Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Mendengar

1. Konsep
- kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga.
- aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindak
balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.
- keupayaan seseorang untuk secara aktif dan efektif mendengar dengan teliti ketika
seseorang berbicara atau menerima maklumat melalui suara

2. Proses
i. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
ii. Memahami bunyi-bunyi bahasa
iii. Menilai bunyi-bunyi bahasa yang didengari
iv. Bertindak balas terhadap bunyi-bunyi bahasa

3. Tujuan
- memahami maklumat yang disampaikan oleh pembicara dengan tepat dan jelas - membantu
penerima maklumat untuk mendapatkan pengetahuan dan informasi yang berguna.
- menghormati pembicara / mendengarkan dengan penuh perhatian adalah tanda
penghormatan kepada pembicara - menunjukkan kepada pembicara bahawa kita
menghargai apa yang mereka katakan dan memperlihatkan perhatian kepada mereka.
- mengelakkan kesalahfahaman / dengan mendengar dengan teliti dan pemahaman, kita
dapat mengelakkan terjadinya kesalahfahaman dalam komunikasi - membantu memastikan
bahawa pesan yang disampaikan dan dipahami dengan benar.
- melakukan arahan
- mendapat idea
4. Bentuk
i. MENDENGAR SECARA AKTIF - mendengar dan memahami ujaran-ujaran sesuatu
pertuturan.
ii. MENDENGAR SECARA PASIF - mendengar tetapi tidak berupaya untuk menangkap makna-
makna ujaran yang diungkapkan.
iii. MENDENGAR SECARA BERTELAU-TELAU
- selalu berlaku kepada pelajar bahasa ke-2.
- hanya mampu mendengar dan menangkap makna bahagian tertentu ujaran yang
dituturkan.
iv. MENDENGAR TANPA TINDAK BALAS
- mendengar tetapi tidak mempunyai tindak balas.
- Disebabkan oleh tidak peka atau tidak faham.
v. MENDENGAR SEARA MEMBUAK-BUAK. - Hanya menebuk-nebuk kata dan mengambil
untuk tujuan-tujuan tertentu.
vi. MENDENGAR SECARA EMOSI -Mendengar dengan penuh penghayatan sehingga dapat
merasakan sesuatu yang meransang emosi.
vii. MENDENGAR SECARA BERHATI-HATI
- Mendengar secara teliti
- Mendengar secara bersungguh-sungguh
- Setiap butir tutur kata dapat difahami dengan tepat dan betul
viii. MENDENGAR SECARA KRITIKAL
- Berlaku setelah seseorang dapat menguasai bahasa dengan baik
-Mencapai tahap yang tinggi -Boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta
ix. MENDENGAR DENGAN PENGAMATAN
- Berlaku kepada pelajar yang sudah boleh berfikir secara kririkal
- Bermakna jika proses mendengar berdasarkan pengalaman
x. MENDENGAR SECARA KREATIF
- Tahap paling tinggi.
- Selepas mendengar, pendengar akan menggunakan daya kreatif untuk mencipta sesuatu
yang baru.
- Faham ujaran-ujaran dengan baik & dapat melakukan interpretasi.
5. Aspek-aspek
1.Pemahaman: Kemahiran mendengar melibatkan keupayaan untuk betul-betul memahami apa
yang dikatakan oleh orang lain. Ini melibatkan pemahaman terhadap perkataan yang
digunakan, konteks, maksud, dan nuansa pesan yang disampaikan.

2.Sabar: Mendengar dengan sabar merupakan sebahagian penting dalam kemahiran


mendengar. Ini bermaksud memberi masa kepada pembicara untuk meluahkan diri tanpa
tergesa-gesa memberikan respons atau membuat kesimpulan.

3. Empati: Kemahiran mendengar juga melibatkan keupayaan untuk merasai perasaan dan
sudut pandang orang yang berbicara. Ini membantu dalam membina hubungan yang lebih baik
dan lebih empatik dengan orang lain.

4. Soalan yang Tepat: Bertanya soalan yang tepat adalah cara untuk menjelaskan maklumat,
mendalamkan pemahaman, dan menunjukkan minat dalam perbualan. Ini juga membantu
mengelakkan kesalahfahaman.

5.Pengulangan Semula: Selepas mendengar, kemampuan untuk merangkum atau menjelaskan


semula apa yang telah didengar adalah sebahagian dari kemahiran mendengar. Ini membantu
memastikan pesan difahami dengan betul.

6.Tumpuan: Kemahiran mendengar memerlukan tumpuan sepenuhnya pada apa yang


dikatakan oleh pembicara. Ini bermaksud mengelakkan gangguan dan memberikan tumpuan
sepenuhnya kepada perbualan.

7.Respons yang Tepat: Kemahiran mendengar juga melibatkan keupayaan untuk memberikan
respons yang sesuai terhadap apa yang telah didengar. Ini boleh berupa komen, soalan
lanjutan, atau tindakan yang konkret, bergantung kepada konteks.
6. Jenis-jenis

Kemahiran mendengar secara aktif juga dikenali sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar
secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Semasa aktiviti
mendengar secara aktif berlaku, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan beberapa
soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi,
pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang
mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan di dalam kelas biasa yang dapat
membantu penguasaan kemahiran itu. Mendengar secara aktif akan membuat sesuatu ringkasan
atau rumusan mengenai hujah yang dikemukakan oleh seseorang, menilai dan menanya soalan bagi
mendapat penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur.

Kemahiran mendengar secara pasif ialah kemahiran mendengar pada peringkat paling rendah.
Kemahiran mendengar secara pasif merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak balas
iaitu pendengar hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respons yang menunjukkan sama
ada pendengar faham perkara yang diperkatakan ataupun tidak. Pendengar tidak berupaya
menyerap keseluruhan ujaran yang didengarinya. Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting
dan memberikan tanggapan yang tidak menepati maksud penutur. Akibatnya, pendengar jarang
dapat mengingati dan menyatakan semula perkara yang didengar itu.

Sharifah Wahab.

Anda mungkin juga menyukai