Anda di halaman 1dari 18

1.

PENGENALAN

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melahirkan murid yang
lengkap dengan keterampilan berbahasa dan mampu berkomunikasi untuk pembelajaran hidup
dan perhubungan sosial, serta menghargai dan menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Oleh itu, guru Bahasa Melayu seharusnya
memahami dengan jelas pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran kemahiran berbahasa,
tatabahasa dan seni bahasa berdasarkan kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah.

Objektif tugasan ini ialah untuk menghuraikan dengan jelas konsep kemahiran berbahasa dan
seterusnya dapat membina rancangan pengajaran serta bahan bantu mengajar yang
bersesuaian dengan kemahiran berbahasa yang ingin diajarkan. Selain itu tugasan ini akan
membincangkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan salah satu
kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran membaca.

2. KEMAHIRAN BERBAHASA

‘Kemahiran’ bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang individu manakala ‘berbahasa’


pula bermaksud menggunakan bahasa atau bercakap dalam sesuatu bahasa (Kamus Dewan).
Dengan erti kata lain, kemahiran berbahasa bermaksud kepandaian atau kecekapan seseorang
individu dalam menggunakan bahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Seseorang yang mahir berbahasa mampu
berkomunikasi, membaca dan menulis dengan baik.

Menurut Roselan (2003) kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting
dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ia
membolehkan murid mahir dan cekap dalam pendengaran, pertuturan, pembacaan dan
penulisan dan seterusnya melancarkan proses pembelajaran mereka di sekolah. Penguasaan
terhadap kemahiran berbahasa ini penting bagi memastikan input yang diberikan kepada murid-
murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah..

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah distrukturkan dengan menggunakan pendekatan


lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni
Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk
mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.

2.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami
dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta
dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi
untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang
kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.

Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam
kemahiran berbahasa dan perkembangan individu (Hyslop & Tone, 1988). Ini adalah kerana
murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya
berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik.
Raminah Sabran (1991) pula berpendapat untuk meluaskan ilmu pengetahuan, seseorang itu
perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap membaca. Oleh itu Yahya (2005)
dalam bukunya Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. mencadangkan agar guru-guru
Bahasa Melayu mengajar kemahiran ini dengan secara sistematis supaya murid tahu untuk
mendengar secara berkualiti dan seterusnya berinteraksi dengan anggota masyarakat.

Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan oleh guru bahasa dalam proses P&P
kemahiran mendengar dan bertutur iaitu pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif.
Pendekatan situasi mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan
bahasa (tatabahasa) (Mackey, 1965), manakala pendekatan komunikatif mengutamakan
kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya
dalam interaksi pertuturan.

Antara kaedah pengajaran yang dicadangkan oleh kebanyakan penyelidik ialah kaedah terus,
linguistik atau fonetik, audio-lingual dan komunikatif. Melalui kaedah terus, murid diajar melalui
berbual sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa (Salleh, 1975;
Kamarudin, 1988). Kaedah fonetik memerlukan murid menguasai unsur-unsur bahasa dalam
aktiviti bertutur melalui latih tubi sebelum dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa
yang dipelajari itu (Harmer,1992). Kaedah audio-lingual pula menggunakan alat-alat rakaman
untuk memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif
(Brown, 2000) manakala kaedah komunikatif membolehkan murid menguasai kecekapan
bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar dalam komunikasi bahasa (Harmer, 2003).

Terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk
mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antaranya ialah teknik latih tubi,
bercerita, bersoal jawab, perbualan atau berdialog, perbincangan, debat, main peranan dan
simulasi, sumbang saran, drama atau lakonan, melapor berita, permainan bahasa, pengajaran
puisi, penyelesaian masalah dan tunjuk cara (Modul Pengajaran Bahasa Melayu, IPG)

2.2 Kemahiran Membaca

Membaca bermaksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan
memahamkan makna kandungannya (Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2008). Menurut
Harris dan Sipay (1980), proses membaca ialah proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. 

Terdapat empat jenis bacaan: bacaan mekanis di mana bacaan dibuat dengan suara dan
sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa; bacaan mentalis yang
dilaksanakan dalam hati tanpa suara bertujuan untuk memahami maklumat bacaan; bacaan
intensif secara mendalam dan bertujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti,
memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca; dan bacaan ekstensif iaitu bacaan meluas
yang menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan
meningkatkan kepantasan membaca.

Menurut Moyle (1987), membaca adalah kemahiran berbahasa yang paling kompleks namun
yang paling perlu diberi perhatian. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh murid supaya
mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Melalui
kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan
bertulis. Kecemerlangan mereka juga tidak khusus kepada bidang akademik sahaja, malah
akan memberi kesan langsung terhadap keterampilan, peribadi mulia, sahsiah dan tingkah laku.
Menurut Hamilton (1995), penguasaan kemahiran membaca adalah penting untuk seseorang
khasnya dalam aspek sosial dan ekonomi. Yahya (2003) pula berpendapat bahawa membaca
adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini merupakan asas
pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan.

Antara pendekatan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses P&P kemahiran membaca
ialah pendekatan sintesis (binaan), pendekatan cerakinan (analisis), pendekatan komunikatif
dan pendekatan pengalaman bahasa (language experience approach). Pendekatan sintesis
memperkenalkan murid dengan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti
dengan unsur-unsur yang lebih besar. Pendekatan cerakinan pula mendahulukan unsur-unsur
yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang
membentuk struktur yang besar itu. Pendekatan komunikatif menekankan penggunaan bahasa
dalam aktiviti-aktiviti berkomunikasi seperti bercerita, teater, membaca,laporan, ulasan buku
dan choral speaking (Haycraft, 1978). Manakala pendekatan pengalaman bahasa menekankan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid dalam membaca (Hall, 1978).

Pelbagai kaedah telah diperkenalkan oleh penyelidik dalam bidang pengajaran kemahiran
membaca. Antaranya ialah kaedah pandang sebut di mana murid diperkenalkan dengan
perkataan di atas kad imbasan dan bukannya huruf atau suku kata (Juriah Long et.al,1994).
Selain itu kaedah abjad digunakan yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku
kata dan aktiviti mengeja (Juriah Long et.al,1994). Kaedah fonik pula menekankan penguasaan
murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya di mana murid perlu mengingat bentuk
huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca bahasa Melayu untuk meningkatkan minat murid dalam pelajaran. Antara
teknik pengajaran yang dikenalpasti ialah teknik SQ3R (Survey, Question, Read, Review,
Recite) iaitu teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian
maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan. Teknik Knowledge, What, Learn, How (KWLH) pula ialah teknik membaca kritis
yang menyarankan pembaca membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui,
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari
pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya
perlu membuat pembacaan seterusnya). Teknik RADAR (Read, Analogize, Discuss, Apply,
Review/Research) membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan
perkara yang baru melalui proses membaca, menganalogi, berbincang, mengaplikasi dan
mengkaji.
2.3 Kemahiran Menulis

Definisi ‘menulis’ menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah mencatat kata-kata dengan huruf
dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Menulis juga bermaksud kegiatan
simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan
seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan
lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Dalam
konteks pengajaran Bahasa Melayu, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid
menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.

Kemahiran menulis perlu diajar kepada murid agar mereka dapat merakamkan apa sahaja
perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Kemahiran ini amat
penting untuk dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini diperlukan dalam semua mata pelajaran
di sekolah. Kemahiran ini juga boleh menyuburkan minat murid untuk belajar, meluaskan kosa
kata mereka apabila mereka berinteraksi dengan orang lain dan memberikan kepuasan jiwa
kerana mereka mampu melahirkan perasaan atau idea menerusi tulisan. Kemahiran menulis
juga penting kerana banyak kajian mendapati murid yang tidak dapat menulis dengan kemas
pasti tidak boleh membaca dengan lancer (Stotsky, 1983).

Terdapat beberapa peringkat kemahiran menulis. Pada peringkat pra-menulis, kanak-kanak


didedahkan dengan aktiviti-aktiviti menulis untuk melatih otot-otot, tangan, dan jari serta
koordinasi tangan dan mata ketika menulis huruf. Pada peringkat mekanis iaitu selepas kanak-
kanak tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambang-lambang tulisan.

