ALICIA. SASHA terpegun
dan dilamun cinta dengan HUNTER. HANA sedang berborak dengan JERRY. Lanun-lanun lain sedang
berjaga. HUNTER sedang duduk di atas batu besar. MARY masuk ke pentas semula mengheret MAX)

HUNTER: Jadi, macam mana?

MARY: Semua seperti yang dirancangkan. Dia akan datang. Jangan risau.

(MARY tolak MAX ke lantai dan berikan peta kepada HUNTER)

SASHA: (kepada HUNTER) Hey. Hey. Hey you. You ada girlfriend?

HUNTER: (Pelik) Apa?

SASHA: You tahu, girlfriend? Teman wanita? Orang yang istimewa dalam hidup you?

HUNTER: Kau tak ada ramai kawan rapat, betul?

SASHA: Kawan yang special… Tak… Jadi?

HUNTER: Jadi apa?

SASHA: You ada girlfriend ke tak?

HUNTER: Ni dah makin janggal dah ni.

SASHA: You tak perlulah tak selesa. (SASHA pandang HUNTER dengan miang sekali)

HUNTER: Mary, boleh minta tolong letak dia jauh dari aku?

SASHA: Eh you, I boleh jadi girlfriend yang sangat mantap you know!

(MARY tarik SASHA. SASHA terjatuh Lip Gloss ketika ditarik. SASHA cuba mengambil lip gloss tetapi MARY
sengaja memijak lip gloss sehingga rosak. MARY beredar dan berdiri di sebelah HUNTER. SASHA
menangis)

SASHA: Lip Gloss Ku Cantik nombor 5 I dah rosak! (Meniru gaya iklan tetapi dalam keadaan menangis)
Nak comel…? Nak Berseri…? Gunalah… Gunalah… Ku Cant~ik! (Suara pecah)

(GARY & HARRY rimas dengan tangisan SASHA. Mereka mendekatinya)

GARY: Weh, boleh tak kau berhenti menangis? Tolonglah?

48
Harta - 2022

HARRY: Apa dia yang kau nak?

SASHA: I nak Lip gloss Ku Cantik nombor 5! (nangis)

GARY: Apa tu lip gloss Ku Cantik nombor 5?

HARRY: Mesti benda yang dah penyet ni. Kitorang tak ada Lip Gloss Cantik apa kejadah tu yang lebih!

SASHA: I nak lip gloss yang baru!!! SEKARANG!!! (nangis)

GARY: Apa-apa selain lip gloss!

SASHA: I nak Bulu Mata Ku Cantik Edisi Terhad Versi Siti!

HARRY: Kau dah ada bulu mata kan?!

SASHA: I NAK BALIK!!!

GARY & HARRY: JANGAN NANGIS!!!

JERRY: Saya suka kek juga! Cuma sayang sebab kami bukan selalu ada peluang untuk makan kek. Awak
tahu lah, kami berlayar sepanjang masa. Selalunya, kami makan je apa yang kami pancing dari laut, atau
bekalan daripada kapal-kapal yang kami rompak.

HANA: Saya boleh buatkan cupcake bila saya balik kampung nanti! Tapi, kami ni tahanan awak semua, dan
boss awak mesti tak akan lepaskan kami.

JERRY: Mungkin saya boleh yakinkan Hunter untuk benarkan awak semua hidup dan lepas tu, saya boleh
melawat awak kat kampung! Lepas tu, kita bolehlah makan cupcake sama-sama, tengok muzikal sama-
sama.

HANA: Awak suka muzikal juga? Saya pun sukakan muzikal!

JERRY: Wow! Saya minat Hairspray!

HANA: Saya minat Wicked!

JERRY: Lah! Ye ke? Saya minat Wicked juga! Awak ada tengok Hamilton?

HANA: Grease?

JERRY: Dear Evan Hansen.

HANA: Mamma Mia.

49
Harta - 2022

JERRY: Lion King.

HANA: Aladdin.

JERRY & HANA: Phantom of the Opera.

JERRY & HANA: *Share each day with me, each night, each morning,

HANA: *Say, you love me…

JERRY: *You know I do…

JERRY & HANA: *Love me… That’s all I ask of you…

HUNTER: (HUNTER yang sedang menutup telingannya semakin rimas dengan perangai pelik Geng
Terkandas) Aku sumpah, kalau si Arumugam masih belum sampai, pergi mampuslah dengan peta itu! Aku
akan kelar leher setiap seorang daripada mereka demi sedikit ketenangan!

