Anda di halaman 1dari 2

10.

1 Malaysia dalam Isu Global Kontemporari

Penyakit Berjangkit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,terima kasih memilih berita nombor satu ISK,
anda bersama saya Amirul Hafiz , melaporkan berita tentang penyakit berjangkit dalam
dan luar negara. Jangan kemana-mana, berita ISK bermula sekarang.

Penyakit berjangkit bermaksud yang boleh tersebar daripada seseorang kepada orang
lain yang disebabkan oleh pelbagai jenis kuman termasuklah bakteria, virus, kulat dan
parasit.

Pada 2020, seluruh dunia dikejutkan dengan ancaman penyakit berjangkit Covid-19.
Selain Covid-19, beberapa penyakit berjangkit muncul kembali dan berlaku peningkatan
kes termasuk Influenza, penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) dan RSV. Di sebalik
peningkatan kes penyakit tersebut, ramai keliru perbezaan simptom dan cara rawatan
yang sesuai.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pantai Hospital Penang, Dr.
Hasanah Ishak, influenza, HFMD dan RSV adalah penyakit jangkitan virus yang senang
merebak dan kesnya sangat ketara terutamanya dalam kalangan kanak-kanak sejak
kebelakangan ini.

Beliau menjelaskan, influenza, kata singkatnya flu adalah penyakit saluran pernafasan
yang senang berjangkit, boleh menyerang sesiapa sahaja dan berbahaya pada
kumpulan umur tertentu terutamanya kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah,
warga emas 60 ke atas, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai masalah
kesihatan seperti asma, penyakit jantung, diabetes dan lain-lain.
Terima kasih kerana setia bersama sehingga penghujung siaran, saya Amirul Hafiz
mengucapkan Assalamualaikum dan Selamat Malam. Sejak itu, masyarakat dunia lebih
berhati-hati dan mempelajari cara-cara mengatasi masalah penyakit berjangkit supaya
dapat menjamin nyawa dan kehidupan manusia.

Anda mungkin juga menyukai