Anda di halaman 1dari 1

Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di

negara ini. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut. Proses
globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu. Akibat globalisasi, kita
terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas. Semua orang dapat mengikuti
perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet, facebook, blog dan sebagainya. Seni atau
budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai. Misalnya generasi muda
mahukan breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak dsn. Masakan tradisional
diganti dengan makanan segera dari barat. Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti Wayang
kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dsn semakin dilupakan. Sikap masyarakat yang
dingin juga menjejaskan budaya tradisional kita. Ianya disebabkan kehidupan kita semakin sibuk.
Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran.
Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa.
Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan mentah dan
menghasilkannya. Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini. Yang lebih
banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka serta
melansingkan badan. Jadinya, langkah langkah untuk memajukan semula seni budaya tradisional
ialah dengan menganjurkan Festival berkaitan dengan Seni Budaya. Hasrat kita membentuk bangsa
yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan
keseniannya, maka sudah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi dengan keupayaan
warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan seni budaya. Kepelbagaian seni budaya dan
warisan negara, dan manifestasi usaha tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat
sesuai sekali. Ianya menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsur-unsur
kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia, sama ada untuk tatapan masyarakat
tempatan mahupun masyarakat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai