Anda di halaman 1dari 18

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

(SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN)

SEMESTER 1 / 2021

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


ISI KANDUNGAN

NO HALAMAN
1.0 Pengenalan 1
2.0 Sistem Kekeluargaan Dalam Tamadun India Yang Masih
Kekal Relevan Sehingga Kini Dengan Mengaitkan Dengan
Video
2.1 Vanaprastha 2-3
2.2 Inbam /Kama 4-5
2.3 Aram/Dharma 6
3.0 Nilai-Nilai Murni Yang Terkandung Dalam Sistem kekeluargaan
Tamadun India Yang Saya Boleh Aplikasikan Sebagai Pelajar
Atau Pekerja Dalam Konteks Situasi Negara Malaysia
3.1 Nilai Hormat-Menghormati 7
3.2 Nilai Perpaduan 8
3.3 Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan 9
4.0 Tiga Dialog/Babak(scene)Yang Menyentuh Perasaan Anda Dengan
Memberi Justifikasi Dan Mengaitkannya Dengan Hukum Karma
Serta Menyatakan Minit Video
4.1 Babak- Kepercayaan Tradisi 10
4.2 Babak-Ibu Sedih 11
4.3 Babak- Anak Tidak Menyukai Ibu 12

5.0 Poster 13
(Rujuk Lampiran)
6.0 Simpulan 13

7.0 Rujukan 14

8.0 Tugasan 2 15-16


<MPU3122>

1.0 Pengenalan

 Pemerkembangan Tamadun India dikatakan wujud di sekitar Mohenjo-Daro di


Harappa, Lembah Sungai Indus dan ia di anggap sebagai Tamadun yang tertua. Tamadun ini
telah berkembang sejak 2,5000S.M. Pencapaian Tamadun India adalah sama seperti Babylon
dan Mesir.Masyarakat lembah Sungai Indus pada masa itu telah mencapai kemajuan dari
aspek seperti budaya ,nilai,keprcayaan dan kemajuan kebendaan (Ghazali Darusalam,2017)

   

Objektif tugasan ini ialah untuk menilai kebolehan pelajar untuk membincangkan tentang
sumbangan peradaban dunia dan objektif tugasan ini juga membincangkan tentang sistem
kekeluargaan di dalam Tamadun India.

Rujukan primer untuk menyiapkan tugasan ini ialah merujuk kepada buku Tamadun Islam
dan Tamadun Asia yang ditulis oleh Dr Ghazali Darusalam yang diterbitkan oleh OUM. Juga
merujuk kepada video iklan sumber youtube iaitu Deepavali dan Marukku Deepavali

1
<MPU3122>
2.0 Sistem Kekeluargaan Dalam Tamadun India Yang Masih Kekal Relevan
Sehingga Kini dengan mengaitkannya dengan video.

Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu:

(i) Ashrama Dharma - tahap yang harus dilalui oleh manusia

(ii) Purusartha - objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan

2.1 Vanaprastha
Adalah tahap ketiga dalam ashrama dharma ,ia adalah golongan berumah tangga yang
berusia antara lingkungan 48 hingga 72 tahun.Dalam lingkungan usia sebegini seorang itu
haruslah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.Golongan ini juga akan
mencapai kearifan dan keupayaan untuk menasihati orang lain.
Di dalam video satu ia menunjukkan Si nenek menasihat dan tunjuk ajar keluarga
anaknya cara-cara untuk membuat persiapan sambutan deepavali. Selalunya golongan ini
akan menasihati generasi muda dalam membuat tanggungjawab di rumah.

Gambarajah 1.0 Gambarajah 2.0


Anak lelaki mengecat rumah Nenek menasihat cucu-cucu kemaskan
barang
contohnya di dalam video 1 ibu lelaki menasihati keluarga anaknya untuk membuat
persiapaan untuk deepavali, beliau telah menukar suasana keadaan rumah di luar dan di
dalam, dengan menyuruh si anaknya untuk mengecat rumah seperti yang tertera di dalam
gambarajah 1.0 video minit yang ke 1:28 dan pada video minit ke 1:31 gambarajah 2.0, Si
nenek menasihati cucu-cucunya untuk mengemaskan barang-barang yang terserempak.
Persiapan mengemas dan mengecat rumah adalah salah satu kewajipan yang selalu di
buat sebelum perayaan ,ini memberi semangat dan kegembiraan bahawa persiapaan ini untuk
sambutan perayaan.
2
<MPU3122>

Gambarajah 3.0

menantu dan cucu Si nenek buat “Kolams”

Mengikutinya pula di dalam video minit ke 2:22 seperti gambarajah di atas, Si nenek
menasihati dan tunjuk ajar cara-cara untuk membuat “Kolam” yang cantik dan berseri
mengunakkan beras yang berwarna-warni dan dengan hiasan lampu“vilakku” pada malam
sebelum hari deepavali. Golongan vanaprastha selalu tidak ketinggalan membuat semua
tradisi mengikut kepercayaan agama mereka dan mereka akan tunjuk ajar setiap pengajaran
tersebut kepada generasi muda supaya mereka akan membuat dan tidak di melupainya .

Salah satu contoh yang di buat oleh kaum wanita sejak turun-menurun adalah “kolam”
kerana“Kolam” bukan sahaja untuk menyerikan rumah malah ia memiliki maksud
kerohanian,sosial dan simbolik padanya.”Kolam” merupakan lambang penyembahan dewa
Lakshmi, dewi kekayaan yang kaum Hindu percayai bahawa dewi kekayaan akan
mengunjungi rumah mereka melalui pintu rumah. Maka dari segi kepercayaan agama Hindu,
“kolam” akan membawa kesejahteraan, kekayaan dan makmur. Oleh sebab itu golongan ini
akan menasihati generasi muda untuk membuat “Kolam” untuk semua perayaan yang
penting.

3
<MPU3122>

2.2 Inbam /Kama

Adalah orang yang mengumpulkan kekayaan dengan secara halal dan kekayaan
tersebut boleh dinikmati dengan berlandaskan moral dan etika. Perbelanjaan yang melebihi
pendapatan adalah di anggap melanggar dharma.

Gambarajah 4.0 Gambarajah 5.0

Menantu dan cucu memilih murukku Menantu dan anak membuat murukku

untuk tempahan di rumah

Video satu dalam minit ke 1:46 berdasarkan gambarajah 4.0 di atas menunjukkan di
mana menantu dan cucu Si nenek ingin membuat tempahan untuk murukku tetapi Si nenek
tidak membenarkan sebaliknya menasihati untuk membutanya di rumah seperti di dalam
gambarajah 5.0 pada minit yang ke 1:56 . Pembaziran tidak sama sekali digalakkan, sebagai
seorang suri rumah harus belajar untuk berjimat dengan rezeki yang diperolehi oleh suami
untuk kebaikan keluarga. Golongan tua selalu akan menasihati dan tunjuk ajar generasi muda
untuk tidak membazir wang dan mengumpulkannya, perkara ini bukan sahaja untuk anak-
anak mereka malahan untuk menantu yang datang ke rumahnya juga harus belajar menjimat
pendapatan suami.

4
<MPU3122>
Kekayaan harus dikongsi bersama isteri, anak ,warga tua , saudara mara, orang alim
dan masyarakat.

Gambarajah 4.0

Jamuan deepavali untuk semua kaum

di dalam video satu, minit yang ke 4:07 seperti di dalam gambarajah di atas di mana keluarga
Si nenek mengadakan jamuan makan deepavali untuk masyarakat yang berbilang kaum
dengan rezeki yang di kumpulkan. Sejak dari dulu rumah terbuka adalah jamuan yang selalu
diraikan untuk sambutan perayaan penting di Negara kita,tujuan yang utama sambutan-
sambutan ini adalah untuk memupuk persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum dan menganuti agama.

5
<MPU3122>

2.3 Aram/ Dharma

Ia adalah objektif mulia yang pertama di mana ia di perolehi melalui pendidikan


yang bersifat kerohanian.Aram harus di tanam pada hati setiap individu sejak dari tahap
brahmacharya.Dharma adalah suatu peraturan mengikut moral dan etika.

Gambarajah 5.0

Anak menolong ibu

Di dalam video 2 minit ke 4:12 seperti gambarajah di atas menunjukkan anak lelaki
melaksanakan tugas sebagai seorang anak dengan menolong ibunya untuk membuat
perhiasaan deepavali di rumah, ibu lelaki tersebut adalah seorang ibu tunggal di mana dia
harus membuat semua kerja rumah seorang diri kerana beliau mempunyai seorang anak
sahaja dan dia bekerja setiap hari,oleh yang demikian beliau mengambil cuti dan datang awal
untuk tolong menolong ibunya untuk persiapaan deepavali.Sebagai seorang anak sikap
tolong-menolong harus ada untuk menringankan beban ibunya yang bersusah payah untuk
menyiapkan .Ia adalah kepentingan oleh semua ahli keluarga untuk menolong ibubapa
mereka dengan tanggungjawab di rumahnya .

6
<MPU3122>
3.0 Nilai-Nilai Murni Yang Terkandung Dalam Sistem Kekeluargaan Tamadun India
Yang Anda Boleh Aplikasikan Sebagai Pelajar/ Pekerja Dalam Konteks Situasi Negara
Malaysia
Nilai murni yang dibincangkan adalah seperti berikut:-

3.1 Nilai Hormat-menghormati


Hormati-menghormati adalah satu sifat yang sangat baik .Masyarakat India
mementingkan moral dan etika untuk diperolehi di dalam kehidupan kita
Nilai menghormati ini harus di mulakan dari rumah dengan menghormati ibubapa kita
harus menunjukkan kepatuhan ,menerima nasihat dan teguran mereka dengan
hati yang terbuka. Nasihat dan teguran adalah bertujuan untuk membimbing dan panduan
untuk kebaikan kita sendiri.

Sebagai pekerja Malaysia menghormati semua masyarakat tanpa mengira


usia ,agama,kaum,harta,darjat dan pangkat adalah satu sifat yang boleh mengeratkan
persahabatan dan memberikan pengaruh yang positif kepada semua orang, saya sentiasa
memberi layanan yang mesra ,sopan dengan memberi penghormatan dan menghargai
jasa,budi ,kebolehan dan pendapatan yang lain .Saya selalu mengambil setiap teguran dan
nasihat dari majikan dengan hati terbuka kerana saya tahu itu adalh untuk kebaikan saya.

Saya juga mengamal untuk tidak memperkecilkan atau merendahkan kebolehan orang
lain dan mewujudkan persefahaman dan kerjasama. Dalam apa jua situasi saya lebih
mementingkan dengan pertuturan dan tingkah laku saya supaya ia tidak akan menyakiti hati -
siapa-siapa kerana saya percaya bahawa dengan perbuatan seperti itu akan mengubah situasi
dari negative ke positif. Dengan nilai hormat-menghormati ia memberikan kepada saya untuk
bermesra dengan semua golongan masyarakat.

7
<MPU3122>

3.2 Nilai Perpaduan

Perpaduan adalah penyatuan yang di pamerkan sesebuah masyarakat.Negara yang


berbilang kaum akan memupuk perpaduan kaum bagi membina keharmonian. Untuk
mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum kita oleh merayakan perayaan bersama dan
kunjung-mengunjungi rumah semasa perayaan.

Menurut Tamadun India ,hidup secara berpaduan adalah salah satu daripada nilai-nilai
yang di amalkan dengan kasih saying dengan setiap anggota keluarga .Kita harus
mementingkan keharmonian yang telah di kekalkan selama ini dalam kehidupan masyarakat
yang majmuk , setiap individu harus memahami asal-usul ,menghormati serta memahami
bahasa, agama budaya dan cara hidup setiap bangsa. Di Malaysia walaupun kita hidup
bebagai kaum, hidup perpaduan diamalkan oleh semua kaum.

Sebagai pelajar Malaysia adalah pewaris negara ini dan memainkan peranan yang
sangat penting untuk memupuk semangat perpaduan. Peranan yang wujud perpaduan adalah
melalui sikap saling hormati-menghormati antara satu sama lain, sikap ini adalah sikap yang
murni dan digalakan dalam setiap agama. Menghormati rakan-rakan yang berbeza agama
dan budaya dapat menyaling bersama-sama melakukan pelbagai perkara yang akan mendapat
suasana belajar yang aman dan damai.

8
<MPU3122>

3.3 Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan

Definisi kepercayaan kepada Tuhan ialah keyakinan bahawa wujudnya Tuhan sebagai
pencipta alam dan untuk mematuhi segala suruhannya yang berlandaskan pegangan agama
masing-masing.Dalam erti kata yang lain ialah setipa kaum di Malaysia tidak terikat kepada
satu agama sahaja malah mereka bebas mengamalkan kepercayaan atau anutan masing-
masing.

Di dalam Tamadun India kepercayaan kepada tuhan amat penting untuk diikuti seperti
sambutan Deepavali dan Thaipusam. Sambutan Deepavali adalah untuk meraikan kematian
Raja “Naragasuran” yang kejam dan selalu memeras rakyatnya dan sambutan Thaipusam
pula adalah hari untuk menghapuskan dosa dan harus bertaubat sepenuhnya kesalahan lepas.

Negara Malaysia memberi keutamaan untuk nilai keagamaan ,kerana bangsa dan
negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan, Dengan kepercayaan
beragama yang betul ia akan menjadikan bangsa dan negara sebagai satu bangsa dan negara
yang berdaulat, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat istimewa kerana ia memiliki
kepelbagaian kesenian budaya, agama bahasa,dan cara hidup.

Sebagai pelajar Malaysia dengan mematuhi setiap ajaran secara langsung dapat
mendidik saya menjadi seorang yang lebih berprinsip dan berdisplin dan ia menjadi pedoman
dan tunjuk ajar untuk saya menumpukan kehidupan seharian .Saya berasa sangat bangga
berada di negara Malaysia kerana Rukun Negara kita yang pertama dari lima prinsip ialah
kepercayaan kepada.

9
<MPU3122>
4.0 TIGA dialog/babak (scene) yang menyentuh perasaan anda dengan memberi
justifikasi dan mengaitkannya dengan hukum karma serta menyatakan minit dari
video.

Tiga babak yang dipilih adalah seperti berikut :-

4.1 Babak : Kepercayaan Tradisi video 1 minit ke 2:25

Gambarajah 6.0
Membuat Kolam
Babak di atas menunjukkan keluarga ini sedang membuat “kolam” untuk sambutan
deepavali.Di dalam masyarakat India kolam bukan sahaja di buat untuk penyeri rumah malah
ia adalah makanan untuk serangga dan burung.

Babak ini menyentuh perasaan saya dari segi maksud dan kepercayaan Agama Hindu
bahawa tuhan atau atman akan wujud di dalam setiap penciptaan oleh Tuhan di dunia ini,
oleh itu ia menggalakkan pengikutnya untuk menunjukkan kebajikan kepada semua
kehidupan termasuk haiwan.Jadi membuat kolam menggunakkan tepung beras atau tepung
berwarna adalah makanan untuk kehidupan tersebut

Maka aspek yang mendalam tentang “kolam” merupakan cara yang termudah untuk
memberi sedekah atau dilihat sebagai cara untuk berkongsi sumber alam dengan benda hidup
yang lain.Perbuatan keluhuran akan memberi kebaikan dan di percayai untuk menambah
Punya Karma yang berkurangan di Pava Karma. Elemen kebajikkan juga di terapkan bermula
pada pintu rumahnya sekali.

10
<MPU3122>

4.2 Babak : Ibu Sedih Video 2 minit ke 2:42

Gambarajah 7.0
Ibu memeluk album gambar anak

Babak ini adalah tentang ibu yang berasa sedih kerana anak kesayangannya
memarahinya kerana beliau membeli sehelai baju baru dengan pilihan dia sendiri untuk
perayaan deepvali, semasa membelinya beliau rasa bahawa baju ini sesuai untuk anaknya
tetapi dia tidak sangka anak dia tidak menyukainya.