MARY: SEMUA, DIAM!!!

(Semua orang diam. 3 saat kemudian, SASHA menangis semula, GARY & HARRY masih memujuknya untuk
berhenti menangis, HANA & JERRY masih berborak dengan seronok)

HUNTER: Aku dah tak tahan lagi dah!

(HUNTER mengeluarkan pedangnya dan bersedia untuk membunuh SASHA yang sedang menangis)

ARUMUGAM: Berhenti, pengkhianat!

(ARUMUGAM, & LILY masuk. JOHAN berlari masuk membawa kayu, dia bersedia untuk menyerang sambil
menjerit sekuat hati. Dia berhenti tepat-tepat depan muka HUNTER.)

JOHAN: (Cuak dan takut) Aaaaku tunggu korang kat sana lah…

ARUMUGAM: (Dia tahan JOHAN) Kau, jangan nak ke mana-mana!

LILY: Alicia, korang! Awak semua tak apa-apa?

ALICIA: Lily! Lari! Selamatkan diri awak!

ARUMUGAM: Lepaskan budak-budak ni, Hunter.

HUNTER: Kau serahkan bahagian peta kau dulu.

50
Harta - 2022

MAX: Jangan Kapten! Tidak kira kami serahkan peta itu ke tidak, dia masih akan bunuh kita! Kapten, Lily,
lari!

LILY: Saya tak akan tinggalkan awak semua! Kami tak akan tinggalkan awak semua!

HUNTER: Korang berdua ingat korang ni adiwira? Awak perlu berkorban untuk menjadi seorang adiwira.
Jadilah adiwira kepada mereka semua, Arumugam, dan serahkan bahagian peta kau.

MAX: Kapten!

LILY: Tolong, berikan dia peta itu… Tolonglah…

ARUMUGAM: (Berfikir) Hunter, kau dari dulu memang degil dan suka melawan. Kau sanggup
merbahayakan nyawa mereka yang tidak bersalah semata-mata untuk mendapatkan apa yang kau nak?

HUNTER: Pengecut tidak ada tempat di dunia ini. Apa lagi seorang Lanun yang pengecut? Kau ingat aku
tak tahu sejarah kau? Kau ni cuma diberikan pangkat Kapten oleh seorang Kapten yang dah
menghembuskan nafas terakhirnya. Peta itu cuma diberi kepada kau sebab dah tak ada lagi pilihan lain!
Kau… Tak… LAYAK! Kalau bukan demi mencari Harta Karun Leman Kidal Kudung, aku dah lama bunuh kau!

HARRY: Sebenarnya Kapten… Kita dah lama bunuh dia kalau kita semua ni tak reti membaca…

HUNTER: Diam lah kau!

ARUMUGAM: Ya. Mungkin aku tak layak menjadi seorang Kapten Lanun. Tapi aku tahu apa yang baik dan
apa yang buruk. Semua yang aku lakukan untuk korang semua adalah untuk kita bersama-sama mencari
Harta Karun ini, dan kita berkongsi segala kekayaan, kegembiraan, dan bina semangat kekeluargaan.

HUNTER: Aku yang tentukan takdir aku sendiri! Bukan kau! Serahkan peta itu! SEKARANG!

ARUMUGAM: Baik… Ambil peta ni.

(ARUMUGAM mengoyak peta itu)

HUNTER: TIDAK!!!!!! TIDAK!!!!!!!!

ARUMUGAM: Lily! Sekarang!

(LILY berlari dan menjatuhkan GARY & HARRY dengan mudah sekali. MAX menendang kaki MARY dan dia
terjatuh. LILY kemudiannya menumbuk muka JERRY. JERRY pengsan. LILY melepaskan ikatan MAX)

HANA: Jerry!

(LILY melepaskan ikatan Geng Terkandas)

51
Harta - 2022

LILY: Alicia! Bawa semua orang dan lari! Kapten, Max dan saya akan tahan mereka. Cepat!

(ALICIA keluar bersama yang lain. PAK ADAM masih tidak sedar dan yang lain terlupa membawa dia
sekali)

LILY: (Kepada MARY) Kalau berani, kejarlah aku pengkik!

(MARY marah dan membawa lanun-lanun yang lain mengejar LILY dan Geng Terkandas keluar pentas)

JOHAN: (Kaku di satu tempat) Tuan-tuan sekalian, kita ni sama-sama lelaki? Boleh dibawa berbincang tak?

