Anda di halaman 1dari 2

Solusi dan Pendekatan

Kewujudan golongan lesbian,gay,biseksual,dan transgender (LGBT) yang membawa budaya


songsang dilihat sebagai salah satu ancaman terhadap nilai murni oleh setiap agama.Bagi
mencegah isu ini,semua pihak dialu-alukan untuk memainkan peranan kerana umum
mengetahui bahawa isu ini bukanlah perkara yang baik.Sebagai langkah pertama, kerajaan
akan mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala ini sekali gus membantu mereka
(LGBT) kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan normal.Menteri di Jabatan
perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata dengan menyantuni golongan itu
secara berhemah dan pendekatan kasih sayang,ia diyakini dapat menarik golongan itu
daripada terus mengamalkan gaya hidup songsang dan seks bebas yang mendorong mereka
terus terjebak dalam lembah kehinaan.Katanya lagi,pendekatan secara kekerasan dengan
menggunakan undang-undang dilihat tidak mampu membendung penularan gejala sosial itu
malah semakin membimbangkan apabila statistic Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) menunjukkan lapan puluh peratus daripada golongan transgender terlibat dalam
industry seks.Mengulas lanjut,Mujahid berkata kerajaan akan terus mempergiatkan
penganjuran kempen,seminar atau kem bagi mendekati golongan berkenaan dan keluarga
yang mempunyai anak tergolong sebagai LGBT.Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Insan,Dakwah dan Penerangan Negeri,Mohd Nor Hamzah berkata Terengganu
serius menangani gejala LGBT terutama golongan ‘mak nyah’ dan akan terus mengadakan
pelbagai usaha termasuk membuka peluang pekerjaan bagi mencegah mereka daripada
terlibat dalam industry seks.Golongan LGBT sebenarnya boleh dipulihkan jika mendapat
sokongan masyarakat selain daripada melalui pendekatan berdamping dan menyelami
mengapa mereka memilih cara hidup sedemikian.Asalnya LGBT merupakan penyakit
psikologi di mana proses jiwa manusia bercelaru.Apabila berkaitan dengan penyakit,sudah
pasti ia adalah sesuatu yang dapat dipulihkan secara psikologi.Sementara itu,Pengamal
undang-undang yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Mohd
Khairul Anuar Ismail berkata antara punca utama golongan LGBT tidak mencari
penyelesaian untuk menrawat diri adalah disebabkan oleh sikap masyarakat sendiri yang suka
menghakimi,mencemuh dan mengeji serta menghina golongan songsang tersebut.Masyarakat
memandang serong terhadap golongan ini malah ada juga yang mengambil kesempatan
terhadap mereka menyebabkan golongan LGBT memilih untuk tidak bersama masyarakat
malah menjauhkan diri daripada masyarakat. Tindakan sedemikian, merupakan ekstrem dan
melampaui batas sedangkan melampaui batas ditegah dalam Islam.Walaupun golongan
LGBT dianggap sebagai golongan menyimpang amalannya,namun cara menangani golongan
itu secara melampaui batas juga dianggap menyimpang daripada tujuan asal hidup
bermasyarakat yang diwujudkan untuk saling nasihat-menasihati.Jika golongan LGBT
berterusan melaungkan hak asasi,masyarakat sekeliling turut mempunyai hak sama untuk
memastikan kehidupan mereka terhindar daripada perbuatan yang bertentangan dengan fitrah
manusia sekali gus dapat memastikan generasi seterusnya terhindar daripada penyimpangan
oriental seksual golongan LGBT.Bagi bekas mak nyah yang kini sudah kembali ke pangkal
jalan,Mohd Khairi Mohamad Ramli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Erin berkata
masyarakat memainkan peranan yang cukup penting bagi membantu golongan LGBT untuk
kembali kepada masyarakat.Dia yang kini aktif menjalankan kerja dakwah dalam kalangan
LGBT berkata apa yang penting golongan itu perlu didekati secara berhemah.Sebagai
seorang bekas mak nyah,beliau lebih senang menghampiri golongan LGBT dengan
pendekatan santai dan tidak memaksa mereka untuk melakukan ibadat atau mengikuti kelas
Al-Quran sebaliknya menggunakan pendekatan kasih sayang.Tambahnya lagi membawa
mereka menyertai kerja sukarelawan dan pada masa yang sama membimbing mereka melalui
penerapan solat tahajud serta taubat diharapkan dapat membantu mereka berubah kembali ke
fitrah asal. Paling penting, jika masyarakat cuba memahami dan tidak menghakimi,
membenci,menghina,atau mempertikaikan perubahan golongan itu,In Shaa Allah mereka
boleh berubah.Jadi,jelaslah sokongan dan bantuan daripada masyarakat amat penting kerana
diharapkan dapat membantu golongan LGBT kembali ke pangkal jalan.Perlu diingatkan
bahawa menghakimi bukanlah jalan penyelesaian sebaliknya memahami dan menghulurkan
bantuan merupakan jalan penyelesaian yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai