Anda di halaman 1dari 2

ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN

Pasaran barangan adalah tempat dimana barang diperjualbeli. Firma akan


menjualkan barangan kepada isi rumah melalui pasaran barang untuk memenuhi
permintaan isi rumah.

Pasaran faktor pula adalah tempat dimana sumber ekonomi seperti buruh dan
tanah diperjualbeli. Isi rumah akan menawarkan sumber ekonomi kepada firma
melalui pasaran faktor untuk firma mengeluarkan barangan.

Aliran wang – Pergerakan perbelanjaan dan pendapatan pelaku ekonomi.


Aliran fizikal – Pergerakan barangan dan sumber ekonomi antara pelaku
ekonomi.
Keputusan ekonomi isi rumah
• Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan ditawar ke pasaran
barang (A)
• Isi rumah memperoleh pendapatan dalam bentuk upah, sewa dan
bunga (III)
• Menentukan kuantiti barang yang akan dibeli di pasaran barang (B)
• Untuk memperoleh barangan, isi rumah harus membayarnya
dengan pendapatan yang diperoleh tadi (I)
Keputusan ekonomi firma
• Menentukan jumlah sumber ekonomi yang akan diminta ke pasaran
faktor (C)
• Membayar kos pengeluaran dalam bentuk upah, sewa dan faedah
kepada isi rumah (IV)
• Jumlah barang yang akan dikeluarkan dan kemudianya dipasarkan
di pasaran barang (D)
• Menerima ganjaran daripada penjualan barangan kepada isi rumah
dalam bentuk untung (II)
Keputusan ekonomi kerajaan
• Menyediakan barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan
firma (E)
• Memungut cukai daripada isi rumah dan firma untuk membiayai
pengeluaran barangan awam (V)

Anda mungkin juga menyukai