(GARY, HARRY & JERRY mengejar JOHAN. Dia lari keluar sambil menjerit dengan bingit. Mereka sempat
menangkapnya dan meletakkan pedang di lehernya. MAX kini berdiri di sebelah ARUMUGAM)

ARUMUGAM: Hentikan Hunter. Dah tak ada apa-apa lagi untuk diperjuangkan.

(HUNTER dalam kemarahan dan mula berlawan pedang dengan ARUMUGAM & MAX. HUNTER berjaya
menjatuhkan mereka berdua dan bersorak. Lanun-lanun yang tinggal semua bersorak. MAX dan
ARUMUGAM bangun semula)

ARUMUGAM: Kau tak apa-apa, Max?

MAX: Aku masih boleh bertahan, Kapten.

(MARY dilontar masuk ke pentas dan dia jatuh di kaki HUNTER. LILY masuk semula)

LILY: Awak berdua perlukan bantuan?

(Geng Terkandas masuk semula dengan pelbagai senjata)

HANA: SERANG!!!!

(Geng Terkandas seolah-olah telah dirasuk dan menyerang GARY, HARRY, JERRY dan lanun yang lain…
termasuklah JOHAN)

JOHAN: Hey! Aku bukan dengan diorang!

HANA: Itu sebab awak ni tak guna!

SASHA: You pengecut yang tidak berperikemanusiaan.

ALICIA: Awak ni sama je macam lanun-lanun ni!!

LILY: (kepada HUNTER) Nampaknya awak dah tak ada bantuan.

52
Harta - 2022

(PAK ADAM akhirnya bangun. Masih mamai)

PAK ADAM: (Dengan ceria) Hey semua, apa yang berlaku ni? Saya dah tidur berapa lama ni?

(HUNTER lari ke arah PAK ADAM dan meletakkan pedang ke tengkuknya)

HUNTER: Jangan sesiapa datang dekat! Kalau tidak, dia mati!

ARUMUGAM: Adam?

PAK ADAM: Arumugam? Arumugam! Awak ke tu!?

(Semua orang berhenti dan memandang mereka berdua)

LILY: Pak Adam kenal ke dia ni?

PAK ADAM: Lily, dia ayah awak!

SEMUA: Apa?!?!?!

HUNTER: (Sarkastik) Bagus, bagus. Keluarga ni dah akhirnya bertemu semula. Kalau sesiapa cuba
bergerak, aku akan bunuh dia!

(PAK ADAM menyiku HUNTER. Geng Terkandas, MAX dan ARUMUGAM menjerit dengan kuat bersama,
dan semua belasah HUNTER dengan teruk)

PAK ADAM: Awak ingat semua orang tak akan serang awak sekali?

ARUMUGAM: Ada sesiapa lagi yang ingin merampas kuasa?

(Lanun-lanun semua diam)

ARUMUGAM: Rasanya tak.

LILY: Awak… ayah saya?

ARUMUGAM: Saya tidak percaya Apabila Max menyebut nama awak tu Lily. Tapi rantai ini, rantai ini
adalah satu-satunya di dunia ini, dan saya memberikannya kepada mak awak sebelum saya keluar
berlayar.

LILY: (kepada MAX) Apa yang awak katakan itu, semuanya benar?

MAX: Kapten yang menjaga saya selepas ayah saya dibunuh.

53
Harta - 2022

PAK ADAM: Lily, saya dah lama kenal ayah awak. Dia memang seorang yang menepati janjinya.
ARUMUGAM: Adam… Awak yang tolong jaga Lily selepas Nora meninggal?

PAK ADAM: Ya, sahabatku. Saya ingat awak dah meninggal dan hilang di lautan.

ARUMUGAM: Masih hidup, sahabatku.

LILY: Ayah? Saya rindukan ayah!

(Mereka berpeluk)

ARUMUGAM: Mari kita pulang sama-sama?

MAX: Bagaimana dengan Harta tu?

ARUMUGAM: Harta tu dah berada di depan mata aku.

(ALICIA walks over)

PAK ADAM: Saya kenalkan, ini anak saya, Alicia.

ARUMUGAM: Alicia! Saya minta maaf sangat-sangat pasal tangan awak tu. Memang saya tidak sengaja!

ALICIA: Tidak mengapa Pakcik Aru, saya faham.

HANA: Jerry? Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak tahu apa yang saya buat tadi. Ianya seolah-olah
saya ini dirasuk hantu Kratos dan adanya kebahagiaan untuk melepaskan marah dan menjadi ganas.

