Anda di halaman 1dari 5

Perancangan Akademik

JTW 103/3
UNDANG-UNDANG
PERNIAGAAN
Sidang Akademik 2019/2020
KELAS SIDANG WEBEX
SIDANG WEBEX TARIKH MASA
1
2
3
4
5
6

[Tarikh dan masa kelas sidang video/webex perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual sidang
video sidang akademik 2019/2020 yang boleh dimuat turun dari portal e-pembelajaran.]
JTW 103/3 – UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

PENGURUS KURSUS : DR.CHE SUPIAN MOHAMAD NOR


E-mel : supian@usm.my
No. Telefon : 04-6534561

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada peraturan dan prinsip asas undang-undang
yang berkaitan dengan komuniti perniagaan. Antara topik yang akan dibincang dalam
kursus ini adalah sistem perundangan, sumber undang-undang dan hierarki serta bidang
kuasa mahkamah yang merupakan ilmu asas yang diperlukan untuk memahami
bagaimana sistem pentadbiran undang-undang berfungsi. Kemudian topik yang berkaitan
dengan undang-undang kontrak iaitu undang-undang utama yang mendasari undang-
undang perniagaan akan dibincangkan. Akhir sekali topik kontrak khusus seperti undang-
undang jualan barangan, undang-undang sewa beli, undang-undang agensi dan undang
perkongsian akan juga dibincangkan.

OBJEKTIF KURSUS

 Menerangkan sistem perundangan yang wujud dan diamalkan di Malaysia.

 Menjelaskan elemen penting kontrak serta undang-undang perniagaan yang


khusus.

 Menghubungkait senario permasalahan undang-undang dengan seksyen dan kes


yang berkaitan.

TAJUK PERBINCANGAN

Tajukperbincangan kursus ini adalah berpandukan kepada modul JTW 103Undang-undang


Perniagaan. Walau bagaimanapun para pelajar adalah dinasihatkan supaya membuat
rujukan kepada nota tambahan yang akan dimasukkan ke dalam portal e-pembelajaran
dari masa ke semasa dan juga membuat rujukan kepada sumber tambahan lain untuk
memantapkan lagi pemahaman pelajar berkaitan dengan kursus ini. Para pelajar di minta
membuat persediaan pembelajaran tajuk yang berkaitan sebelum menghadiri kelas sidang
webex dan juga kuliah semasa kursus intensif demi kelicinan/keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.

-1-
TOPIK PEMBELAJARAN
Modul Topik
(Pelajaran)
Modul 1
Pelajaran 1 Undang-undang, sistem perundangan dan sistem pemerintahan Malaysia
Pelajaran 2 Sumber undang-undang Malaysia
Pelajaran 3 Institusi Mahkamah: Hierarki dan bidang kuasa
Pelajaran 4 Pengenalan kepada undang-undang kontrak
Modul 2
Pelajaran 5 Cadangan dan penerimaan
Pelajaran 6 Balasan, niat dan keupayaan
Pelajaran 7 Ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah
Pelajaran 8 Kesahan kontrak, pelepasan kontrak dan remedi
Modul 3
Pelajaran 9 Undang-undang jualan barangan
Pelajaran 10 Undang-undang sewa beli
Pelajaran 11 Undang-undang agensi
Pelajaran 12 Undang-undang perkongsian
ULANGKAJI

KERJA KURSUS

Enam (6) kelas sidang webex dan dua (2) kuliah semasa kursus intensif akan dijalankan
oleh pengurus kursus. Para pelajar dimestikan membuat persediaan dengan mempelajari
tajuk yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum menghadiri sidang webex dan kuliah
semasa kursus intensif untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Gunakan peluang semasa sidang webex dan kuliah semasa
kursus intensif untuk mendapatkan penjelasan daripada pengurus kursus mengenai
sebarang kemusykilan yang timbul semasa proses pembelajaran kendiri.

PERSEDIAAN UNTUK SIDANG VIDEO DAN KULIAH SEMASA KURSUS INTENSIF

Kuliah Modul Topik


(Pelajaran)
Sidang Webex 1 1(1) Undang-undang, sistem perundangan dan pemerintahan Malaysia
1(2) Sumber Undang-undang Malaysia
Sidang Webex 2 1(3) Institusi mahkamah: Hierarki dan bidangkuasa
1(4) Pengenalan kepada undang-undang kontrak
Sidang Webex3 2(5) Cadangan dan penerimaan
2(6) Balasan, niat dan keupayaan
Kuliah Intensif 1 2(7) Ketentuan, kerelaan bebas dan tujuan yang sah
2(8) Kesahan kontrak, pelepasan kontrak dan remedi
Kuliah Intensif 2 3(9) Undang-undang barang
3(10) Undang-undang sewa beli
Sidang Video 4 3(11) Undang-undang agensi
Sidang Video 5 3(12) Undang-undang perkongsian
Sidang Video 6 ULANGKAJI

-2-
Tugasan (20%)

Tajuk/soalan, syarat dan peraturan serta tarikh akhir serahan tugasan akan diberikan
kemudian oleh pengurus kursus melalui sidang video dan portal e-pembelajaran.

Peperiksaan Berterusan (20%)

Peperiksaan Berterusan (PB) akan diadakan semasa kursus intensif, tajuk-tajuk yang akan
disoal dalam PB akan diberikan melalui portal dan juga sidang video.

Peperiksaan Akhir (60%)

Tarikh peperiksaan akhir (PA) akan diumumkan oleh pihak PPPJJ. Anda diminta sentiasa
melayari portal e-pembelajaran untuk mengetahui makluman penting seperti tarikh dan
tempat peperiksaan akhir.

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Ringkasan Penilaian Kursus

Tugasan Kumpulan 20% 40%


Peperiksaan Berterusan 20%
Peperiksaan Akhir 60%

KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif akan diadakan pada 28 Januari – 13 Februari 2020 (tertakluk kepada
perubahan yang akan di maklumkan oleh pihak PPPJJ).

PENGGUNAAN PORTAL E-PEMBELAJARAN

Pengurus kursus akan memuat naik (upload) bahan seperti nota sidang webex, nota
kursus intensif, nota tambahan, soalan kuiz serta bahan lain yang berkaitan ke dalam
portal. Oleh itu para pelajar dinasihatkan supaya memahirkan diri dengan penggunaan
portal kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus ini akan banyak menggunakan
media tersebut. Para pelajar digalakkan menggunakan ruangan forum untuk berbincang
dengan rakanlain berkaitan dengan kursus ini. Ruangan forum juga boleh digunakan
sekiranya para pelajar mempunyai sebarang kemusykilan yang memerlukan penjelasan
lanjut daripada pengurus kursus. Para pelajar di kehendaki menggunakan forum untuk
mengemukakan soalan kepada pengurus kursus. Soalan anda dan jawapan yang diberikan
oleh pengurus kursus melalui ruangan forum akan dapat dikongsi oleh semua rakan lain
yang mengambil kursus ini berbanding dengan penggunaan emel yang hanya merupakan
interaksi satu-ke-satu antara anda dan pengurus kursus sahaja.

-3-
BAHAN RUJUKAN

Rujukan Utama

Modul 1 – 3, JTW 103 Undang-Undang Perniagaan (Pelajaran 1 – 12) oleh Dr. Che Supian
Mohamad Nor

Rujukan Tambahan

Beatrix Vohrah & Wu Min Aun, (2002). Undang-Undang Perdagangan Malaysia (Edisi
Ke2). Petaling Jaya: Longman.

Lee Mei Pheng, Ivan Jeron Detta (2011). Business Law.Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

-4-

Anda mungkin juga menyukai