Kemahiran menulis kemudian perlu diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan
penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Kemahiran mengarang ini boleh dicapai melalui
dua pendekatan iaitu pendekatan proses yang menekankan penghasilan sesebuah karangan,
bukan hasil penulisan tersebut; dan pendekatan pengalaman bahasa yang mengeksploitasi
pengalaman bahasa murid untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan
karangan. Pada peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat sekolah menengah, jenis penulisan
diperluaskan lagi kepada penulisan berbentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif dan
argumentatif.
2.4 Aspek Seni Bahasa

Aspek seni bahasa merujuk kepada aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa
merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui
pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai
genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik seperti puisi, pantun, sajak,
syair dan bicara berirama. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur

Murid perlu mahir dalam aspek seni bahasa agar mereka dapat menggunakan kreativiti dalam
melahirkan idea dalam penulisan serta membantu mereka memantapkan lagi kemahiran
berbahasa dan meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Aspek seni bahasa
juga boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, seronok, meningkatkan motivasi
dan keterampilan diri murid. Konsep didik hibur boleh membantu murid mengingat apa yang
dipelajari dengan mudah selain boleh mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa seperti
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis (Mashudi et.al, 2012). Buang
(1996) turut bersetuju dengan pernyataan bahawa seni bahasa boleh mengukuhkan
penguasaan bahasa murid, meningkatkan kecekapan berbahasa melalui pembacaan,
pemahaman dan penaakulan mesej yang tersurat dan tersirat..

Objektif  Aspek Seni Bahasa  dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk
memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan untuk menyebut dan memahami perkataan
dalam seni kata lagu  melalui persembahan nyanyian dan gerak laku secara didik hibur;
mengujarkan ayat  dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan
bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didik hibur; mengujarkan dialog dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul  tentang sesuatu perkara   menggunakan bahasa
badan dengan kreatif  melalui lakonan  secara didik hibur;dan melafazkan pantun dua kerat
menggunakan bahasa yang indah dengan  intonasi yang betul dan  memahami maksud pantun 
secara didik hibur.

Antara prinsip pengajaran seni bahasa ialah guru mementingkan kehalusan dan keindahan
bahasa, memilih bahan yang sesuai, melibatkan murid dalam aktiviti P&P di mana guru sebagai
pembimbing, pembelajaran dijalankan secara santai dan guru menekankan elemen didik hibur
dalam pengajaran Bahasa Melayu.
2.5 Tatabahasa

Menurut Abdullah Hassan (2008), tatabahasa merupakan susunan perkataan yang menjadi
ayat ataupun cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat. Bidang
tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana cara
perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat. Kajian tentang bidang tatabahasa
dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa (morfologi) dan
cara perkataan itu disusun menjadi ayat (sintaksis) (Abdullah Hassan, 2005; Nik Safiah).

Dalam Standard Kandungan Bahasa Melayu sekolah rendah, modul tatabahasa merujuk aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini
perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan
supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam
pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000) pengajaran
tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi atau menulis dalam Bahasa Melayu
dengan baik. Penguasaan aspek tatabahasa juga membantu murid dalam pertuturan,
memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan
menganalisis kedudukannya sama ada ayat itu betul atau tidak mengikut rumus tatabahasa.

Antara teknik pengajaran untuk mengukuhkan kemahiran tatabahasa murid ialah menggunakan
teknik bercerita, latih tubi dan permainan bahasa. Melalui teknik-teknik ini, latihan pemahaman,
perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Kajian Zulkifli Abdullah
(2011) mendapati permainan bahasa khasnya kuiz, latih tubi dan mencantum kad
meningkatkan penguasaan tatabahasa murid terutamanya dalam tajuk Kata Tanya, Kata Seru,
Kata Adjektif dan Kata Hubung. Kajian yang dijalankan oleh Alleimah Ali (2009) mendapati
penggunaan majalah dalam kelas (MDK) juga dapat meningkatkan penguasaan tatabahasa
murid dalam penulisan. Siti Saadiah Osman (2012) pula menggunakan aktiviti berkumpulan,
teknik warna dalam latih tubi dan penggunaan bahan bantu mengajar seperti petikan akhbar
untuk meningkatkan pencapaian murid dalam aspek tanda baca.

3. RANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Bagi tugasan ini, satu rancangan pengajaran harian telah disediakan untuk pengajaran dan
pembelajaran kemahiran berbahasa Melayu murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Bandar Sri
Putra, Kajang, Selangor.
Subjek Bahasa Melayu
Tahun 4
Masa 8:10am-9.10am
Tarikh 4 Jun 2014
Tema Sukan dan Kesihatan
Tajuk Sukan Mengharumkan Nama Negara
Standard 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
Kandungan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul
3.9 Menulis ulasan tentang pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang
didengar, ditonton atau dibaca dengan betul.
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam
pelbagai situasi dengan betul.
Standard 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan
Pembelajaran intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
betul.
2.3.1 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara
mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan bukan sastera yang didengar, ditonton
atau dibaca dengan jelas dan menggunakan bahasa yang gramatis.
5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk bentuk yang telah mantap
dengan betul dalam pelbagai situasi.
Objektif Pada akhir P&P, murid berupaya:
i) Bercerita tentang sukan dan ikon sukan negara Malaysia dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii) Membaca petikan secara mekanis dengan intonasi yang betul dan
memahami isi kandungannya.
iii) Menulis jawapan pemahaman, mencatit maklumat dan menulis ulasan
tentang sukan di Malaysia dengan betul.
Sistem Bahasa Kosa Kata:
personaliti, kompetitif, menguasai, menjangkau, menjuarai, melakar,
merangkul.
Kata Hubung.
Pengisian  Ilmu: KajianTempatan, Geografi, Pendidikan Moral, IT, Muzik
Kurikulum  Kemahiran : Mendengar, Bertutur, Membaca & Menulis
 Nilai Murni: kerjasama, keberanian, hormat-menghormati, berdikari,
kerajinan, semangat kesukanan, usaha
 Patriotisme
 TMK
Kaedah/Teknik  KBAT: mengaplikasi, menganalisis, menilai, menjana idea
 KP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, visual, muzik
 BCB: Kemahiran bertutur, mendengar, menulis & membaca
 Pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran koperatif, bacaan
ekstensif
BBM  Komputer, LCD Projektor, Klip Video Ikon Sukan Negara, Lembaran 1,
Kad Sukan, Akses Internet, Lembaran 2, mp3 lagu “Fikirkan Boleh”
LANGKAH Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan
/ Masa
Ikon Sukan Negara 1) Murid dipaparkan klip video BBM: Komputer,
Nicol David, Lee aksi ikon sukan negara. LCD projektor, Klip
Chong Wei, Shazlin 2) Guru meminta murid meneka video (sumber
Zulkifli, Khairul Fahmi nama ahli sukan yang Youtube)
& Pandalela Renong dipapar kan dalam klip video
Soalan: 3) Guru dan murid KBAT:
i) Apakah sukan yang bersoaljawab mengenai mengaplikasi,
kamu minati? sukan di Malaysia menganalisis
ii) Apakah contoh- 4) Guru menyatakan tajuk Teknik: Soaljawab,
SET
contoh kejohanan pengajaran pada hari ini. perbincangan
INDUKSI
sukan KP: verbal, visual,
(5 min)
antarabangsa? interpersonal
iii)Apakah faedah BCB: kemahiran
sukan kepada bertutur,
manusia? mendengar
iv) Bagaimana
sukan boleh
mewujudkan
perpaduan antara
kaum?
Aktiviti Membaca 1) Guru mengedarkan BBM: Lembaran 1
“Jaguh Sukan Negara” Lembaran 1 kepada murid.
2) Murid diminta membaca teks Teknik: Soaljawab,
Kosa Kata: personaliti, secara mentalis. Perbincangan &
kompetitif, menguasai, 3) Guru meminta beberapa Sumbang Saran
menjangkau, orang murid untuk membaca KP: verbal,
Langkah 1 menjuarai, melakar, teks secara mekanis. intrapersonal,
(10 minit) merangkul 4) Guru membincangkan isi interpersonal
teks bersama murid. BCB: kemahiran
5) Guru dan murid berbincang mendengar,
mengenai kosa kata yang bertutur &
tidak difahami. membaca
6) Guru bersoaljawab dengan Nilai: keberanian,
murid berkaitan teks. kerjasama
Langkah 2 Aktiviti Berkumpulan 1) Guru membahagikan murid BBM: Kad Sukan,
(20 minit) “Ikon Sukan Negara” kepada beberapa kumpulan Komputer, Internet
2) Wakil kumpulan diminta ke
Kenalpasti ikon sukan hadapan untuk mencabut KBAT: mengaplikasi,
negara dan jenis kad sukan. menganalisis
sukan penglibatan 3) Setiap kumpulan diminta Teknik:
mereka. berbincang tentang jenis Perbincangan,
sukan yang dipilih dan ikon Sumbang saran
sukan negara yang terlibat. KP: visual,
4) Murid digalakkan interpersonal,
menggunakan Internet untuk intrapersonal, verbal
mendapatkan maklumat. BCB: kemahiran
5) Wakil diminta ke hadapan bertutur, mendengar
untuk membentangkan hasil & menulis
perbincangan kumpulan. Nilai: kerjasama,
6) Guru menerangkan konsep hormat-
pertandingan dan semangat menghormati,
kesukanan. berdikari, kerajinan
Langkah 3 Aktiviti Penilaian 1) Guru mengedarkan BBM: Lembaran 2
(20 minit) Lembaran 2 kepada setiap
murid. KP: interpersonal,
2) Murid diminta menulis intrapersonal,
pendapat mengenai aktiviti verbal, visual
sukan berdasarkan gambar KBAT: mengaplikasi,
menggunakan kata hubung. menganalisis,
3) Guru memilih beberapa menilai, menjana
orang murid untuk ke idea
hadapan dan membacakan BCB: kemahiran
jawapan masing-masing. menulis, bertutur
4) Guru membimbing murid Nilai: kerjasama,
tentang penggunaan kata kerajinan, berani
hubung yang betul.
Penutup Rumusan isi P&P 1) Guru bersoaljawab dengan BBM: Komputer,
(5 minit) murid tentang sukan dan LCD projektor, mp3
ikon sukan di Malaysia serta lagu “Fikirkan Boleh”
bagaimana sukan boleh
mengharumkan nama Teknik:
negara. Perbincangan,
2) Guru meminta murid Sumbang saran
menyatakan nilai-nilai murni KP: muzik, verbal,
yang dipelajari. interpersonal,
3) Guru memaparkan lirik lagu kinestatik
“Fikirkan Boleh” di projektor KB: menilai
dan memasang mp3. Nilai murni:
4) Guru dan murid bersama- kerjasama, hormat-
sama menyanyikan lagu menghormati
“Fikirkan Boleh”
LEMBARAN 1

JAGUH SUKAN NEGARA

Nicol Ann David ialah personaliti sukan yang paling terkenal dan diminati di Malaysia.
Beliau ialah pemain skuasy profesional yang telah banyak mengharumkan nama
negara pada peringkat antarabangsa. Nicol David mula berjinak-jinak dengan skuasy
seawal usia lima tahun. Ketika berusia lapan tahun, dia mula melibatkan diri dalam
skuasy dengan serius dan kerap menyertai perlawanan kompetitif.

Nicol David mula menguasai sukan skuasy pada tahun 1998 dengan memenangi
Kejohanan Skuasy Wanita Asia. Ketika berusia 15 tahun, beliau menjadi wanita
termuda yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia. Ketika usianya menjangkau 16
tahun, Nicol David sudahpun menduduki senarai 10 pemain skuasy wanita terbaik
dunia. Nama Nicol David juga begitu digeruni di Asia kerana kehebatannya menjuarai
Kejohanan Skuasy Asia sebanyak enam kali, iaitu sepanjang tahun 1998 hingga
2008. Pada bulan Disember 2005, Nicol David sekali lagi melakar sejarah apabila
menjadi juara dunia termuda setelah memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia
Wanita di Hong Kong.

Nicol David terus mengharumkan nama Malaysia apabila dia menduduki ranking
nombor satu dunia pada bulan Januari 2006. Pada ketika itu, usianya hanya 23
tahun. Nicol David menjadi wanita Asia pertama yang merangkul kejuaraan dunia
dan menduduki ranking nombor satu dunia. Beliau yang kini dianugerahkan gelaran
‘Datuk’ wajar dijulang sebagai tokoh sukan paling berjaya dalam sejarah negara
apabila mampu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia sebanyak enam kali
berturut-turut pada 2006, 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011.

Soalan:

1. Sejak bilakah Nicol Ann David berjinak-jinak dalam sukan squasy?


2. Pada tahun berapakah Nicol Ann David memenangi Kejohanan Skuasy Wanita Asia?

3. Mengapakah Nicol Ann David digeruni di kalangan pemain-pemain squasy di Asia?

4. Apakah pencapaian tertinggi Nicol Ann David dalam sukan squasy?

5. Pada pendapat kamu, adakah gelaran Datuk wajar diberikan kepada Nicol Ann David?
LEMBARAN 2
Penilaian

Arahan: Tulis sekurang-kurangnya tiga ayat berkenaan pendapat kamu tentang sukan
dalam setiap gambar di bawah. Gunakan sekurang-kurangnya satu kata hubung bagi
setiap soalan.

Contoh kata hubung:

dan yang serta hingga atau kerana kecuali sebab supaya agar
tetapi walaupun sejak tentang manakala selain maka malah

1)

2)

3)

4)
4. KAEDAH MEMBACA

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca menggunakan salah satu kaedah membaca iaitu kaedah fonetik. Menurut
Raminah Haji Sabran (1984), fonetik adalah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan
manusia sejagat. Arbak Othman (1983) pula mendefinisikan fonetik sebagai kajian tentang
bunyi-bunyi ujar.

4.1 Kaedah Fonetik

Kaedah ini merupakan antara kaedah popular yang diamalkan oleh guru masa kini kerana
strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding kaedah tradisional. Kaedah fonetik
memfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik
penghafalan nama huruf. Kaedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kanak-kanak untuk
menghafal. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah
ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

Dalam kaedah ini, guru mula-mula memperkenalkan bunyi huruf vokal dan bunyi konsonan.
Guru boleh memperkenalkan bunyi-bunyi ‘a’, ‘i’, ‘u’ dahulu kerana ‘e’ dan ‘o lebih kurang
digunakan. Konsonan pula diperkenalkan dahulu ‘k’,’s’,’t’,’d’,’r’,’l’,’m’,’g’, dan ‘n’ kerana ia bunyi-
bunyi yang lebih mudah berbanding konsonan yang lain.

a. Bunyi Vokal
a aaa
e eee
i iii
o ooo
u uuu
b. Bunyi Konsonan

b beh n en
c ceh p peh
d deh q qeh
f feh r rer
g geh s sss
h heh t teh
j jeh v vev
k keh w weh
l el y yeh
m em z zeh

Guru boleh menggunakan asosiasi bunyi iaitu mengaitkan bunyi huruf dengan peristiwa atau
kejadian di persekitaran.

Contoh: Guru membunyikan ‘aa’ dan mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian di
kawasan persekitaran seperti terkena api, ‘aaaaaaaaaaa panas!’

Guru juga boleh menggunakan asosiasi gambar iaitu mengaitkan bunyi huruf dengan gambar
pada kad imbasan.

Contoh: Guru menggunakan kad gambar emak untuk bunyi ‘ee’.

Kemudian guru boleh mengajar murid membatangkan sukukata dan seterusnya membentuk
perkataan. Sebagai contoh, ‘ba’ +  ‘ta’ terus disebut sebagai  [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya
disebut sebagai [ bata ].