JERRY: Tak apa Hana. Saya nak beritahu awak yang awak adalah permata hatiku dan orang yang paling
cantik di dunia ini.

HANA: Betul?

JERRY: Betul.

JOHAN: (Dekati Hana) Hana?

HANA: Johan…

JOHAN: Awak sudi tak meluangkan masa bersama saya bila kita dah balik nanti?

JERRY: Oh, awak berdua ini pasangan ke?

JOHAN: Ya. Apa? Kau tak puas ke?

54
Harta - 2022

HANA: Saya nak buat cupcake dan tonton muzikal bersama Jerry.

JOHAN: Kau bukan suka kat aku ke?

HANA: Sebelum ni, awak tak pernah nak hiraukan saya. Awak layan saya ni macam saya tak wujud
langsung!

JOHAN: Hana, saya minta maaf.

HANA: Dah terlambat dah Johan. (Memegang tangan JERRY)

SASHA: Macam itu lah Hana! (Kepada JOHAN) You pula… (Tendang kemaluan JOHAN) We girls bukan
mainan lelaki, faham.

(SASHA mengambil peta dari HUNTER dan mengoyaknya)

HUNTER: Tidak!!!!!!

(HUNTER melutut, hilang arah tuju)

GARY: Bagaimana dengan kita ni?

JERRY: Saya dah jumpa cinta sejati saya.

HARRY: Aku tak tahu nak buat apa dah.

MARY: Argh. Apa-apa je la. Aku tak pernah pun suka berlayar. Hunter, anggap ini sebagai perletakan
jawatan kami.

(GARY, HARRY, JERRY & MARY buang senjata)

GARY, HARRY, JERRY & MARY: Kami berhenti!

(HUNTER keluar dari pentas… sedih dan tiada arah tuju. MAX berjalan ke LILY)

MAX: Hey.

LILY: Hey.

MAX: Bagus awak selamat. Dan saya gembira awak akhirnya berjumpa dengan ayah awak.

LILY: Umm… Jadi kita nak buat apa sekarang?

55
Harta - 2022

MAX: Entah. Seumur hidup saya, saya ikut ke mana saja Kapten pergi.

ARUMUGAM: Saya memang idamkan anak lelaki. Tapi lagi bagus adanya seorang anak mertua.

LILY: Ayah! Tapi kita baru kenal!

MAX: Tapi kita boleh kenal dengan lebih rapat.

SEMUA: (Blushes) Aww!

(Semua ketawa. Bunyi hon kapal kedengaran)

ARUMUGAM: Bunyi apa tu?

ALICIA: Ianya sebuah kapal! Kita dah selamat!

PAK ADAM: Apa kita tunggu lagi? Mari kita tinggalkan pulau ini!

ARUMUGAM: Kami ada kehidupan yang baru selepas ini. Biarkan hujan ataupun matahari…

LILY: Biarkan ribut ataupun taufan...

ARUMUGAM: Tidak kira betapa sukarnya hidup ini menekan awak.

LILY: Jangan sesekali berputus asa. Bangun dan senantiasa menuju ke hadapan.

MAX: Jadilah adiwira kepada semua.

ALICIA: Pengembaraan yang baru telah bermula!

LILY: Mari kita ke kapal itu!

(SEMUA keluar kecuali ARUMUGAM. Kelihatan ISTERI berdiri jauh di belakang. ISTERI senyum)

ARUMUGAM: (Kepada ISTERI) Terima kasih sayangku. Saya akan jaga keluarga kami dengan baik.

(LILY masuk)

LILY: Ayah, ayah bercakap dengan siapa tu?

ARUMUGAM: Tak ada apa. Mari kita!

(Semua keluar. ISTERI masih senyum dan melambai)

56
Harta - 2022

EPILOGUE
(HUNTER kini duduk seorang di Warung Lanun)

HUNTER: Apa-apa je la. Aku nak bercuti. Lupakan kerja-kerja lanun ni. Aku akan bina rakit, tinggalkan pulau
ni dan… mungkin… jual DVD cetak rompak ke, apa ke…

(HUNTER keluar. Setelah pemuzik menghabiskan lagu mereka, Penyanyi membuka bar depan dan
kelihatan kesemua harta karun Leman Kidal Kudung tersimpan di sana. Rupa-rupanya, Penyanyi itulah
Leman Kidal Kudung)

THE END

57

Anda mungkin juga menyukai