Anda di halaman 1dari 3

KONSEP KEMAHIRAN LISAN, IAITU MENDENGAR DAN BERTUTUR

Asas bagi pembinaan kemahiran berbahasa seseorang kanak-kanak ialah kemahiran


mendengar dan bertutur. (Fatimah, Zabehah, dan Zainiyah, 2010).

Berdasarkan Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 5 dalam


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), kemahiran mendengar merujuk
keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons
manakala kemahiran bertutur pula merujuk kebolehan murid berkomunikasi untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan
kreatif dengan sebutan serta intonasi yang betul secara bertatasusila.

Oleh itu, kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua
kemahiran yang melengkapi antara satu sama lain dan perlu diajarkan kepada murid secara
serentak agar dapat mencapai objektif PdP yang ditetapkan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran

1.1 Mendengar dan 1.1.2 Mendengar, memahami 1. Memberi respons terhadap


memberikan respons dan memberikan respons tiga daripada lima soalan yang
semasa berkomunikasi terhadap maklumat yang dikemukakan dengan
dalam situasi formal dan diujarkan dalam situasi menggunakan ayat yang betul
tidak formal. formal dan bertatasusila.

Tema: Kekeluargaan

STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

TAHAP PENGUASAAN PENYATAAN

1 Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami dan memberikan


respons, bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan secara
Sangat Terhad bertatasusila, menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat, bersoal jawab
untuk menjana idea, bercerita, dan menceritakan sesuatu perkara pada tahap
sangat terhad.

2 Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami dan memberikan


respons, bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan secara
Terhad bertatasusila, menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat, bersoal jawab
untuk menjana idea, bercerita, dan menceritakan sesuatu perkara pada tahap
terhad.

3 Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami dan memberikan


respons, bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan secara
Memuaskan bertatasusila, menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat secara kritis,
bersoal jawab untuk menjana idea, bercerita, dan menceritakan sesuatu perkara
pada tahap memuaskan.

4 Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami dan memberikan


respons, bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan secara
Baik bertatasusila, menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat secara kritis dan
kreatif, bersoal jawab untuk menjana idea, bercerita, dan menceritakan sesuatu
perkara pada tahap kukuh.

5 Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami dan memberikan


respons, bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan secara
Sangat Baik bertatasusila, menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat secara kritis dan
kreatif, bersoal jawab untuk menjana idea, bercerita, dan menceritakan sesuatu
perkara dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai pada tahap
terperinci

6 Mendengar, mengecam sebutan, menyebut, memahami dan memberikan


respons, bertutur untuk menyatakan pertimbangan dan keputusan secara
Cemerlang bertatasusila, menghuraikan maklumat yang tersurat dan tersirat secara kritis dan
kreatif, bersoal jawab untuk menjana idea, bercerita, dan menceritakan sesuatu
perkara dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai pada tahap
sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model teladan.

LAMPIRAN

PERMAINAN KOTAK BERACUN

Murid akan duduk dalam bulatan, kemudian guru akan memberikan satu kotak yang berisi
nombor soalan. Ketika muzik dipasangkan, murid dikehendaki memberikan kotak tersebut
kepada rakan-rakan. Apabila muzik berhenti, murid yang memegang kotak tersebut perlulah
mencabut satu nombor soalan daripada kotak. Guru akan mengajukan soalan tersebut,
kemudian murid akan menjawab.

Soalan

1. Apakah nama penuh kamu?

2. Apakah makanan kegemaran ibu kamu?

3. Berapakah bilangan adik beradik kamu?

4. Dimanakah terletaknya rumah kamu?

5. Apa yang sering kamu lakukan di rumah?


6. Apakah pekerjaan ayah kamu?

Anda mungkin juga menyukai