Babak ini menyentuh perasaan saya kerana melihat Ibu ini berasa sangat sakit hati dan
terluka dengan pertuturan dan reaksi anaknya terhadap dia yang tidak menghargai jasa yang
dia pergi berseorangan untuk membeli-belah.Beliau duduk berseorangan di sebelah baju
yang dibelikan untuk anaknya dengan memeluk album gambar anak dia.

Ini menunjukkan betapa sayangnya ibu ini terhadap anak dia tetapi anaknya dia tidak
memberi penghormatan dan menghargai. Apabila menyakiti hati ibu pahala yang diterima
adalah kesusahan perbuatan seperti ini adalah perbuatan yang jahat yang akan mengumpul
Karma buruk dan kelahiran semula akan dapat penderitaan yang tidak dapat di imaganasikan.

11
<MPU3122>

4.3 Babak: Anak tidak menyukai ibu video 1 minit ke 0:46

Gambarajah 8.0
Reaksi Anak

Reaksi muka anak semasa memberitahu kepada keluarganya bahawa ibunya akan
datang ke rumahnya. Dari reaksi ini ia menunjukkan bahawa dia tidak mernyukainya ibunya
datang ke rumah.Walaupun ibu dia tidak tinggal bersama dan hanya datang untuk
menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga anaknya.

Saya memilih babak ini kerana anak dia tidak berasa gembira langsung bahawa ibu dia
datang dari jauh dengan memandu kereta berseorangan untuk menziarahi keluarga
anaknya ,dia juga tidak menghargai bahawa emak dia yang menjaga dan membesarkan. Dia
berasa apabila ibunya datang mesti akan mengarahnya untuk membuat semua tanggungjawab
di rumah mengikut cara tradisinya.

Tindakan yang tidak menyukai terhadap ibunya memberi salah contoh kepada anak-anak
dia.Setiap tindakan yang dibuatnya ada balasan,tindakan yang tidak baik terhadap orang tua
kita akan memberi balas yang jahat ia itu karma buruk dan kelahiran semula akan mendapat
penderitaan yang berganda.

12
<MPU3122>

5.0 Poster
Rujuk Lampiran

6.0 Kesimpulan
Tamadun India merupakan sebuah tamadun yang mempunyai keistemewaan yang
terpesona dan mampu mencapai dalam pelbagai aspek dalam kehidupan.Kepercayaan dan
budaya dalam Tamadun India dapat membuktikan bahawa ia masih kekal relevan sehingga
kini.Di dalam Tamadun India aspek kepada sistem kekeluargaan dan nilai-nilai telah
memberi keutamaan sehingga kini.
Dalam sistem kekeluargaan yang terlingkung dua aspek daripada tahap manusia dan
objektif memberi pengajaran yang lebih mendalam untuk kehidupan seharian kita, nilai-nilai
murni yang di aplikasikan kepada semua individu dalam konteks situasi Malaysia yang
dibincangkan adalah hormat-menghormati, perpaduan dan kepercayaan kepada Tuhan.
Konsep tentang hukum karma memberi pengajaran untuk membuat perkara yang baik
supaya mendapat kelahiran semula yang baik dan perbuatan yang jahat akan memberi
kelahiran yang menderita.Iklan dari sumber youtube telah mengajar untuk mengetahui semua
nilai-nilai dan aspek yang di lalui oleh setiap manusia.

13
<MPU3122>

APPENDIKS

7.0 Rujukan

Azharuddin Mohd Dali.(2004).Tamadun India.Kuala Lumpur,Malaysia:Dewan Bahasa


Dan Pustaka

Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan asia. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan
Publication & Distributors.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hinduisme

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari Deepavali

N.Rajendran dan Ee Ah Meng.(1995).Pendidikan moral(Dinamika Guru).Kuala Lumpur:


Fajar Bakti

Rajakrishnan Ramasamy dan Rajantheran Muniandy.(1994).Pengantar tamadun India.