[ beh ]  +  [ a ]  =  [ ba ]
[ teh  ]  +  [ a ]  =  [ ta ]
[ beh  + a = ba] +  [teh + a = ta ]  =  [ bata ]

4.2 Langkah-langkah Pelaksanaan

Aktiviti P&P Catatan


Latihan membunyikan 1) Guru menunjukkan murid BBM: kad
huruf dan asosiasi kad yang mempunyai gambar objek yang gambar, kotak
benda dengan bunyi bermula dengan huruf vokal (api, ibu, ubi). huruf, poket huruf
huruf menggunakan 2) Murid diminta mencari
kad gambar huruf dari kotak huruf yang disediakan dan
memasukkannya ke dalam poket huruf.
3) Guru meminta murid
membunyikan huruf vokal pada awal
perkataan tersebut.
4) Guru mengulang aktiviti
dengan menggunakan kad yang
mengandungi gambar yang bermula dengan
huruf konsonan (kaki, susu, tali, dadu)
Latihan membatang 1) Murid diminta melempar BBM: Dadu 1
suku kata dan dua buah dadu yang memaparkan suku kata (ka,ki,ku,ba,bi,bu),
perkataan di atas permukaannya. Dadu 2
2) Murid diminta membina (sa,si,su,ka,ki,ku),
perkataan daripada suku kata yang terdapat kad huruf
pada permukaan atas dadu.
3) Guru meminta murid
membunyikan perkataan yang dibina.
4) Kemudian guru
memberikan murid satu perkataan
(contoh:buku, kaki, siku, buka) dan meminta
murid menyusun huruf yang dapat
membentuk perkataan yang diberi.
5) Murid diminta mengeja
perkataan tersebut mengikut suku kata dan
menyebut perkataan dengan diikuti oleh
murid yang lain.
Latihan membaca 1) Guru meminta murid BBM: Lembaran
frasa dan ayat. mengisi tempat kosong untuk membina ayat Kerja
berdasarkan gambar yang disediakan.
2) Murid diminta membaca
dan menyebut ayat tersebut.
3) Sekiranya ayat yang
disebut itu salah kedudukan perkataannya,
maka murid diminta sekali lagi menyusun dan
menyebut perkataan yang betul semula.
RUJUKAN

Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji kemahiran bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di
onvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun
2008.

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. PTS.

Alleimah Ali (2009). Kajian Tindakan Meningkatkan Penguasaan Tatabahasa Murid Tingkatan
3A Dalam Kemahiran Menulis Dengan menggunakan kaedah Majalah Dalam Kelas
/MDK-DS.

Ann, G. (1993). Communicative language teaching: An introduction and sample activities. (ERIC
Document Reproduction Service No. ED357642).

Audio-Lingual Method. Dipetik dari URL= http://en.wikipedia.org/wiki/Audio-lingual_method

Brown, H. D. (2000). Principles of language learning and teaching. San Francisco: Addison
Wesley Longman, Inc.

Brumfit, Ch. (1984). Communicative methodology in language teaching: The role of fluency and
accuracy. Cambridge: Cambridge University Press.

Burke & Brumfit (1986). Is Language Literature? Or Literature Language? Literature and
Language Teaching. Oxford University Press.

Burley-Allen, M (1995). Listening: The forgotten skill, a self-teaching guide. New York: John
Wiley & Sons Inc.

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi Keempat
Harmer, J. (2003). The Practice of English language teaching. England: Pearson Education
Limited.

Hyslop & Tone (1988). Listening: Are We Teaching It, and If So, How. ERIC Digest 3. URL=
http://ed.gov/database/ERIC Digest3/ed295132.html

Introduction to the Learning Experience Approach. Dipetik dari URL= www.sagepub.com/upm-


data/21108_Introduction_from_Nessel.pdf

Isahak Haron, (2004). Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi
Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan, Tanjong Malim: Penerbitan Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard Bahasa Melayu SK Tahun 4.

Mashudi, Zainiyah & Nurfarah (2012). Didik Hibur : Satu Alternatif Pendekatan Pengajaran
Membaca  dalam Kalangan Pelajar Linus. Kertas Kerja Universiti Pendidikan di Bandung
pada 14-15 Jun 2012. IPG, KL.

Rahmalizah Ali (2009). I - SINA: Kaedah Belajar Membaca Yang Efektif.

Raminah Sabran. (1991). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Samat Buang. (1996). Pendekatan, kaedah dan teknik dalam pendidikan Bahasa Melayu
menggunakan bahan sastera. Dewan Bahasa, 40 (3)

Simms et.al (1992). The listening book: A program to build listening skills. Illinois: LinguiSystem
Inc.

Stotsky, S. (1983). Research on reading/writing relationships: A synthesis and suggested


directions. Language Arts, 60, 627-642.
Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai