Anda di halaman 1dari 14

Revolusi Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (ICT)

DISEDIAKAN OLEH :
 YA P J U N W E I
 LEE CHEE LOONG
 LEOW ZHEN FEI
 ONG THENG SIM
Pengenalan Kepada Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu istilah umum
yang menerangkan sebarang teknologi yang membantu
menghasilkan, memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi, dan
atau menyebarkan maklumat yang melibatkan teknologi
komputer serta perpindahan dan perkongsian maklumat dalam
kehidupan.
Teknologi maklamat dan komunikasi (ICT) mengandungi dua
aspek,iaitu teknologi informasi dan teknologi komunikasi.

a. Teknologi Maklumat (informasi)

Teknologi maklumat merangkumi proses, penggunaan,sebagai alat


bantu,manipulasi dan mengendalikan maklumat.

b. Teknologi komunikasi
Teknologi komunikasi merupakan perkara berkaitan penggunaan
alat bantu untuk memproses dan memindahkan data kepada
pihak lain.
Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi menekankan tentang
penyambungan dan keupayaan pemindahan maklumat secara sistematik.

Memperkasa teknologi maklumat memberi kesan positif dalam


usaha mempertingkat kecekapan,produktiviti dan ketelusan.
Antara istilah yang wujud akibat daripada revolusi teknologi
maklumat dan komunikasi adalah seperti yang berikut :
a. E-book
b. E-learning
c. E-laboratory
d. E-education
e. E-library
Dalam bidang pendidikan, siaran radio dan televisyen berupaya
melakukan penyebaran maklumat dengan lebih meluas.
Generasi Pertama (1940-1956)
Semasa komputer generasi pertama dibangunkan, ia
dilengkapi dengan tiub vakum (vacuum tubes). Ia adalah
sejenis peratalan yang diperbuat daripada kaca dan
beroperasi sebagai komponen penyimpanan dan
pemprosesan data. Masalah yang dihadapi komputer
generasi ini ialah, ia menghasilkan haba dengan kuantiti
banyak yang boleh merosakkan komputer itu sendiri.
Malah tiub vakum ini sendiri mudah terbakar. Contoh
komputer pada generasi ini ialah, ENIAC. Komputer ini
mempunyai timbangan sehingga 30 ton, mempunyai ~18
000 tiub vakum, memenuhi ruang 30 sehingga 50 kaki
dan menggunakan sekurang-kurangnya 16 000 watt
tenaga elektrik
Generasi Kedua (1956-1963)

Transistor mula digunakan menggantikan tiub vakum


dalam sistem komputer. Transistor ialah peralatan bersaiz
kecil yang memindahkan signal
elektronik melalui perintang (resistor). Satu transistor
berfungsi menyamai 40 tiub vakum. Ia tidak
menghasilkan haba dengan kuantit yang banyak dan
kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding tiub
vakum. Ia lebih pantas, murah dan kecil berbanding tiub
vakum menjadikan komputer pada generasi ini lebih
pantas, kecil dan lebih dipercayai.
Generasi Ketiga (1964-1971)
Pada generasi ini, pembuat komputer mula
mengantikan transistor dengan litar bersepadu atau
lebih dikenali sebagai IC (intergrated circuit). Ia
adalah sejenis litar elektronik lengkap yang terbina di
atas cip silikon yang dipanggil
sebagai semikonduktor. Sudah semestinya komputer
pada zaman ini lebih kompak dan lebih dipercayai
berbanding komputer dari generasi kedua. Pada
zaman ini, sistem operasi (operating system) mula
menampung pelaksanaan tugas serentak (multi-
task). Dikatakan juga komputer mula digunakan
secara meluas pada zaman ini kerana saiz yang
semakin kecil dan semakin murah berbanding
generasi sebelumnya.
Generasi Keempat (1971-sekarang)

Mikropemproses (microprocessor) mula


diperkenalkan di mana, terdapat ribuan IC dibina
di atas satu cip silikon. Apa yang ada pada
generasi pertama yang memenuhi ruang seluas
30-50 kaki, kini dipadatkan ratusan kali ganda.
Antara mikropemproses yang diperkenalkan pada
permulaan generasi ini ialah cip Intel
4004. Segala-galanya diletakkan dalam satu cip.
Generasi Kelima (Sekarang-Akan datang)

Ia berdasarkan kecerdasan buatan


(artificial intelligence –AI). Masih
dalam pembangunan, namun telah
diterapkan ke dalam beberapa
peralatan elektronik pada hari ini.
Contohnya, pengaplikasian Siri pada
produk milik Syarikat Apple, Bixby
pada produk milik syarikat Samsung
dan Google Assistant milik syarikat
Google.
TMK Dalam Kehidupan Seharian: Pendidikan,
Perbankan, Perindustrian dan Perdagangan
PENDIDIKAN
• Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem
pengurusan sekolah.
• Menarik minat pelajar ketika proses P&P
• Meluaskan pengetahuan pelajar dalam pencarian dan dapatan
maklumat
PERBANKAN & PERNIAGAAN
• Mewujudkan satu komunikasi yang luas dengan pelanggan.
• Mengurangkan kos operasi dan masa.
• Meningkatkan mutu perkhidmatan.
KEHIDUPAN HARIAN DI RUMAH
• Memudahkan pengurusan rumah
• Maklumat dapat di capai dengan mudah walaupun dari rumah dengan adanya kemudahan komputer
dan internet serta televisyen.
• Komunikasi jauh bole d wujudkan.

PERINDUSTRIAN
• Memudahkan perancangan pengeluaran dan sistem kawalan
• Membantu proses mereka bentuk produk dengan menggunakan perisian CAD
• Membantu pekerja mengendalikan mesin
• Membantu tadbir untuk mengawasi dan mengendalikan seluruh operasi kilang.
Kesan TMK kepada masyarakat
KEBAIKAN
1. Boleh mendapat maklumat secara mudah dan lebih terperinci
– pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah
– maklumat dapat diakses secara mudah
– pendidikan, kesihatan, pelancongan, berita dalam dan luar negara dan sebagainya.

2. Boleh menghubungkan kita ke seluruh dunia


– laman-laman social yang wujud seperti Facebook, twitter dan Myspace
– dapat mengenali rakan-rakan luar
– menghubungkan semula dengan rakan-rakan lama.

3. Memudahkan urusan harian manusia


– pembayaran bil, pembelian barang-barang dan pembayaran cukai
– boleh dibuat secara dalam talian
– tidak perlu beratur panjang dan dapat menjimatkan masa.

4. Dapat mengetahui maklumat lebih cepat, tepat dan pantas


– berita disampaikan secara atas talian dari seluruh dunia
– perkembangan dunia yang terkini dapat diperolehi
KEBURUKAN
1. Fitnah dapat disebarkan secara lebih mudah
– sukar dibendung kerana sesiapa sahaja boleh menulis dan menyiarkan maklumat
– maklumat sahih sukar ditentukan

2. Pelajar leka dengan penggunaan internet


– mengabaikan pelajaran dan tanggungjawab lain
– seperti membantu ibu bapa, hidup bermasyarakat dan sebagainya
– membuang masa dengan bermain permainan komputer

3. Terdedah kepada perkara tidak baik


– cerita lucah, gambar lucah dan bicara lucah
– merosakkan akhlak dan jiwa remaja
– mempengaruhi pengguna untuk melakukan perkara yang tidak baik.

4. Bertambahnya kes jenayah seperti kecurian


– remaja terpaksa mencari duit untuk mengunjungi pusat-pusat siber atau menambah nilai
telefon bimbit
– mencuri duit ibu bapa, merompak dan meragut.
SEKIAN TERIMA KASIH
=]

Anda mungkin juga menyukai