Kuala Lumpur

Stutley,M.(1985).Hinduisme.England: England The Aquarian Press

14
<MPU3122>

Tugasan 2

Tujuan utama membuat tugasan ini adalah untuk menilai pemahaman saya tentang
sumbangan peradaban dunia Tamadun India dan cari kesinambungan pada zaman
sekarang.Tugasan ini memberikan peluang untuk mengetahui lebih mendalam tentang
Tamadun India.Sebelum membuat tugasan ini saya tidak mengetahui lebih terperinci tentang
Tamadun India dan konsep di dalamnya.

Semasa melakukan tugasan saya menghadapi masalah untuk menghabiskannya lebih


awal kerana tidak mencukupi masa sebab bergelora dengan kerja harian, kerja rumah dan
juga mempunyai tugasan subjek yang lain,keadaan ini memang saya rasa sangat tertekan,
kadang-kala saya tidak sempat juga untuk membuat tugasan ini walau bagaimanapun saya
mencari masa untuk membuatnya dengan tidak berputus asa.Semasa membuat tugasan ini
saya berasa ia memberikan banyak maaanfaat dari segi pemahaman dan kepentingan tentang
sejarah Tamadun India.

Membuat tugasan ini memberikan kesedaran untuk saya mengenai sejarah Tamadun
India. Dengan membuat tugasan ini juga saya mendapat banyak pengetahuan tentangnya,
walaupun saya seorang berbangsa India tetapi tidak mengetahui konsep-konsep yang ada di
dalam Tamadun India.Dari membuat tugasan ini saya belajar dan mengetahui setiap ciri-ciri
yang terkandung dalamnya dan berhubung kait dengan kehidupan pada masa kini. Saya telah
membaca banyak rujukan untuk membuat tugasan ini oleh itu saya mendapat pengetahuan
yang terperinci, saya berasa sangat terpesona dengan kepercayaan dan budaya yang
terlingkung dalam Tamadun India kerana pada zaman modern ini bukan semua masyarakat
mengiikutinya.Iklan sumber youtube Maruku Deepavali dan Deepavali memberi banyak
pengajaran dari segi kerpercayaan, budaya,dan nilai-nilai yang harus mengambil sebagai
teladan dalam kehidupan saya.

15
<MPU3122>
Dari segi penilaian saya mendapat pengalaman yang baik kerana dengan membuat
tugasan ini saya dapat mengetahui asal-usul Tamadun India.Saya pelajari bahawa dalam
kehidupan setiap nilai-nilai daan kepercayaan harus diikuti walaupun kita di zaman moden,
setiap kepercayaan dan nilai sangat penting, kerana kebanyakan budaya ilmu yang saya
dapat mengetahui cuma daripada ibubapa saya.Oleh kerana mempelajari matapelajaran saya
telah mengetahui banyak perkara yang tidak kekal lagi dan saya rasa ia harus diikuti untuk
kebaikan saya. Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pensyarah saya yang
memberi keterangan yang lebih jelas tentang matapelajaran ini dan juga kepada rakan-rakan
saya yang lain kerana kita bekerjasama untuk membantu satu sama lain dalam konsep
pemahaman untuk membuat tugasan ini.

Saya dapat mempelajari bahawa kepentingan untuk menghabiskan tugasan adalah


tanggungjawab yang utama,saya harus merancang masa untuk menghabiskannya lebih awal
supaya tidak dapat menghantar lambat dan saya juga pelajari bahawa semua cabaran dan
halangan adalah sebenarnya mempunyai makna yang tersirat untuk saya memahami semua
asal-usul budaya Tamadun India yang selama ini saya tidak mengambil berat untuk
mengetahuinya kerana saya rasa ia tidak penting dalam kehidupan tetapi selepas mempelajari
saya rasa setiap hari mengikut semua kepercayaan dan nilai adalah sangat penting dan saya
berasa sangat gembira kerana dapat peluang untuk membuat tugasan untuk matapelajaran
TITAS ini.

(JUMLAH PERKATAAN :2537)

16

Anda mungkin juga menyukai