Anda di halaman 1dari 9

NAMA: PREETSIMRAN KAUR A/P BALBIR SINGH

KELAS: 6 B1
TAJUK: SENI BUDAYA TRADISIONAL

TAJUK
KEGIATAN SENI BUDAYA TRADISONAL
KINI SEMAKIN TIDAK MENDAPAT TEMPAT
DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI
NEGARA INI. JELASKAN FAKTOR-FAKTOR
YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA
KEADAAN TERSEBUT DAN LANGKAHLANGKAH MENGATASINYA.

PENGENALAN
Kegiatan seni budaya tradisional kini
semakin tidak mendapat sambutan
yang meriah dalam kalangan rakyat
Malaysia di negara ini. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan
wujudnya keadaan tersebut.
Seterusnya, terdapat juga langkahlangkah untuk mempraktikan kegiatan
seni budaya tradisional dalam diri
setiap masyarakat.

FAKTOR-FAKTOR
FAKTA 1:
PROSES GLOBALISASI

Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan


budaya asing secara meluas.
Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni
budaya dunia terkini melalui internet/Facebook, Blog dan
sebagainya.
Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik
,minat orang ramai
Misalnya, generasi muda mahukan breakdance, hiphop,
popping, tempo muzik yang lebih rancak dan sebagainya.
Masakan tradisional juga diganti dengan makanan segera
dari barat.
Akibatnya, tarian seni budaya tradisional seperti Wayang
kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian kepang dan
semakin dilupakan.

FAKTA 2:
KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat


Misalnya, PSP, X-Box, Wii dan sebagainya
Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui
Wii dengan seorang diri sebagai pemain
Pelbagai program permainan dapat di muat turun
daripada internet.
Pelbagai permainan dalam I-Phone, Wi-Fi, 3G memberi
kesan audio visual lebih memikat
Sebaliknya, congkak dikatakan bosan dan tidak
mencabar.
Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa
menyediakannya dan memerlukan kemahiran dan
kumpulan rakan.
Misalnya, kanak-kanak bandar tidak tahu meligat gasing.

FAKTA 3:
SIKAP MASYARAKAT YANG DIINGIN

Kehidupan kita semakin sibuk


Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk
aktiviti seni tradisional yang diperlukan kemahiran
Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan
batik dan kraftangan yang lain memakan masa
Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa
panjang dari mencari bahan mentah dan
menghasilkannya
Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan
hidup sibuk kini
Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian
moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka
serta melangsingkan badan.

LANGKAH-LANGKAH
FAKTA 1:
FESTIVAL KUALA LUMPUR

Hasrat kita membentuk bangsa yang bukan sahaja maju secara


fizikal,tetapi pada masa yang sama tinggi nilai budaya dan keseniannya,
maka suadah tentu pembangunan ekonomi negara perlu dilengkapi
dengan keupayaan warganya menjulang kecemerlangan melalui pupukan
seni budaya
Kepelbagaian seni budaya dan warisan negara,dan manifestasi usaha
tersebut dalam satu acara besar berbentuk Festival ini amat sesuai sekali
Menjadi landasan penting untuk mengenengahkan keindahan dan unsurunsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai kaum di Malaysia,
sama ada untuk tatapan masyarakat tempatan mahupun masyarakat
antarabangsa
Untuk mempamerkan kecemerlangan kreativiti dan warisan bangsa
Ketengahkan sebagai bandaraya moden dan progresif, namun tetap kaya
dengan nilai-nilai kebudayaan, kesenian dan ketamadunan. Kuala
Lumpur is a city with a soul
Malaysia sudahpun terkenal dengan keistimewaan dari segi kekayaan
budaya dan warisan serta kesenian, hasil dari kewujudan masyarakat
berbilang kaum yang hidup bersama dalam keadaan harmoni.

FAKTA 2:
PEMBANGUNAN KRAF

Penyelidikan dan pembangunan

i.

Rekaan produk kraf baru telah dihasilkan yang meliputi bidang


batik, tenunan, tekatan,seramik, hasil rimba dan logam
Kajian teknologi dan kajian bahan telah dihasilkan
Pusat Inovasi Seramik telah diwujudkan untuk dimaanfaatkan
oleh pengusaha seramik

Pembangunan Usahawan Kraf

ii.

Satu Daerah Satu Industri telah dibangunkan dan memberi


peluang pekerjaan kepada penduduk Kraftangan Malaysia
juga melaksanakan projek pentahapan usahawan kraf,projek
pentahapan usahawan muda dan projek perantisan kraf
warisan

Latihan Kemahiran kraf

iii.

Pembangunan tenaga mahir melalui Institut Kraf Negara telah


melatih pelajar di peringkat sijil dan dim peringkat diploma.
Bidang kraf yang ditawarkan ialah batik, tenunan, kayu, rotan,
seramik dan logam

KESIMPULAN

Pelbagai jenis pihak perlu


memainkan peranan masingmasing untuk menjayakan kegiatan
seni budaya tradisional dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Setiap rakyat Malaysia juga harus
mengambil inisiatif untuk tidak
melupakan tradisi negara kita.

Anda mungkin juga menyukai