Anda di halaman 1dari 3

BAB 3 PEMASARAN

3.4 SEGMENTASI Proses mengenal pasti segmen pasaran, memilih satu atau lebih segmen
pasaran serta membangunkan produk dan campuran pemasaran yang khusus
untuk setiap segmen tersebut.

Terdapat 3 langkah dalam segmentasi

1. Segmentasi Pasaran
2. Sasaran Pasaran
3. Peletakan Pasaran

3.4.1. Segmentasi Pasaran

• Satu proses membahagikan pasaran yang besar dan heterogen


kepada pasaran-pasaran atau kumpulan-kumpulan yang lebih kecil
untuk memasarkan produk atau perkhidmatan.

• Kepentingan/Tujuan: Membolehkan pemasar membentuk campuran


pemasarn yang berbeza bagi memenuhi keperluan segmen yang
berbeza.

Asas-asas Segmentasi Pasaran


Terdapat 4 asas pemetakan pasaran:-

1. Segmentasi menggunakan asas geografi


• membahagikan pasaran kepada segmen berdasarkan cuaca, iklim,
kawasan, lokasi dan tempat.

Contohnya, KFC jual ayam berperisa rempah kari di Malaysia dan resepi
original di Amerika Syarikat

2. Segmentasi menggunakan asas demografi


• membahagikan pasaran kepada segmen berdasarkan faktor umur,
jantina, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, bangsa, agama, saiz
keluarga.

Jantina adalah faktor penting dalam pemetakan produk kosmetik dan umur
untuk pemetakan pasaran bagi muzik manakala pendapatan untuk
pemetakan bagi pasaran kereta.

3. Segmentasi menggunakan asas psikografi


• iaitu pembahagian pasaran kepada segmen yang lebih kecil berdasarkan
kelas sosial, gaya hidup, personaliti dan cita rasa..

• Contohnya, Pavilion yang terletak di Kuala Lumpur menjual barangan


mewah untuk disasarkan kepada pengguna golongan kelas atasan

4. Segmentasi menggunakan asas gelagat pengguna/manfaat produk


• iaitu membahagikan pasaran mengikut pengetahuan, sikap, penggunaan,
tabiat pembelian dan tindakbalas pembeli terhadap sesuatu produk.

YAP FF/PP PENGGAL 1 Page 1


BAB 3 PEMASARAN

• Fokus kepada :

1. Situasi penggunaan
Masyarakat Jepun menggunakan teh bukan sekadar minum tetapi untuk
upacara keramaian dan menyambut tetamu.

2. Faedah yang dicari


Ubat gigi colgate yang berperisa pudina untuk mengharumkan nafas dan
sparkle pula mempunyai bahan florida untuk memutihkan gigi.

3. Kadar Pengguna
Pengguna berat membeli Melo bertin besar manakala pengguna ringan
beli Melo bertin kecil.

4. Status pengguna
Kerajaan telah menjalankan kempen yang berbesa iaitu kepada
kumpulan yang selalu melancong dan kumpulan yang jarang melancong.

5. Kesetiaan
Konsumer yang setia akan membeli jenama yang sama berulangkali.

6. Kesediaan Membeli
Ada pengguna yang tidak sedar wujud sesuatu produk kecuali pemasar
membuat promosi dengan menawarkan potongan harga, sampel
percuma.

7. Sikap
Sikap positif/negative terhadap sesuatu produk.

STPM 2000 No 2

Syarikat Elektrika Berhad adalah pengedar barangan elektrik pengguna


yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Negara. Pasarannya
yang kurang berkesan. Pengurusan syarikat berpendapat bahawa ia perlu
memahami kaedah pemetakan pasaran yang betul supaya pertumbuhan
jualan dapat dipertingkatkan.

a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran?


ii. Huraikan maksud pemetakan pasaran. [3]

b) i. Huraikan ciri-ciri yang boleh digunakan oleh Syarikat Elektrika


Berhad untuk memetakkan pasaran barangan elektrik barangan elektrik
ke seluruh negara.

STPM 2019
1. Huraikan tiga asas segmentasi pasaran. [6]

YAP FF/PP PENGGAL 1 Page 2


BAB 3 PEMASARAN

YAP FF/PP PENGGAL 1 Page 3

Anda mungkin juga menyukai