Anda di halaman 1dari 4

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM

DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA


GUAMAN SIVIL NO: NO 25-135-2020

ANTARA
1. LEE SOO MAN
(NO K/P: 701012-05-5321)
2. LEE TAEMIN

(NO K/P: 930412-05-7743)


3. LEE HONGKI

(NO K/P: 910214-12-5099)


4. LEE ROCK LEE

(NO. K/P: 960205-12-5017)


5. LEE WANTAN

(NO K/P: 920513-01-6753) …..PLAINTIF

DAN

BIG HITTER DEVELOPER SDN. BHD


(NO SYARIKAT: 2020-V) …..DEFENDAN

SAKSI PLAINTIF (2)


RAYSHA RIZROSE BINTI ABDUL MAUJUD

NAMA : RAYSHA RIZROSE BINTI ABDUL MAUJUD


NO. KAD PENGENALAN : 911227-14-6678
ALAMAT : Blok E-12-3, Kondominium Selamat, 43200, Cheras,
Selangor

1. Nyatakan umur dan no. kad pengenalan


Nama saya Raysha Rizrose binti Abdul Maujud, berumur 29 tahun. Nombor
kad pengenalan saya 911227-14-6678.

2. Nyatakan alamat terkini


Alamat terkini saya ialah Blok E-12-3, Kondominium Selamat, 43200,
Cheras, Selangor.

1
3. Pekerjaan terkini dan jawatan
Saya bekerja sebagai perunding hiasan dalaman rumah di bawah syarikat
Saya sendiri iaitu Pristine Studio Design.

4. Puan tahu kenapa puan dipanggil ke Mahkamah pada hari ini?


Ya, bagi memberi keterangan sebagai bagi pihak para Plaintif bagi tuntutan
yang dibuat oleh mereka terhadap Defendan, Big Hitter Developer melalui
writ saman dan pernyataan tuntutan bertarikh xxx yang telah difailkan.

5. Sudah berapa lamakah Puan tinggal di Kondominium Selamat?


Kalau kira hari ini, sudah hampir 4 bulan. Saya mula tinggal di
kondominium tersebut pada 6 haribulan Jun 2020.

6. Bolehkah Puan ceritakan keadaan tempat tinggal puan di Kondominium


Selamat?
Saya tinggal bersama suami dan anak-anak, 1 lelaki dan 1 perempuan.
Pada sekitar 2-3 pertama bulan semuanya tiada masalah. Rumah selesa,
tiada kerosakan. Namun, saya sering mendengar perbualan jiran yang lain
bahawa sebenarnya pemaju kondominium ini mengalami sedikit masalah
berkaitan air.

7. Apakah masalah air tersebut puan?


Masalah tersebut berkaitan sistem saliran air kondominium kami. Pemaju,
iaitu Defendan masih lagi tidak menyerahkan urusan penyenggaraan dan
kawal selia saliran air ke Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Ada juga
yang mengatakan bayaran tambahan akan dikenakan, kerana kos
penyenggaraan saliran tersebut perlu ditanggung oleh Defendan.

8. Apakah yang berlaku selepas itu?


Ternyata perkara yang diperkatakan para penghuni kondominium itu
adalah benar. Pada akhir bulan September, kami mendapat notis dari pihak
pengurusan kondominium bahawa para penghuni perlu membayar cas
penyenggaraan air kondominium.
Mohon rujuk kepada ___________ Ikatan Dokumen Bersama__________

2
9. Berapakah jumlah cas yang dikenakan?
Kami perlu membayar RM150.00 seperti yang dinyatakan dalam notis
tersebut.

10. Selain jumlah cas yang perlu dibayar, apakah lagi butiran yang dinyatakan di
dalam notis tersebut?
Seperti yang dinyatakan di dalam notis ini, antara makluman yang
disertakan adalah waktu pembayaran boleh dibuat, tempat pembayaran,
tempoh pembayaran serta waktu yang tidak dibenarkan untuk melakukan
pembayaran.

11. Apakah yang puan lakukan selepas memperolehi notis ini?


Saya telah pergi ke pejabat pengurusan untuk mendapatkan kepastian
berkaitan cas pembayaran ini. Pihak pengurusan menjawab bayaran
RM150.00 adalah untuk bayaran setahun.

12. Selain itu, apakah lagi soalan yang puan ajukan?


Saya turut bertanyakan mengenai justifikasi jumlah sebegitu dikenakan
kepada kami. Staff yang bertugas di pejabata pengurusan hanya
memberikan jawapan yang sama dinyatakan di dalam notis. Beliau turut
memaklumkan bahawa pembayaran ini perlu dikenakan sementara
menunggu segala penyeliaan dan penyenggaraan saliran air diambil alih
oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

13. Apakah tindakan puan seterusnya?


Saya membuat keputusan untuk tidak membayar cas penyengaraan sistem
saliran tersebut atas sebab jumlahnya yang bagi saya tiada justifkasi yang
jelas. Tambahan pula, saya berasa saya hanya patut membayar apa yang
dinyatakan dalam bil-bil bulanan sebelum ini dan apa yang telah saya
persetujui dalam Perjanjian Jual Beli yang telah saya tandatangani.

14. Justeru itu, apakah yang berlaku selepas itu puan?


Pada 29 September yang lepas, tiga hari selepas notis itu dikeluarkan,
bekalan air rumah saya diputuskan oleh Defendan sama seperti apa yang
dialami oleh para Plaintif.

15. Jadi bagaimanakah puan memperolehi bekalan air selepas perkara ini berlaku?
3
Kalau air untuk makan dan minum, saya dan suami terpaksa membeli air
mineral. Kalau membasuh kain, kami pergi ke dobi. Selain ke rumah jiran,
kami selalu pergi ke rumah adik saya yang berdekatan dengan
kondominium untuk menumpang mandi dan sebagainya.

16. Adakah puan bercakap benar?


Ya.

Bertarikh pada haribulan 2020

.......................................................
RAYSHA RIZROSE BINTI ABDUL MAUJUD

(NO. K/P: 911227-14-6678)

PENYATAAN SAKSI PLAINTIF (1) ini disediakan oleh xxx yang beralamat di xxx

Tel : xxx
Faks : xxx

Anda mungkin juga menyukai