Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UK 4753 UNDANG-UNDANG LAUT


SEM I SESI 2021/2022

TUTORIAL 2

BALQIS NADIRAH SUKAIMI (A180037)

MUHAMMAD AMIRUL HAKIMIE BIN ROMAINOOR (A183036)

AIMI NAZIRA BINTI MOHAMAD NIROS (A181450)

PUTERA MUHAMMAD BIN NOR HASHIM (A181183)


1. Apakah yang dimaksudkan dengan laluan ikhlas?

Menurut United Nation Convention on the Law of the Sea(UNCLOS), Artikel 18


menyifatkan laluan ikhlas sebagai pelayaran yang melalui lautan itu tanpa memasuki
laut dalam atau menghubungi di roadstead atau fasiliti pelabuhan luar laut dalam.
Selain itu juga, pelayaran tersebut haruslah berterusan dan tidak berhenti. Namun jika
berhenti, hendaklah atas sebab-sebab kecemasan, force majeure atau ingin
memberikan bantuan kepada kapal, kapal udara atau orang dalam kesusahan.
Pelayaran juga akan dianggap sebagai laluan ikhlas selagi mana ianya tidak
memberikan ancaman terhadap keamanan atau keselamatan negara pantai tersebut.

2. Nyatakan kepentingan zon berdampingan.

Lokasi zon berdampingan adalah terletak bersebelahan dengan perairan wilayah


dimana jaraknya tidak melebihi 24 batu nautika dikira dari paras air surut. Zon
berdampingan dianggap sebahagian daripada perairan antarabangsa. Disebabkan zon
ini dianggap perairan antarabangsa, maka suatu negara itu perlulah menuntut perairan
ini sebagai zon berdampingan bagi negaranya. Zon berdampingan amatlah penting
bagi sesebuah negara kerana di zon inilah negara pesisir pantai boleh menuntut
kawasan dasar laut yang melangkaui 12 batu nautika sehingga 200 batu nautika, yang
dikenali sebagai pelantar benua(continental shelf). Suatu negara itu boleh meneroka
hasil laut dan khazanah yang cukup bernilai seperti sumber gas asli dan petroleum.
Walaupun suatu negara itu tidak mempunyai hak untuk mengehadkan pelayaran
kapal-kapal di zon berdampingan, mereka masih boleh melakukan sekatan sedemikian
dengan syarat bahawa ianya adalan untuk menghalang atau menghukum pelanggaran
kastam, cukai, imigresen atau undang-undang kebersihan yang berlaku dalam wilayah
kedaulatannya. Oleh itu, zon berdampingan adalah amat penting bagi tujuan eksploitasi
hasil laut sekaligus dapat menjamin ekonomi sesebuah negara.
3. Apakah tanggungjawab negara perairan pantai (NPP) dalam perairan
wilayah?

Perairan wilayah ialah kedaulatan wilayah sesebuah negara. Oleh itu, negara itu
mempunyai hak eksklusif untuk membuat, memohon dan melaksanakan
undang-undangnya sendiri di kawasan tersebut tanpa campur tangan asing. Walau
bagaimanapun, salah satu prinsip asas UNCLOS adalah semua kapal dari semua
negara, termasuk kedua-dua kapal awam dan tentera, boleh menikmati hak laluan
ikhlas melalui perairan wilayah negara lain. Semua negara yang telah menandatangani
UNCLOS adalah bertanggungjawab untuk mematuhi peruntukan ini.

Sesebuah negara itu perlulah bertanggungjawab dengan memastikan kapal-kapal yang


berlayar dalam laluan ikhlas negaranya adalah tidak melakukan aktiviti yang
membahayakan kedaulatan negara.UNCLOS ada menggariskan aktiviti-aktiviti yang
tidak dibenarkan dilakukan dalam laluan ikhlas seperti :

● ancaman terhadap kedaulatan negara perairan pantai


● penggunaan senjata
● sebarang perbuatan mengumpul maklumat prejudis kepada keselamatan negara
● sebarang propaganda bertujuan mengancam pertahanan keselamatan
● melancarkan, mendarat atau taking board military device
● melancarkan, mendarat mana2 komoditi, currency atau orang menyalahi
undang2 kastam
● pencemaran marin
● penangkapan ikan
● membuat tinjauan
● perbuatan yang mengganggu sistem komunikasi dan installation sistem negara.

Sesebuah negara juga bertanggungjawab mengehadkan operasi ketenteraan dan


pengawasan di perairan wilayahnya, ia tidak boleh mengehadkan kapal tentera dan
pengawasan yang transit mengikut laluan ikhlas. Negara itu boleh mengehadkan
kapal-kapal ini dengan syarat mereka tidak menjalankan aktiviti ketenteraan atau
pengawasan semasa mereka berbuat demikian. Jika didapati kapal tersebut melakukan
mana-mana aktiviti ini semasa transit di bawah laluan ikhlas, negara tersebut boleh
mengarahkan kapal itu meninggalkan perairan wilayahnya dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai