Anda di halaman 1dari 3

031014-09-0038

5.0 Dapatan Kajian


Dapatan kajian bermaksud satu laporan kajian yang melaporkan berkaitan
penyiasatan atau penerokaan masalah dan mengandungi hasil kajian yang dikumpul
serta ditafsir oleh pengkaji. Berdasarkan kajian ini, pengkaji akan mengenalpasti arah
aliran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan di Malaysia dari tahun
2011 hingga tahun 2021 serta membandingkan kadar perubahan perbelanjaan
mengurus dan perbelanjaan pembangunan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun
2021.

5.1 Mengenalpasti arah aliran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan


pembangunan di Malaysia dari tahun 2011 hingga tahun 2021
Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji telah mendapati nilai – nilai
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011 hingga tahun
2021.

Jadual 1: Arah aliran perbelanjaan kerajaan

Tahun Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Pembangunan


(RM JUTA) (RM JUTA)
2011 182594 46416
2012 205537 46932
2013 211270 42210
2014 219589 39503
2015 216698 40786
2016 210173 41995
2017 217695 44884
2018 230690 56095
2019 263343 54173
2020 226720 51360
2021 236540 62000

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

6
031014-09-0038

Jadual 1 menunjukkan arah aliran perbelanjaan kerajaan iaitu perbelanjaan


mengurus dan perbelanjaan pembangunan dari tahun 2011 hingga tahun 2021. Arah
aliran perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan adalah meningkat.
Jumlah perbelanjaan mengurus meningkat dari RM182594 juta pada tahun 2011 ke
RM236540 juta pada tahun 2021. Peningkatan adalah sebanyak RM53946 juta.
Manakala, jumlah perbelanjaan pembangunan juga meningkat dari RM46416 juta
pada tahun 2011 ke RM62000 juta pada tahun 2021. Peningkatan jumlah perbelanjaan
pembangunan sebanyak RM15584 juta.

Jumlah perbelanjaan mengurus dari tahun 2011 hingga tahun 2012 adalah
meningkat dari RM182594 juta pada tahun 2011 ke RM205537 juta pada tahun 2012.
Peningkatan jumlah perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM22943 juta.
Manakala, jumlah perbelanjaan pembangunan juga meningkat pada tahun 2011 dan
tahun 2012 iaitu RM46416 juta pada tahun 2011 dan RM46932 juta pada tahun 2012.
Peningkatan jumlah perbelanjaan pembangunan sebanyak RM516 juta.

Selain itu, jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2013 hingga tahun 2014
juga meningkat dari RM211270 juta pada tahun 2013 ke RM219589 juta pada tahun
2014. Perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak RM8319 juta. Manakala, jumlah
perbelanjaan pembangunan pula menurun dari tahun 2013 hingga tahun 2014 iaitu
RM42210 juta pada tahun 2013 ke RM39503 juta pada tahun 2014. Penurunan tersebut
berkurang sebanyak RM2707 juta.

Seterusnya, pada tahun 2015 dan tahun 2016, jumlah perbelanjaan mengurus
telah mengalami penurunan dari RM216698 juta pada tahun 2015 ke RM210173 pada
tahun 2016. Penurunan jumlah perbelanjaan mengurus ini berkurang sebanyak
RM6525 juta. Manakala, jumlah perbelanjaan pembangunan pada tahun 2015 adalah
RM40786 juta meningkat ke RM41995 juta pada tahun 2016. Peningkatan jumlah
perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1209 juta.

Di samping itu, jumlh perbelanjaan mengurus pada tahun 2017 hingga tahun
2018 pula mengalami peningkatan iaitu dari RM217695 juta pada tahun 2017 ke
RM230690 juta pada tahun 2018. Perbezaan perbelanjaan mengurus meningkat
sebanyak RM12995 juta. Jumlah perbelanjaan pembangunan juga meningkat dari

9
031014-09-0038

tahun 2017 hingga tahun 2018 iaitu dari RM44884 juta pada tahun 2017 ke RM56095
juta pada tahun 2018. Peningkatan jumlah perbelanjaan pembangunan sebanyak
RM11211 juta.

Jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2019 hingga 2020 mengalami


penurunan iaitu dari RM263343 juta pada tahun 2019 ke RM226720 juta pada tahun
2020. Penurunan jumlah perbelanjaan mengurus ini sebanyak RM36623 juta. Jumlah
perbelanjaan pembangunan pada tahun 2019 hingga tahun 2020 juga menurun dari
RM54173 pada tahun 2019 ke RM51360 pada tahun 2020. Perbezaan penurunan
jumlah perbelanjaan pembangunan sebanyak RM2813 juta.

Justeru itu, jumlah perbelanjaan kerajaan pada tahun 2020 hingga tahun 2021
menunjukkan peningkatan. Jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2020 hingga
tahun 2021 meningkat dari RM226720 juta pada tahun 2020 ke RM236540 juta pada
tahun 2021. Perbezaan peningkatan jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM9820
juta. Manakala, jumlah perbelanjaan pembangunan pula meningkat dari RM51360 juta
pada tahun 2020 ke RM62000 juta pada tahun 2021. Perbezaan peningkatan
perbelanjaan pembangunan sebanyak RM10640 juta.

Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa terdapat jurang yang ketara dari


segi arah aliran dalam perbelanjaan kerajaan pada tahun 2011 hingga tahun 2021.

Anda mungkin juga menyukai