Anda di halaman 1dari 17

3.

2 Haba Tindak Balas


3.2.1 Menentukan haba pemendakan melalui aktiviti.
(i)maksud haba pemendakan,
(ii)penentuan haba pemendakan tindak balas endotermik dan eksotermik bagi
pemendakan magnesium karbonat (MgCO3) dan argentum klorida (AgCl),
(iii)persamaan termokimia bagi tindak balas pemendakan,
(iv)pembinaan gambar rajah aras tenaga.
Pengiraan Melibatkan Termokimia

Q = mcθ
perubahan suhu

haba dibebas atau


diserap dalam jisim larutan
eksperimen ρxV muatan haba
tentu air
4.2 J g-1 ° C-1

∆H = Q
n bilangan mol
Garis paduan untuk penghitungan haba tindak
balas
Langkah 1 - Hitungkan perubahan haba dengan menggunakan formula, Q = mcθ = p J

Langkah 2 - Tuliskan persamaan kimia atau persam aan ion untuk tindak balas
yang berlaku

Langkah 3 - Hitungkan bilangan mol bahan tindak balas, q mol

Langkah 4 - Kaitkan bilangan mol bahan tindak balas (langkah 3) dengan


perubahan haba (langkah 1)
q mol bahan tindak balas bertindak balas → haba dibebas/ diserap ialah p J
1 mol of bahan tindak balas bertindak balas → haba dibebas/diserap ialah p J
kita nak cari q
“+” tindak balas endotermik
“-” tindak balas eksotermik

Langkah 5 - Lukiskan gambar rajah aras tenaga


tindak balas
penyediaan
Haba Pemendakan garam tak
terlarut

“Perubahan tenaga apabila 1 mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya


di dalam larutan akueus”
tindak balas eksotermik atau endotermik
Contoh 1:
100 cm3 larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 1.0 mol dm-3
dicampurkan dengan 100 cm3 larutan kalium sulfat, K2SO4 1.0 mol dm-3.
Suhu campuran tindak balas meningkat daripada 27 °C kepada 32 °C.
Hitungkan haba pemendakan plumbum(II) sulfat, PbS04.

Penyelesaian:
Pb(NO3)2 : V1 = 100 cm3 M1 = 1.0 mol dm-3
K2SO4 : V2 = 100 cm3 M2 = 1.0 mol dm-3
Suhu meningkat - eksotermik
perubahan suhu = 27 °C → 32 °C
Langkah 1 - Hitungkan perubahan haba dengan menggunakan formula, Q = mcθ
(i) Jumlah isi padu campuran bertindak balas = isi padu larutan Pb(N03)2 + isi padu larutan K2SO4
= 100 cm3 + 100 cm3 = 200 cm3

(ii) Tukarkan isi padu campuran kepada jisim = ketumpatan x isi padu
= 1 g cm-3 x 200 cm3 = 200 g

(iii) Perubahan suhu = suhu tertinggi - suhu awal


= 32 oC - 27 oC = 5 oC

Perubahan tenaga, Q = mcθ


= 200 g x 4.2 J g-1 oC-1 x 5 °C
= 4 200 J
Langkah 2 - Tuliskan persamaan kimia atau persamaan ion untuk tindak balas yang berlaku

Pb(N03)2 + K2SO4 → PbSO4 + 2KNO3

Langkah 3 - Hitungkan bilangan mol bahan tindak balas

Bilangan mol Pb2+ = 1.0 X 100 = 0.1 mol


1000

Bilangan mol SO42- = 1.0 X 100 = 0.1 mol


1000
Langkah 4 - Kaitkan bilangan mol bahan tindak balas (langkah 3) dengan
perubahan haba (langkah 1)

Mendakan yang terbentuk ialah PbSO4


Berdasarkan persamaan tindak balas dan persamaan ion:

0.1 mol Pb2+ bertindak balas dengan 0.1 mol SO42- untuk membentuk 0.1 mol PbSO4

0.1 mol PbSO4 terbentuk → haba dibebaskan 4200 J

1 mol PbSO4 terbentuk → haba dibebaskan 1 x 4200 = 42 000 J mol-1 = 42 kJ mol-1


0.1 mol 1000

tukar kJ

maka, Haba tindak balas, ∆H = - 42 kJ mol-1

eksotermik
Langkah 5 - Lukiskan gambar rajah aras tenaga
Contoh 2:
50 cm3 larutan kalsium klorida, CaCl2 2.0 mol dm-3 dicampurkan dengan
50 cm3 larutan natrium karbonat, Na2CO3, 2.0 mol dm-3.
Suhu campuran bertindak balas menurun daripada 27 °C kepada 23 °C.
Hitungkan haba pemendakan kalsium karbonat.

Penyelesaian:
CaCl2 : V1 = 50 cm3 M1 = 2.0 mol dm-3
Na2CO3 : V2 = 50 cm3 M2 = 2.0 mol dm-3
Suhu menurun - endotermik
perubahan suhu = 27 °C → 23 °C
Langkah 1 - Hitungkan perubahan haba dengan menggunakan formula, Q = mcθ
(i) Jumlah isi padu campuran bertindak balas = isi padu larutan CaCl2 + isi padu larutan Na2CO3
= 50 cm3 + 50 cm3 = 100 cm3

(ii) Tukarkan isi padu campuran kepada jisim = ketumpatan x isi padu
= 1 g cm-3 x 100 cm3 = 100 g

(iii) Perubahan suhu = suhu tertinggi - suhu awal


= 27 oC - 23 oC = 4 oC

Perubahan tenaga, Q = mcθ


= 100 g x 4.2 J g-1 oC-1 x 4 °C
= 1680 J
Langkah 2 - Tuliskan persamaan kimia atau persamaan ion untuk tindak balas yang berlaku

CaCl2 + Na2CO3 → CaCO3 + 2NaCl

Langkah 3 - Hitungkan bilangan mol bahan tindak balas

Bilangan mol Ca2+ = 2.0 X 50 = 0.1 mol


1000

Bilangan mol CO32- = 2.0 X 50 = 0.1 mol


1000
Langkah 4 - Kaitkan bilangan mol bahan tindak balas (langkah 3) dengan
perubahan haba (langkah 1)

Mendakan yang terbentuk ialah CaCO3


Berdasarkan persamaan tindak balas dan persamaan ion:

0.1 mol Ca2+ bertindak balas dengan 0.1 mol CO32- untuk membentuk 0.1 mol CaCO3

0.1 mol PbSO4 terbentuk → haba dibebaskan 1680 J

1 mol PbSO4 terbentuk → haba dibebaskan 1 x 1680 = 16800 J mol-1 = 16.8 kJ mol-1
0.1 mol 1000

tukar kJ

maka, Haba tindak balas, ∆H = + 16.8 kJ mol-1

endotermik
Langkah 5 - Lukiskan gambar rajah aras tenaga

CaCO3 + 2NaCl

+ 16.8 kJ mol-1
CaCl2 + Na2CO3
Latihan :
1. 50 cm3 larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO3)2 0.5 mol dm-3 dicampurkan kepada
50 cm3 larutan natrium sulfat, Na2SO4, 0.5 mol dm-3. Suhu awal larutan plumbum(II)
nitrat ialah 27.4 °C dan larutan natrium sulfat ialah 27.6 °C. Suhu campuran tindak
balas meningkat kepada 30.5 °C. Hitungkan haba pemendakan plumbum(II) sulfat.
[Muatan haba tentu larutan , C: 4.2 J g-1 ° C-1; ketumpatan larutan , 1 g cm-3]

2. Haba pemendakan ferum(III) hidroksida, Fe(OH)3 ialah - 10 kJ. Apabila laruta n


natrium hidroksida, NaOH 2 mol dm-3 dicampurkan dengan larutan ferum(III)
klorida, FeCl3, 200 J haba dibebaskan. Hitung isi adu larutan natrium hidroksida,
NaOH yang digunakan.
3. Hitungkan perubahan haba apabila 200 cm3 larutan kalsium klorida, CaCl2 0.5 mol dm-3
ditambahkan kepada 200 cm3 larutan natrium karbonat, Na2CO3 0.5 mol dm-3 jika haba
pemendakan kalsium karbonat, CaCO3 ialah + 12.6 k J mol-1.
[Muatan haba tentu larutan , C: 4.2 J g-1 ° C-1; ketumpatan larutan , 1 g cm-3]

4. Persamaan termokimia untuk pemendakan argentum klorida adalah seperti berikut:

Hitungkan perubahan suhu apabila 100 cm3 larutan argentum nitrat, AgNO3, 0.5 mol dm- 3
ditambahkan kepada 100 cm3 larutan kalium klorida, KCl 0.5 mol dm-3

Anda mungkin juga menyukai