Anda di halaman 1dari 2

Inflasi

1) Idea dan andaian

Pengaruh inflasi terhadap pengangguran.

Dalam ekonomi, inflasibermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum


barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.
Secara amnya, inflasi bermaksud kenaikan paras harga umum atau kenaikan harga
terhadap kebanyakan barangan dan servis.
Harga bagi kebanyakan barangan seperti
rumah,pakaian,makanan,pengangkutan,minyak dan macam-macam lagi harus
meningkat dan berterusan bagi tempoh yang lama, untuk inflasi dikatakan berlaku
dalam sesebuah ekonomi.

Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat
membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada
sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli
wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran
dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Inflasi adalah kecenderungan naiknya harga barang yang pada umumnya berlangsung
secara terus menerus. Jika inflasi meningkat maka harga barang akan mengalami
kenaikkan. Naiknya harga barang sama dengan turunnya nilai mata wang.

Kenaikkan tingkat inflasi menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik dalam


jangka masa pendek,namun dalam jangka masa pangjang tingkat inflasi memberi
impak yang buruk pada pertumbuhan ekonomi.

Inflasi juga merupakan salah satu masalah ekonomi yang kompleks. Inflasi memiliki
hubungan dengan banyak masalah ekonomi yang lain serta mempengaruhi dan
dipengaruhi oleh masalah-masalah ekonomi lain tersebut. Salah satu masalah
ekonomi yang berhubungan dengan inflasi adalah pengangguran.
2) DAPATAN PERBINCANGAN

Anda mungkin juga menyukai