Anda di halaman 1dari 11

Visit Our 

Showroom
Today

5 Jenama Telefon Pintar Paling


Popular Di Malaysia
Oleh
Kay Suhaimi
pada 25 Aug 2017

kategori Gajet

Dianggarkan hampir 8.8 juta unit telefon pintar diimport ke Malaysia pada
tahun 2016 yang mana kurang 5.9% daripada tahun 2015. Penurunan ini
dikatakan dicetuskan oleh beberapa faktor ekonomi yang negatif.

A- 
A+
BESARKAN TEKS    

Walaupun ekonomi tidak menentu, penghantaran telefon pintar masuk ke


Malaysia masih tinggi kerana permintaan oleh pengguna yang sentiasa ingin
mengemaskini dan menaiktaraf gajet mereka kepada yang lebih baik seperti
memori lebih besar, bateri tahan lebih lama, kualiti kamera dan sebagainya.

200 Mbps High Speed


VPS
Spend Less on Your Cloud Foundation to
get started Your Business with us rapidly
Alibaba Cloud

Open

Namun, keuntungan dijana oleh penjual dan reseller semakin menurun


kerana kejatuhan Ringgit Malaysia.

Disebabkan oleh situasi ini, mereka terpaksa untuk lebih fokus menjual
jenama yang memberikan keuntungan tinggi dan juga popular di kalangan
pengguna, termasuklah Samsung dan jenama dari China seperti Vivo, OPPO
dan Huawei.
Pengguna yang mementingkan bajet cenderung memilih jenama yang
terkenal secara global disebabkan inisiatif pemasaran yang sangat agresif dan
telefon bimbit dengan spesifikasi tinggi, seperti OPPO.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 jenama telefon yang popular dikalangan


pengguna dan terlaris di Malaysia

5. Apple

Jumlah unit terjual: 715,000 unit

Pasaran Malaysia: 8.1%

Pasti ramai yang menyangkakan Apple akan berada di tangga pertama atau
kedua senarai ini, namun tidak mengejutkan jika Apple berada di tangga ke-5
telefon bimbit paling popular dan paling laris di Malaysia.

Antara faktor utama perkara ini adalah kerana harganya yang sangat mahal,
yang membuatkan ia tidak menjadi pilihan mereka yang berpendapatan
rendah.

.rakuty
mytukar.com/sell-car

akutym
Terima Kereta
Selama 20
Tahun
Ketahui Lagi

Jumlah penghantaran iPhone tertinggi dicatatkan pada suku ke-4 2016 iaitu
sebanyak 351,000 unit kerana ketika itu iPhone 7 dan 7 plus baru sahaja
dilancarkan.

Populariti iPhone di Malaysia boleh dikatakan agak merosot jika dilihatkan


kepada statistik di mana terdapat penurunan unit sebanyak 150,000 pada
tahun 2016 berbanding 2015.

4. Asus
Jumlah unit terjual: 715,000 unit

Pasaran Malaysia: 9.6%

Syarikat pengeluar telefon pintar dari Taiwan ini mula menjadi pilihan rakyat
Malaysia. Telefon pintar model Zenfone 2 menaikkan nama Asus di Malaysia
dan menjadi antara model Asus paling berjaya.

Namun, Zenfone 3 yang sepatutnya menyambung kejayaan Zenfone 2 itu


gagal memberikan impak, kerana dikatakan kurang tarikan, menyebabkan
Zenfone 2 dilancarkan semula.

Kuantiti unit jenama Asus dibawa masuk ke Malaysia menurun dengan


mendadak sebanyak 43.3% daripada tahun 2015, iaitu sebanyak 1,484 juta
unit.

3. Huawei
Jumlah unit terjual: 852,000 unit

Pasaran Malaysia: 9.7%

Beberapa tahun lalu, Huawei tidak dikenali sebagai pengeluar telefon pintar,
namun ia mula menarik perhatian pengguna di Malaysia.

Pemangkin kejayaan Huawei dalam menjadi antara telefon pintar yang paling
popular dan laris di Malaysia adalah disebabkan model Huawei P9 yang
menjadi bualan hangat.

Teknik pemasaran yang efektif Huawei P9 dengan kamera dua fungsi


membuatkan ia kekal popular dalam pasaran walaupun hampir setahun
dilancarkan.

Jumlah unit yang masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2016 meningkat
daripada tahun 2015 dengan perbezaan sebanyak 53,000 unit.

2. OPPO

Jumlah unit terjual: 916,000 unit

Pasaran Malaysia: 10.4%

Berada di tangga ke-2 senarai ini, jenama dari China ini telah memberikan
impak kepada pasaran Malaysia dalam masa yang sangat singkat.

Pemasaran yang sangat agresif terutamanya model F1s yang menggunakan


khidmat pelakon paling terkenal di Malaysia, Nora Danish telah membuahkan
hasil. Anda boleh lihat papan iklan OPPO di mana-mana sahaja.
Dengan bentuk yang sangat cantik dan spesifikasi yang agak hebat, serta yang
paling penting harga yang tidak terlalu mahal, membuatkan ia menjadi antara
jenama telefon yang paling laris di Malaysia.

Jika dilihatkan kepada statistik di atas, ternyata pertumbuhan pasaran OPPO


di Malaysia meningkat dengan mendadak, dengan hampir 2 kali ganda pada
tahun 2016 berbanding 2015. 

1. Samsung

Jumlah unit terjual: 3.017 juta unit

Pasaran Malaysia: 34.3%

Sudah dijangkakan, Samsung menggungguli carta telefon paling popular dan


terlaris di Malaysia. Ia bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Walaupun model Note 7 menjadi kontroversi akibat kegagalan teknikal,


namun Samsung masih berdiri teguh dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Taktik pemasaran Samsung dengan mengeluarkan model bersiri Galaxy J
sangat bijak dan telah memberikan impak yang sangat besar kepada pasaran
Malaysia.

Ia menjadi tarikan pengguna yang berpendapatan sederhana dan bajet


rendah. Ia adalah satu perkara yang tidak ada pada musuh tradisinya, Apple.

Di saat Apple seolah-olah semakin merosot dari segi populariti, Samsung


menggunakan peluang ini untuk melebarkan sayap.

34.4% daripada pasaran telefon pintar di Malaysia dipelopori oleh Samsung


iaitu sebayak 3.017 juta unit, lebih daripada 3 kali ganda jumlah yang
dicatatkan pencabar terdekatnya ketika ini, OPPO dengan 10.4%

Sumber : Technave

iphone 8 iphone 7 samsung galaxy apple samsung zenfone 2 huawei p9 asus gajet
oppo f1 vivo huawei

Kebangkitan Xiaomi - Gergasi Telefon Pintar


Berkualiti Dengan Har...
6 Rahsia Tentang Industri Gajet Elektronik
Berjenama Yang Ramai T...

20 Model Telefon Paling Laris Dalam Sejarah

Ini Sebab Mengapa Apple Ketinggalan Jauh Di


Belakang Samsung Dan ...
Apple iPhone X Dinobatkan Telefon Pintar Paling
Mudah Pecah di Du...

iPhone X : Telefon pintar hebat bukan sekadar


teknologi copypaste...

Mengenai •
Privasi Polisi •
FAQ •
Hubungi

Hakcipta iluminasi.com (2017)

Anda mungkin juga menyukai