Anda di halaman 1dari 3

Adapun waktu waktu yang dilarang untuk berjima’ yaitu:

1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada
pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit
gila, gila babi dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata
juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak
selamat daripada bisu.”

4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan
lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua
anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka
sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang
membakar kamu berdua.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada
isterimu satu tuala.”

7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan
jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu),
maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa
kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang
cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka
sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara
langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung),
jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak
itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”

11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah,
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan
menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika
berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua,
nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua
berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti
ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu
akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari)
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara
perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu
kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang
demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi
seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w.
membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam
tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap
orang yang zalim.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya
jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan
menghendaki dunia daripada akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI
JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Anda mungkin juga menyukai