Anda di halaman 1dari 23

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

NAMA PEMBENTANG : NURUL ATIKA


BINTI SARMAN

PRAKTIKUM : S31P6

PENSYARAH : ENCIK MUSTAFA KAMIL BIN


SULAIMAN

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN RESPON


EMPATI
OBJEKTIF
 Mengenal pasti aras-aras komunikasi

 Memberi definisi mendengar secara aktif

 Mengetahui halangan-halangan
kemahiran mendengar

 Memahami komunikasi dalam


perhubungan menolong (memberi
respond empati)
PENGENALAN
 Mendengar merupakan
aktiviti paling penting dan
mempengaruhi fasa
memahami dan mentafsir
mesej dalam komunikasi.

 Wujud unsur-unsur yang


mempengaruhi aspek
semantik.

 Mendengar dalam proses


komunikasi ialah mendengar
dengan aktif.
KEMAHIRAN MENDENGAR
ARAS-ARAS KOMUNIKASI :
ARAS FUNGSI CONTOH
I Mengiktiraf kehadiran ‘Assalamualaikum’   ‘Waalaikumsalam’
‘Apa khabar’   ‘Baik’
‘Nak kemana?   ‘turun bandar sekejap’
II Menukar maklumat “Saya Syariff”   “Nama saya Ghazali”
“Tinggal di mana?”   “Damansara Jaya”
III Memberi pendapat “Awak nampak kurang sihat”   “Ya
kah?”
“Tindakan begitu tak baik”  “Mengapa
pula?”
IV Mengemukakan perasaan “Saya kecil hati bila Ramli buat begitu”
“Saya pernah berasa kecil hati dengan
awak dulu”
“Saya kecil hati dengan awak”
 Aras III ( memberi pendapat) dan aras
IV (mengemukakan perasaan)
merupakan aras yang paling banyak
ruang untuk salah faham.

 Kemahiran menyampai diperlukan


untuk memberi maklumat dengan tepat

 Kemahiran mendengar diperlukan agar


maklumat yang didengari ditafsirkan
seperti yang dimaksudkan
HALANGAN MENDENGAR

Keinginan menilai dan menghukum


Ketandusan Idea

Pendengar Palsu

Mendengar dengan
Mendengar telinga sahaja
dengan minat
yang khusus Buruk sangka / prasangka

Kaki bangkang

Mendengar Gagal banteras


secara cetek gangguan

Sukar berkomunikasi
TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN

 Bersedia untuk mendengar


 Dengar dengan penuh tumpuan
 Kawal emosi dan tingkah laku ketika
mendengar
 Berfikiran positif terhadap maklumat yang
disampaikan
 Dengar dengan mata dan hati
 Dengar dengan sabar
 Dengar dengan penuh perhatian dan kritikal
BERSEDIA UNTUK MENDENGAR
 Pendengar harus bersedia
mendengar dengan rasa
ikhlas, jujur dan dengan
penuh minat.
 Perlu berusaha memahami
apa yang disampaikan oleh
komunikator.
 Perlu bersedia secara mental,
fizikal dan emosi.
MENDENGAR DENGAN TUMPUAN

 Tabiat menyampuk
merupakan tabiat yang
buruk
 Budaya mengelamun
menghilangkan daya
tumpuan
 Biasakan diri
mendengar sehingga
komunikator selesai
bercakap.
KAWAL EMOSI DAN TINGKAH LAKU

 Emosi boleh
menghalang
seseorang
mendengar secara
aktif
BERFIKIRAN POSITIF TENTANG
MAKLUMAT YANG DISAMPAIKAN

 Menganggap
sesuatu maklumat
itu penting dan
perlu diketahui
untuk kehidupan.

 Sikap ini boleh


meningkatkan
minat mendengar
dengan teliti.
DENGAR DENGAN MATA DAN HATI
 Bermaksud mendengar untuk
mendapatkan fakta tetapi
mendengar melalui perasaan
pengucap, mendengar dan
memahami bahasa lisan serta
bukan lisan
 Memerlukan pendengaran
melalui mesej lisan terhadap
komunikator.
 Melatih diri memerhati dan
membaca komunikasi bukan
lisan komunikator.
DENGAR DENGAN SABAR

 Mendengar dengan
penuh budi bahasa,
sabar dan tenang.

 Hal ini penting bagi


mewujudkan
komunikasi dua
hala dan penting.
MENDENGAR DENGAN PENUH PERHATIAN

 Mendengar dengan sepenuh tumpuan dan


berminat terhadap penerangan komunikator.
 Ini dapat mengelakkan komunikator berasa
kecewa
 Terdapat beberapa cara mewujudkan
komunikasi berkesan :
 Menganggukkan kepala, memandang
komunikator, hubungan mata,
mengeluarkan kata-kata seperti ‘oh!’ dan
membalas pertanyaan.
HALANGAN KOMUNIKASI
 Kesilapan yang kerap berlaku
dalam komunikasi interpersonal
ialah kegagalan untuk
mendengar. Apabila seseorang
tidak mendengar, dia akan
memberi respon dengan hujah-
hujah yang menghalang
komunikasi. Untuk mendengar
dengan baik, kita perlu
memahami keadaan orang yang
sedang mengalami kesusahan itu.
JENIS-JENIS RESPON YANG MENGHALANG
KOMUNIKASI

 Menghukum (menyetujui atau membankang)


 - mengkritik, melebel, mengkelas, menginterpretasi, menasihati,
memberi syarahan

 Memberi penyelesaian
 - Mengarah, mengancam, memberi syarahan, menyoal keterlaluan
menasihati

 Mengetepikan
 - Mengalih topik, memujuk, menyokong, menurut logik
CONTOH RESPON YANG MENGHALANG
KOMUNIKASI
Saya rasa awak ni
terlalu serious sangat
dengan pembelajaran
awaklah. Awak patut
relak dan bersuka-
suka juga Mengkritik dan
Saya rasa macam nak gila. memberi syarahan
Tengoklah result saya
semester ni, teruk. Saya
tungkus lumus belajar. Saya Ini masalah time
rasa setiap masa saya celik management –
mata, tak ada masa nak relaks sebenarnya, you tak
tapi tak berhasil juga. pandai atur masa. Cuba
cerita bagaimana you
uruskan masa you Mengkritik dan
menyoal keterlaluan

Alah – apa nak susah-


susah. Marilah kita
pergi shopping – cuba
hiburkan hati

Mengalih topik
RESPON EMPATI
 Apabila berkomunikasi dalam perhubungan
menolong, kita perlu memahami orang berkenaan,
agar sambutan yang kita kemukakan menunjukkan
yang kita memahami apa yang dikata dan apa yang
sedang dia alami.
 Pendengaran empati berlaku apabila kita memahami
orang itu dengan sepenuhnya dan secara mendalam,
secara emosi dan intelek.
 Dalam memberi respon empati, kita mendengar
dengan telinga, mata dan hati kita
4 PERINGKAT RESPON EMPATI

 Meniru Kandungan
 Menyebut semula
kandungan
 Menggunakan otak kanan
dan mencerminkan
perasaan
 Menyebut semula
kandungan dan
membalikkan perasaan
CONTOH EMPAT PERINGKAT PENDENGARAN EMPATI
Dialog seorang anak dengan ayahnya:
“Ayah, saya dah bosan! Sekolah memang tak bergunalah!”
“Kau dah bosan? Sekolah memang tak
Meniru Kandungan
berguna?”
Menyebut Semula
“Kau tak mahu pergi ke sekolah lagi.”
Kandungan
Menggunakan Otak
kanan dan
“Kau rasa amat kecewa tentang sekolah.”
mencerminkan
perasaan
Menyebut semula
“Kau betul-betul dah kecewa tentang
kandungan dan
sekolah?”
membalikkan perasaan
CONTOH RESPON EMPATI

Saya rasa macam nak


gila. Tengoklah result
saya semester ni, Awak hampa
teruk. Saya tungkus- kerana walau
lumus belajar. Saya macam mana
rasa setiap masa saya awak berusaha
celik mata, tak ada pun, keputusan
masa nak relaks tapi ujian awak
tak berhasil juga. masih tidak
memuaskan.
Pergaulan mempengaruhi
didikan otak.Oleh itu, untuk
kebersihan jiwa hendaklah
bergaul dengan orang-orang
beradab dan berbudi mulia
yang dapat kita kutip
manfaatnya. (Hamka).
KESIMPULAN
Mendengar dengan baik/aktif akan mewujudkan
komunikasi yang benar-benar berkesan
Respon empati bermaksud pendengar benar-benar
mendengar dengan tujuan untuk memahami dan
seterusnya betul-betul memahami masalah yang
dikemukakan oleh seseorang itu.
Untuk mencapai penyelesaian masalah, kita
memerlukan tahap timbang rasa dan keberanian yang
amat tinggi serta keinginan secara jujur untuk cuba
memahami dan difahami.

Anda mungkin juga menyukai